puteri perkasa ler ni! |
[The Malaysian Insider] Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Selangor semalam menyerahkan kad dan sijil keahlian kepada Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Kiki, yang mengejutkan negara dengan tindakan ganasnya membuli seorang warga tua selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata, Kiki bersama seorang lagi ahli baru Mohd Syahidzuan Samsudin menerima keahliannya di pejabat Perkasa negeri pada jam empat petang semalam.
“Kutipan wang yang dikutip Perkasa Selangor juga akan diserahkan kepada Kiki dalam satu majlis bersama penyerahan wang bantuan ke Gaza.
“Kami akan panggil rakan media untuk penyerahan. Kami hanya mengadakan kutipan bantuan kewangan kepadanya. Itu sahaja,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki, 30, mengaku bersalah dan memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.
Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.
Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.
Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM 25.
Abu Bakar ketika ditemui media awal bulan ini berkata tindakan Kiki yang sedia meminta maaf atas kelakuannya itu wajar dicontohi rakyat Malaysia.
Katanya, Perkasa Selangor tidak sesekali mempertikaikan keputusan mahkamah terhadap Kiki, kerana percaya sesiapa yang bersalah harus dihukum.
“Kiki sudah meminta maaf, bahkan dia juga mengakui kesalahan yang dilakukan serta menerima hukuman yang dikenakan terhadapnya.
“Lebih menarik perhatian, dia langsung tidak melawan hukuman yang dikenakan dan tidak merayu untuk diringankan hukumannya. Ini menunjukkan beliau menerimanya dengan hati terbuka,” katanya seperti dilaporkan media.
Kiki semasa ditemui media di luar mahkamah pada hujung bulan lalu ternyata kesal dengan tindakan dilakukannya.
Katanya, ekoran kejadian itu, banyak ugutan yang diterima dan tidak senang dengan ugutan sedemikian.
"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.
"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya kepada media ketika ditemui di luar mahkamah. – 15 Ogos, 2014.
imanhakeem : hrmmm...apo? ekau ingat bila masuk perkaso, kau boleh jadi perkaso..jadik heroin...lepas ni imanhakeem pun nak ketuk kereta orang jugaklah..lepas tu pergi join mana-mana parti..amik gambar dengan bangganya...
buat dajal dapat pujian melata..camtu ek..tak sabar nak mendajal..tapi nak ketuk kereta sapa?..lum pernah lae buat kerja-kerja dajal ni!
tapi kan, orang2 dalam perkasa memang camtu...lepas dah buat salah bagai..pi daftar join perkasa dengan motonya 'pejuang adalah seorang penyabar, banyak melakukan pengorbanan'..tu sebab kiki ketuk kereta bertalu-talu dah habis sabar.. lagi satu dah banyak na berkorban..tah apo yang dikorbankan tak tahulah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan