Khamis, 4 September 2014

Jom Lihat "Dunia Fantasi kini menjadi realiti"

Perkampungan The Hobbit di New Zealand

Filem trilogi Lord of the Rings dan yang terbaru filem The Hobbits telah menjadikan nama masyarakat kerdil fantasi ini disayangi di serata dunia. Paling popular ialah Frodo dan Sam. Badan yang kecil, berambut kerinting, tapak kaki besar dan yang utamanya semangat perjuangan yang kental, adalah ciri-ciri istimewa makhluk Hobbit.
Di Matamata, kawasan yang terletak nun di Kepulauan Utara New Zealand, terbinanya perkampungan fiksyen masyarakat Hobbit yang dipanggil Hobbiton. Tempat yang pada asalnya menjadi lokasi perfileman, kini dikekalkan dan dipromosikan menjadi salah satu daya tarikan pelancongan utama di negara burung Kiwi ini.
Setibanya di kawasan Hobbiton ini, pancaindera anda akan disambut dengan permandangan kawasan padang menghijau dan beralun yang begitu mendamaikan. Tersergam indah beberapa rumah kecil mirip rumah tradisional Inggeris, didiami oleh masyarakat Hobbit ini. Setiap rumah dilengkapi dengan perabot-perabot kayu yang sangat unik rekabentuk ukirannya. Kepada sesiapa yang bercuti ke New Zealand bolehlah pergi melawat ke dunia fantasi ini.....




Tiada ulasan:

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu