Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People
hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam ..
Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali
telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum
‘orang gua’ ini.
“Cerita ini harus diberitahu,” kata sumber itu. “Ia terlalu besar untuk disorok”.
Sumber
itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.
“Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah”, beliau berkata, “Tetapi
mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia
satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English”.
“Mole
People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke
muka Bumi (surface world)”, kata sumber itu. “Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
“Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami
baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole
tinggai di situ.
“Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa
mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam
bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi”.
Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga
sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki,
tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10
kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka
juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti
kuku mole” “Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang
melampau dan juga keadaan yang teruk di bawah Bumi”.
“Didapati
bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan
makhluk ini suatu ketika dahulu – mereka bercakap di dalam bahasa yang
hampir sama dengan dialek Navajo Lama.
Sumber itu juga menyatakan
bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangat besar,
membuatkan mereka mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli
ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu
ancaman dan terus menyerang belia u”. “Mereka mencakar dan menyerang
beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya.
Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.
Kaum
Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi – pakaian, alat-alatan
dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan segar. “Saya
belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan bersukaria”,
mengikut kata sumber.
“Amat jelas mereka tidak boleh menanam
buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah
muka Bumi”. NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. “Kami mahu tahu
segala-galanya mengenai mereka – apa yang mereka makan,bagaimana mereka
tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum
manusia”.
“Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan
dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu. Adakah mereka adalah
nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?” Pakar berkata
terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. “Mereka boleh jadi
apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki
baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Adakah
makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup
bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah
Bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah
dengan NASA dimana misi asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa –
telah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap NASA tidak
menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan
hebat dari warta wan , jurucakap White House menjanjikan informasi yang
dibenarkan oleh White House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah
memberi amaran “mungkin tidak untuk jangkamasa yang terdekat”.
Menurut
sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika
sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole –
satu inisiatif dimana warta wan sekarang percaya ia mungkin untuk
mengintip China, menggunakan “teknologi bawah tanah”.
Setakat ini
NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di
kawasan sekitar Washington State’s Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky
dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata
sumber. Berkurun lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan
makhluk di bawah muka Bumi.
Sekarang, buat pertama kalinya,
spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada
makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
Persoalannya..
Mengikut apa yang saya baca, NASA telah menjumpai makhluk bawah tanah, point yang agak kurang jelas saya listkan dibawah...
mereka berkomunikasi dengan makhluk tu tanpa dicederakan, makhluk tu juga tak tahu bahasa Inggeris..
seorang ekspedisi menyalakan rokok, dan makhkuk tu terasa diancam dan menerkam sehingga jatuh rokok dan orang tu..
mereka memberi buah anggur kepada makhluk tu dan mereka suka..
tinggi makhluk tu adalah kira-kira 10 kaki bersamaan hampir 300 cm, dua kali ganda manusia normal..
rasa
hairan juga kerana dorang boleh berkomunikasi dengan makhluk yang
tingginya memang sangat tinggi dan mana mungkin makhluk yang sebesar itu
mampu bercakap dan seakan jinak dengan manusia. Cuba kita bayangkan
makhluk yang kita tak pernah kenal dan dia pun tak kenal kita, berasa
tak terancam dengan tindakan NASA.
Mereka dikatakan telah
mengorek lubang bawah tanah untuk satu projek yang dinamakan sebagai
'Operation Mole Hole', mereka telah berjumpa dengan makhluk itu di bawah
tanah yang agak dalam di Washington. Sedangkan jika kita menebang pokok
yang didiami binatang, pasti binatang itu akan lari dan mengganas,
bagaimana makhluk yang dikatakan NASA boleh berkomunikasi dengan baik
tanpa mencederakan mereka.
DARI SURAH AL KAHFI:
Allah
menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu:
“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain.
Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya
Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan
kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh
suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam
matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam
dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai
Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap
mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak
akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga
87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila
sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu
menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu
yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian
dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai
antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum
yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain,
sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu
orang yang membuat kerosakan
di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu,
supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata:
‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik,
maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku
membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan
besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak)
gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila
besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah
aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka
mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya.
Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka
apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh;
dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Demikianlah
secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya,
lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj
dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan
Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan
kiamat..
Kita tidak pernah menyangkal akan kewujudan yakjuj dan
Makjuj yang telah dinyatakan dalam Al Quran, namun benarkah makhluk yang
dijumpai NASA itu benar2 wujud, saya memang tidak dapat percaya 100%
akan berita yang dikeluarkan puak kafir.. hanya Allah swt sahaja yang
mengetahui berita sebenar disebalik dakwaan Amerika, adakah hanya mainan
mereka untuk memporak perandakan umat manusia atau satu berita yang
benar.. wallahu a'lam..
imanhakeem: buat ketika ni kena ambil tahu jugak..sebab nak tunggu orang islam melayu malaysia nak buat kajian belum tentu boleh jumpa..sebab kepakaran OIMM hnaya melalui kaedah mengadakan sesuatu yang tiada..tu jer..sory to say..ngeeeee
sumber