Jumaat, 5 September 2014

CEO nih!





'Uncle' berbangsa Cina ini hanyalah antara ribuan pengguna MRT setiap pagi di Singapura. Tidak ramai yang mengenali 'Uncle' ini sehinggalah baru-baru ini akhbar Republik berkenaan mendedahkan identiti beliau. 'Uncle' yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah Lim Siong Guan. Lim untuk pengetahuan semua adalah orang nombor satu di negara republik berkenaan yang ditugaskan untuk mentadbir pelaburan dan sumber khazanah Singapura. Jawatannya adalah 'Group President of Singapore Sovereign Wealth Fund GIC', atau kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu adalah Presiden Kumpulan Pertubuhan Pelaburan Pemerintah Singapura. 

Punyalah 'humble' (rendah diri) dan 'sempoy' Uncle Lim ini, sehinggakan beg duit beliau pun tidak pernah berganti sejak 10 tahun lalu. Malah, siap ada 'sticker' yang dilekatkan oleh cucu-cucunya. Agak-agaknya ada tak mana-mana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) atau Con Sultan-Con Sultan yang berada di sekeliling DS Najib Razak yang mempunyai kelakuan sepert 'Uncle' Lim ni? Kimsalam!

imanhakeem : tang beg duit tu yang tak tahan tengok..siap ada stiker cucu tampal..hehe

Tiada ulasan:

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu