Khamis, 9 Julai 2020

Kenapa susah2 nak ke Langkawi..berat2 lagi tu..meh wsp jer acik kat sini..

0136731970-ciksu
Stokis Syarikat Menang Glassware Cawangan Meru - Home | Facebook
promosi terbaik yer..meletup harganya..terbaik!
Stok Baru ! - Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd | FacebookSyarikat Menang Glassware Sdn Bhd - Home | FacebookPeriuk Junerose Menang Glassware, Kitchen & Appliances on CarousellSyarikat Menang Glassware Sdn Bhd - Siaran | FacebookSyarikat Menang Glassware Sdn Bhd - Siaran | FacebookPeriuk Rendang Are Ikan | Shopee MalaysiaWakil Stokis Menang Glassware, 22, Jalan PJS5/26, PJS5, Taman ...periuk | ..:: Kedai Cadar Patchwork SyaQist Murah Berkualiti ::..PERIUK RENDANG STAINLESS STEEL NON STICK 40CM | Shopee Malaysia💥 Korea Wok Non Stick 40cm / Kuali Ajaib 40cm 💥 | Shopee MalaysiaWakil Stokis Menang Glassware, 22, Jalan PJS5/26, PJS5, Taman ...Set Pinggan Menang 2014/2015 - Selamat datang ke kedai jualan ...Dinner Set (Set Makan Malam)Gedung Perniagaan Anda "Aaidah Direct Marketing", No.87 Medan ...Syarikat Menang Glassware Sdn Bhd added... - Syarikat Menang ...MyshopmakcikLAWA Instagram posts (photos and videos) - Picuki.comSet Pinggan Menang 2014/2015 - Selamat datang ke kedai jualan ...Morning Glory 49pcs Dinner SetKatalog Menang Glassware

pelbagai pilihan menarik hanya di Menang Glassware..boleh google yer klu nak tengok yang lain2.

JOM CUCI MATA DENGAN ORKID LATEX DAN ORKID PREMIUM YANG MEMUKAU!

orkidlatexpremium Instagram posts - Gramho.com

alasnikah - Instagram Hashtag | Toopics
RM50 JE TAU PELBAGAI PILIHAN WARNA!
Posts tagged as #orkidwani | Wopita
KUALITI PREMIUM 
Pemborong Eksesori Orkid Latex Dan Artificial Plant - 263 Photos ...

 






Orkid Premium nampak x real ..kan


Orkid Latex beza sikit kualiti nya RM50 untuk 2 tangkai bunga 1 set daun, pasu dan gubahan free!
ORKID PREMIUM 70 KE ATAS BERGANTUNG KEPADA PERMINTAAN TAMBAHAN..HARGA TERBAIK! YANG PENTING GUBAHAN TU FREE TAU..



PES VIRAL TOMYAM THAI NO 1 TERBAIK

Pembekal Pes Tomyam Asli Selangor, No 8 Jalan Impian Putra 1/3 ...Pesstimlimau Instagram posts - Gramho.compespadprik Bilder - Instagram Bilder Über # pespadprikpesPhadprik Instagram posts (photos and videos) - Picuki.comResepi Tomyam Ala Thailand - copd blog iBuy Thailand Products in Malaysia July 2020Jiddan Tahir (@jiddantahir) Instagram Photos, Videos, Stories and ... 

Pes Tomyan Thai terbaik setakat ni..meh pm klu nak rasa..area Seremban cuma RM10 je yer acik jual..wsp jika berminat

Jom tengok camna EZIGROW membantu kita dalam berbudi pada tanah..tak rugi pun..

EZIGROW Fertilizer 1 Liter: Buy sell online Garden Soil ...Baja Ezigrow Chukai, geliga,binjai,kuala kemaman, Chukai (2020)NUR ASYRAF SMART RESOURCES - SAHAJIDAH HAI O MARKETING
online, pc/laptop, Kemaman (2020)
nampak kan bezanya..
Tag : #ezigrow Instagram Pictures • GramRix
hijau yang sihat sangat!
 meriah nya lah kan!

Pembekal Ezigrow 1 Malaysia - Posts | Facebook
BAJA Ezigrow - Publications | Facebook

Berminat boleh wsp yer..area seremban..kaksu boleh hantar..lain-lain negeri pun kita boleh bantu selesaikan masalah penghantaran..ctc kaksu 0136731970

Rabu, 19 Februari 2020

Kisah Nabi Khidir A.S dan Ainul Hayat

Hasil carian imej untuk nabi khidir masih hidupNabi Khidir adalah seorang nabi yang berumur panjang, masih hidup hingga kini. Ada rahsia rupanya mengapa nabi Khidir AS berumur panjang, mari kita baca kisahnya. Ia adalah kehendak Allah SWT terhadap hamba-Nya, mungkin ada peranan tertentu yang dikhaskan kepadanya.

Kisah ini diriwayatkan oleh Ats-Tsa’labi dari Imam Ali ra.

Kisah ini adalah salah satu dari jutaan kisah untuk membuktikan bahwa jika Allah SWT berkehendak sesuatu perkara maka akan TERJADILAH. Tak seorang pun yang mampu menghalanginya. Seperti kemenangan Islam kali ke 2 di akhir zaman akan berlaku dengan kehendak Tuhan. Tak ada siapa boleh menghalangnya.

Berikut Kisah Nabi Khidir, moga-moga ada faedahnya.

Pada zaman dahulu dahulu ada seorang raja yang gagah berani bernama Iskandar Zulkarnain. Namanya dan ceritanya ada disebut di dalam Al Quran.

Pada tahun 322 SM, Raja Iskandar Zulkarnain berniat mengadakan perjalanan untuk mengelilingi bumi dan Allah SWT mewakilkan salah satu malaikatnya yang bernama Rofa’il untuk menyertainya dalam perjalanan panjang itu.

Dialog Malaikat dan Raja Iskandar Zulkarnain.

Kerana ditemani oleh seorang (tak tau penjodoh bilangan khas untuk malaikat) malaikat, Raja Zulkarnain banyak mengajukan pertanyaan mengenai dunia dan akhirat serta isinya. Salah satu pertanyaan yang paling terkenal adalah tentang ibadah para malaikat di langit.

“Wahai Malaikat Rofa’il, ceritakanlah kepadaku tentang ibadah para malaikat yang ada di langit,” tanya Raja Zulkarnain.

“Para malaikat yang ada di langit ibadahnya ada yang berdiri tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada juga yang bersujud tidak mengangkat kepala selama-lamanya, ada pula yang rukuk tidak mengangkat kepala selama-lamanya,” jawab Malaikat Rofa’il.

“Aduh, alangkah bahagianya hati ini seandainya aku boleh hidup bertahun-tahun lamanya untuk beribadah kepada Allah SWT,” kata Raja Zulkarnain.

“Wahai raja, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sumber air di bumi. Namanya Ainul Hayat, (sumber air hidup). Barang siapa yang meminum airnya seteguk, maka ia tidak akan mati sampai hari kiamat atau jika ia memohon kepada Allah SWT untuk dimatikan,” kata Malaikat Rofa’il.

“Apakah engkau tahu tempat Ainul Hayat itu wahai Malaikat Rofa’il?” tanya raja.

“Sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di bumi yang gelap,” jawab Malaikat Rofail.

Setelah Raja Zulkarnain mendengar kata-kata malaikat Rofa’il tentang Ainul Hayat itu, maka raja segera mengumpulkan para alim ulama di zaman itu lalu raja bertanya kepada mereka tentang lokasi Ainul Hayat, tapi mereka semua menjawab tidak tahu.

“Wahai para alim ulama, tahukah kalian di manakah letak Ainul Hayat itu?” tanya raja.

“Kami tidak mengetahuinya wahai Tuanku, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui,” jawab salah seorang ulama.

Di luar dugaan, dari pertanyaan Raja Zulkarnain, ada salah seorang ulama yang mampu menjawab walaupun tidak secara detail.

“Sesungguhnya aku pernah membaca di dalam wasiat Nabi Adam as bahawa beliau berkata bahawa sesungguhnya Allah SWT meletakkan Ainul Hayat itu di bumi yang gelap,” katanya.

“Di manakah bumi yang gelap itu?” tanya raja.

“Iaitu di tempat terbitnya matahari,” jawab orang alim itu.


Kemudian Raja Zulkarnain menyuruh para pengawalnya untuk menyiapkan segala keperluan untuk mencari dan pergi tempat Ainul Hayat itu.

“Kuda apa yang sangat tajam penglihatannya di waktu gelap?” tanya raja.

“Kuda betina yang masih perawan,” jawab para sahabatnya.

Akhirnya raja mengumpulkan seribu kuda betina yang masih perawan dan ia memilih diantara 6 ribu tenteranya yang pandai serta pakar perang. Nabi Khidir as adalah salah seorang di antara para tentera itu, bahkan baginda adalah perdana menteri ketika itu.

Perjalanan Mencari Ainul Hayat.
 (sekadar ilustrasi)


Setelah dirasa semua cukup dan siap, maka berangkatlah Raja Zulkarnain dan Nabi Khidir as yang berjalan di depan pasukan. Setelah sekian lama mencari, akhirnya mereka mengetahui tempat terbitnya matahari.

Mereka pun menuju arah terbitnya matahari tersebut.

Perjalanan ke tempat tujuan tersebut memakan waktu 12 tahun lamanya untuk sampai di bumi yang gelap itu. Gelapnya bukanlah seperti di waktu malam hari, melainkan gelap karena ada pancaran seperti asap.

Raja Zulkarnain sudah tak sabar lagi hendak masuk ke tempat gelap itu, namun salah seorang yang bijaksana mencegahnya. Para tentera berkata kepada raja,

“Wahai Tuanku, sesungguhnya raja-raja yang terdahulu tidak ada yang masuk ke tempat gelap ini, kerana ia berbahaya.”

“Wahai tenteraku, kita mesti memasukinya, tidak boleh tidak,” sanggah raja.

Oleh kerana raja bersikap keras hendak memasukinya, maka tak ada seorang pun yang berani melarangnya.

“Diamlah dan tunggulah kamu semua di sini selama 12 tahun. Jika aku kembali kepada kamu semua dalam masa itu, maka kedatanganku terhadap kalian termasuk baik (selamat). Dan jika aku tidak datang dalam 12 tahun, maka pulanglah kalian kembali ke negeri kalian,” ujar raja.

Setelah itu raja mendekat dan bertanya kepada malaikat Rofa’il,

“Apabila kita melewati tempat gelap ini, apakah kita dapat melihat kawan-kawan kita?”

“Tidak akan kelihatan” jawab Malaikat Rofa’il.

“Akan tetapi aku memberimu sebutir permata atau mutiara. Jika mutiara itu di letak ke atas bumi, maka ia dapat menjerit dengan suara yang kuat, dengan demikian kawan-kawan kalian yang tersesat jalan dapat kembali kepada kalian,” jelas Malaikat Rofa’il lebih lanjut.

Masuk ke Ainul Hayat.

Demikianlah, akhirnya Raja Iskandar Zulkarnain masuk ke tempat yang gelap itu. Selama 18 hari lamanya tidak pernah melihat matahari dan bulan, tidak pernah melihat malam maupun siang. Tidak pernah melihat burung dan binatang liar, sedangkan raja berjalan dengan didampingi Nabi Khidir as.

Pada saat mereka berjalan, maka ALlah SWT memberi wahyu kepada Nabi Khidir as.

“Bahwa sesungguhnya Ainul Hayat itu berada di sebelah kanan jurang dan Ainul Hayat ini Aku khususkan untuk kamu.”
Setelah Nabi Khidir as menerima wahyu itu, beliau berkata kepada sahabat-sahabatnya,

“Berhentilah kamu semua di tempat masing-masing dan jangan memninggalkan tempat kamu semua sebelum aku kembali.”

Kemudian Nabi Khidir as menuju kanan jurang hingga beliau menemukan Ainul Hayat itu. Beliau turun dari kudanya, melepaskan pakaiannya dan turun ke Ainul hayat tersebut. Baginda mandi dan minum air sumber hidup tersebut dan baginda merasakan bahawa airnya lebih manis daripada madu.

Sesudah mandi dan minum air tersebut, beliau keluar dari tempat itu kemudian menemui Raja Iskandar Zulkarnain sedangkan Raja tidak mengetahui apa yang telah terjadi atas diri Nabi Khidir as. Wallahu A’lam.

Nota: macam dalam cerita abang johny je kan...apa pun ..sharing is caring..

Isnin, 30 Disember 2019

Teknologi Misteri Zaman Nabi Nuh Yang Disembunyikan oleh Yahudi

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.

Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini.

Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.
Cakera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-Quran:

Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. (Qs.Al-An’am: 6)

Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

sharing is caring..


Sumber : Zharifalimin

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu