Selasa, 11 Mac 2014

Misteri Hutan Kuno Berusia 5000 Tahun Timbul Dipermukaan Laut.

 Fenomena alam baru - baru ini terjadi di perkampungan di Borth , Mid Wales , United Kingdom . Sisa - sisa hutan kuno muncul lagi di permukaan daratan setelah sebelumnya tertimbun tanah gambut di pinggir pantai . Hutan kuno yang didakwa telah berusia 5 ribu tahun ini dijumpai kembali setelah sebuah ribut menyapu bersih tanah gambut yang menutupnya .  

Ribut tersebut membuka kembali sisa - sisa pokok pain yang kini hanya tinggal akar dan batang bawahnya saja . Menariknya meskipun berumur cukup lama , namun akar - akar tersebut masih kukuh seperti pokok yang baru tumbuh . Hutan ini pertama kali ditemui oleh Deanna Groom dan Ross Masak dari Royal Commission on the Ancient and Historical Monuments of Wales .

 Mereka mendedahkan bahawa di perkampungan Borth terdapat banyak penemuan sejarah yang tersembunyi di balik tanah gambut . " Daerah di sekitar Borth merupakan tempat yang rawan tertutup gambut jika ada gelombang angin datang , " kata Deanna Groom . " Ini harus  dipantau dan oleh kerana itulah kami harus sering - sering melihat apakah ada sesuatu baru yang telah muncul . " Beberapa legenda juga menyebutkan bahawa hilangnya hutan tersebut disebabkan adanya unsur ghaib .

 Lagenda tersebut bercerita bahawa hutan itu menghilang bersamaan dengan seorang pendeta yang dihukum oleh ahli sihir .











Betul ker ni?

Paderi Terkejut Dihidang Dengan Sajian Kepala Manusia Panggang


daging manusia, kepala manusia
 
Abuja - Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.

Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra.

Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit.

Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui. "Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini", kata seorang penduduk tempatan.

Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis.

Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan, saya sangat terkejut, katanya.
 
ps: apa dah jadi dengan dunia hari ni...

Rabu, 5 Mac 2014

JANGAN CARI REDHA MANUSIA..

Antara Allah dan manusia..ada manusia lebih takutkan manusia...hrmmm

Dalam satu hadith qudsi, Allah swt berfirman, "Aku tidak menghimpunkan dua ketakutan kepada seseorang hambaKu dan Aku tidak memberikan dua kelapangan fikiran kepada seseorang hamba. Sekiranya seseorang itu tidak takut kepadaKu di dunia ini, maka Aku akan membuatkan dia takut di akhirat nanti. Sekiranya di dunia ini dia sentiasa takut kepadaKu maka Aku akan menyelamatkannya daripada segala ketakutan."

Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang takutkan Allah swt, maka semua makhluk akan takut kepadanya, dan sesiapa yang takutkan kepada sesuatu selain daripada Allah swt maka semua makhluk akan menakutkannya."

sharing is caring..

Allahu Akhbar!! Sebuah Bandar Firaun Tenggelam Ditemui Selepas 1500 Tahun..



Apa yang tertulis di dalam Al-Quran adalah benar sepertimana firman Allah, Fir’aun dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan kerana mendustakan ayat-ayat Tuhannya. Kini kebenaran ayat Al-Quran tersebut di buktikan apabila sebuah bandar di dalam air di temui selepas 1500 tahun.
Berdasarkan Firman Allah…
“(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhannya maka Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosanya dan Kami tenggelamkan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya; dan kesemuanya adalah orang-orang yang zalim.” (QS. Al Anfaal, 8: 54).
Ianya ditemui apabila sekumpulan arkeologi yang diketuai oleh seorang ahli arkeologi marinPerancis Franck Goddio terjumpa beberapa peninggalan, ia membawa mereka kepada salah satu penemuan terbesar dalam abad ke-21, iaitu bandar dalam air ini.
Penemuan itu berlaku apabila Goddio berusaha mencari kapal perang Napoleon dari 1798 Battle of the Nile, apabila dia telah dikalahkan oleh Nelson pada ketika itu, dan ianya telah membawa kepada penemuan ini.

Pasukan Goddio telah disertai oleh Pusat Oxford bagi Maritim Arkeologi dan Jabatan Antikuiti Mesir telah menghasilkan pelbagai penemuan ini.

Diantara penemuannya adalah seperti patung dewa Hapi, patung granit merah ratuPtolemy,dulang emas, Patung gangsa daripada dinasti ke-26 Firaun, Satu Lampu Purba dan berbagai penemuan lagi.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.


sumber ADDIN...

Selasa, 4 Mac 2014

KAIN PASANG EXCLUSIVE..HARGA RENDAH..KUALITI TERJAMIN



KAIN PASANG EXCLUSIVE
Harga : RM xx.. Sepasang (murah berbanding harga sebenar)
Stok Terhad..
Jenama Kain : Italian Tessuti Gilloti J Moda
Ukuran : 3.5 Meter


**** Free Postage


nak habiskan stok..biasa RM180.00..siapa berminat call/wasap  0136731970 (kaksu)

Duhai Wanita...Hargailah Lelaki Jujur...


10 Ciri-ciri lelaki jujur.
1. Lelaki jujur tidak suka jika dirinya dicurigai. Tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Mereka juga cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan.
2. Dia juga tidak punya masa untuk main sembunyi-sembunyi. Sebaliknya berterus-terang dan mahu anda mempercayai kata-katanya. Sekiranya dicurigai dia kecewa dan boleh bertindak. Contohnya seorang suami yang sejujurnya tidak ada skandal di luar tetapi jika isterinya tidak habis-habis mencurigai, dia boleh bertindak seperti apa yang dikatakan isterinya.
3. Dia seorang yang cemerlang dalam apa yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi percayalah lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
4. Dia seorang yang kuat pegangan agamnya. Tidak dinafikan lelaki yang kuat beribadat tidak terlepas daripada godaan syaitan. Namun lelaki ini lebih baik berbanding yang tidak peduli dengan agamanya.
5. Seorang yang mengambil berat tentang keluarganya. Lelaki yang baik pastinya seorang yang amat disenangi seluruh ahli keluarganya. Tumpuanya juga kepada kerjaya, keluarga dan Allah. Gabungan ketiga-tiganya menjadikan dia seorang lelaki sempurna dan tidak ada masa untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.
6. Lelaki yang jujur juga tidak semestinya yang pandai menguruskan rumah tangga. Namun dia miliki kelebihan lain seperti pandai berjenaka dan membuatkan rumah tangga anda meriah dan gembira. Itu sudah cukup.
7. Tidak semestinya dia seorang yang menghadiahkan anda bunga tetapi selalu berbelanja untuk anda dan anak-anak seperti makan di luar.
8. Lelaki yang jujur tidak semestinya pandai memujuk tetapi bijak bertoleransi apabila diminta membantu.
9. Wahai wanita, ketepikanlah segala kekurangan lelaki sebaliknya ambillah kelebihannya. Pasti anda akan sentiasa bersyukur dan bertuah memiliki seorang suami seperti itu.
10. Janganlah mengharapkan yang terlalu berlebihan daripada seorang lelaki kerana lelaki tetap lelaki dan Allah menjadikan mereka dengan sebegitu dan tidaklah perlu dipersoalkan mengenai kejadian mereka. Terimalah lelaki selayaknya dan seadanya.
Lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasang. Saling memerlukan di antara satu sama lain. Tidak hairanlah apabila wanita dikatakan dijadikan daripada tulang rusuk lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda:
"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknua kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)."
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim-

sharing is caring...

WAJIB MENYAMPAIKAN ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA

Firman Allah Taala, maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan pertunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci,  mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. " (159, Surah Al-Baqarah).

"Dan (ingatlah!) ketika Allah mengambil perjanjian setia daripada orang-orang yang telah diberikan kitab, iaitu: Demi sesungguhnya hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepadaumat manusia dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya .." (187, Surah Ali Imran).
Hadis Kedua Puluh Tujuh
27- عَنْ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِيُبَلِّغ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ. (البخاري ومسلم)
27 - Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengarhadis ku) menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.
(Bukhari dan Muslim)
Hadis yang kedua puluh tujuh ini menerangkan bahawa:
(1) Soal menyampaikan ilmu agama adalah menjadi tugas kepada setiap orang yang mengetahuinya.
(2) Orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama,  boleh jadi ia lebih faham dari orang yang menyampaikannya.
Huraiannya:
1 - Soal menyampaikan ilmu agama: 
Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia dan segala bangsa dan dalam setiapmasa,  turun temurun hingga hari qiamat. Untuk meneruskan perkembangan Islam dalam segala tempat dan segala zaman itu, Nabi Muhammad s.a.w. , meninggalkan pesannya yang berupaperintah supaya tiap-tiap orang yang mendengar hadis Baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya, menyampaikannya kepada orang yang belum mendengarnya.
Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu hukum agama bukanlah tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik, tetapi dengan sendirinya menjadikewajipan sesiapa jua yang menghadiri mana-mana majlis pelajaran agama, atau hadis Nabi,  atau hukum-hukum Islam,  menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak hadir bersama,  dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah. 
Demikianlah seterusnya dari seorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-ajaran Islam,  walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadis atau hukum yang hendak disampaikannya itu.
2 - Kewajipan orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama:
Orang yang disampaikan kepadanya pelajaran itu, wajib menerimanya. Tentang soalmemahami maksud hadis atau hukum yang diterimanya, maka ia tidaklah terikat dengan fahaman orang yang menyampaikannya, bahkan ia boleh menyatakan fahamannya dengan berdasarkan kaedah yang tertentu dalam ilmu agama.
Pendeknya orang yang menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu ilmu agama danRasulullah s.a.w. boleh diterima daripadanya walaupun orang itu tidak begitu faham akan hadis atau ilmu yang disampaikannya; dan ia akan beroleh pahala dengan usaha penyampaiannya itu serta dikira dan golongan ahli agama.
Hadis Kedua Puluh Lapan
28- عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ. (البخاري والترمذي)
28 - Dari Abdullah bin 'Amr ra., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sampaikanlah (apa yang kamu dapat) dari ku walau satu ayat sekalipun; dan ceritakanlah (apa yang sampai kepada kamu) darihal Bani Israel dan (dalam pada itu) tidak ada salahnya (kalau kamu tidak ceritakan). Dan (ingatlah!) sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja,  maka hendaklah iamenyediakan tempatnya dalam neraka. 
(Bukhari dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh lapan ini menerangkan bahawa:
(1) Ilmu agama,  walau sedikit sekalipun, wajib juga disampaikan.
(2) Kisah-kisah Bani Israel boleh diceritakan.
(3) Balasan buruk bagi orang yang berbuat dusta terhadap Rasulullah s.a.w.
Huraiannya:
1 - Soal menyampaikan ilmu agama:
Ilmu agama tidak harus sama sekali disembunyikan, bahkan tiap-tiap seorang yang mengetahuinya wajib menyampaikannya kepada orang yang belum mengetahuinya walau pun ilmu itu hanya satu ayat dan Al-Qur'an atau satu hadis atau satu hukum. Dengan itu akan tersebarlah ilmu pengetahuan dan hukum-hukum Islam kepada seluruh umat manusia sebagaimana yang ditugaskan kepada Rasulullah s.a.w. dan umatnya.
2 - Kisah-kisah Bani Israel: 
Kisah-kisah Bani Israel tidak salah diceritakan, asalkan kisah-kisah itu tidak diyakini dustanya. Itu pun mana-mana yang mengandungi pengajaran dan mendatangkan iktibar, seperti kisahkaum yang diperintahkan membunuh diri untuk bertaubat dan dosa merekamenyembah patung anak lembu, dan kisah kaum yang telah diubah keadaan mereka kepadakeadaan monyet dan babi kerana kesalahan mereka melanggar perintah dengan melakukantipu helah.
3 - Balasan berbuat dusta terhadap Nabi Muhammad S.A.W. 
Dalam hal menyampaikan apa yang datang dari Rasulullah s.a.w., tiap-tiap seorang hendaklahberhati-hati supaya ia tidak melakukan sesuatu yang dusta terhadap Baginda dengan mengatakan perkara yang disampaikannya itu berpunca dari Baginda pada hal yang sebenarnya tidak demikian.
Memperkatakan sesuatu yang dusta terhadap Baginda amat buruk kesannya kepada ajaran dan hukum-hukum Allah yang dibawa oleh Baginda. Oleh itu sesiapa yang sengaja melakukan perkara yang demikian maka berhaklah ia menerima azab seksa yang dijanjikan oleh Baginda dalam hadisnya ini.
Al-Ubbi, ahli hadis yang terkenal pensyarah kitab Sahih Muslim mengingatkan dengan berkata:  perkara yang hampir kepada dusta atau yang berupa dusta,  ialah memperkatakan kalimah-kalimah dalam hadis Nabi dengan sebutan yang salah (yang tidak menurutkaedah Bahasa!Arab); oleh itu, maka tiap-tiap seorang yang beriman hendaklah berjaga-jaga dengan bersungguh-sungguh mengenai hal yang tersebut. Demikianlah juga diperingatkan olehImam Nawawi. Al-Ubbi berkata lagi: Sebagai bukti tentang apa yang dikatakan olehImam Nawawi dalam hal ini, ialah apa yang telah disalinkan oleh Ibnu Al-Salah dan Al-Asma'i yang pernah mengatakan: "Bahawa perkara yang sangat dibimbangkan terhadap seseorangpenuntut ilmu hadis apabila ia tidak mengetahui ilmu Bahasa Arab, akan termasuk (di antara orang-orang) yang dimaksudkan oleh Nabi s.a.w. (sesiapa yang berdusta terhadapkudengan sengaja,  maka hendaklah ia menyediakan tempatnya di dalam neraka), kerana Baginda tidak pernah menuturkan sabdanya dengan cara yang salah pada kaedah-kaedah Bahasa Arab, maka pada bila-bila masa sahaja engkau meriwayatkan hadis dan Baginda dan engkau menyebutnya dengan cara yang salah, bermakna engkau berdusta terhadap Baginda!".
Dengan yang demikian - kata Ibnu Al-Salah lagi - adalah menjadi tanggungan seseorangpenuntut hadis untuk mempelajari Nahu dan ilmu bahasa Arab sekadar yang dapatmenyelamatkan dirinya dari perbuatan menuturkan hadis-hadis dengan cara yang salah dan dari merosakkan maksudnya yang sebenar serta dari akibatnya yang buruk. 
Bagi pembaca-pembaca hadis Rasulullah s.a.w., hendaklah mereka menerima bacaan Hadis itu dari mulut ahli ilmu hadis yang menjaga dan memelihara sebutannya dengan betul,
Hadis Kedua Puluh Sembilan
29- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سُئِلَ عَنْ عِلْمٍ فَكَتَمَهُ أَلْجَمَهُ اللَّهُ بِلِجَامٍ مِنْ نَارٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. (أبو داود والترمذي)
29- Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang ditanyakan kepadanya mengenai sesuatu ilmu (agama), lalu ia menyembunyikannya nescaya Allah mengekang mulutnya dengan kekang dari api neraka,  pada hari qiamat kelak."
( Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang kedua puluh sembilan ini menerangkan tentang:
Balasan yang seburuk-buruknya bagi orang yang menyembunyikan ilmu agama.
Huraiannya:
Sebagaimana yang sedia diketahui, bahawa soal menyampaikan ilmu agama adalah suatuperintah yang ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul Nya Nabi Muhammad s.a.w. , .iaitu tiap-tiap seorang yang mengetahui sesuatu masalah agama,  dituntut menyampaikannya kepada orang lain, sebagaimana ia dituntut mengamalkannya untuk kebaikan dirinya sendiri, keranatujuan ilmu agama itu dipelajari ialah untuk diamalkan dan mendatangkan faedah,  sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain.
Oleh itu, sesiapa yang menyembunyikan sesuatu masalah agama,  atau tidak mahu menyebarkannya atau menerangkannya kepada orang yang bertanyakan masalah itu kepadanya, sudah tentu ia menentang perintah Allah dan Rasul-Nya dan menentang tujuan ilmu yang ada padanya. Dengan yang demikian, sudah sepatutnya ia dikenakan azab seksa yang seberat-beratnya sebagaimana yang tersebut dalam Hadis ini.
Berdasarkan hadis yang tersebut dan juga Hadis-hadis yang lain yang berhubung dengannya,alim ulama membuat kesimpulan bahawa orang yang ditanyakan kepadanya sesuatu masalah agama, wajiblah ia menerangkannya, dengan syarat: 
Pertama - Orang yang bertanya itu berhak mengetahui masalah yang ditanyakan;
Kedua - Masalah yang ditanyakan itu dari perkara-perkara "fardu ain" kepadanya!
Hadis Ketiga Puluh
30- عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ رَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ وَرَجُلٍ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا. (البخاري ومسلم والترمذي)
30 - Dari Ibnu Mas'ud, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidak digalakkan adanya perasaaniri hati melainkan kepada dua keadaan:  (Pertama) keadaan orang yang dikurniakanAllah harta benda, serta menjadikannya menguasai dirinya menghabiskan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya; dan (kedua) keadaan orang yang dikurniakanAllah ilmu pengetahuan agama, lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya."
(Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Hadis yang ketiga puluh ini menerangkan tentang:
Dua Kelebihan yang sangat-sangat digalakkan beriri hati kepadanya.
Huraiannya:
Nikmat-nikmat yang diberikan Allah kepada hambanya amatlah banyak,  tidak terhitung. Di antaranya dua perkara yang sangat tinggi nilainya dan besar kelebihannya untuk mencapai keredhaan Allah Taala.
Yang pertama - nikmat pemberian harta benda kepada seseorang yang dapat menguasai dirinya dan berjaya mengalahkan perasaan tamak halubanya, sehingga dapatlah ia membelanjakan hartanya itu pada perkara kebajikan yang sebenar-benarnya, bukan membelanjakannya dengancara membazir atau kerana riak atau kerana menurut kemahuan nafsunya semata-mata.
Kedua - nikmat pemberian ilmu pengetahuan agama kepada seseorang yangmenyedari tugasnya, lalu menggunakan ilmunya itu untuk mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan dalam hadis ini: Bahawa dua nikmat pemberian yang tersebut amatlah besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap seorang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakannya nikmat-nikmat itu supaya dapatlah ia menggunakannya menurut cara yang sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang yang tersebut.
Dengan berlakunya keadaan yang demikian, maka sempurnalah kebaikan seseorang meliputi jasmaninya dan rohaninya.
Hadis Ketiga Puluh Satu
31- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا. (مسلم وأبو داود والترمذي)
31 -Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang baik,  adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka; dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yangmenyesatkan,  adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."
(Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis yang ketiga puluh satu ini menerangkan: 
Kelebihan orang yang mengajak mengerjakan amal yang baik dan sebaliknya.
Huraiannya:
Sesuatu amal kebajikan, atau sesuatu perkara yang menyesatkan,  banyak juga dilakukan orang dengan sebab ajakan atau pimpinan atau pun arahan orang lain. Demikian pula orang yang mengajak itu, banyak juga dapat menarik orang-orang melakukan perkara-perkara yang disebarkannya itu sama ada baik atau buruk. 
Oleh itu, sesiapa yang mengajak melakukan sesuatu perkara, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap perkara itu.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa setiap orang yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal salih, sama ada amal itu kecil atau besar,  maka ia diberi pahala sebanyak pahala yang didapati oleh orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan amal yang baik itu tersebar dikerjakan orang.
Sebaliknya, sesiapa yang mengajak ke jalan melakukan sesuatu amalan sesat,  maka ia akanmenanggung dosa,  sebanyak dosa yang ditanggung oleh orang-orang yang menurut ajakannya, kerana dialah yang berusaha menyebabkan perkara yang menyesatkan itu tersebar dilakukan orang.
Demikianlah besarnya kelebihan dan kebaikan yang akan didapati oleh orang-orang yang mengajak, memimpin, menunjuk dan menyebabkan berlakunya sesuatu amalan yang diredhaiAllah;  dan sebaliknya amatlah besar padahnya bagi orang-orang yang menyebabkan berlakunya sebarang perkara yang dimurkai Allah `Azza wa Jalla.
Hadis Ketiga Puluh Dua
32- عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَضَّرَ اللَّهُ امْرَأً سَمِعَ مِنَّا حَدِيثًا فَحَفِظَهُ حَتَّى يُبَلِّغَهُ غَيْرَهُ فَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ إِلَى مَنْ هُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ وَرُبَّ حَامِلِ فِقْهٍ لَيْسَ بِفَقِيهٍ. (الترمذي وأبو داود)
32 - Dari Zaid bin Thabit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Semoga Allah menyerikan wajah dan memperelokkan keadaan orang yang mendengar dari kami sebarang hadis lalu ia memeliharanya (dengan ingatannya atau dengan tulisannya), supaya ia dapat menyampaikannya (kepada orang lain); - kerana boleh jadi ada pembawa sesuatu hadis hukum kepada orang yang lebih faham daripadanya dan boleh jadi juga pembawa sesuatu hadis hukum itu, ia sendiri bukanlah seorang yang memahaminya."(Tirmizi dan Abu Daud)
Hadis yang ketiga puluh dua ini menerangkan tentang:
(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan "Hafaznya"tidak disyaratkan "Fahamnya".
Huraiannya;
(1) Kelebihan orang yang berkhidmat memelihara Hadis-hadis Nabi S.A.W.
Orang-orang yang memelihara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. amatlah besar jasanya! Apabilamendengar sesebuah hadis,  mereka menghafaznya atau menulisnya dengan cermat,  kemudian mereka menghebahkannya dengan sepenuh tanggungjawab.  Ini bermakna merekabekerjasama dengan Rasulullah s.a.w. menunaikan kewajipan dalam hal mengembangkanagama Islam yang dibawa oleh Baginda. Dengan yang demikian, sudah selayaknya perkhidmatan mereka mendapat balasan yang sebaik-baiknya.
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa perkhidmatan mereka dihargai oleh Baginda dengan mendoakan semoga Allah Taala menyerikan wajah mereka danmenjadikan mereka berpuas hati dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada mereka didunia dan di akhirat.
(2) Orang yang menyampaikan hadis disyaratkan menghafaznya dan memeliharanya betul-betul, tidak disyaratkan memahaminya.
Hadis-hadis Rasulullah s.a.w. hendaklah disebarkan. Apa yang mesti disebarkan itu ialah kata-kata yang disabdakan oleh Baginda.
Ada pun tentang makna maksud hadis-hadis itu, terpulanglah kepada masing-masing memahaminya, kerana boleh jadi orang yang menyampaikan sesebuah hadis itu tidak memahaminya atau kurang mendalaminya, meskipun demikian, ia berkewajipan juga menyebarkannya. Dalam pada itu, boleh jadi orang yang disampaikan kepadanya itu bolehmemahami lebih mendalam dari orang yang menyampaikannya.
sharing is caring..

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu