Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar
Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan
benar oleh Ustaz Halim Naser…. Penceramah bebas yang amat terkemuka di
Malaysia.
Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar
Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab
untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.
Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji
yang meninggal dunia di Mekah.
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat
dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan.
Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan
mayat yang baru.
Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat
yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat
sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini
memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat
dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang
bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran
tersebut memang yang asli.
Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.
Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang
membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan
di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang
lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah
daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada
membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada
tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah
Yasin.
Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang
membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah…
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan
ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ…..sumber
renungan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan