Rabu, 27 Ogos 2014

Keturunan Nabi Nuh AS melahirkan keturunan asli Melayu


Salasilah Bani Jawi, dimana keturunan Nabi Nuh AS melahirkan keturunan asli Melayu yakni Bani Jawi. Keturunan yang asli ini yakni Bani Jawi telah bersemenda dengan keturunan dari Nabi Ibrahim AS dan akhirnya menyebar luas lalu menjadi bangsa Melayu moden seperti yang dilihat pada hari ini. Admin memaksudkan keturunan asli Bani Jawi yang berasal daripada keturunan Nabi Nuh AS itu adalah rumpun Melayu Polinesia yang terdiri daripada suku-suku kaum Melayu Proto, Orang Asli, Orang Laut dan lain-lain suku-suku kaum asli yang lain baik di Nusantara, Formosa, Madagaskar dan Kepulauan Pasifik. Setelah berlalunya ribuan tahun lamanya, kaum asli keturunan Nabi Nuh AS telah banyak bersemenda dengan keturunan Nabi Ibrahim AS seperti kaum Kambujadesa yang menggunakan bahasa Sanskrit.

Kaum Kambujadesa ini ada yang telah datang ke Nusantara lalu bersemenda dengan keturunan asli Melayu disini lalu melahirkan bangsa Melayu moden hari ini. Perkahwinan antara Nabi Ibrahim AS dengan Keturah adalah seorang Melayu asli dari Nusantara ketika ekspedisi dakwah Nabi Ibrahim ke rantau ini. Oleh itu, kita sebagai bangsa Melayu moden pada hari ini adalah keturunan dari bangsa Mala, kita membawa darah keturunan Nabi Nuh AS, darah Keturah dan darah ayahanda kita yakni Nabi Ibrahim AS.

Dan, pada zaman sekarang, persemendaah dengan keturunan Rasulullah SAW juga telah pun berlaku dan menjadikan kita bangsa Melayu adalah bangsa yang telah banyak bercampur aduk darahnya. Jadi, tak hairanlah kalau kita perhatikan bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang mudah menerima agama Islam kerana asal usul kita mula-mula dulu dari agama Islam Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, kemudian bertukar agama menjadi Hindu dan Buddha (dimana amalan agama Hindu dan Buddha di alam Melayu sangat berbeza dengan amalan Hindu dan Buddha di India dan China pada suatu ketika dahulu).

Kemudian, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah tiba dan umat Melayu beramai-ramai memeluknya secara berperingkat. Dari rajah ini jelaslah sudah, bahawa di tanah ini dahulu kosong tidak ada penghuni. Keturunan Nabi Nuh AS datang dan memakmurkannya, semakin hari semakin besar dan maju. Kerajaan demi kerajaan mula terbentuk. Kemudian, hubungan antarabangsa berkembang pesat. Disebabkan perhubungan yang pesat, datanglah pelbagai bangsa-bangsa dari seluruh dunia berdagang disini. Lalu, bersemenda dengan orang-orang tempatan. Kemudian, ajaran tempatan yang pada mulanya mentauhidkan yang Esa berubah sedikit demi sedikit dengan memasukkan elemen-elemen luar.

Lama-kelamaan, berubahlah ajaran tauhid kepada ajaran polytheisme. Ribuan tahun sudah berlalu, bangsa Melayu semakin gah dan gagah dengan empayar Sriwijaya, Langkasuka dan Majapahit. Kemudian, dilanggar penjajah selama 400 tahun lebih. Akhirnya, dapat memerintah sendiri tanah yang diwarisi oleh nenek moyang. Sebagai sebuah bangsa yang berdaulat. Kenang-kenangan zaman kegemilangan nenek moyang hanya tersemat di hati pada anak-anak Melayu yang terpilih, yang faham dan mengerti jerih perih nenek moyang zaman lampau dahulu kala dalam membangunkan tanah yang diwarisi ini. Mungkin, dengan izin Allah SWT, bangsa yang pernah gah ini akan kembali memimpin dunia dan menamatkan hegemoni kezaliman yang dicipta oleh saudara tirinya, Bani Israel.

sumber...

Rabu, 20 Ogos 2014

Buek Baik Camno Pun..takdo makno ey dhorrr...

Tiada lagi Rundingan dengan Israel - Al Qassam



GAZA, 21 Ogos – Sayap tentera kerajaan Hamas Briged Izzuddin Al-Qassam telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi lewat malam tadi dalam suasana peperangan Al-’Asful Ma’kul (Dedaun hancur dimakan ulat) yang masuk hari ke-45.
Kenyataan bertarikh 20 Ogos yang disiarkan di laman web rasmi Al-Qassam itu mengandungi kata-kata ancaman terhadap Israel yang menyifatkan Israel telah berterusan dalam posisi orang yang kalah dan gagal dalam peperangan.

Mengulas mengenai serangan beberapa roket Israel ke atas rumah keluarga Al-Daloo di Kampung Syeikh Redwan yang mengorbankan isteri dan anak Ketua Tertinggi Al-Qassam Muhammad Deif, Al-Qassam berkata bahawa Muhammad Deif masih lagi hidup dan sedang menyaksikan kehancuran Israel serta akan memimpin tentera Al-Qassam membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Berhubung sesi rundingan yang dijalankan di Kaherah, Al-Qassam menyifatkannya sebagai ‘tarian iblis Ifrit’ yang tidak akan menghasilkan keputusan yang baik untuk Gaza.

Katanya, Hamas telah menjelaskan syarat yang mereka mahukan semenjak awal, namun ia tidak dituruti malah gencatan senjata telah dilanggar oleh Israel.

Oleh itu, Al-Qassam meminta kumpulan perunding Palestin agar keluar dari meja rundingan dan tidak perlu kembali semula jika diajak berunding pada masa akan datang.

Sebanyak lima arahan dikeluarkan antaranya memberi amaran kepada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa agar menghentikan penerbangan masuk atau keluar dari Lapangan Terbang Ben Gurion bermula jam 6 pagi waktu Gaza bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia 21 Ogos 2014.

Al-Qassam melarang penduduk Israel berada di kawasan-kawasan lapang seperti padang bola manakala penduduk Gaza pula dilarang kembali ke rumah mereka dan perlu berada di pusat-pusat perlindungan pelarian dan tempat-tempat yang selamat.

Rakyat Gaza juga diminta mengikuti arahan dari semasa ke semasa oleh Al-Qassam dan tidak mempercayai janji pemimpin musuh yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataan itu juga meminta Israel dan masyarakat dunia memahami apa yang diingini oleh rakyat Gaza, iaitu pembebasan mutlak Gaza daripada penjajahan Israel.-sumber..


imanhakeem : perangai Yahudi ni ada kat mana-mana..tak payahlah cuba nak berbaik-baik ke nak ambik hati ker..jangan di layan..jumpa jer kat akhirat sok..tu jer..

Selasa, 19 Ogos 2014

Bila Nasi Dah jadik Bubur ..

Hadis riwayat Bukhari
"Apabila sesuatu amanah itu diserah kepada bukan ahlinya, 
maka tunggulah saat-saat kehancurannya"
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Beliau tuju kepada siapa ekkk..





imanhakeem: kenapalah TSKI ni singkat sangat..macam dah tak ada orang lain boleh buat kerja tu...yang tertunduk sangat dengan pompuan ni kenapa..ishhhh (sory ek)

Free Sekejap...Biarkan Sel-sel Otak berhubung..

Inilah seperti yang dikatakan Dr Mahathir minggu ini, kita seperti tiada menteri Kabinet.
Kritikan Dr Mahathir berkisar kepada isu substantif seperti hubungan antara kaum, jenayah dan ekonomi – isu panas yang tidak pernah diselesaikan sejak beliau meletakkan jawatan 11 tahun lalu. Berikut adalah teguran Tun. Mahathir..

1. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

2. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

3. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

4. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

5. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

6. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

7.;Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

Jom Baca Surat Warga Israel Kepada Tun Dr Mahathir!

hepi jer kan!
Surat dari seorang yahudi, Shalom dari Hanan, Israel untuk Ayahanda Tun Dr Mahathir.


Dr Mahathir,
Sangat mantap secara logik bersandarkan pada bekas pentadbiran Reagan yang mempunyai mikrofon dan kamera dalam pentadbiran Bush, Encik Paul Craig Roberts. Anda sentiasa mengumpul fakta bukan dari sumber pertama hanya dari tangan kedua yang membasuh kain. Sudah tentu seorang anti Yahudi akan mendapatkan maklumat daripada seorang anti jew yang lain. Anda boleh merujuk kepada organisasi kemanusiaan Al Qaeda untuk maklumat lanjut, mereka mempunyai banyak maklumat.

Anda berkata:
"1. Saya ingin Angkatan Tentera Malaysia menyerang Amerika Syarikat dan Israel."
Oh, wira yang hebat. Anda mempunyai peluang untuk melakukannya semasa anda seorang PM di dalam perkhidmatan. Mengapa tidak anda uji kekuatan tentera Malaysia dan kemahirannya? Anda mempunyai peluang yang baik untuk menjadi seorang wira Islam melakukan Jihad terhadap kera dan monyet. Menjadi Salah ed Din pada zaman moden. Bagaimana anda boleh terlepas peluang untuk menjatuhkan kedua-dua, Amerika dan Israel dan membiarkan Iran untuk melakukannya sendiri? Oh retorik yang besar, adakah anda tahu bagaimana rupa satu peperangan?

Anda mengambil berat tentang bayi Iraq, Palestin, dan lain-lain ... Beruntungnya kami kerana anda tidak mengambil berat tentang anak-anak Yahudi yang menderita setiap hari dari roket Hamas yang merupakan sebuah organisasi amal Islam. Oh, 8 tahun mereka menghantar beribu-ribu roket penuh dengan peluru gula-gula yang menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak di Sederot dan Negev.

Oleh kerana orang Yahudi mengawal ramai orang sebagai proksi, saya tidak pasti anda, Dr Mahathir tidak dikawal oleh mereka juga. Anda akan mengatakan bahawa anda tidak dikawal oleh Yahudi, tetapi saya boleh beri jaminan bahawa saya mengawal anda. Bolehkah anda menafikannya? Malaysia juga telah dimanipulasi oleh orang-orang Yahudi, dan kerana itulah mereka(Malaysia) tidak menyerang Amerika Syarikat dan Israel. Anda perlu menyemak dengan baik di kalangan menteri-menteri kerajaan dan pegawai-pegawai dan mencari kuda Trojan(proksi Yahudi) di sana.

Anda benci Israel bukan kerana konflik Israel-Palestin, tetapi anda benci hanya kerana kebencian orang Islam terhadap orang-orang Yahudi, yang kera dan babi. Kebencian anda bukan kerana politik, tetapi agama. Anda hanya sedang tenggelam di dalam era kegelapan moden.

Anda pernah berkata dalam satu ucapan anda bahawa umat Islam perlu menggunakan otak mereka untuk menghilangkan 13 Juta dominasi Yahudi di kalangan 1.3 bilion umat Islam. Adakah anda seorang yang boleh menjadi ikutan? Adakah anda mempunyai kebijaksanaan untuk melakukannya? Adakah anda mempunyai kuasa untuk melakukannya? Adakah anda tahu mengapa pelan anda tidak tercapai? Ini adalah kerana ia adalah tidak benar, tidak logik, tidak wajar, bukan kerana orang Yahudi telah mengawal dunia melalui proksi. Sejarah adalah lebih kuat daripada mana-mana kerajaan, pemimpin atau rakyat. Orang-orang Yahudi terselamat daripada peristiwa yang lebih rumit daripada apa yang anda sedang rancang, jadi jangan terlalu mengharap (kalau org melayu ckp “jangan haraplah..”), kami akan terus hidup walaupun berhadapan dengan rancangan anda.


Ini Jawapan dan reply dari Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr Mahathir membalas seperti Berikut:

Wahai Hanan,

1. Saya bersetuju sepenuhnya dengan anda bahawa untuk membina satu bangsa yang besar bukan hanya dengan menggunakan otak, tetapi seperti yang anda katakan ia pasti dapat membantu.

2. Bagaimanapun dengan menggunakan otak sahaja tanpa hati (perasaan) boleh menghasilkan satu raksasa.

3. Israel sudah tentunya satu bangsa yang besar, menjadi besar melalui otak pencapaian-pencapaian yang telah disenaraikan. Ya saya telah menggunakan produk-produk yang berasal daripada Israel seperti Microsoft Windows dan cip Pentium (yang dibuat di Malaysia) oleh Intel, sebuah syarikat Amerika.

4. Malah saya berhutang nyawa saya sepenuhnya kepada Israel kerana tentunya ada sesuatu yang telah dicipta oleh Israel diantara instrumen-instrumen yang digunakan dalam pembedahan jantung. Walau bagaimanapun kebanyakan produk yang digunakan telah dicipta dan dihasilkan oleh Jepun.

5. Saya kagum dengan bilangan Nobel Laureates yang Israel telah hasilkan. Saya akui kita tidak menghasilkan walaupun satu.

6. Tetapi bila hanya menggunakan otak tanpa hati, ia tidak akan menitikberatkan kesengsaraan yang terhasil daripada produk otak.

7. bom atom yang membunuh 100,000 lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi adalah hasil daripada otak Israel (Yahudi). Kebanyakan senjata jahat kini digunakan untuk membunuh berjuta-juta orang juga dicipta oleh Israel kepada Yahudi Zionis. Peluru Uranium dan fosforus yang telah digunakan di Gaza juga merupakan produk daripada otak Israel.

8. Krisis kewangan semasa yang sedang memusnahkan ekonomi Amerika Syarikat dan Britain malahan kesemua negara di dunia adalah disebabkan oleh manipulasi bank-bank, institusi kewangan dan sistem kewangan yang menyokong Yahudi Israel.

9. penafian kebebasan bersuara apabila ia datang kepada pembunuhan yang dikatakan orang-orang Yahudi dalam Perang Dunia II juga diilhamkan oleh Yahudi Zionis.

10. Tetapi lebih teruk sekali ialah rampasan tanah Palestin untuk mewujudkan negara Israel. Tidak puas dengan kawasan yang diberikan kepada orang-orang Yahudi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah merampas lagi tanah Palestin, membina penempatan di dalam kawasan-kawasan Palestin, tidak membenarkan rakyat Palestin menggunakan jalan raya yang dibina di atas tanah Palestin, membina titik cek sendiri di sempadan Palestin dengan Jordan dan dibina Tembok Berlin versi anda melalui kampung-kampung Palestin di atas tanah yang bukan sebahagian daripada Israel.

11. Sebelum penciptaan Israel, orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab di Palestin hidup secara aman. Dari segi sejarah orang Yahudi sentiasa mencari perlindungan di negara-negara Islam apabila orang Eropah menjalanan pembunuhan kaum terhadap mereka (Yahudi). Ini hanya berhenti selepas AS menawarkan suaka.

12. Semua keganasan yang kita lihat hari ini, sama ada negeri atau dimulakan oleh irregulars, bermula selepas Amerika Syarikat menyokong Israel terhadap percubaan Arab untuk mendapatkan semula tanah mereka melalui peperangan konvensional. Oleh kerana mereka (Arab) telah tewas dari segi senjata oleh Amerika Syarikat/Israel, perikatan (penyokong Israel) barulah lakukan Arab bertindak untuk mengambil pendekatan apa yang dipanggil keganasan. Sambutan Israel sentiasa dengan keganasan yang lebih besar sebagaimana yang dilihat di Gaza.

13. saya telah meminta seorang rakyat Amerika, apa yang beliau akan lakukan jika Texas telah diberikan kepada orang-orang Yahudi untuk mewujudkan negara Israel. Dia tidak menjawab. Tetapi saya percaya beliau akan berjuang untuk mendapatkan Texas kembali, menggunakan semua senjata di pelupusannya.

14. Namun sekiranya Amerika Syarikat bersedia untuk mewujudkan negara Israel di tanah-tanah di bawah kawalan Amerika Syarikat atau di Amerika Syarikat sendiri, tidak akan ada keganasan di Palestin atau di Timur Tengah. Tidak akan ada keganasan di Amerika juga kerana Israel akan dihapuskan oleh tentera AS. Dunia akan aman.

15. kekejaman yang dilakukan oleh kuasa-kuasa (tentera-tentera) anda di Gaza adalah bukan kerana serangan roket lemah oleh Hamas. Serangan itu adalah hasil daripada Israel dan Amerika Syarikat yang gagal untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijalankan dengan baik.

16. Hamas hanya mampu menubuhkan kerajaan mereka di Gaza. Tetapi anda mengepung Gaza, menyekat makanan mereka, perubatan, tenaga eletrik, bahan api dan lain-lain. Jika anda tidak lakukannya yang saya tidak yakin bahawa Hamas akan menembak roket kepada anda.

17. Malaysia sedar bahawa untuk memboikot Israel secara total adalah mustahil. Kami juga sebenarnya memboikot produk Amerika yang mana adalaha satu tugas yang lebih mustahil. Kami tidak akan mampu menjatuhkan Amerika.

18. Tetapi apa yang kami lakukan adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa meluat dan marah yang kami rasa daripada sifat kekejaman oleh orang-orang yang cerdik tetapi primitif dari Israel dan Amerika.

19. Anda boleh mengumpul hadiah Nobel dan hadiah-hadiah lain tetapi dunia akan memandang rendah terhadap anda orang yang sangat primitif yang merompak tanah melalui keganasan dan penderhakaan terhadap British (dulu British yang bawak masuk Yahudi ke Palestin pastu ajar tentera2 Israel..dari apa yg aku baca pastu Israel serang dan halau British dari tanah Palestine) dan seterusnya menggunakan kuasa anda yang mengawal tentera terbesar di dunia untuk menindas rakyat yang telah kamu rompak.

20. Tiada apa pun yang boleh anda banggakan, melainkan sekiranya anda berbangga menjadi kejam, dalam menjadi primitif yang ganas.

21. Faktor yang mengurangkan(keganasan anda) hanyalah kehadiran daripada sebilangan kecil di kalangan Israel yang malu dengan apa yang anda telah lakukan kepada rakyat Gaza.

Yang Benar

Dr. Mahathir

Isnin, 18 Ogos 2014

Hari Ini Dalam Sejarah...7 September 1981

Menteri Besar, beragama Islam, tak solat..baca tajuk..macam nak tergelak pun ada..
biginilah nasib kalau orang dah tak sudi..habis kisah luar dalam nak di jaja..kalau TSKI tetap degil nak pertahankan juga kerusi MB...alamatnya...bukan kisah luar dalam lagi..kisah yang tak ada pun akan keluar lepas ni..huhu..

apa-apapun..jom baca n3 kat bawah  ..Hari Ini Dalam...

Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981

kisah benar kejayaan sekumpulan anak Melayu mengambil kembali tanah-tanah di Malaysia yang dipegang Inggeris selama 160 tahun dengan serangan terancang ke atas ibu kota Britain
Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris


Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi
Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.
Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.
Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).
Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur.
Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.
Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.
Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”
Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.
Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.
Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.
Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.
Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting


Mahathir sewaktu sidang PBB
Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.
Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.
Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.
Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.
Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.
Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.
Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.

Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan


Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.
Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.
Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB — satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.
Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan.
Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.
Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.
Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.
Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.
Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.
Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.
Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.
Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).
Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.
Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.
Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.
Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.
Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).
Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.
Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.
Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.
Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.
Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.
Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.
Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.
Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.
Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.
Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.
Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British


Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981
Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.
Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.
Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.
Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.
Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.
Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.
Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.
Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.
Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.
Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.
Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.
Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.
Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.
Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”
sumber..
sharing is caring...
imanhakeem : semua isan kat dunia ada salah dan silap..tak ada yang sempurna pun..fikir jerlah kan!

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu