Isnin, 19 Mei 2014

Rahsia Bersin Dan Menguap Dalam Islam

Rahsia disebalik Bersin dan Menguap menurut Islam. Setiap manusia
pasti Bersin dan Menguap setiap hari. Tahukah anda Mengapa kita bersin
dan mengapa kita menguap setiap hari. Antara bersin dan menguap
terdapat banyak perbezaan. Ada artikel mengenai Amaran dan Bahaya
Tahan Bersin dari kajian barat. Namun dari sudut Agama Islam, ada
rahsia disebalik bersin dan menguap ini. Sesungguhnya kepada sesiapa
yang mensyukuri nikmat Allah dan sentiasa ingin berfikir, ilmu-ilmu
kehidupan akan mudah difahami. Dengan usaha dan izin dari Allah yang
maha mengetahui.


Bersin dan Menguap menurut Islam

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ta'alaa anhu, Rasulullah bersabda:
"Sungguh Allah mencintai orang yang bersin dan membenci orang yang
menguap, maka jika kalian bersin maka pujilah Allah, maka setiap orang
yang mendengar pujian itu untuk menjawabnya; Adapun menguap, maka itu
dari syaitan, maka lawanlah itu sekuat tenagamu. Dan apabila seseorang
menguap dan terdengar bunyi: Aaaa, maka syaitan pun tertawa
karananya". Shahih Bukhari (6223)

Imam Ibn Hajar berkata, Imam Al-Khathabi mengatakan bahwa makna cinta
dan benci pada hadis di atas dikembalikan kepada sebab yang termaktub
dalam hadits itu. Yaitu bahwa bersin terjadi karena badan yang kering
dan pori-pori kulit terbuka, dan tidak tercapainya rasa kenyang. Ini
berbeza dengan orang yang menguap. Menguap terjadi karena badan yang
kekenyangan, dan badan terasa berat untuk beraktiviti, hal ini karena
banyaknya makan . Bersin boleh menggerakkan orang untuk beribadah,
sedangkan menguap menjadikan orang itu malas. Fath-hul Baari (10/6077)

Nabi menjelaskan bagaimana seseorang yang mendengar orang yang bersin
dan memuji Allah agar membalas pujian tersebut. Rasulullah bersabda:
"Apabila salah seorang diantara kalian Bersin, maka ucapkanlah
Al-Hamdulillah, dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan
Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan
Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum" HR. Bukhari (6224)

Sesungguhnya ilmu kehidupan amat luas dan menjadi rahsia Allah. Hanya
kepada manusia-manusia yang berfikir dan berusaha memahaminya,
insyaallah ilmu itu miliknya. Rahsia Disebalik Bersin dan Menguap
diantara sebahagian ilmu yang menarik perhatian ramai ilmuan Islam
untuk mengkaji dan memahaminya. Semoga Artikel Rahsia Disebalik Bersin
dan Menguap Menurut Islam dapat memberi manafaat kepada semua.
Insyaallah

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu'alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya

Ahad, 18 Mei 2014

Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah (Menarik!)

Kisah Budak Kecil Yakin Bahawa Rezeki Itu Daripada Allah (Menarik!) | Sebagai seorang muslim, kita perlu percaya dan yakin bahawa setiap rezeki yang datang itu datang hanya daripada Allah SWT. Janganlah sesekali kita berasa rugi dalam bersedekah kerana Allah SWT sentiasa akan memperbanyakkan lagi rezeki kita. Kisah seorang budak kecil yang begitu yakin bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah. Bagaimana keyakinan tersebut datang?
Sepasang suami isteri selalu mendidik anak mereka bahawa yang memberi rezeki ialah Allah. Sebelum makan, mereka akan menyuruh anaknya solat 2 rakaat memohon kepada Allah agar diberikan rezeki. Setiap petang apabila pulang dari sekolah, ibunya akan menyuruh anaknya bersolat 2 rakaat dulu seperti biasa. Inilah kebiasaan yang anak itu akan lakukan selama beberapa tahun.
Suatu ketika, pada hari pertama, anak pulang dari sekolah dan bersolat 2 rakaat. Selepas solat, dia membuka tudung saji dan nampak makanan yang telah disediakan ibunya lalu terus makan.
rezekiPada hari kedua, selesai solat, anak itu membuka tudung saji tapi tiada makanan. Lalu dia pergi ke periuk, di situ ada makanan yang telah disediakan ibunya lalu dia pun terus makan.
Pada hari ketiga, selepas selesai solat, anak itu tidak menjumpai makanan bawah tudung saji dan dalam periuk. Tapi ibunya telah tinggalkan di dalam kabinet dapur. Lalu dia pun terus makan.
Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Tapi Allah nak tarbiah anak ini. Pada hari berikutnya, si ibu bergegas menghadiri pengkebumian saudaranya dan terlupa untuk memasak makanan anaknya.
Selepas saudaranya itu dikebumikan, si ibu bergegas pulang dan di dapati anaknya sedang menunggu di depan pintu sambil tersenyum. Lalu anaknya pun berkata, “Sedap betul lauk ibu masak, tak pernah rasa masakan ibu yang paling sedap macam hari ni.”
Ibunya terdiam lalu bertanya apa telah terjadi.
Si anak menjawab, “Saya pulang dari sekolah, lepas solat saya turun makan check tudung saji takda makanan. Check kat periuk pun takda. Check kat kabinet dapur pun takda. Saya rasa solat saya tadi banyak cacat cela lalu saya bersolat sekali lagi. Selepas tu saya check masih takda makanan kat semua tempat tadi. Mungkin solat saya masih Allah belum terima sebab sebelum ni takda problem pun. Saya pun solat lagi sekali untuk kali ketiga, perbaiki supaya lebih khusyuk dan mohon kepada Allah. Apabila saya turun, makanan telah terhidang di atas meja dan lauk dia yang paling best pernah saya rasa.”
Ibunya masih dapat mencium bau lauk yang wangi itu yang masih melekat dari mulut anaknya.
Orang alim bagitau, makanan tersebut Allah hantar cash dari syurga. Ibunya dikisahkan pergi juga ke dapur tapi tiada apa-apa yang dilihat. Ganjaran tersebut hanya untuk si anak.
Apabila keyakinan kepada Allah 100%, maka di situlah bantuan Allah sampai melalui perantaraan solat seperti yang berlaku pada zaman Nabi s.a.w dan para sahabat r.a dulu.
Firman Allah, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Taha 20:132
Hanya Allah Maha Mengetahui.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi PBS..

PART I

Cikgu Ramli sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Ramli akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Ramli asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya.. Lalu Cikgu Ramli menyergah muridnya yang bernama Mat.
Cikgu Ramli: “Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah”
Mat : “Oh Cikgu Ramli, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.”

PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Ramli telah bertanya kpd murid²nya.
Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Ramli pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.

PART III

Cikgu Ramli sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar…
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah…. emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Mat : Tepung kan ke dalam kek tu…. Cikgu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Cikgu Ramli : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Ramli : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu…
Cikgu Ramli : uii… lagi bagus… berdiri atas meja sampai habis kelas..

SELAMAT HARI GURU..AIR MATA SEORANG GURU (MESTI BACA)

Kisah Sedih! Mengalirnya Air Mata Seorang Guru (Menarik!) | Tanggal 16 mei merupakan hari bersejarah bagi seorang guru. Hari bagi memperingati jasa dan pengorbanan seorang guru dalam mendidik jiwa manusia pada hari ini. Ada sebuah kisah tentang seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ibrahim. Perjalanan kariernya sebagai seorang guru-guru benar-benar membuatkan dirinya sentiasa mengalirkan air mata apabila mengenangkan anak muridnya. Apakah kisah tersebut?
Selamat Hari Guru
Alkisah Cikgu Ibrahim.. Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.
Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.
Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus. Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.
Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Peperiksaan bila Jimmy gagal, Cikgu Ibrahim sudi menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di atas kertas tersebut.
Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.
Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.
Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.
Darjah 1:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”
Darjah 2:
“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah. Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”
Darjah 3:
“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya kerana terpaksa sara keluarga terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”
Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.
Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya – Cikgu Ibrahim berasa malu.
Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.
Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.
Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.
Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenym.
Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.
“Apa hal Jimmy?”
“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.
Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.
Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim. Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.
Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.
Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.
“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”
Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.
Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”
Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.
“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.
Jimmy berfikir sejenak…
“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.
Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.
Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”
“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

imanhakeem: Selamat Hari Guru...buat semua guru-guru...jasamu tak terbalas..

Fakta Yang Menarik Mengenai Putrajaya

Selain Mekah dan Madinah, Putrajaya adalah satu-satunya bandar di dunia yg tiada gereja, tokong, kuil, biara dan seumpamanya. Yang ada hanyalah Masjid dan Surau.

Pergilah ke mana-mana bandar besar, bahkan di bandar utama negara islam seperti Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dan lain lain, kita akan melihat wujudnya pelbagai rumah ibadat selain Masjid dan Surau.

Hanya MASJID & SURAU sahaja dibenarkan di PUTRAJAYA.Menarik bukan?

Bangunan pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. Perkataan MASJID yang digandingkan dengan PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yang tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) dan PUTRA (mewakili Melayu Bumiputra).

Pejabat Perdana Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam dan mengutamakan Bumiputra.

Masjid Ke-2 Putrajaya pula ialah MASJID BESI yang turut dibina berhadapan ISTANA KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim dibuat secara adil lagi saksama dengan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan Islam... hrmmmm
 
imanhakeem: semoga jadi kenyataan..

Kuasa Allah..si kembar dengan kasih sayang...

 

Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.
OHIO – AMERIKA SYARIKAT. Kelahiran sepasang bayi kembar perempuan yang berpegang tangan semalam menyentuh hati doktor dan jururawat yang menyambut kelahiran mereka.


Lebih ajaib, bayi tersebut mampu bernafas dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sarah Thistlethwaite ibu sikembar unik
Ibu pasangan kembar itu, Sarah Thistlethwaite berkata, kelahiran ini lebih istimewa kerana mereka lahir pada Hari Ibu, lapor AFP.

"Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata perasaan ini apabila mendapat tahu bahawa bayi saya berada dalam keadaan baik, " katanya.  
Kembar sebegini di panggil monoamniotik  atau " mono mono "
Bayi kembar tersebut  berkongsi kantung amnion dan plasenta.  Kelahiran sedemikian itu dipanggil monoamniotik  atau " mono mono " dan doktor mengatakan ia berlaku dalam kira-kira satu daripada setiap 10,000 kehamilan.

Mereka dilahirkan  pada Jumaat di Pusat Perubatan Besar Akron, dekat sini.

Rabu, 14 Mei 2014

Terbongkar !! Kisah Kejatuhan Melaka Yang Sebenar!!

Kita disogokkan dengan idea dan gambaran bahawa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah ketinggalan zaman dan kolot. Mesti ada yang akan berkata itu peristiwa lama yang tidak memberi kesan pada kita pada hari ini. INILAH SEBENARNYA KEBENARAN YANG MEREKA MAHU SUPAYA MELAYU PERCAYA. Salah satu perkara tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan? Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu.

Pihak yang mana? Banyak... Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja...

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka.


Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang... Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?




Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja?


Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?
Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula bajuMelayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur ketinggalan zaman...


Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

“Tidak. Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno,” kawan Alter bercerita ala seorang pejuang bangsa di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau membuat sendiri, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh sangatkah?”

-->


“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.”

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...


“Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?” kawan Alter mengutarakan. “Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka?”

Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang? Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...

“Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”


“Inilah akibatnya bila raja yang lemah diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang korup diharap menjaga negara.” kawan Alter terus bercerita. “Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?”


Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! kawan Alter juga pernah terbaca, tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain.

Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.

Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India.

Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.

Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.

Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.

Itu sejarahnya yang tercatat.... 


pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.

Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.

“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” kawan Alter memberi nasihat berguna bahawa sifat Melayu beginilah yang harus di ubah. Diharap dengan pendedahan ini Melayu dapat memperbaiki diri dan dekatilah diri kita kepada Allah SWT supaya kita dapat menjunjung tinggi agama dan bangsa kita.... Amin
tq al binory..sharing is caring...

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu