1. Macam mana nak pilih teman? Teman yang nak kita cari sebenarnya ialah orang yang beriman dan taat kepada Allah SWT dan mengikut Sunnah Rasulullah. Zaman sekarang ni walaupun ramai yang berpendidikan agama sampai ke universiti pun Islam, tapi perangai... Masya-Allah!
2. Ada orang yang di hadapan kita bukan main baik lagi tapi di belakang kita, mereka menjadikan kelemahan kita sebagai modal untuk hentam kita. Kalau nak selamat, carilah teman yang menjaga solatnya. Orang yang tak tinggal solatnya tak akan melakukan kejahatan. Kita kena perhatikannya sama ada dia pura-pura atau tidak.
3. Teman yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya akan melakukan kebaikan kepada kita dan menjaga kebajikan kita. Ada tak anda dapat teman begini? Kalau anda dapat, anda ialah orang yang bernasib baik kerana orang ini adalah teman sejati. Dia bukan berlaku baik kepada anda tapi juga kepada keluarga anda. Itulah teman sejati yang akan memberikan kebahagiaan kepada kita di dunia hingga akhirat.
4. Orang yang menjadi sahabat kita ini, Insya-Allah akan dapat bersama-sama dengan Nabi-nabi, orang-orang Sodiqqin, orang yang mati Syahid dan orang yang Soleh. Kalau kita menjaga persahabatan kita dengan orang begini, kita pun dapat tumpang sekaki.
5. Jadi, berdoalah selalu seperti doa yang saya sebutkan dulu iaitu “Ya Allah, jadikanlah hambamu ini orang yang mencintaimu. Dekatkanlah hamba dengan orang yang mencintaimu dan kurniakanlah kepada hamba-Mu ilmu dan perkara yang akan mendekatkan diri hamba kepada-Mu".
6. Masihkah ada orang yang bersifat seperti ini dan kita dapat menumpang tuahnya? Kalau anda tak jumpa orang macam ni, andalah yang kena berubah menjadi orang yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya! Itulah yang sebaik-baiknya.
7. Kalau kita ada teman yang selalu berpura-pura tapi sebenarnya dia tak ikhlas dengan kita, maka berhati-hatilah kerana orang ni ialah orang munafik. Dia hanya akan berkawan dengan kita jika kita ni ada kepentingan bagi dirinya. Kalau dirasanya kita ni akan mengancam atau menyusahkannya, dia akan menjauhkan dirinya daripada kita.
8. Begitu juga dengan orang kafir. Sebaik-baik orang kafir, tak guna juga segala kebajikannya selagi dia tak beriman kepada Allah SWT. Orang kafir tak boleh dipercayai tapi kalau orang Islam yang berdamping dengannya tak ambil peluang untuk menariknya menjadi orang yang beriman, alangkah ruginya orang Islam itu.
9. Kadang-kadang orang Islam yang berkawan dengan orang kafir lebih teruk perangainya daripada orang kafir. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk Orang munafik dan Orang Kafir.
10. Jauhkanlah diri kita daripada orang-orang ni sebab nanti tak pasal-pasal kita join depa ni dalam Neraka Jahanam. Sebab tu kalau nak pilih kawan atau teman, pilihlah orang yang menjaga solatnya kerana orang yang memelihara solatnya tak mungkin nak buat maksiat.
11. Kalau dia masih buat kejahatan, maknanya dia tak solat dengan khusyuk ataupun solatnya tak diterima oleh Allah SWT disebabkan dia masih kurang lagi ilmu dalam menyempurnakan solatnya.
12. Kalau nak cari geng, carilah geng yang boleh berbincang tentang perkara yang baik. Mungkin kita tak pandai nak berbicara tentang agama tapi kita boleh mengajak kawan-kawan atau teman kita pergi ke majlis ilmu yang dikehendaki.
13. Akhir sekali, janganlah berkawan dengan orang zalim atau bersubahat dengan dengan mereka . Kadang-kadang kita nak menjaga hati mereka sampai sanggup melakukan apa saja yang diminta atau diarahkan oleh mereka. Akibatnya, kita akan dapat balasannya bukan saja di dunia tapi juga di akhirat kelak. Tak berbaloi niat kita tu!
14. Cuba bayangkan api kalu terkena kulit kita, inikan pulak kalau kena bakar dalam neraka macam ubi bakar dalam dapur arang. Kalau saya bayangkan keadaan tu, saya rasa tak sanggup nak hidup lama-lama sebab takut kene siksa di akhirat kalau buat salah. Kebajikan pun tak nampak ganjaran lagi, jadi macam nak menghadap mahkamah Allah di akhirat nanti kalau timbangan nanti menjurus kepada neraka?
15. Oleh itu, kalau nak pilihlah teman, pilihlah orang yang betul-betul mengambil berat tentang kita, bukannya yang sanggup menganiayai kita atau mengambil kesempatan terhadap kita. Insya-Allah, kita akan selamat dan mendapat kebahagiaan bersama-sama teman-teman dan kawan di dunia hingga akhirat.
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
Semoga anda akan mencari teman sejati . Wassalam.
sharing is caring...
imanhakeem..muhasabah diri..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan