Selasa, 25 Mac 2014

Mimpi Seorang Ustaz..Jika Ini Sedikit Kebenarannya...


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL


imanhakeem: hanya rahsia-rahsia tertentu yang Allah simpan dan kita tidak akan tahu sampai bila-bila..mungkin Allah beri petunjuk kepada segelintir manusia yang dipilih untuk memberi jawapan supaya kita  tidak terjebak dalam fitnah-fitnah rekaan manusia...Kembalilah kepada Allah yang mentadbir sekalian alam..

Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). amin..

Ni yang sedihhh...Al-Fatihah buat semua yang telah pergi..

Gurauan Kapten Zaharie Kepada Rakan, Pusara Beliau Tidak Akan Dijumpai

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.
Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.
“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.
“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.
Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis “Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”
Anak perempuan Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter, “Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah.
“Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan.”
Catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati.
“Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.
“Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.
“Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya,” katanya.
Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.
“Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak,” jelasnya.
Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.
“Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.
“Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B,” katanya, lapor Utusan Online.
 
isihati imanhakeem : susah nak terima kenyataan ni...tapi semalam dan hari ni terpaksa terima hakikat...Allah sebaik-baik perancang..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian...sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan kebenaran atas apa yang terjadi..hanya setakat ni kemampuan kita untuk mencari...jika ini angkara manusia kejam..jumpalah di padang mashyar nanti..cuma tunggu berita kut-kut ada yang nak minta maaf ngan keluarga Kapten..tuduhan yang amat besar bagi keluarga yang baik-baik..sebagai manusia biasa tak semudah itu untuk memaafkan...

Attitude is Everything..tu sebonar ey..

hrmmm..ada orang kata sekolah bertingkat-tingkat tapi bodoh berlapis-lapis..'orang tu' katalah...ada ko patut nak disekat ey pengguno internet gheghamai tu..seluruh dunio tu..nak buek akta..sapo tak bersopan santun lam dunio cyber akan dibatalkan hak untuk bertenet..tak dapek berpesbuk..hak dah hilang..bayar line kek umah, dapek jawab tepon ngan call yo...kek mano 'orang tu' dapek ideo gak ey...mungkin lam toilet..tu la deh..pakai tai kek leher dah nampak cam codik pandai dah..bila kuar ideo cam hampeh..hehe..
bangun pagi...on pc..dapat ni!  tak miong ke?

sory teremosi sikit pagi ni sebab pengguna internet pun nak dikawal ey..yang lelain tu boleh tahan lae..lopeh ni kito sesamo duk lam guo..sonang..tak yah tahu apo-apo..acik nak booking guo tempurung...sonang balik kampung hujung minggu..huhu

tapi apa-apa pun..yang sebenarnya terpulang kepada si penulis itu sendiri dalam menyampaikan maksudnya..mungkin tiada niat untuk menulis tentang orang lain tapi 'siapa makan cili, dia rasa pedas'!

Tragedi MH370,Peringatan Dari Allah,Dr Ridhuan Tee


Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.
“Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,” katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.

Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.

“Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat
(Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
“Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,” katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan
dengan jiwa kerohanian Islam.


Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa
di sesebuah lapangan terbang antarabangsa.

“Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS
dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.

“Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua
peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta,” katanya. – 24 Mac, 2014. -The Malaysian Insider
 
 

Isnin, 24 Mac 2014

Jangan Sesekali Menilai Seseorang dari Bajunya (Kisah Benar)


Seorang wanita yang mengenakan gaun pudar menggendeng suaminya yang berpakaian sederhana dan usang, turun dari kereta api di Boston, dan berjalan dengan malu-malu menuju pejabat Pimpinan Harvard University. Merekaingin bertemu pimpinan Harvard. Setiausaha Universiti langsung mendapat kesan bahawa mereka adalah orang kampung, berfikir orang macam ini tidak mungkin ada urusan di Harvard dan bahkan mungkin tidak pantas berada di Cambridge.
“Kami ingin bertemu Pimpinan Harvard”, kata sang lelaki lembut. “Beliau hari ini sibuk,” sahut sang Setiausaha cepat. “Kami akan menunggu,” jawab sang wanita.
Selama 4 jam setiausaha itu mengabaikan mereka, dengan harapan bahawa pasangan tersebut akhirnya akan patah semangat dan pergi. Tetapi nyatanya tidak. Sang setiausaha mulai kecewa dan akhirnya memutuskan untuk melaporkan kepada sang pemimpinnya.
“Mungkin jika anda menemui mereka selama beberapa minit, mereka akan pergi,” katanya pada sang Pimpinan Harvard. Sang pimpinan menghela nafas dengan geram dan mengangguk. Orang sepenting dia pasti tidak punya waktu untuk mereka. Dan ketika dia melihat dua orang yang mengenakan baju pudar dan pakaian usang di luar pejabatnya, rasa tidak senangnya sudah muncul.
Sang Pemimpin Harvard, dengan wajah galak menuju pasangan tersebut. Sang wanita berkata padanya, “Kami memiliki seorang anak lelaki yang kuliah tahun pertama di Harvard. Dia sangat menyukai Harvard dan bahagia di sini. Tetapi setahun yang lalu, dia meninggal kerana kemalangan. Kami ingin mendirikan peringatan untuknya, di suatu tempat di kampus ini, bolehkan?” tanyanya, dengan mata yang penuh harapan.
Sang Pemimpin Harvard tidak tersentuh, wajahnya bahkan memerah. Dia tampak terkejut. “Puan,” katanya dengan kasar, “Kita tidak boleh mendirikan tugu untuk setiap orang yang masuk Harvard dan meninggal. Kalau kita lakukan itu, tempat ini sudah akan seperti kuburan.”
“Oh, bukan,” Sang wanita menjelaskan dengan cepat, “Kami tidak ingin mendirikan tugu peringatan. Kami ingin memberikan bangunan untuk Harvard.”
Sang Pemimpin Harvard memutar matanya. Dia menatap sekilas pada baju pudar dan pakaian usang yang mereka kenakan dan berteriak, “Sebuah bangunan?! Apakah kalian tahu berapa harga sebuah bagunan?! Kami memiliki lebih dari 7,5 juta dolar hanya untuk bangunan fizik Harvard.”
Untuk beberapa saat sang wanita terdiam. Sang Pemimpin Harvard senang. Mungkin dia boleh terbebas dari mereka sekarang. Sang wanita menoleh pada suaminya dan berkata dengan pelahann, “Kalau hanya sebesar itu biaya untuk memulai sebuah universiti, mengapa tidak kita buat sendiri saja?” Suaminya mengangguk. Wajah sang Pemimpin Harvard menampakkan kebingungan.
Mr. dan Mrs. Leland Stanford bangkit dan berjalan pergi, melakukan perjalanan ke Palo Alto, California, di sana mereka mendirikan sebuah Universiti yang menggunakan nama mereka, sebuah peringatan untuk seorang anak yang tidak lagi diperdulikan oleh Harvard. Universiti tersebut adalah Stanford University, salah satu universit kesukaan warga kelas atas di AS.
Kita jangan seperti pimpinan Harvard itu, acap silau oleh baju, dan lalai. Padahal, baju hanya bungkus, apa yang disembunyikannya, kadang sangat tak ternilai. Jadi, janganlah kita selalu abai, kerana baju-baju, selalunya menipu.

sumber : borak

MH370..sebak rasa hati melihat wajah mereka , semoga tabah !

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.
Seluruh keluarga penumpang pesawat malang tersentak mendengar berita pengumuman pada sidang media malam tadi, rata-rata tidak boleh menerima kenyataan tersebut ramai yang menangis dan yang pengsan mendengar berita sedih itu.











Ini lah kata-kata yang merentap jiwa mereka yan di umumkan PM malam tadi "Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Namun ramai yang berkata " Berakhir "  tidak semestinya " Terhempas " semoga masih ada ke ajaiban walaupun agak sukar untuk merealisasikan nya semoga di permudahkan.

Garangnya Lautan Hindi

Cabaran Seterusnya : Mencari Kotak Hitam Dan Jasad Mangsa Di Dasar Selatan Lautan Hindi

‘Kegarangan’ Lautan Hindi
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi.

Beliau mengesahkan mimpi ngeri yang selama ini ada dalam kotak pemikiran kita tetapi tidak mahu kita terima.

Kita tetap berdoa agar keajaiban berlaku dan semua yang terlibat pulang dengan selamat.

Namun, kita hanya mampu merancang… tuhan jua yang menentukan segalanya.
PERBANDINGAN betapa dalamnya Lautan Hindi
Kini, tumpuan adalah untuk mencari mangsa di dasar lautan dan serpihan serta bangkai pesawat.

Perasankah anda… kenyataan Najib bahawa MH370 terhempas bukan bersandarkan sebarang penemuan serpihan tetapi berdasarkan laporan satelit.

Bermakna, pencarian kotak hitam MH370 dan dan jawapan kepada banyak soalan misteri berhubung MH370 sebenarnya masih jauh.

Kotak hitam penerbangan Air France di kedalaman 2500 meter hanya ditemui selepas 2 tahun, manakala MH370 di kawasan yang mana kedalamannya mencecah 3,600 meter, bayangkan kesukaran yang bakal ditempuh.

Penemuan beberapa serpihan yang dilaporkan beberapa negara belum dapat disahkan sebagai milik MH370.

Justeru… mencari MH370 termasuk jasad penumpangnya masih jauh.

Suasana lautan dan kedalaman Lautan Hindi yang ada kawasannya sehingga 7 kali ganda ketinggian KLCC pasti boleh memberikan kita serba sedikit gambaran akan cabaran yang menanti pasukan mencari MH370.

Dengan serba sedikit keterangan ini agar kita semua dapat membayangkan bagaimana sukarnya langkah seterusnya yang akan dilalui semua pihak… termasuk kesabaran para keluarga penumpang yang pastikan mahu penutup kepada episod sedih ini dengan penemuan jasad orang tersayang dari dasar selatan Lautan Hindi.

ps...hari ni baru betul-betul terasa sedih semacam..ngeri..semua dah bercampurbaur..Allah Maha Mengetahui .. kembalilah kepada Allah yang Maha Mencipta segala kejadian alam... hentikanlah segala fitnah-fitnah manusia yang tak masuk dek akal tu...

Ya Allah! Bayi Seberat 4.2kg Terkeluar Dari Kandungan Setelah Ibunya Digilis Lori


bayitercampak1
Xiamen: Seorang saksi satu kemalangan ngeri membabitkan pasangan suami isteri melihat bayi yang berada dalam kandungan ibunya itu tercampak keluar selepas motosikal pasangan itu dilanggar lori.
Wang Zhau, 40, yang sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital bersama suaminya Mao, 42, apabila motosikal mereka dirempuh lori.
Saksi berkata lori itu kemudian menggilis wanita berkenaan menyebabkan bayi yang berada dalam kandungannya terkeluar dan tercampak sejauh tiga meter.
XIAO hanya mengalami cedera ringan selepas tercampak keluar dari kandungan dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya.
Pasangan berkenaan mati di tempat kejadian namun bayi mereka selamat dan dibawa ke hospital di wilayah Fujian China.
Bayi yang diberi nama Xiao Zhao oleh kakitangan hopital itu hanya calar-balar.
Jurucakap polis, Chan Chien berkata: “Ada saksi yang berkata wanita itu sempat melahirkan anaknya sebelum mati selepas dilanggar lori berkenaan manakala yang lain berkata, impak daripada perlanggaran itu menyebabkan bayi seberat 4.2 kilogram itu terkeluar dari rahim ibunya dan tercampak sejauh tiga meter.
Wanita itu sepatutnya dimasukkan ke bilik bersalin pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan suaminya membuat keputusan untuk tidak menunggu ambulans.
Dia menghantar isterinya ke hospital menaiki motosikal.
Kemalangan berlaku ketika mereka tiba di simpang antara Maqing Lu dan Jiaosong Lu” kata Chan.
Polis mengesahkan mereka menahan pemandu lori berusia 45 tahun itu untuk membantu siasatan.
Kejadian yang menggemparkan yang menimpa bayi malang itu menjadi tajuk utama akhbar di China dan Badan Kebajikan Xiamen menyumbangkan 5,000 yuan (RM 2,658) untuk penjagaan bayi terbabit.
Orang ramai yang mengetahui berita itu turut melawatnya di hospital dengan membawa pelbagai hadiah untuk bayi berkenaan. – Agensi
bayitercampak2
bayitercampak3
bayitercampak4

Selasa, 18 Mac 2014

PT3 GANTI PMR!!! PBS tetap dilaksanakan walaupun banyak masalah dan tentangan

hrmmm...Jalan Totap Jalan.....


Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini, kata Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar fail.















 







Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini.

 Beliau berkata, menerusi pelaksanaan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada 1 April ini, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.

 "(Akan) Ada bentuk penilaian di peringkat sekolah. PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional.

"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah tersebut juga akan menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka," katanya.

 Muhyidddin yang juga menteri pendidikan berkata, demikian pada sidang media khas yang turut dihadiri penggiat utama sistem pendidikan negara seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.


 Beliau berkata, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan penilaian prestasi seseorang murid pada akhir tahun hasil pentaksiran yang dibuat dan murid itu boleh mohon slip keputusan untuk ke mana-mana sekolah berasrama penuh.

 Muhyiddin berkata, PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan.

 "Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.

 "Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes," katanya.

 Beliau berkata, melalui PT3, sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran itu berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang ketara disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

 Katanya, LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. - Bernama, 18 Mac, 2014.

Pernah Tengok Gambar Bumi Antara Malam Dan Siang Dari Angkasa



Setelah pelbagai usaha dilakukan dengan menggunakan satelit dan komputer setahun yang lalu para saintis berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam di bumi. Perhatikan gambar di bawah yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut diambil ketika waktu fajar. Mereka menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu. Allah Taala berfirman tentang garis pemisah ini:

(وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْر) [البقرة: 187].

“dan makan- minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar.” [Al-Baqarah : 187]

Namun ada hadis yang mengatakan benang putih dan benang hitam dalam ayat di atas ialah:
Dari Adi bin Hatim Radhiyallahu’anhu berkata : Ketika turun ayat.

“Sehingga terang kepadamu benang putih dari benang hitam yaitu fajar”. [Al-Baqarah : 187]. 

Aku mengambil iqal hitam digabungkan dengan iqal putih, aku letakkan di bawah bantalku, kalau malam aku terus melihatnya hingga jelas bagiku, pagi harinya aku pergi menemui Rasulullah صلی الله عليه وسلم dan kuceritakan padanya perbuatanku tersebut. Baliaupun bersabda. “Maksud ayat tersebut adalah hitamnya malam dan putihnya siang”.)**

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Ketika turun ayat. “Makan dan minumlah hingga jelas bagi kalian benang putih dari benang hitam”. Ada seorang pria jika ingin puasa, ia mengikatkan benang hitam dan putih di kakinya, dia terus makan dan minum hingga jelas dalam melihat kedua benang tersebut. Kemudian Allah menurunkan ayat: “(Karena) terbitnya fajar”, mereka akhirnya tahu yang dimaksud adalah hitam (gelapnya) malam dan terang (putihnya) siang.)***

Isnin, 17 Mac 2014

[GEMPAR] Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu Lokasi Jatuhnya MH370


Bogor - Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

"Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. "Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

"Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

"Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

"Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya. -


Wallahu 'alam.


sharing is caring..tq

Ahad, 16 Mac 2014

Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Yahudi Terkemuka


Harun Yahya : Penyiasat Konspirasi Yahudi Terkemuka oleh Ibnuyaacob
Beliau bukanlah baru dalam bidang siasatan konspirasi Yahudi. Harun Yahya atau nama sebenarnya Adnan Oktar merupakan antara Conspiracy Investigator (CI) muslim paling terkenal di dunia setakat pengetahuan saya.

Hasil-hasil kerja beliau amat unik malah beliau tidak sahaja menumpu kepada membongkar aktiviti konspirasi Yahudi tetapi banyak makalah-makalah beliau mengajak manusia mengagungkan ciptaan Allah.

Selepas dipenjara atas tuduhan menentang Teori Revolusi Darwin semasa belajar di Turki, beliau banyak menulis tentang kehebatan makhluk-makhluk ciptaan Allah. Setiap huraian dan penerangannya digabungkan bersama fakta sains dengan ayat-ayat al-Quran. Bahasanya mudah, ringkas dan berfakta.
Maka tidak harianlah sebuah hasil kerjanya diterjemah di seluruh dunia dalam lebih 20bahasa termasuk Eropah, Asia Timur, Asia Barat dan Amerika.
Beliau amat terkenal sebagai pembongkar dan penentang pertubuhan Zionist dan Freemason di seluruh dunia.
Mungkin sifatnya ini yang menyebabkan pihak pengurusan Googel Inc. mengharamkan penggunaan Google Groups kepada Adnan Oktar atau sebarang aktiviti berkaitan dengannya.
Bukan itu sahaja, beliau juga antara CI muslim yang dikategorikan oleh Jewish American Organization (JAO.org) sebagai anti-sematik dan berbahaya kepada Yahudi Zionis.
Nampaknya beliau mengikut jejak langkah Muhammad Isa Dawud digelar sebagai anti-sematik dan berbahaya. Cumanya Muhammad Isa Dawud dibanned oleh Anti-Defamation League (ADL.org) lebih awal lagi.
Umur mereka berdua juga hampir sama, kedua-duanya berumur 50-an, cuma Harun Yahya tua setahun daripada Muhammad Isa Dawud iaitu 56 tahun.
Mengapa Harun Yahya Dianggap Berbahaya?
Yahudi amat licik mencari mangsa untuk dihapuskan. Mereka tidak mencari orang-orang awam yang menyertai demonstrasi jalanan menentang zionis, tetapi mereka mencari penusis-penulis buku yang dijangka sebagai racun utama kepada masyarakat.
Buku pertama beliau bertajuk, Judaism and Freemasonry yang diterbitkan pada 1986 telah menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin Freemason aliran sekular di Turki. Akibatnya beliau dipenjara dan dikurung di hospital pesakit mental di Ankara.
Dalam buku itu, beliau mengutuk habis-habisan fahaman agama Yahudi iaitu Judais dan pertubuhan Freemason. Beliau juga menegaskan dalam bukunya bahawa kitab Taurat yang digunakan oleh masyarakat Yahudi sekarang adalah palsu.
Namun tentang dan tekanan yang dikenakan ke atas beliau kurang memberi kesan kerana beliau lahir dari keluarga kaya raya dan elit. Beliau banyak menggunakan wang-wangnya untuk tujuan berdakwah, membuat risalah dan mengedar kepada orang ramai.
Selepas keluar dari penjara pesakit mental itu, Harun Yahya tidak gentar malah berani menentang Yahudi secara terbuka dengan menerbitkan suatu lagi buku kontroversi pada 1996 iaitu Soykurum Yalam (The Holocoust Lie).
Kini Harun Yahya amat terkenal dan berpengaruh ditambah pula kerajaan Turki sekarang dipimpin oleh pemimpin revolusi Islam dari parti AKP, Recep Tayyip Erdogan. Kedua-dua mereka mempunyai zaman yang sama dan jihad yang satu.
Harun Yahya dengan jihad ilmu-ilmu sains sosialnya manakala Recep Tayip Erdogan dengan jihad politiknya.
Bilal Philips Vs Harun Yahya

Dalam beberapa ceramah baru-baru ini, Bilal Philips yang juga pendakwah dan penulis beberapa buku berkaitan konspirasi Yahudi menyelar salah satu hasil kerja Harun Yahya iaitu The Atlas of Creation.
Bilal terdapat beberapa ungkapan dalam makalah tersebut yang dipertikaikan oleh Bilal Philips.
Bilal Philips juga mengatakan Harun Yahya ialah seorang pantheist, penyembah berhala dan tidak mempunyai latar belakang sains dalam menerangkan sesuatu berkaitan dunia saintifik. Harun Yahya dianggap hanya sebagai interior designer sahaja dalam dunia saintifik.
Bilal juga menegaskan akan merancang beberapa video untuk mendedahkan pembohongan-pembohongan Harun Yahya (Adnan Okthar)
Pandangan Peribadi Saya
Setakat tarikh ini, dan setakat pengetahuan yang ada, saya masih lagi menyebelahi pandangan Harun Yahya berbanding Bilal Philips. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan saya kurang bersetuju dengan Bilal malah sangsi dengan beliau:
Pertamanya Bilal bermazhab Wahabi dan boleh dianggap pendokong ideologi Wahabi yang ekstrem setaraf dengan Ibnu Baaz. Pendokong Wahabi menolak pandangan para sahabat, tabi tabiin dan ulama mazhab lain.
Keduanya, Bilal tidak hidup dalam perjuangan seperti Harun Yahya yang pernah dipenjarakan oleh konco-konco Kamal Attartuk.
Ketiganya, Bilal hanya mengkritik buku Harun Yahya yang berkaitan penciptaan Allah tetapi tidak mengkritik buku-buku Harun Yahya yang berkaitan Zionis.
Keempatnya, Bilal Philips walaupun mempunyai PhD tetapi telah mengeluarkan kenyataan mengatakan semua ulama ahlul Sunnah adalah syirik pada Jun 2007 di Madison Squere Garden, New York. Ini jelas menunjukkan kependekkan akalnya.
Dan akhirnya, Bilal tidak tahu berbahasa Turki. Dan Harun Yahya tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam buku asalnya. Semua makalah Harun Yahya sebenarnya dari bahasa Turki. Apabila diterjemahkan ke bahasa asing maka ketepatan makna akan bergantung 100% kepada penterjemah tersebut.
(Kiri) Harun Yahya ditahan polis Turki pada 1986 kerana menentang sekular (Kanan) Harun Yahya ditempatkan di Hospital Sakit Jiwa Barkikoy, Turki.
Kesimpulan
Apabila berlaku pertembungan dua orang Islam di hadapan masyarakat awam yang berebut memperbetulkan keadaan, harus bagi kita menilai siapakah di antara kedua mereka yang lebih gemar menyelesaikan masalah secara musyawarah berbanding tikam menikam lidah.
Wallhu’alam.
sumber – dajjal.wordpress.com

Cara menghilangkan bekas tapak syaitan dalam hati manusia

Setiap Anak Adam Pasti Bersalah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Setiap anak Adam adalah bersalah dan sebaik-baiknya orang yang melakukan kesalahan adalah mereka yang mau bertaubat.” (HR. At-Tirmidzi no. 2499)
Tak seorangpun diantara kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dan selamat dari kekurangan. Akan tetapi masing-masing dari kita berbeda-beda tingkat kekurangannya sesuai dengan takdir masing-masing. Namun pada asalnya setiap kita memiliki kekurangan. Didalam hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Seandainya para hamba tidak melakukan dosa niscaya Allah akan menciptakan makhluk lain yang melakukan dosa, kemudian Allah akan mengampuni mereka, dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang.” (HR. Al-Hakim-IV/246)
Kesalahan yang dilakukan oleh diri-diri kita akan tertutupi dengan taubat. Taubat yang selalu diawali dengan penyesalan akan dosa yang kemudian melahirkan keinginan kuat untuk tidak mengulanginya lagi, bertekad untuk memperbaiki diri karena kita mengetahui bahwa perbuatan maksiat adalah penghalang antara manusia dengan Rabbnya. Kesadaran ini yang akan mengantarkan kepada kesuksesan dan keselamatan. Perasaan takut (khauf) dan berharap (raja) hanya kepada Allah akan melahirkan dalam diri taubat yang nashuha.
Dzat yang Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang berfirman :
“…Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS. An-Nuur :31)
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya…”(QS, At-Tahriim:8)
Maka marilah kita bersegera melakukan taubat nashuha yang akan mensucikan ruh kita dari segala kotoran-kotorannya dan membersihkan dari karatnya (raan). Karena dosa-dosa adalah karat yang melekat pada hati dan penghalang dari hal-hal yang dicintai oleh syariat. Sehingga taubat adalah kewajiban bagi kita yang tak bisa ditawar-tawar lagi.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya apabila seorang mukmin melakukan dosa, maka akan terjadi bintik hitam di dalam hatinya. Jika ia bertaubat dan melepaskan dosa tersebut serta beristighfar, maka hatinya akan dibersihkan. Namun, jika ia menambah dosanya, maka bintik hitam tersebut pun akan bertambah sehingga menutupi hatinya. Maka itulah yang dimaksud dengan raan (karat) yang disebutkan oleh Allah dalam kitab-Nya, “Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka” (QS. Al-Muthaffifin:14) (HR. At-Tirmidzi no. 3334)
Sekarang tibalah saatnya bagi kita untuk mengganti kejelekan yang telah dikerjakan dengan amal kebaikan. Semoga Allah menjadikan kita termasuk diantara hamba-hamba-Nya yang bertaubat dengan taubatan nashuha dan memberikan kepada kita surga dan tambahannya (memandang Wajah Allah ‘Azza Wa Jalla). Aamiin
Referensi : Luasnya Ampunan Allah oleh Syaikh Salim bin ‘Ied al-Hilali hafizhahullaah
Jakarta, 22 Rajab 1432H, 24 Juni 2011
sharing is caring..muhasabah diri

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu