Kenyataan bertarikh 20 Ogos yang disiarkan di laman web rasmi Al-Qassam itu mengandungi kata-kata ancaman terhadap Israel yang menyifatkan Israel telah berterusan dalam posisi orang yang kalah dan gagal dalam peperangan.
Mengulas mengenai serangan beberapa roket Israel ke atas rumah keluarga Al-Daloo di Kampung Syeikh Redwan yang mengorbankan isteri dan anak Ketua Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif, Al-Qassam berkata bahawa Muhammad Deif masih lagi hidup dan sedang menyaksikan kehancuran Israel serta akan memimpin tentera Al-Qassam membebaskan Masjid Al-Aqsa.
Berhubung sesi rundingan yang dijalankan di Kaherah, Al-Qassam menyifatkannya sebagai ‘tarian iblis Ifrit’ yang tidak akan menghasilkan keputusan yang baik untuk Gaza.
Katanya, Hamas telah menjelaskan syarat yang mereka mahukan semenjak awal, namun ia tidak dituruti malah gencatan senjata telah dilanggar oleh Israel.
Oleh itu, Al-Qassam meminta kumpulan perunding Palestin agar keluar dari meja rundingan dan tidak perlu kembali semula jika diajak berunding pada masa akan datang.
Sebanyak lima arahan dikeluarkan antaranya memberi amaran kepada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa agar menghentikan penerbangan masuk atau keluar dari Lapangan Terbang Ben Gurion bermula jam 6 pagi waktu Gaza bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia 21 Ogos 2014.
Al-Qassam melarang penduduk Israel berada di kawasan-kawasan lapang seperti padang bola manakala penduduk Gaza pula dilarang kembali ke rumah mereka dan perlu berada di pusat-pusat perlindungan pelarian dan tempat-tempat yang selamat.
Rakyat Gaza juga diminta mengikuti arahan dari semasa ke semasa oleh Al-Qassam dan tidak mempercayai janji pemimpin musuh yang tidak bertanggungjawab.
Kenyataan itu juga meminta Israel dan masyarakat dunia memahami apa yang diingini oleh rakyat Gaza, iaitu pembebasan mutlak Gaza daripada penjajahan Israel.-sumber..
imanhakeem : perangai Yahudi ni ada kat mana-mana..tak payahlah cuba nak berbaik-baik ke nak ambik hati ker..jangan di layan..jumpa jer kat akhirat sok..tu jer..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan