Rabu, 24 September 2014

Makcik Ni Yang Patut Di Beri Saguhati..urppssss..Jangan Marah haa..



Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berpendapat komposisi pembahagian kerusi Exco Selangor perlu dinilai semula kerana PAS dianggap khianat, tidak menyokong PKR dan DAP semasa krisis politik negeri itu.
“Saya secara peribadi berperdirian (bahawa) kerusi Exco perlu dinilai semula.
“Kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar kita, saya rasa PAS hanya perlu diberi consolation seat sebagai exco. Kalau PAS sokong calon menteri besar kita (Wan Azizah) ini tak berlaku, kata beliau ketika ditemui di ibu pejabat parti hari ini, lapor KiniTV.
Astro AWANI turut melaporkan berdasarkan mesyuarat Biro Politik PKR semalam beberapa nama telah diketengahkan untuk menjawatan jawatan Exco.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dijangka akan tersenarai dalam barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali, lapor portal itu.
Sumber dalaman PKR memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik pada Selasa, Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco kerajaan Selangor atas kapasitinya sebagai Ketua AMK.
Sementara Naib Presiden PKR, Nuruk Izzah Anwar pula mahu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dikekal sebagai exco kerajaan Selangor.
“Azmin dijangka akan menerima cadangan yang dikemukan oleh Anwar yang mahukan Nik Nazmi dilantik sebagai exco atas kapasiti sebagai ketua AMK.
“Tetapi beliau (Azmin) tidak akan memilih Elizabeth sebaliknya akan melantik Adun Rawang, Gan Gan Pei Nei sebagai pengganti,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.
Selain Nik Nazmi, nama Adun Taman Medan, Haniza talha disebut-sebut akan mengisi jawatan exco menggantikan Rodziah Ismail makanala Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi akan dikekalkan.
Bagi jawatan exco mewakili kaum India, ramai yang menjangkakan Azmin akan melantik Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar tetapi tidak mustahil Adun DAP akan mengisi jawatan tersebut.
Ini kerana, Azmin mahu memberi peluang kepada DAP untuk menamakan calon exco mewakili kaum India dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
“Adun Kota Alam Shah, V. Ganabathirau berkemungkinan akan dipilih menjadi exco mewakili kaum India biarpun Xavier dikatakan orang kuat Azmin,” kata sumber itu lagi.
Dua penyokong setia Azmin, Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) dan Amirudin Shari (Batu Caves) tidak ada dalam senarai exco.
“Mungkin mereka akan diberikan jawatan lain,” kata sumber itu lagi.
imanhakeem : orang pompuan ni lebih elok kat dapur jer..atau kalau nak kerja sangat..boleh..tapi buat kerja-kerja orang pompuanlah..lebih afdal..hal-hal negara biar lelaki pikir..nak bantu dari belakang jer..jangan menonjol sangat..dah muak..

Tiada ulasan:

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu