Selain
Mekah dan Madinah, Putrajaya adalah satu-satunya bandar di dunia yg
tiada gereja, tokong, kuil, biara dan seumpamanya. Yang ada hanyalah
Masjid dan Surau.
Pergilah ke
mana-mana bandar besar, bahkan di bandar utama negara islam seperti
Istanbul, Jakarta, Kaherah, Islamabad, Dubai dan lain lain, kita akan
melihat wujudnya pelbagai rumah ibadat selain Masjid dan Surau.
Hanya MASJID & SURAU sahaja dibenarkan di PUTRAJAYA.Menarik bukan?
Bangunan
pertama yang dibina di Putrajaya ialah Masjid Putra. Perkataan MASJID
yang digandingkan dengan PUTRA sebenarnya mempunyai simbolik yang
tersendiri iaitu MASJID (mewakili agama Islam) dan PUTRA (mewakili
Melayu Bumiputra).
Pejabat Perdana
Menteri pula sengaja dibina di sisi MASJID PUTRA agar secara
simboliknya semua keputusan negara dibuat mendahulukan Islam dan
mengutamakan Bumiputra.
Masjid Ke-2
Putrajaya pula ialah MASJID BESI yang turut dibina berhadapan ISTANA
KEHAKIMAN agar secara simboliknya semua keputusan Hakim dibuat secara
adil lagi saksama dengan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan
Islam... hrmmmm
imanhakeem: semoga jadi kenyataan..