Kisah Sedih! Mengalirnya Air Mata Seorang Guru (Menarik!) | Tanggal 16 mei merupakan hari bersejarah bagi seorang guru. Hari bagi memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru
dalam mendidik jiwa manusia pada hari ini. Ada sebuah kisah tentang
seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ibrahim. Perjalanan kariernya
sebagai seorang guru-guru benar-benar membuatkan dirinya sentiasa mengalirkan air mata apabila mengenangkan anak muridnya. Apakah kisah tersebut?
Alkisah Cikgu Ibrahim.. Cikgu Ibrahim
mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari
pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.
Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar
Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa
diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar
pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di
bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang
malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.
Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa
membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat
prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.
Darjah 1:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”
Darjah 3:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu,
Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak
awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod
Jimmy.
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka
hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah
comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak
bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim.
Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau
kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy
bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata
Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam
hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama
dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih
kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa
saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy
menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan
sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy
akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah
selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit
duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah.
Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama
anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda
darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut
ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah
terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.
imanhakeem: Selamat Hari Guru...buat semua guru-guru...jasamu tak terbalas..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan