Isnin, 18 Ogos 2014

Eh..TIMUN pun ada khasiat tersendiri tau!

ni pokok timun..kalau ada yang tak kenal....
8 Khasiat Timun | Jika sebelum ini, saya tidak begitu gemar makan timun. Orang kata timun ni sejuk. Jadi ia kurang baik kalau dimakan selalu. Lebih-lebih lagi golongan lelaki. Namun, akhir-akhir ini saya dapati timun ini sebenarnya banyak pula khasiat. Jadi, lepas ini saya akan mengubah persepsi tentang timun ini.

Antara khasiat timun yang mesti anda tahu adalah:

1. Amalkan memakan timun setiap hari bagi mengelakkan sembelit.

2. Jus timun amat baik untuk anda yang mengalami gastrik.

3. Seandainya anda campurkan jus timun dengan perahan lobak merah serta daun saderi boleh mengatasi masalah artritis, gout dan reumatik.

4. Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, amalkan memakan timun sama ada secara mentah ataupun yang telah dimasak. Jika minum jus timun setiap hari pun boleh menurunkan berat anda.

5. Timun juga mampu mengubati penyakit disentri (keluar darah semasa buang air besar).

6. Campuran perahan timun, jus lobak serta salad mujarab untuk mengubati kudis.

7. Bagi anda yang masih buntu dengan masalah jerawat, cuba parutkan timun dan campurkan dengan kuning telur. 
Kacau bahan tersebut hingga sebati. Kemudian, sapu pada seluruh muka anda. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali agar jerawat lekas kering. 


8. Ada tak yang sakit tekak atau hilang suara? 

Jika ada, ambil biji timun dan campurkan dengan sedikit garam. Berkumurlah dengan bahan tersebut beberapa kali sehari. 
apapun masakan ni memang sedap ' acar ikan utara' atau masak cuka..huhu
ni pun macam sedap gak..mungkin sebab tuan tanah sedang puasa kut! hihi

In Shaa Allah, amalan ini akan menyelesaikan masalah anda 

Khamis, 14 Ogos 2014

Kehebatan Ayatul Kursi




1.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya. 

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 

5. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 

6. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. 

7. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar. 

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

Dari Abdullah bin 'Amr ra., Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." [Sumber

Kiki Kamaruddin Sertai Perkasa


puteri perkasa ler ni!
[The Malaysian Insider] Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Selangor semalam menyerahkan kad dan sijil keahlian kepada Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Kiki, yang mengejutkan negara dengan tindakan ganasnya membuli seorang warga tua selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata, Kiki bersama seorang lagi ahli baru Mohd Syahidzuan Samsudin menerima keahliannya di pejabat Perkasa negeri pada jam empat petang semalam.

“Kutipan wang yang dikutip Perkasa Selangor juga akan diserahkan kepada Kiki dalam satu majlis bersama penyerahan wang bantuan ke Gaza.

“Kami akan panggil rakan media untuk penyerahan. Kami hanya mengadakan kutipan bantuan kewangan kepadanya. Itu sahaja,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki, 30, mengaku bersalah dan memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.

Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM 25.

Abu Bakar ketika ditemui media awal bulan ini berkata tindakan Kiki yang sedia meminta maaf atas kelakuannya itu wajar dicontohi rakyat Malaysia.

Katanya, Perkasa Selangor tidak sesekali mempertikaikan keputusan mahkamah terhadap Kiki, kerana percaya sesiapa yang bersalah harus dihukum.

“Kiki sudah meminta maaf, bahkan dia juga mengakui kesalahan yang dilakukan serta menerima hukuman yang dikenakan terhadapnya.

“Lebih menarik perhatian, dia langsung tidak melawan hukuman yang dikenakan dan tidak merayu untuk diringankan hukumannya. Ini menunjukkan beliau menerimanya dengan hati terbuka,” katanya seperti dilaporkan media.

Kiki semasa ditemui media di luar mahkamah pada hujung bulan lalu ternyata kesal dengan tindakan dilakukannya.

Katanya, ekoran kejadian itu, banyak ugutan yang diterima dan tidak senang dengan ugutan sedemikian.

"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.

"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya kepada media ketika ditemui di luar mahkamah. – 15 Ogos, 2014.

imanhakeem :  hrmmm...apo? ekau ingat bila masuk perkaso, kau boleh jadi perkaso..jadik heroin...lepas ni imanhakeem pun nak ketuk kereta orang jugaklah..lepas tu pergi join mana-mana parti..amik gambar dengan bangganya...
buat dajal dapat pujian melata..camtu ek..tak sabar nak mendajal..tapi nak ketuk kereta sapa?..lum pernah lae buat kerja-kerja dajal ni!
tapi kan, orang2 dalam perkasa memang camtu...lepas dah buat salah bagai..pi daftar join perkasa dengan motonya 'pejuang adalah seorang penyabar, banyak melakukan pengorbanan'..tu sebab kiki ketuk kereta bertalu-talu dah habis sabar.. lagi satu dah banyak na berkorban..tah apo yang dikorbankan tak tahulah..


TERKINI: HAMAS MENANG LAGI DAN ISRAEL YAHUDI LAKNATULLAH KALAH BUAT SELAMA -LAMANYA !


Kementerian Kewangan Israel laknatullah melaporkan bahawa peperangan di Gaza kali ini menyebabkan Israel mengalami kerugian sebanyak 3.5 Billion US Dollar. Manakala media 10 Israel laknatullah melaporkan bahawa kabinet Israel akan bermesyuarat pada pukul 12.00 tghri ini (waktu gaza) untuk membincangkan mengenai ' status ' peperangan di gaza samaada akan dihentikan atau diteruskan susulan ramai tentera kami yang mati dan tewas di medan perang tambahan bantahan masyarakat dunia yang terus memboikot produk-produk keluaran kami yg menyebabkan ekonomi kami semakin lumpuh dan berada di ambang nazak sakaratulmaut ! Manakala sumber dari Hamas mengatakan. Inilah rundingan yang ' terakhir ' genjatan senjata selama 72 jam yang akan kami setujui dan selepas ini kami tidak akan bersetuju genjatan senjata diadakan selagi semua tuntutan kami tidak dipenuhi oleh pihak zionis laknatullah. Kami akan memastikan tentera-tentera zionis mati dan kalah dalam pertempuran kali ini dan kami akan memastikan kesemua pejuang-pejuang kami menemui syahid atau beroleh kemenangan . Kami sudah bersiap 100% untuk menyerang habis-habisan dan akan mengusir sepenuhnya tentera zionis keluar dari semua tanah jajahan di Palestin.

khaibar.... khaibar.... khaibar ya ya yahud, Jaisyu Muhammad Saufa ya ya'ud.. Takbir............ Allahuakbar !!!
Kehebatan Briged Al Qassam yang menggerunkan Zionis
TAHUKAH ANDA SEMUA: Sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam hanya memiliki keanggotaan seramai 30,000 orang. Manakala tentera rejim Zionis Israel Yahudi laknatullah mempunyai seramai 720,000 orang dajjal. Israel laknatullah juga memiliki keupayaan ketenteraan terhebat di dunia dengan teknologi peperangan yang tercanggih pada masakini, ditambah lagi dengan sokongan sekutu-sekutunya terutama sekali Amerika Syarikat Dajjal laknatullah. Menilai dari segi kekuatan kedua-dua pihak, sememangnya berbeza ibarat langit dan bumi.
Namun dengan bilangan tentera yang jauh lebih sedikit, Briged Al-Qassam telah berhasil memberikan satu tamparan hebat kepada rejim Zionis Israel Yahudi laknatullah dalam peperangan di gaza kali ini yang masih berterusan hingga ke hari ini. Sepanjang tempoh lebih sebulan peperangan, bilangan tentera Israel yang terbunuh adalah seramai 497 orang, sepuluh kali ganda lebih ramai berbanding bilangan anggota Al-Qassam yang syahid terkorban. Tu tak termasuk kematian yg tak dilaporkan dan kematian yg disembunyikan juga ribuan tenteranya yg cedera parah.
Dengan tekad dan kesungguhan untuk mengejar ke jalan syahid di jalan Allah, anggota-anggota Briged Al Qassam telah mempamerkan keberanian dan teknik gempur yang luar biasa yang tidak pernah terlintas dihati dan gambaran tentera zionis laknatullah !!! dan menjadikan mereka mimpi ngeri buat tentera Israel Yahudi laknatullah !!!. Keupayaan ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas dalam peperangan kali ini juga jauh di luar jangkaan rejim Zionis Israel, sekaligus menimbulkan kegerunan dahsyat dan mimpi ngeri kepada mereka.
Berikut dipaparkan beberapa kehebatan Briged Al Qassam dalam aspek keupayaan ketenteraan yang telah membuatkan tentera-tentera zionis laknatullah lari dari medan tempur dan ada yang terkencing di dalam seluar. !!! telah dipamerkan sepanjang perang di Gaza kali ini:
1) Keberanian Komando Darat Al Qassam dengan strategi peperangan yang pelbagai:
Sebahagian besar kematian yang dialami tentera Israel Yahudi laknatullah adalah akibat operasi ketenteraan yang dibuat oleh Komando Darat Al Qassam. Operasi darat Al Qassam berjaya menembusi beberapa kem tentera rejim Zionis laknatullah dan kemudiannya membunuh tentera penjajah. Dalam satu serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz, skuad Khas Komando Al Qassam berjaya menyelinap melalui rangkaian terowong rahsia dan menggunakan taktik penyamaran sebagai tentera Israel yang berhasil mengelirukan musuh.
Operasi dilakukan secara tersusun di mana pasukan Al-Qassam itu hanya mengambil masa sekitar 2 minit saja untuk menyelesaikan misi mereka, cukup untuk melakukan serangan dan kemudian berundur semula ke dalam terowong dengan selamatnya. Mereka juga melaksanakan operasi dengan cermat seperti tidak melepaskan tembakan secara rambang dan bertalu-talu, tidak memusnahkan lokasi atau meletupkan menara kawalan yang boleh menarik perhatian tentera Israel di kem-kem yang lain.
Antara strategi peperangan Komando Darat Al-Qassam lain yang turut menonjol kali ini penggunaan perangkap samar dan keupayaan untuk meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh. Terbaik.... Takbir............................... Allahuakbar !!!
2) Penggunaan Komando Amfibia Al-Qassam yang tidak dijangkakan musuh :
Dalam keadaan Gaza yang terkepung secara total, Briged Al Qassam masih berjaya menembusi negara haram Israel laknatullah melalui jalan laut dengan menggunakan skuad Komando Amfibia Al Qassam yang sama sekali tidak pernah dijangkakan oleh tentera Zionis. Komando Amfibia Al Qassam berhasil melaksanakan beberapa operasi untuk mencerobohi kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan darat secara berdepan. Di dalam operasi ini hanya 2 orang Komando Amfibia Al Qassam yang syahid dan yg selebihnya selamat pulang dengan selamatnya. Mereka berjaya membunuh tentera zionis laknatullah seramai 29 orang dan berjaya meletupkan gudang penyimpanan senjata penting Israel laknatullah ! Mmg terbaik . Takbir.................................................... Allahuakbar !!!
3) Teknologi roket baru R-160 yang berupaya mencapai sasaran lebih jauh :
Serangan roket Al Qassam dalam peperangan kali ini dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini tidak pernah berjaya dijangkau. Kalau sebelum ini Al Qassam telah memperkenalkan roket M-75 yang berupaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km, kali ini Al Qassam berjaya menghasilkan pula roket jenis R-160 (Rantissi 160) yang memiliki jangkauan sasaran sehingga 160 km. Roket ini diberi nama sempena Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang telah syahid pada tahun 2004 akibat bedilan peluru berpandu oleh helikopter Apache Zionis Israel.
Laporan Al Qassam menyatakan bahawa roket R-160 telah berjaya dilancarkan ke wilayah Haifa, bahagian paling utara di negara haram Israel laknatullah yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza. Perkembangan ini menggemparkan seluruh penduduk Israel laknatullah kerana kini tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka daripada ancaman serangan roket Al Qassam. Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza juga telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv. Yang ni terbaik tak terkata.... Takbir............... Allahuakbar !!!
4) Penghasilan senjata penembak tepat “Ghoul” buatan sendiri :
Al Qassam juga telah berjaya mencipta sendiri senjata penembak tepat (sniper) yang dinamakan “Ghoul” yang mampu mencapai jarak sejauh 2 kilometer. Sedangkan jarak tipikal sebuah sniper rifle biasa hanyalah dalam lingkungan bawah 1 kilometer. Sniper yang memiliki kaliber 14.5 mm ini diberi nama sempena salah seorang jurutera Al Qassam bernama Adnan al-Ghoul yang telah syahid pada tahun 2004. Senjata ini juga dikatakan mempunyai keupayaan penglihatan teleskopik. Takbir.................................................................. Takbir................................................ Takbir.............................................................. Allahuakbar !!!
5) Inovasi roket yang berupaya mengelak sistem pertahanan Iron Dome :
Peperangan kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel laknatullah yang selama ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia. Sistem Iron Dome sebelum ini didakwa memiliki kadar kejayaan sehingga 90%, namun kajian yang dilakukan sepanjang peperangan kali ini menunjukkan Iron Dome hanya mampu mematahkan 30-40% serangan roket yang dilancarkan dari Gaza. Malah pihak tentera Israel sendiri mengakui dalam tempoh 24 jam tertentu sewaktu perang, Iron Dome mereka hanya mampu mematahkan 8 daripada hampir 120 roket yang dilancarkan oleh Al-Qassam.
Situasi ini mencetuskan situasi panik dan huru-hara kepada rejim Zionis Israel apabila Iron Dome milik mereka ternyata tidak dapat menghalang sepenuhnya serangan roket ciptaan Al-Qassam. Penganalisis tentera Israel sendiri mengakui bahawa inovasi Al Qassam telah berjaya menghasilkan roket Jaabari 80 dengan teknologi yang mampu mengelak daripada Iron Dome. Pergerakan roket Jaabari 80 secara berayun dan tidak tetap menyebabkan sistem pertahanan Iron Dome gagal untuk menangkis serangan tersebut. Yang ni senyum lebar memanjang. Sangat-sangat terbaik.... Takbir............ Allahuakbar !!!
6) Pelancaran pesawat udara tanpa pemandu :
Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel laknatullah. Al Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran).
Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al Qassam sepanjang Perang di Gaza kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel Yahudi laknatuyllah tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al Qassam menjanjikan lebih banyak siri-siri kejutan akan dilakukan oleh mereka kepada Israel laknatullah sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.
Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam di dunia pada hari ini.sumber



ingatkan dah takdo perasaan!


imanhakeem: yahudi hanya mencipta watak hero dalam movie, kartun (manjang jer hero menang..tak pernah kalah)..tu jelah...islam mewujudkan hero sebenar..beranganlah Yahudi sampai kiamat...

Rabu, 13 Ogos 2014

Si Lebam Dahi Tuntut 50 juta..banyaknyer...

Hasil carian imej untuk imej saiful
SAIFUL DAHI (gambar sekadar hiasan tiada kena mengana dengan n3)
[Bernama] Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) memfailkan saman terhadap ketua pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya enam tahun lepas.

Saiful, 27, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, pada 23 Jun lepas melalui Tetuan Zamri Idrus & Co. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan hari ini selepas kes itu disebut untuk pengurusan kes.

Dalam writ samannya, Saiful mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat defendan (Anwar) dan selepas Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.

Saiful berkata, perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.

Saiful mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialaminya akibat diliwat oleh defendan.

Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun, 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, .

Katanya, kandungan laporan polis itu adalah apa yang sebenarnya terjadi dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Saiful berkata beliau bekerja dengan Anwar pada Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk urusan di dalam dan luar negara.

Katanya, beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan mengalami tekanan teruk akibat fitnah dan kejadian liwat itu.

Sehubungan itu, Saiful memohon ganti rugi RM50 juta ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.

Selepas kes itu disebut hari ini, Peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful memberitahu media kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes 8 Oktober ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Norfauzani Mohd Nordin.

Beliau berkata, mahkamah juga memerintahkan Anwar yang diwakili peguam Shahid Adli memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 3 September ini.

Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Anwar atas pertuduhan meliwat.

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari, 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful.

Bagaimanapun Anwar dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok. – Bernama, 13 Ogos, 2014.

imanhakeem: bagi jer 50juta rupiah..sian ..tak cukup2 duit mamat nih! ..umur 27..tuntut 50 juta..kalau menang saman..duk goyang kaki sampai mati!..itupun kalau menang lerrr

Selasa, 12 Ogos 2014

Kalau Inilah Kesahnya...

hrmmmm...teka-teki bakal berakhir...

artikel tiada kena mengena dengan pic..hehe
Rafizi dedah kronologi hutang Khalid Ibrahim

PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan punca yang mendorong PKR untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sekaligus menjawab persoalan yang bermain di minda rakyat Selangor, khususnya ahli PKR sendiri. 


Menurutnya, pada tahun 1994, Khalid telah meninggalkan jawatannya di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diberikan keistimewaan untuk membeli lima peratus saham Guthrie serta keistimewaan untuk membuat pinjaman dari Bank Islam berjumlah RM214.7 juta bagi membeli saham tersebut. 

“Bila Bank Islam minta Tan Sri Khalid membayar ikut perjanjian, beliau tak boleh bayar,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi. 

Jelas Rafizi lagi, oleh kerana Khalid tidak dapat membayar hutang tersebut, pada tahun 1998, Khalid telah menulis surat kepada Bank Islam.

“Surat pertama ditulis pada 16 Oktober 1998 dan surat kedua ditulis pada 20 Oktober 1999. Beliau menulis kepada Bank Islam menyatakan bahawa beliau tidak boleh bayar hutang itu,” ujar Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan. 

Pada tahun 2001, disebabkan tidak dapat membayar hutang tersebut, Khalid kemudiannya telah menandatangani satu perjanjian dengan Bank Islam bagi membuat penstrukturan semula hutangnya yang berjumlah RM214.7 juta itu dengan cara menjualkan sahamnya kepada Bank Islam. 

Penjualan saham itu adalah sebagai cagaran kepada Bank Islam dan sekiranya Khalid gagal membayar seperti yang sepatutnya, Bank Islam akan menjual saham tersebut bagi melunaskan hutangnya. 

Pada tahun 2003, beliau masih tidak mampu untuk membayar hutang tersebut dan pada tahun 2003 atau 2004, 

Bank Islam telah menjual sahamnya. Setelah dijual, ia masih lagi tidak mampu untuk membayar hutang yang dipinjam sebanyak RM214.7 juta itu dan masih berbaki RM59.5 juta setakat 13 November 2006. 

“Anda kena faham satu perkara, bahawa kita sedaya upaya cuba untuk tidak cerita kerana ia tidak elok,” katanya yang juga menjawab persoalan rakyat mengapa isu pertukaran Khalid dimulakan pada awal tahun ini dan bukannya selepas PRU13. 

Pada 10 Mei 2007, Khalid Ibrahim telah mengeluarkan saman terhadap Bank Islam apabila beliau diminta melunaskan baki hutang termasuk cukai. 

“Anggaran hutang termasuk cukai beliau pada tahun 2006 adalah sebanyak RM70 juta,” jelas Rafizi. 

Kata Rafizi lagi, ADUN Pelabuhan Klang itu pada Januari 2014 telah menggunakan khidmat orang tengah bagi menyelesaikan bebanan hutangnya, dipercayai seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno iaitu Tan Sri Rashid Manaf. 

Malah, ia menimbulkan keraguan apabila Khalid dengan Bank Islam mencapai penyelesaian hutang di luar mahkamah lebih awal dari tarikh yang telah ditetapkan, 12 Februari 2014. 

“Pada mula Kajang Move itu adalah petanda bahawa kita akan menggantikan Khalid dan seawal 25 Januari kita sudah maklumkan bahawa kita berhasrat untuk menukar menteri besar,” katanya. 

Jelasnya lagi, pada 12 Februari 2014, ia adalah kunci utama kepada semua perkara. 

“Pada 12 Februari itu adalah dimana keputusan mahkamah persekutuan menyatakan sama ada Khalid perlu atau tidak membayar hutangnya kepada Bank Islam. Bila Khalid sampai di mahkamah, hakim yang pertama telah membuat ‘summary judgement’. 

“Hakim tersebut menjelaskan, pada tahun 2009, ‘you’ hutang banyak ni, ‘you’ bayar banyak ni dan Khalid tidak bersetuju dan meminta untuk ‘trial’ dan setelah pergi ke ‘trial’, Khalid meminta untuk tidak mahu dengan hakim yang pertama dan meminta hakim lain.” katanya. 

Jelasnya, setelah diberikan hakim yang lain, sewaktu tempoh ‘full trial’, penghujahan Khalid tentang kenapa beliau tidak mahu bayar hutang tersebut adalah kerana hutang Islamic Banking itu tidak cukup Islamic kerana ‘profit element’ yang perlu dibayar adalah riba. 

“Oleh kerana Khaid kata perjanjian itu tidak cukup Islamic, maka Khalid meminta mahkamah memutuskan mengikut Akta Perbankan Islam 1993 bahawa Bank Islam tidak mempunyai hak untuk memeterai perjanjian itu dan Bank Islam telah melanggar syarat serta meminta mahkamah mengisytiharkan bahawa baki hutang tersebut tidak perlu dibayar,” ujarnya. 

Kata Rafizi, pada 12 Februari, peguam Bank Islam pun ternganga apabila pihak Khalid dan Bank Islam telah bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara ‘out of the box’. 

Peguam Bank Islam langsung tidak dimaklumkan tentang perkara itu,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Rafizi, kira-kira sebulan selepas Bank Islam bersetuju menggugurkan tuntutan baki hutang di mahkamah, Ecoworld Berhad iaitu syarikat pemaju yang berhubungkait denganTan Sri Rashid Manaf memeterai perjanjian-perjanjian melibatkan projek dan hartanah kerajaan Selangor bernilai ratusan juta ringgit.

“Daripada bulan Mac lagi kita minta dia (Khalid) terangkan kepada pimpinan Pakatan Rakyat mengenai hutang Bank Islam,” kata Rafizi sambil menambah Khalid gagal melakukan yang demikian.

Rafizi juga mencabar Khalid untuk mengemukakan saman terhadapnya sekiranya merasakan fakta yang didedahkan itu sebagai fitnah. (Yang sehingga kini TS Khalid lansung tak buka mulut terhadap pendedahan tersebut, apatah lagi untuk menyaman Rafizi -GB)

“Ini adalah keputusan yang sukar, tapi saya rela. Kita boleh hilang kerajaan, tidak mengapa kerana kita boleh dapat bentuk kerajaan baru kemudian. 

Tetapi jika sekali hilang moral, kepercayaan rakyat, anda tak boleh bina kembali,” ujarnya lagi walau mengakui Pakatan berdepan dengan kesukaran sekiranya benar Dewan Undangan Negeri Selangor bakal dibubarkan bagi mengatasi kemelut jawatan tersebut. 

Forum tersebut turut menampilkan tiga panelis lain antaranya Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Aktivis Bersih, Hishamuddin Rais dengan kesemuanya bersetuju agar pemimpin tersebut digugurkan segera.


sumber..

imanhakeem:  dunia dah nak kiamat...fitnah melata-lata..tepuk dada tanya selera..ada akal..fikir..jangan sia-siakan akal yang diberi..

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu