Khamis, 20 November 2014

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN


Rasulullah s.a.w telah bersabda:
            “Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana manusia tidak lagi mengambil-kira apa-apa yang mereka perolehi, apakah rezeki itu daripada sumber yang halal ataupun haram.”
(Bukhari & An-Nasa’i)
 Huraian hadith:
          Zaman sekarang, manusia hanya mementingkan wang ringgit dan pendapatan yang lumayan. Manusia tidak lagi mengambil peduli sama ada cara mereka itu sah atau tidak di sisi Islam. Asalkan dapat makan sudah. Asalkan poket penuh sudah. Sekiranya cara untuk mendapatkan wang/ rezeki itu salah di sisi Islam, maka wang/ rezeki itu turut menjadi haram.
Sabda baginda lagi dalam hadith yang lain:
            “Banyaknya pembohongan, pendeknya waktu, dekatnya jarak antara pasar-pasar.”
(Ibnu Hibban)
Huraian hadith:
          Banyaknya pembohongan membawa maksud dunia sekarang penuh dengan penipuan. Lihat sajalah berita-berita di dada akhbar. Ada bermacam-macam jenis penipuan. Lihat pula di dalam masyarakat sekeliling kita. Ada yang cuba menipu Tuhan, padahal mereka menipu diri sendiri. ‘Pendeknya waktu’ bermaksud masa dirasakan berlalu begitu cepat. Banyak kerja dan tanggungjawab yang tidak dapat kita tunaikan kerana kesuntukan masa. Dekatnya jarak antara pasar-pasar menceritakan betapa banyaknya kompleks membeli-belah yang dibina dan duduk berdekatan pula antara satu sama lain.
Sabda Rasulullah:
            “Akan ada unta untuk syaitan dan rumah untuk syaitan.”
(Abu Daud)
Huraian hadith:
          Unta yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah kenderaan, lebih tepat lagi kalau dinisbahkan dengan kereta-kereta. Dewasa ini dapat kita perhatikan memang banyak golongan hartawan dan jutawan yang memiliki lebih daripada sebuah kereta. Malah ada yang memiliki ratusan buah kenderaan sedangkan yang mereka guna untuk sehari-hari mungkin empat  lima buah sahaja. Mereka mengumpul kenderaan sebagai koleksi nafsu semata-mata. Kenderaan yang kosong inilah yang akan didiami oleh syaitan-syaitan. Begitu juga dengan rumah. Rumah mereka ada di seluruh dunia, bukan rumah kecil tetapi banglo mewah. Padahal rumah mereka di luar negara itu hanya dilawati dua atau tiga tahun sekali sahaja. Jadi, inilah rumah-rumah untuk syaitan. Alangkah baiknya kalau kenderaan dan rumah yang berlebihan ini dihadiahkan kepada orang-orang miskin.
          “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin-pemimpin yang bodoh (jahil), banyaknya bilangan anggota polis, penjualan jawatan, darah tidak dihargai lagi, pemutusan silaturrahim, orang-orang mabuk yang menjadikan Al Quran sebagai alat nyanyian (seruling) di mana mereka mendahulukan seseorang antara mereka untuk menjadi imam untuk melagukannya walaupun orang itu adalah yang paling sedikit ilmunya.”
(Ahmad & Thabrani)
Sabda baginda s.a.w:
          “Sungguh hebat dia, memang jarang ada orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalam dadanya tidak ada iman sedikitpun walaupun sebesar biji.”
(Bukhari, Muslim dll)

ini hakikatnya kita..semua akan 'MATI'
sharing is caring..

sumber : https://alexanderwathern.wordpress.com

Huraian hadith:

  Menurut Rasulullah, pada akhir zaman ini manusia (yang kebanyakannya jahil) akan menyanjung dan mengangkat orang yang tidak beriman. Orang ini pula akan dikatakan hebat, memang susah hendak dicari ganti, dialah satu-satunya yang mampu buat itu ini dan sebagainya. Padahal dalam jiwanya dia tidak beriman.

        

Tiada ulasan:

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu