Selasa, 8 April 2014

Utusan dari Neraka - Yakjuj dan Makjuj

Gambaran berikut cukup jelas menceritakan mengenai segolongan manusia yang mewakili Makhluk Ganas seperti yang disebut dalam alQuran. Ganas, zalim dan merosakkan. Sesuai dengan sifat Yakjuj dan Makjuj.

“Mereka menunggang unta dan kuda dengan tangkas, tubuh mereka bagaikan besi, wajah membara, tatapan muka garang, leher pendek, telinga lebar berbulu dan memakai anting-anting, kulit kasar penuh kutu dan baunya amat busuk.” Amir Khusraw memberi gambaran tentang orang-orang Monggol itu.
Penulis lain mengatakan "bahwa mereka seperti keturunan anjing saja, wajah rajanya seperti binatang buas dan berkata bahawa tuhan mencipta mereka dari api neraka.”
“Jengis Khan naik ke atas mimbar masjid dan mengaku sebagai cemeti Tuhan yang diutus untuk menghukum orang-orang yang penuh dosa.”
- Juwayni sejarawan abad ke-13 menulis dalam bukunya Tarikh-I-Jehan Gusan.

Imbas kembali pesanan dari Rasulullah SAW mengenai serangan besar kaum bermata sepet ke atas kerajaan Islam. Perkara ini benar-benar berlaku dalam tahun 1258 M. Kekhalifahan Abbasiah mengalami kekalahan total dan bumi Baghdad hancur luluh.

Adakah mereka ini yang digelar Yakjuj dan Makjuj?

Asal usul Monngol adalah pecahan kaum
Turk yang behijrah ke arah timur

Dari Abu Bakrah bahwasanya Rasulullah telah bersabda:
Akan ada segolongan kaum dari umatku yang menetap di sebuah daerah yang mereka namakan Bashrah, di sisi sebuah sungai yang disebut Dijlah (Dajlah), dan di atas sungai itu ada sebuah jembatan. Penduduk daerah itu akan bertambah banyak, dan ia akan menjadi salah satu negeri dari negeri-negeri orang-orang yang berhijrah." [Perawi Muhammad ibnu Yahya berkata: Abu Ma’mar meriwayatkan dengan mengatakan: negeri-negeri kaum muslimin].
"Kelak di akhir zaman Bani Qanthura’ yang berwajah lebar dan bermata sepet akan datang menyerbu, sehingga mereka mencapai tepian sungai Dajlah. Pada saat itulah penduduk daerah itu akan terpecah menjadi tiga kelompok. Satu kelompok mengikuti ekor sapi (menuntun binatang mereka) dan menyelamatkan diri ke pedalaman, mereka akan binasa. Satu kelompok lainnya memilih menyelamatkan dirinya dengan jalan memilih kekafiran. Adapun kelompok terakhir menempatkan keluarganya di belakang mereka dan bertempur melawan musuh. Mereka itulah orang-orang yang akan mati syahid.” HR. Abu Daud, dihasankan oleh Al Albani.
“Adapun satu kelompok yang terakhir menempatkan keluarganya di belakang punggung mereka dan mereka maju berperang menyongsong musuh. Orang-orang yang terbunuh di antara mereka adalah orang-orang yang mati syahid, dan Allah akan melimpahkan kemenangan kepada mereka melalui orang-orang yang tersisa.” HR. Ahmad-shahih.

Sewajarnya kita mengambil iktibar dari sejarah. Sejarah tidak pernah menipu tetapi manusia sendiri yang menipu sejarah. Ramai yang masih belum sedar sehingga kini, masih ragu dan tidak percaya bahawa Yakjuj dan Makjuj telah lama turun menghancurkan muka bumi ini.

Disebalik bilangan manusia yang berwatak Yakjuj dan Makjuj ini, para pengikut mereka juga akan menjadi sebahagian dari mereka. Ia menyebabkan keluarga Yakjuj dan Makjuj ini semakin hari semakin membesar sehingga sebahagian besar muka bumi ini dipenuhi oleh mereka. Mereka melakukan 'fasad' iaitu memusnahkan apa sahaja yang ada. Tamak dan tidak pernah bersyukur.

Sejarah telah menunjukkan sebahagian dari manusia Yakjuj dan Makjuj ini boleh berubah menjadi Mukmin begitu juga sebaliknya. Kaum Mukminin yang lalai dan ingkar bertukar watak menjadi Yakjuj dan Makjuj. Misteri ini hanya dapat dirungkai dengan memberi perhatian kepada beberapa petunjuk yang berkias dalam alQuran dan Hadis.

Ada banyak rahsia disebalik setiap kejadian. Kehancuran peradaban hebat di Asia Barat oleh tangan makhluk ganas dari Utara Dunia amat menyentuh perasaan. Bagaimana manusia primitif berjaya mengubah sejarah dan menghancur luluhkan sebuah peradaban. Mereka hanya suka berperang dan membunuh.

Di sebalik penderitaan dan kehancuran pemerintah Islam, ada peristiwa luar jangkaan muncul. Kerajaan Islam telah hancur berkecai meninggalkan kesan yang sungguh menyayat hati kaum Muslimin. Walaupun begitu, rahmat Allah tetap mengatasi segalanya. Kemusnahan ini mempunyai hikmah yang tidak terjangkau oleh akal manusia.

Setiap peristiwa yang terjadi semestinya ada penyebabnya. Jika dilihat dari pandangan mata kasar, kejatuhan empayar Abbasiah pada 1258M pastinya akan memperlihatkan kejatuhan Islam secara total. Segalanya musnah jadi debu, bukan sahaja khalifahnya, malah seluruh cendekiawan, ulama dan hasil penulisan mereka ikut musnah. Segala peradaban yang gilang gemilang, bangunan-bangunan hebat yang dikagumi seluruh bangsa dunia hilang lenyap. Dibakar dan diruntuhkan. Jika dinilai dari situasi ini, Islam tentu sahaja akan ranap dan hilang dari permukaan bumi.

Sebaliknya, manusia ganas dan buas ini secara tiba-tiba telah bertukar wajah menjadi penakluk baru bagi kaum Muslimin pula. Mereka membawa Islam menyeberangi sempadan hingga ke India, China dan juga pendalaman negara mereka Monggolia. Kejadian ini memang aneh.

Walau apa pun keadaannya, Allah telah menghukum kaum bangsawan dan pemerintah Banghdad yang semakin lalai terhadap perintah agama dan lebih mencintai dunia. Berlumba mencari pengaruh dan saling besengketa. Meninggalkan sunnah dan memilih untuk bermusuhan sesama sendiri. Berpecah belah sehingga ada yang sanggup melakukan khianat.

Manusia ganas ini (Monggol) seolah-olah dihantar dari neraka untuk menghancur lumat peradaban yang amat dibanggakan ketika itu. Menghukum manusia lalai, tamak dan meninggalkan sunnah.

hiburan dan kemewahan melampau

Kegilaan kepada pangkat, kuasa, harta dan pengaruh menjadikan segala urusan hanya berkiblat kepada dunia. Ada maklumat menyatakan ulama dari berlainan mazhab juga saling berlumba dan memusuhi sesama sendiri. Ada di antaranya melibatkan pertumpahan darah sesama umat Islam akibat petelagahan antara pengikut. Pada waktu itu bilangan mazhab yang wujud tersangat kecil berbanding dengan apa yang wujud pada hari ini.

Kelalaian terhadap agama dan tertarik kepada dunia menjadikan bangsa Arab telah terjajah oleh nafsu. Keseronokan melebihi batas serta mabuk syahwat. Memilih untuk hidup mewah berbanding kesederhanaan yang dianjurkan oleh agama. Tak semena-mena datang satu kaum ganas dan gasar ini dan sekelip mata semuanya hilang bagai dipuput bayu. Bumi Baghdad sama seperti bandar-bandar besar yang lain telah diratakan oleh serangan Monggol, bertukar rupa menjadi padang jarak. Yang tinggal hanyalah epik Arabian Night - kisah 1001 malam yang terkenal itu.


kisah seribu satu malam

Mampukah manusia hari ini mengambil iktibar dari peristiwa ini? Rasanya tidak. Apabila hati sudah terpaut pada cara hidup mewah dan memanjakan nafsu, segalanya akan dicampak ke tepi. Ini adalah realiti kehidupan makhluk yang dicipta dari air yang jijik ini. Senonim dengan sifat 'bergopoh gapah' dan melebihi batas, ramai diantara kita kurang berminat untuk berfikir sebelum melakukan sesuatu. Hanya sedikit yang menyedari hakikat bahawa ini semua adalah ujian sementara hidup di muka bumi. Hanya sedikit yang bersedia mengorbankan hawa nafsu. Hanya sedikit yang meletakkan agama melebihi kuasa, harta dan pangkat.

Manusia inilah yang akan selamat. Selain daripada golongan ini, semuanya akan ditawan oleh dunia. Manusia yang sedikit inilah yang berjaya melepaskan diri dari menjadi pecacai Yakjuj dan Makjuj. Selain dari itu, semuanya secara tidak langsung bertukar watak menjadi sebahagian dari Yakjuj dan Majuj ini. Seperti kata pengkaji fenomena akhir zaman, Sheikh Imran Hosein dalam salah satu ceramahnya. Jika kita memuja Yakjuj dan Makjuj dan hidup selesa sebagaimana mereka anjurkan maka kita akan ditarik masuk menyertai kumpulan Yakjuj dan Makjuj, kita makan apa yang mereka makan, kita pakai apa yang mereka pakai.

Kita akan hidup seperti mereka dalam setiap aspek kehidupan. Kita tertarik dan begitu ingin menjadi seperti mereka. Kita bangga menggunakan bahasa mereka, kita kagumi kejayaan mereka, kita selesa perpakaian sepertimana mereka. Kita meniru gaya hidup mereka. Akhirnya kita percaya terhadap falsafah dan setiap kata mereka. Dalam tidak sedar kita telah mengangkat mereka sebagai idola dan contoh kehidupan untuk diikuti.
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Riwayat Muslim)
Seperti yang beliau (Syeikh Imran) sebutkan, jika dibayangkan 99.9 peratus manusia adalah Yakjuj dan Makjuj, berapa ramaikah lagi yang tinggal untuk menjadi pengikut Imam Mahadi? Jelasnya, memang hanya sedikit sahaja. Bilangan pengikut Imam Mahadi tersangatlah sedikit iaitu manusia beriman (0.1 peratus). Ratio (kadar) yang boleh diperkirakan ialah, hanya seorang yang beriman di kalangan 1000 orang manusia.
"Sesungguhnya Allah berfirman pada han kiamat: Hai Adam, bangunlah, siapkanlah sembilan ratus sembilan puluh sembilan keturunanmu untuk ditempatkan ke dalam neraka, dan satu di antara mereka itu akan ditempatkan ke dalam syurga." (Ketika Rasulullah SAW menerirna firman Allah ini kemudian menyampaikannya kepada para sahabat), Rasulullah SAW menangis terisak-isak, demikian pula para sahabat lainnya, lalu beliau bersabda: "Angkatlah kepala kamu semua. Demi Tuhan yang menguasai jiwaku. (jika dibandingkan) dengan umat-umat Nabi yang lain, maka umatku bagaikan sehelai bulu putih (yang terdapat) pada kulit lembu jantan yang berbulu hitam".
(HR. Tabrani).
Adakah anda juga ikut menangis mendengar berita tersebut? Begitulah malangnya manusia akhir zaman ini. Jelas terbukti hanya sedikit sahaja yang akan selamat dari neraka Allah. Mahukah kita terus menerus mengikut cara hidup Yakjuj dan Makjuj dan akhirnya menjadi sebahagian dari mereka? Kita terdiri dari makhluk di akhir zaman ini, selain dari terpaksa menghadapi Dajjal, kita juga akan dimusnahkan oleh Yakjuj dan Majkjuj. Ini hanyalah sebuah peringatan untuk kita semua insafi, bukan bermaksud untuk memaksa anda.

Contoh, jika seluruh penduduk dunia berjumlah 10 billion orang, 10 juta orang sahaja yang menjadi pengikut Imam Mahadi nanti. Mampukah 10 juta orang beriman ini menentang 10 billion orang Yakjuj dan Makjuj selain dari Dajjal itu sendiri? Selain dari itu, kita sendiri belum pasti adakah kita termasuk di kalangan mereka "yang sedikit" itu. Tetapi harus di ingat bahawa golongan ini akan menghadapi sesuatu musibah yang sungguh dahsyat.
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, "Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. (Riwayat Tirmizi)
Bersedialah menyertai kumpulan ini dan teruslah berdoa agar, kita termasuk di kalangan "golongan yang sedikit" tersebut kerana Yakjuj dan Makjud bakal menghuni neraka, Nauzubillah.
Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah".
(Ada yang membuat tafsiran "jemaah" itu bermaksud Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, namun ia tentu sekali bermaksud mereka yang berkasih sayang antara sesama Muslim - kefahaman kami).
Bagi pengkaji peristiwa akhir zaman, bukanlah mudah untuk menilai dan mengagak peristiwa yang bakal terjadi, namun atas keinsafan dan ketakwaan yang kuat pastinya mendapat petunjuk. Lihatlah dengan hati yang suci bersih dan insaflah dengan sebenar-benarnya. Perkara utama yang wajib ada di antara kita ialah sifat "kasih sayang" dan menjauhi tindakan "memutuskan tali persaudaraan" sesama Islam walau dalam keadaan apa sekali pun.

Meninjau kembali sejarah Tanah Di Hujung Dunia iaitu Tanah Melayu tercinta ini, entah kenapa, bumi Melayu tidak dimusnahkan oleh pelbagai bencana alam sebagaimana negara lain, malah tidak juga menjadi mangsa serangan kaum Monggol yang ganas tersebut di era penaklukan mereka. Allah sengaja menghalang kemusnahan sebagaimana Tanah Arab. Mungkin sengaja ditangguhkan seketika untuk kemudian hari? Ataupun sememangnya bukan ditakdirkan menjadi mangsa sehina bangsa Arab pada zaman itu.

Masihkah kamu enggan bersyukur atas nikmat Allah ini? Janganlah jadi manusia yang kufur nikmat. Siksa Allah amatlah pedih.

Berbalik kepada situasi semasa, tidak mustahil kita juga akan terdedah kepada fenomena luar jangka. Menjadi mangsa kepada serangan penjajah dalam bentuk baru (??). Tidak mustahil pula kita bakal menjadi makanan kaum "Monggol" selepas ini - yang telah bertukar bentuk (??). Sila fikirkan.

Sebelum ini kami pernah membangkitkan sebuah pandangan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu adalah makhluk berktrampilan dan bergaya dari benua Eropah dalam sebuah artikal di blog ini. Namun setelah mengkaji semula berdasarkan beberapa nas berkaitan makhluk ini, kami merasakan ada sesuatu yang ganjil atau kelompangan. Seperti ada kecacatan sedikit kerana apa yang digambarkan oleh nas-nas tersebut, makhluk ini sangat ganas melebihi binatang. Rasulullah saw sendiri menggambarkan ketakutan yang amat sangat selelah mendapat petunjuk mengenainya. Siapa sebenarnya mereka?
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding YAKJUJ DAN MAKJUJ sebesar (lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin radhiyallahu ‘anha).
Kami terus membuat kajian dan menemui beberapa penulisan yang menarik untuk dianalisa secara mendalam. Antaranya ialah sebuah tulisan ilmiah "Hancurnya Sebuah Peradaban" karya Thoriq Ahmad (disiarka di bawah). Selain dari itu, banyak lagi artikel seumpamanya sempat kami baca. Ini membuatkan kami lebih berani membuat kesimpulan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah makhluk jahat yang berduyun-duyun turun menghancurkan peradaban dunia. Kejahatan mereka dalam bentuk pelbagai.

Kejahatan mereka tertakluk kepada keadaan. Kebanyakannya memang diluar tahap pemikiran manusia. Lebih sesuai disebut di luar jangkaan. Kali ini (kemungkinan yang terakhir) bukan sahaja peradaban dunia yang akan mereka rosakkan tetapi juga peradaban kemanusiaan. Tauhid akan cuba dimusnahkan dari jiwa manusia. Mereka juga akan membawa keraguan kewujudan "TUHAN" malah mengangkat nafsu manusia itu sendiri sebagai tuhan. Sudah nampak apa yang ada di sekeliling kita? Tandanya, ia telah pun bermula.

Dunia belum kiamat, tentunya Yakjuj dan Makjuj akan datang lagi buat kesekian kalinya. Mereka tidak turun hanya sekali seperti mana yang selalu kita dengar. Air tasik diminum oleh mereka (golongan sebelumnya) dan setelah kering nanti, datang pula kumpulan berikutnya dan mengatakan "dulu tasik ini dipenuhi air". Tasik Galilee atau Tasik Tiberias menjadi indikator penting masa kedatangan Dajjal, Makjuj dan Makjuj (kumpulan terakhir) dan juga Nabi Isa as. Sekarang Yahudi Palsu (Kazaria) sedang mengeringkan tasik tersebut dengan rakusnya. Mereka juga adalah berasal kaum Yakjuj dan Makjuj ini. Saka baka Monggol juga. Mereka berpecah kepada dua puak, satu ke Barat dan satu lagi ke Timur.

Yahudi Kazar (Yakjuj Makjuj gelombang kedua) ini bakal diserang pula oleh Yakjuj Makjuj kumpulan terakhir di bumi Palestin? Siapa pula Yakjuj dan Makjuj akhir zaman ini? Teruskan berfikir.

Sementara itu cuba kita lihat ada sesuatu keganjilan yang disebut di dalam nas, dua nama yang bercantum. Pertama Yakjuj dan kedua ialah Makjuj. Adakah ia tidak membawa apa-apa makna terselindung? Semua itu tetap menjadi misteri, bagaimana keadaan sebenarnya akan terus mengasak pemikiran kita semua.

Berduyun itu maksudnya jumlah yang amat banyak. Meluru turun bermaksud pantas menuruni dari kawasan atas ke kawasan bawah secara berlumba-lumba. Apa pula indikasi yang boleh kita kaitkan Monggol dan Barat dengan Yakjuj dan Makjuj? Jika puak Khazar Zionis melalui gerakan penjajahan Barat, kita mungkin dapat menerimanya dengan mudah kerana kini mereka sudah pun bermukim di Bumi Palestin.
“…Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi...”; al-Anbiyaa’:95-96
“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “Negeri” adalah Baitul-Maqdis,“Yakjuj dan Makjuj” adalah Yahudi (Khazars), dan “Meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Yakjuj dan Makjuj menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa pemerintahan dunia.
Adakah Yakjuj dan Makjuj kumpulan terakhir ini juga ada kaitan dengan Yahudi Khazar? Mereka asalnya dari satu induk walau berlainan nama. Terkini, mereka sedang melalui proses terakhir untuk kembali kepada sifat asal mereka (makhluk perosak). Mereka bakal menjadi manusia penakluk yang baru. Keadaan menjadi semakin kompleks bila seluruh manusia mengikut cara, etika dan falsafah mereka serta bernaung di bawah kekuasaan mereka. Pembongkaran mengenai siapa mereka mungkin terpaksa dilakukan pada masa yang lain.

Apa yang boleh kita faham, Yakjuj dan Makjuj adalah dua perkataan begandingan. Ia bermakna dua puak. Puak pertama Yakjuj dan puak kedua ialah Makjuj. Sebab itu di sebut "Yakjuj wa Makjuj". Perkataan "wa" dalan Bahasa Arab itu bermaksud "dan". Dalam perkhabaran Hadis dan alQuran ia diucapkan sekaligus iaitu gabungan keduanya. Terpecah tetapi satu. Adakah mereka bergabung antara keduanya atau dua jenis manusia berlainan kumpulan tetapi mempunyai kebuasan yang sama? Jawapannya tentu sekali 'tidak'.

Bangsa Tartar atau Monggol ini adalah orang gasar. Tindakan mereka juga kasar dan ganas. Serangan brutal membumi hanguskan semua negara yang diserangnya. Sementara pihak Barat membawa pendekatan berbentuk muslihat dan tipu daya. Melakukan provokasi, konspirasi berstrategi dan dusta. Merekalah yang mencipta perang dunia melalui muslihat jahat. Mereka kedua yakni Yajkuj dan sepupu mereka Makjuj tidak pernah berganding bahu merosakkan muka bumi. Jadi bagaimana kita hendak ulas mengenai bangsa Yakjud dan satu lagi bangsa Makjuj? Atau Gog and Magog.

Yang paling menarik ialah:
"Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula.Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”.
Pada esoknya, mereka akan mendapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan sebelum itu, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar" (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

Kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah anak Adam juga, iaitu dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Mereka ini dikatakan berjumlah begitu ramai, iaitu "9 kali" lebih ramai berbanding bilangan "manusia" di atas muka bumi. Manusia di sini bermaksud orang yang beriman.

Kita dapat lihat ada maklumat yang boleh mambantu kita faham kenapa Monggol itu satu dari kaum Yakjuj Makjuj. Mereka berasal dari kaum Turk yang menghuni utara Asia. Buat waktu ini tak dapat lagi dipastikan sama ada Monggol itu Yakjuj dan Barat itu Makjuj. Tetapi sebilangan pengkaji Barat menyatakan bangsa mereka (Eropah) berasal dari kaum "GOG". Lupakan dahulu mengenainya. Apa yang kami cuba bangkitkan ialah mengenai ungkapan " “Insya Allah, esok kita akan dapat membolosinya”. Apakah maksudnya?

Maksud tersembunyi ayat ini ialah perkataan "Insya Allah". Adakah mereka sudah mengenali Allah sehingga mampu menyebut perkataan tersebut? Bukankah mereka kaum yang kasar, ganas dan primitif sehingga tidak dapat difahami perkataan mereka? Malah mereka terdiri dari kaum pagan. Hanya orang yang percaya kepada kekuasaan Allah atau beriman dengan kekuasaanNya sahaja yang akan mengucapkan perkataan "Insya Allah" ini. Ayat tersebut membayangkan ada sesuatu tanda di sebaliknya. Ia tidak akan disebut secara sia-sia.

Jika perkataan "Insya Allah" itu tidak disebut, tembok Zulqarnain tentu masih kekal di sana sehingga hari ini. Yakjuj atau Makjuj juga tidak akan keluar sehingga sekarang. Begitulah cantiknya bahasa alQuranul Karim dan juga perkhabaran dari Baginda Rasulullah saw.

Kita lihat dalam artikel Runtuhnya Sebuah Peradaban – Serangan Monggol ada disebutkan seorang dari cucu Jengis Khan:
"Pemimpin Monggol pertama yang memeluk Islam ialah Barkha Khan (1256-1266), cucu Jengis Khan dari puteranya Juchi Khan, penguasa Eropah Timur"
Barkha Khan telah memeluk Islam secara rasmi atas dakwah seorang ahli sufi. Ketika itu Bangsa Arab masih selamat dan belum lagi jatuh ke tangan tentera Monggol walaupun beberapa kawasan Islam bukan Arab (ajam) telah pun ditawan sebelum itu. Ini berarti dia sudah mengenali Islam dengan mendalam sebelum menerima Islam secara rasmi sebagai cara hidup beliau.

Adalah munasabah jika kita katakan ada di antara tentera mereka (sebelum ketuanya) sudah pun mengenali Islam dan menganut agama Allah ini. Lebih awal sebelum kemusnahan halangan tersebut.  "Tembok itu musnah" boleh ditakrifkan sebagai tamatnya halangan untuk Yakjuj dan Makjuj keluar. Bermulalah serangan Monggol dari dataran Asia Tengah ke atas bangsa Arab di Baghdad. Salah satu pasukan Hulagu menyerang dari arah utara. Perjalanan 1000 km melaluii celahan dua gunung tersebut.

Dalam satu hadis Baginda Rasulullah saw, Baginda menyebut "Celakalah bangsa Arab..." bermaksud kerajaan Arab ketika itu iaitu kerajaan Abbasiah di Baghdad.

Artikel saudara Thoriq amat menarik perhatian kami, disiarkan di sini para pembaca boleh mengetahui bagaimana dahsyatnya hentaman kaum Monggol ini sesuai dengan sifat manusia ganas bernama Yakjuj dan Makjuj seperti mana yang digambarkan dalam beberapa hadis.

Berkaitan analisa tentang siapa Yakjuj dan Makjuj akhir zaman (belum keluar) akan kami cuba postkan kemudian, insyaAllah. Sebelum itu pembaca bolehlah memikirkan sendiri siapa mereka, apa kaitan dengan Yahudi Zionis, apa persamaan dengan misionari Barat dan THH dan apa pula persamaan sifat "kebuasan" yang ada pada mereka. Bagaimana keadaan yang dikatakan "Mereka begitu ramai bilangannya berbanding kaum Mukminin?"

Yang paling penting untuk kita fikirkan ialah apakah nasib kita nanti jika menghadapi serangan mereka? Atau, adakah... sememangnya kita hari ini sedang menghadapi mereka di luar kesedaran kita?


Kuasa Allah

Maha Suci Allah, segala sesuatu adalah atas kehendakNya. Akal manusia tidak mampu mentafsir kecuali sedikit. Islam kembali semula dalam wajah baru selepas sahaja Monggol tewas kepada tentera Islam di Ain Jalut. Pemimpin Monggol yang bengis dan ganas dengan rela hati beransur-ansur menerima dan menganut agama musuhnya, Islam. Akhirnya mereka menjadi pemimpin Islam meluaskan takluk ke India. Di sana wujudlah kerajaan Islam Monggol yang dikenali sebagai Moghul. Mereka terus bertahan di sana sehinggalah ditamatkan oleh penjajah British (Yakjuj Makjuj gelombang kedua).

British mengetuai bangsa Eropah menjajah dunia. British secara rahsia telah dikuasai oleh kaum Khazar (Yahudi Khazar - Ashkenazi Jews) yang menguasai ekonomi mereka. Eropah menyerang semua negara yang dikuasai Monggol termasuk India dan Timur Tengah. Melemahkan China dengan menyeludup masuk candu dan menduduki beberapa wilayahnya. Kerajaan Monggol akhirnya tumbang. Mengatur Perang Dunia Petama dan Kedua. Gerakan Eropah ini akhirnya memberi peluang tertubuhnya sebuah negara Yahudi Khazar di Palestin dengan mengusir penduduk Arab dari sana. Tinggallah manusia Arab Palestin di kem-kem pelarian sehingga kini.

Mereka terus melakukan kerosakan tanpa henti dalam usaha memperluaskan kekuasaan mereka. Meliputi seluruh kawasan Arab yang mereka dakwa sebagai bekas kerajaan besar David (Nabi Daud as) dari Nil hingga Dajlah. Mereka terus menerus mendustai dunia.

Kadatangan penjajah Eropah merupakan gelombang kedua Yakjuj dan Makjuj. Kita masih menanti keluarnya Yakjuj dan Makjuj untuk kali terkhir. Iaitu gelombang ketiga. Siapa Mereka? Yang pasti mereka akan datang berduyun-duyun dari utara dunia. Adakah Monggol akan datang kembali selepas giliran Eropah?

Yakjuj dan Makjuj akan melakukan kerosakan besar. Itu adalah faktanya.

sharing is caring..

MUHASABAH DIRI...

An-Namimah ; Maksudnya mengadu domba yang mengheret dosa !


Suatu simpulan bahasa kita "Megadu Domba" iaitu bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik. Sama maksud dengan  perkataan Arab iaitu An-namimah ;

Perbuatan mengadu domba ini sering belaku tanpa sedar dan dipandang ringan oleh masyarakat kita.

Hukum mengadu domba,  Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Bahasa Melayu yang jelas berkenaan 'Mengadu Domba'.
Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

sharing is caring...

Selasa, 25 Mac 2014

Mimpi Seorang Ustaz..Jika Ini Sedikit Kebenarannya...


Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. - USTAZ DARUL MANZIL


imanhakeem: hanya rahsia-rahsia tertentu yang Allah simpan dan kita tidak akan tahu sampai bila-bila..mungkin Allah beri petunjuk kepada segelintir manusia yang dipilih untuk memberi jawapan supaya kita  tidak terjebak dalam fitnah-fitnah rekaan manusia...Kembalilah kepada Allah yang mentadbir sekalian alam..

Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). amin..

Ni yang sedihhh...Al-Fatihah buat semua yang telah pergi..

Gurauan Kapten Zaharie Kepada Rakan, Pusara Beliau Tidak Akan Dijumpai

Juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah pernah bergurau kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusaranya menjadi petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.
Bernama melaporkan, Mohaza Mohaza, kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan juruterbang itu pada Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.
“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi.
“Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.
Anak kepada Zaharie, Ahmad Idris Zaharie turut berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya.
Di laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, Ahmad Idris menulis “Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”
Anak perempuan Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter, “Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah.
“Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan.”
Catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati.
“Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang.
“Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B.
“Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya,” katanya.
Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.
“Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak,” jelasnya.
Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.
“Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti.
“Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B,” katanya, lapor Utusan Online.
 
isihati imanhakeem : susah nak terima kenyataan ni...tapi semalam dan hari ni terpaksa terima hakikat...Allah sebaik-baik perancang..mungkin ada hikmah di sebalik kejadian...sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan kebenaran atas apa yang terjadi..hanya setakat ni kemampuan kita untuk mencari...jika ini angkara manusia kejam..jumpalah di padang mashyar nanti..cuma tunggu berita kut-kut ada yang nak minta maaf ngan keluarga Kapten..tuduhan yang amat besar bagi keluarga yang baik-baik..sebagai manusia biasa tak semudah itu untuk memaafkan...

Attitude is Everything..tu sebonar ey..

hrmmm..ada orang kata sekolah bertingkat-tingkat tapi bodoh berlapis-lapis..'orang tu' katalah...ada ko patut nak disekat ey pengguno internet gheghamai tu..seluruh dunio tu..nak buek akta..sapo tak bersopan santun lam dunio cyber akan dibatalkan hak untuk bertenet..tak dapek berpesbuk..hak dah hilang..bayar line kek umah, dapek jawab tepon ngan call yo...kek mano 'orang tu' dapek ideo gak ey...mungkin lam toilet..tu la deh..pakai tai kek leher dah nampak cam codik pandai dah..bila kuar ideo cam hampeh..hehe..
bangun pagi...on pc..dapat ni!  tak miong ke?

sory teremosi sikit pagi ni sebab pengguna internet pun nak dikawal ey..yang lelain tu boleh tahan lae..lopeh ni kito sesamo duk lam guo..sonang..tak yah tahu apo-apo..acik nak booking guo tempurung...sonang balik kampung hujung minggu..huhu

tapi apa-apa pun..yang sebenarnya terpulang kepada si penulis itu sendiri dalam menyampaikan maksudnya..mungkin tiada niat untuk menulis tentang orang lain tapi 'siapa makan cili, dia rasa pedas'!

Tragedi MH370,Peringatan Dari Allah,Dr Ridhuan Tee


Pensyarah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) menggariskan tujuh langkah yang boleh diambil iktibar selepas kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu.
Pendakwah bebas itu berkata antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat.
“Elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka yang meminta arak itu, adalah di kalangan mereka yang biasa meminum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya,” katanya menerusi kolumnya yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Selain memastikan arak tidak dihidangkan, Ridhuan mengingatkan agar pramugari pesawat diberi kebenaran untuk menutup aurat dan membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat.

Katanya, jangan terlalu mengamalkan budaya barat di dalam pesawat kerana syarikat penerbangan negara lain terlalu mementingkan tradisi mereka.

“Tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat
(Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang.
“Kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika dalam pesawat. Amalkan budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara,” katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu turut mengingatkan anak kapal agar tidak hanyut dengan keseronokan di dalam pesawat sebaliknya disematkan
dengan jiwa kerohanian Islam.


Katanya, selain daripada aspek kerohanian, pemeriksaan ketat di lapangan terbang juga perlu ditingkatkan kerana ia merupakan satu standard operasi biasa
di sesebuah lapangan terbang antarabangsa.

“Sebutlah kalimah Bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar. Hati berasa lega berada dalam pesawat MAS
dapat mendengar kalimah yang dikaitkan dengan Allah walaupun tidak semua melakukannya.

“Pemeriksaan ketat juga perlu dilakukan. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua
peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta,” katanya. – 24 Mac, 2014. -The Malaysian Insider
 
 

Isnin, 24 Mac 2014

Jangan Sesekali Menilai Seseorang dari Bajunya (Kisah Benar)


Seorang wanita yang mengenakan gaun pudar menggendeng suaminya yang berpakaian sederhana dan usang, turun dari kereta api di Boston, dan berjalan dengan malu-malu menuju pejabat Pimpinan Harvard University. Merekaingin bertemu pimpinan Harvard. Setiausaha Universiti langsung mendapat kesan bahawa mereka adalah orang kampung, berfikir orang macam ini tidak mungkin ada urusan di Harvard dan bahkan mungkin tidak pantas berada di Cambridge.
“Kami ingin bertemu Pimpinan Harvard”, kata sang lelaki lembut. “Beliau hari ini sibuk,” sahut sang Setiausaha cepat. “Kami akan menunggu,” jawab sang wanita.
Selama 4 jam setiausaha itu mengabaikan mereka, dengan harapan bahawa pasangan tersebut akhirnya akan patah semangat dan pergi. Tetapi nyatanya tidak. Sang setiausaha mulai kecewa dan akhirnya memutuskan untuk melaporkan kepada sang pemimpinnya.
“Mungkin jika anda menemui mereka selama beberapa minit, mereka akan pergi,” katanya pada sang Pimpinan Harvard. Sang pimpinan menghela nafas dengan geram dan mengangguk. Orang sepenting dia pasti tidak punya waktu untuk mereka. Dan ketika dia melihat dua orang yang mengenakan baju pudar dan pakaian usang di luar pejabatnya, rasa tidak senangnya sudah muncul.
Sang Pemimpin Harvard, dengan wajah galak menuju pasangan tersebut. Sang wanita berkata padanya, “Kami memiliki seorang anak lelaki yang kuliah tahun pertama di Harvard. Dia sangat menyukai Harvard dan bahagia di sini. Tetapi setahun yang lalu, dia meninggal kerana kemalangan. Kami ingin mendirikan peringatan untuknya, di suatu tempat di kampus ini, bolehkan?” tanyanya, dengan mata yang penuh harapan.
Sang Pemimpin Harvard tidak tersentuh, wajahnya bahkan memerah. Dia tampak terkejut. “Puan,” katanya dengan kasar, “Kita tidak boleh mendirikan tugu untuk setiap orang yang masuk Harvard dan meninggal. Kalau kita lakukan itu, tempat ini sudah akan seperti kuburan.”
“Oh, bukan,” Sang wanita menjelaskan dengan cepat, “Kami tidak ingin mendirikan tugu peringatan. Kami ingin memberikan bangunan untuk Harvard.”
Sang Pemimpin Harvard memutar matanya. Dia menatap sekilas pada baju pudar dan pakaian usang yang mereka kenakan dan berteriak, “Sebuah bangunan?! Apakah kalian tahu berapa harga sebuah bagunan?! Kami memiliki lebih dari 7,5 juta dolar hanya untuk bangunan fizik Harvard.”
Untuk beberapa saat sang wanita terdiam. Sang Pemimpin Harvard senang. Mungkin dia boleh terbebas dari mereka sekarang. Sang wanita menoleh pada suaminya dan berkata dengan pelahann, “Kalau hanya sebesar itu biaya untuk memulai sebuah universiti, mengapa tidak kita buat sendiri saja?” Suaminya mengangguk. Wajah sang Pemimpin Harvard menampakkan kebingungan.
Mr. dan Mrs. Leland Stanford bangkit dan berjalan pergi, melakukan perjalanan ke Palo Alto, California, di sana mereka mendirikan sebuah Universiti yang menggunakan nama mereka, sebuah peringatan untuk seorang anak yang tidak lagi diperdulikan oleh Harvard. Universiti tersebut adalah Stanford University, salah satu universit kesukaan warga kelas atas di AS.
Kita jangan seperti pimpinan Harvard itu, acap silau oleh baju, dan lalai. Padahal, baju hanya bungkus, apa yang disembunyikannya, kadang sangat tak ternilai. Jadi, janganlah kita selalu abai, kerana baju-baju, selalunya menipu.

sumber : borak

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu