Di hari hari
terakhir sebelum kemangkatan Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah, cucu dan cicit datang berduyun menziarahi Baginda
tuanku.
Inilah senyuman
terakhir kenang kenangan dari Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,
seorang Sultan contoh yang terbaik dari segi penampilan, kecerdikan,
kepintaran, pendidikan, perundangan dan hebat di bidang sukan
terutamanya Hoki.
DYMM Paduka
Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum Yussuf Izzuddin
Ghafarullahu-lah Shah 86, mangkat pada pukul 1.30 tengahari semalam
[28/05/2014). Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad
sejak Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni
Almarhum Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah dimasyhurkan sebagai
Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984.
Jenazah
Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbudin Shah Ibni Almarhum
Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah tiba di Istana Iskandariah di
Kuala Kangsar semalam. Baginda akan disemayamkan di Balairong Seri
Istana Iskandariah Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir dan akan
dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar.
BIOGRAFI
SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH
D.K. , D.K.M. , D.M.N. , D.K. (KELANTAN), D.K. (TERENGGANU),
D.K. (PERLIS), D.K. (JOHOR), D.K. (SELANGOR), D.K. (KEDAH),
D.K.M.B. (BRUNEI), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (PAHANG),
S.S.M. , P.M.N. , P.S.M., D.K.S.A., S.P.C.M. , S.P.T.S. , S.P.M.P. , S.I.M.P.
Duli Yang Maha
Mulia Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Shah telah diputerakan pada 19hb
April 1928 di Batu Gajah, Perak. Pada tahun 1955, D.Y.M.M. Tuanku telah
mendirikan mahligai rumahtangga bersama D.Y.M.M. Raja Permaisuri Perak,
Tuanku Bainun dan kemudiannya telah dikurniakan lima orang cahayamata.
D.Y.M.M. Tuanku
telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kerajaan (Inggeris), Batu
Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Sultan Yussuf Batu Gajah.
Tuanku kemudiannya melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Melayu
Kuala Kangsar. Setelah itu, Tuanku telah menyambung pendidikannya di
dalam bidang Undang-Undang di University of Nottingham, United Kingdom
di mana Tuanku telah dikurniakan dengan Ijazah Sarjana Muda
Undang-Undang pada tahun 1953. Pada 23hb November, 1954 D.Y.M.M. Tuanku
telah diterima sebagai ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable
Society of Lincoln's Inn.
Sekembalinya
dari United Kingdom, D.Y.M.M. Tuanku telah memulakan perkhidmatan
sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Kemudiannya, Tuanku
telah memasuki Perkhidmatan Undang-Undang Dan Kehakiman Persekutuan
Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah
Sesyen. D.Y.M.M. Tuanku kemudiannya telah dilantik ke dalam
jawatan-jawatan berikut: sebagai Peguam Persekutuan dan Timbalan
Pendakwa, Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang dan Johor, Pendaftar
Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya sebagai Ketua
Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Pada tahun
1965, ketika hanya berusia tiga puluh tujuh tahun, D.Y.M.M. Tuanku telah
dinaiktarafkan ke Kerusi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sebagai hakim
termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah kehakiman Komanwel. Pada
tahun 1973, Tuanku telah dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan dan
enam tahun kemudian, iaitu pada tahun 1979, Tuanku telah dilantik untuk
memegang jawatan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, jawatan yang
dipegang sehingga perlantikan Tuanku sebagai Ketua Hakim (dulu dikenali
sebagai Lord President) Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 12hb
November, 1982.
Tanggal 1
Julai, 1983, D.Y.M.M. Tuanku telah dimahkotakan sebagai Raja Muda Perak
dan kemudiannya mewarisi takhta negeri Perak pada 3hb Februari, 1984
sebagai Sultan Perak yang ke-34. D.Y.M.M. Tuanku telah ditabalkan secara
rasmi pada 9hb Disember, 1985.
Sumbangan dan
kerja-kerja amal D.Y.M.M. Tuanku telah banyak memberi faedah khususnya
kepada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi. Di antara jawatan-jawatan
yang pernah dijawat oleh Tuanku adalah sebagai Canselor Universiti Sains
Malaysia (4hb Oktober, 1971 - Februari, 1984), Pengerusi Jawatankuasa
Penasihat Pendidikan Tinggi (1hb November, 1974 - 31hb Oktober, 1976)
dan sebagai Canselor Universiti Malaya sejak 8hb Februari, 1986.
D.Y.M.M. Tuanku
telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh
Universiti Malaya pada 30hb Jun, 1979 dan Ijazah Kehormat Kedoktoran
Undang-Undang oleh Universiti Sains Malaysia pada 28hb Jun, 1980.
Kecemerlangan dan pencapaian Tuanku juga telah diiktiraf oleh pelbagai
universiti luar negara, seperti University of Nottingham yang telah
menganugerahkan Tuanku dengan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang
pada 11hb Julai, 1986 diikuti oleh Lincoln's Inn, London yang
menganugerahkan Tuanku dengan "Kerusi Kehormat" pada tahun 1988. Di
samping itu, D.Y.M.M. Tuanku juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat
Kedoktoran Undang-Undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta,
Indonesia pada 28hb September, 1990, oleh Universiti Brunei Darussalam
pada 30hb Oktober, 1990 lantas diikuti oleh Universiti Chulalongkorn,
Bangkok, Thailand pada 19hb Disember, 1990. Pada 2hb Oktober, 1991,
D.Y.M.M. Tuanku telah dianugerahkan Keahlian Kehormat The Royal College
of Physician of Ireland. Anugerah yang sama juga telah diberikan oleh
Royal College of Surgeons of Ireland, The Royal College of Surgeons of
Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada tahun 1999.
Berdasarkan
pencapaian cemerlang di dalam perkhidmatannya, D.Y.M.M. Tuanku telah
dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat samada di peringkat Persekutuan
mahupun dari luar negara. Di antaranya adalah D.K.;D.K.M.; D.M.N.;
D.K.(Kelantan), D.K. (Terengganu); D.K. (Perlis); D.K. (Johor);
D.K.(Selangor); D.K.(Kedah); D.K.M.B.(Brunei); D.K.(Negeri Sembilan);
D.K.(Pahang); S.S.M.; P.M.N.; P.S.M.; S.P.C.M.; S.P.T.S.; S.P.M.P.;
S.I.M.P.; The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand); Grand
Order of Mugunghwa (Republik Korea); Collar of The Japanese Order of The
Chrysanthemum dan Grand Cordon of The Supreme Order of the
Chrysanthemum (Jepun); Civil Order; 1st Class (Oman) dan Orden Al-Merito
De Chile (Republik Chile); Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia); dan
Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath
(U.K.). D.Y.M.M. Tuanku juga telah dikurniakan The PAUL HARRIS
FELLOWSHIP oleh Rotary International dan The Melvin Jones Fellow Award
oleh Lions Clubs International.
Minat yang
mendalam Tuanku di dalam bidang sukan khususnya bidang hoki telah
bermula sejak zaman persekolahan lagi. D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan
Muhibbuddin Shah kini memegang jawatan sebagai Presiden Persekutuan
Hoki Malaysia (Malaysian Hockey Federation), Presiden Hoki Asia serta
sebagai Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (International
Hockey Federation). Selain hoki, Tuanku juga amat berminat di dalam
permainan golf, dan kini kini merupakan Penaung DiRaja bagi Persatuan
Undang-Undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates
Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs,
The Lions Clubs, Kelab Ipoh DiRaja, Kelab Golf DiRaja Perak, Kelab Polo
Iskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia
serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
Pada tahun
1992, di Ekspo Pelancongan Domestik Perak, satu jenis spesis bunga orkid
telah dinamakan bersempena dengan nama Tuanku dengan rasminya -
"Doritinopsis Sultan Azlan Shah" selepas menerima anugerah tanaman
terbaik di dalam kategorinya.
Menghargai
komitmen D.Y.M.M. Tuanku sebagai Penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia
(The Malaysia Nature Society), satu jenis spesis baru serangga yang
ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) telah juga
dinamakan bersempena nama Tuanku - Azlania Costatipennis (Jacoby),
Azlania apicalis Mohamed said dan Azlania borneensis Mohamed said
Pada 25hb
April, 1989, D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah
diisytiharkan dengan rasminya sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang
DiPertuan Agong Malaysia Yang Se-Sembilan. [sumber]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan