Ini adalah satu artikel yang menarik yang sesuai untuk dibuat sebagai renungan kita. Mengenai satukajian hubungan antara kiblat kaabah dan hari kiamat. Sungguh beruntung bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Di sana kita akan dapat bersujud betul-betul di hadapan kaabah.
Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah
adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk
manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?
Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan,
dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka
arah tenaga akan naik keatas.
2. Dengan pola ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar
berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh
terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?
3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?
5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya.
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia
terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga
solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,
Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang
Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan
seterusnya.
Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.
Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.
2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan,
dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar
secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya
dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan
bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya
kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!
Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.
Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.
Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a’lam.
Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.
Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.
Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana
ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan
sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta
oleh Allah juga.
Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain
mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima
dalam dan luar.
2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan
menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa
akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan
dengan ikhlas.
3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang
digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai
kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran,
kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi
Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan
main-main (asal jadi)
Jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk
pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan
tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.
Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).
2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.
5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..
Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s.,
hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan
Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan
Al-Quran.
Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.
sumber: melayukini.net
'JANGAN TERLALU CEPAT MEMBUANG HAL-HAL YANG PEDAS, CUBALAH SEDIKIT MENAHAN RASA TERSEBUT, BARANGKALI DI BALIK ITU ADA KENIKMATAN YANG TERSEMBUNYI'
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022
https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu
-
Adapun para wanita dunia…apakah mereka jika masuk surga akan mendapatkan bidadara sebagaimana para lelaki surga mendapatkan para bidadari...
-
Diantara barang-barang peninggalan dari bilik Rasulullah saw yang dibawa dari Madinah Munawwarah ke Turki ialah kotak Fatimah Az-Zahra’ yang...
-
A Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan