SHAH ALAM, 2 JULAI: Kisah kanak-kanak berumur 5 tahun dari Timur Tengah, Indonesia yang berupaya menghafal 29 Juz Al-Quran membuatkan juri, ulama dan penonton turus sama menitiskan air mata.
Mereka teruja dan kagum dengan kebolehan Musa ketika diuji hafalan dalam Pertandingan Hafiz Indonesia 2014 rancangan televisyen RCTI yang berupaya menuturkan setiap ayat Al-Quran dengan lancar dan jelas.
Salah seorang juri, Ustadz Amir Faishol Fath ketika diminta memberikan komen berkata mengatakan sambil menangis, “Saya tidak punya bahasa. Subhanallah”
Beliau kemudian menghampiri Musa dan mencium tangannya sebagai penghormatan terhadap orang yang dimuliakan Allah dengan Al Qur’an.
Abi Amir berkata, kanak-kanak itu membuatnya kagum kerana menganggap Allah sendiri memuliakannya walaupun umur masih muda apabila jiwanya diindahkan dengan al-Quran.
“Ayah bonda semua, inilah buktinya bahawa sekalipun anak kecil masih sangat lemah kemampuannya, namun kita tunduk dengan kemuliaannya kerana al-Quran maka kerana Allah memuliakannya,” katanya.
Katanya, wang kertas tetap bernilai walaupun dipijak kerana manusia menetapkan nilai untuk wang itu.
“Bagi Musa, Allah menetapkan nilai yang mulia ke atasnya kerana dia sudah pun menghafaz Al-Quran walaupun masih muda,” katanya.
Peserta Hafiz Indonesia 2014 itu sudah hafal 29 juz dan memasuki 30 juz.
Hebatnya, hafalan Musa sangat baik sehingga ketika diuji Syaikh Ali Jaber, Ustadz Amir Faishol Fath dan sejumlah penonton dengan lancar dia meneruskan aayat yang dibacakan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan