Selasa, 11 Mac 2014

Muhasabah Diri...

Kesesatan Kerana Memperkecilkan Solat

Golongan yang memperkecilkan solat adalah golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah menyatakan, "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah bin Abbas berkata, "Maksud 'mensia-siakan solat' bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya daripada waktunya." Imam Said bin Al-Musayyab mempunyai pendapat yang sama dengan sahabat ABdullah bin Abbas. Beliau berkata, "Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isya, solat isya ditangguhkn sehingga waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik." Hal ini disebutkan di dalam al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa.

Justeru melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan adalah sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Mengikut Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Nabi, "Apakah amalan yang paling Allah sukai ?" Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Abdullah bin Masud bertanya lagi, "Kemudian apa ?" Baginda menjawab, "Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa ?" Nabi menjawab, "Jihad kerana agama Allah."

Tiada ulasan:

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu