Khamis, 15 Ogos 2013

KISAH JIN IFRIT MENCURI CINCIN NABI SULAIMAN..


"camni ko ghupo ey ifrit"

Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman as adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

Kerajaan Nabi Sulaiman A.Ş. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman A.Ş. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman A.Ş. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman A.Ş. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman as sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: "Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman as"

Apabila rakan-rakannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: "Wahai gadis tidak sedar diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita ini pun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan! "Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengar cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman A.Ş. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman A.Ş. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman as, lalu menemui isteri baginda dan berkata: "Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi." Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman as.

Apabila Nabi Sulaiman A.Ş. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: "Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi." Nabi Sulaiman as diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: "Baru inilah aku meminta kembali cincin itu." Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman A.Ş. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, dia pun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman as ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda.

Lalu baginda berkata: "Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar."

Jawab rakyatnya: "Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta! "


Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa dia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman A.Ş. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.

Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: "Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita."


Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman A.Ş. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannya ditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

Sumber dari islam2u.net

Selasa, 13 Ogos 2013

TUGAS SEORANG LELAKI (SEBAGAI SUAMI, AYAH SEKALIGUS IMAM DALAM RUMAH TANGGA)

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. QS. At-Tahrim : 6

Ayat yang mulia ini merupakan perintah langsung dari Allah S.W.T agar setiap orang iman senantiasa berusaha menyelamatkan dirinya sendiri dari ancaman api neraka dengan cara mentaati peraturan-peraturan Allah dan menjauhi larangan-larangan-Nya, selain dari itu mereka juga diberi tanggung-jawab untuk senantiasa “amar ma’ruf nahi anil mungkar” kepada keluarga (terutama istri dan anak-anaknya) sebagaimana yang disabdakan Rasulullah S.A.W yang artinya :

Dari Ibnu Umar, dari Nabi S.A.W sesungguhnya beliau bersabda; Ketahuilah bahwa setiap kalian adalah penggembala dan setiap kalian akan ditanya tentang gembalaannya, seorang amir yang memimpin manusia adalah penggembala dan dia akan ditanya tentang gembalaan (rukyah) nya, seorang lelaki (kepala rumah tangga) adalah penggembala atas keluarga rumahnya dan dia akan ditanya tentang mereka, dan orang perempuan adalah penggembala atas rumah serta anaknya suami dia akan ditanya tentang mereka… dst. HR. Al-Bukhari dan Muslim.


Jadi tugas seorang lelaki (sebagai suami dan ayah sekaligus imam di dalam rumah-tangga) kepada anggota keluarganya bukan hanya dalam urusan memberi tempat tinggal, makanan dan minuman saja, namun yang terpenting dan akan dipertanggung-jawabkan di hadapan Allah Azza wa Jalaa adalah tugas mendidik mereka dalam urusan agama.



Khusus dalam mendidik anak; Hendaklah usaha mendidik mereka dengan ilmu agama dari sejak mereka masih kecil, pepatah Melayu mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” artinya mendidik anak dari sejak kecil dalam urusan agama akan lebih efektif jika dari sejak mereka masih mudah diarahkan (belum berani dan belum mampu untuk membangkang), hal ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W kepada para orang tua agar mendidik anak untuk mengerjakan sholat sejak mereka berumur 7 tahun, yang artinya;

Dari Sabrah dia berkata, Nabi S.A.W perintahlah anak kecil mengerjakan sholat ketika telah sampai umur 7 tahun, dan ketika telah sampai umur 10 tahun maka pukullah atas (tidak mau) mengerjakan sholat. HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi

Mendidik anak dengan penuh tanggung jawab adalah termasuk amal ibadah yang istimewa yang bisa membuat seseorang derajatnya tinggi di sisi Allah SWT, contohnya adalah Luqman Al-Hakim, dia bukan seorang Nabi atau Rasul, bukan seorang Mujahid yang waktunya dihabiskan di medan peperangan membela agama Allah, bukan ulama besar, dia hanyalah seorang lelaki Habsiy yang berkulit hitam dan berprofesi sebagai An-Najjar (tukang kayu) tapi subhanallah derajatnya sungguh mulia di sisi Allah sehingga namanya di abadikan dalam Kitab suci Al-Qur’an menjadi nama dari surah yang ke 31, salah satu yang paling menonjol dari seorang Luqman Al-Hakim adalah nasehat-nasehatnya yang penuh hikmah yang dia tujukan khusus kepada anak lelakinya.

Sebaliknya jika tugas membimbing keluarga untuk mentaati peraturan Allah dan Rasul serta menjauhi larangan-larangannya tidak dipenuhi oleh seorang lelaki sebagai imam dalam keluarga, maka kelak anak dan istrinya yang saat ini (dalam kehidupan dunia) sangat disayangi dan dicintainya akan berbalik menjadi musuh utamanya yang bersungguh-sungguh berusaha mencelakakannya dan membuatnya haram (terhalang) masuk surga, Allah berfirman dalam QS : Attaghobun : 14 ;

Artinya :
“Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya sebagian dari istri dan anakmu adalah musuh bagimu maka berhati-hatilah terhadap mereka”.

Dalam Hadits, Rasulullah SAW bersabda yang artinya ;

Dari Abdullah bin Umar, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda; tiga golongan yang Allah haramkan atas mereka untuk masuk surga; Orang yang membiasakan minum arak, orang yang durhaka (kepada orang tua) dan “dayuts” yaitu orang yang menyetujui (membiarkan) kejelekan/kemaksiatan di dalam keluarganya. HR. Ahmad

Semoga para lelaki senantiasa sadar dan ingat akan tugas berat dan amanah besar yang saat ini dipikulkan di bahunya dan kelak akan dipertanggung-jawabkan di hadapan Allah Subhana Wata’ala. Amiiin

"

JASAD PARA SAHABAT DI UHUD

Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rizki." (QS. Al Baqarah, 169)


JASAD SYUHADAA' dengan kulit nya, rambut nya dan kuku kuku nya tersebar bergeletakan di gurun Uhud.



Waktu terjadi banjir di madinah, kuburan 70 orang keluarga perang uhud itu kena banjir, mayatnya timbul keluar, masih utuh karena dikubur dipasir. Sampai banjir surut, darahnya masih mengalir harum. Terus dikubur lagi, tapi sudah tidak ditandai nama nama mayat tsb, yang ditandai karena dikenali cuma 2, yaitu Hamzah karena diketahui dadanya bolong dan jantungnya tidak ada karena telah dimakan oleh hindun, badannya tinggi besar. Jasadnya masih berdarah, dan harum, bahkan tangannya masih menutup lukanya dilambung yang terkena tombak, yang masih keluar darah, walaupun sudah beberapa ribu tahun. Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz karena diketahui kuping dan hidungnya terpotong-potong karena diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke gunung uhud, hanya ada 2 nisan saja.
Sebuah “Kesaksian”

Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang berharga, “Qisshatun Nihayah”, yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebagian ulama dalam penguburan ulang sebagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahwa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut.

“Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang dari kalangan ulama besar untuk pemakaman ulang para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, pekuburan yang terkenal. Karena diterjang banjir, maka sebagian jasadnya muncul ke permukaan. Para ulama diundang untuk mengubur ulang para sahabat tersebut.

Beliau berkata” Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya diatas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.”

Dr Thariq As-suwaidan berkata,” ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah menyampaikan kita semua ke derajat para syuhada. Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah.”

Subhanallah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau. Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib paman Rasulullah SAW


Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan

Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang nyaman membiarkan ayahku membagi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (HR. Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )Petikan hadist di atas membuktikan dimana ayah Jabir terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur berantakan. Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh di kerubungi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)


CATATAN KAKI:
- Dalam buku sejarah bencana banjir pertamakali terjadi pada tahun 46 Hijriah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang cerita nya mirip, yaitu jasad jasad mereka mengapung.
- Dalam cerita DR. Thariq ini saya tidak tahu banjir yang keberapa dan tahun berapa.


-Dr. Thariq

Rabu, 31 Julai 2013

UJIAN DI DUNIA SEBENTAR CUMA..

Ujian | Malam itu, usai solat sunat ba’da Isyak, aku pun kembali ke kamar. Kitab Al Quran Tafsir yang baru kumiliki hujung tahun lepas kugapai lembut. Seperti biasa, aku akan bertilawah sekitar dua hingga tiga helai muka selepas solat. Kalau tidak, pasti susah nak istiqamah membaca Al Qur’an ini. Teringat pesanan salah seorang murabbiku,

“Ketika mana kita menjauhi Al Qur’an, bacaan kita menjadi malas-malas, hafazan kita menjadi tidak menentu, dan amalan kita menjadi kaku, ketika itu, ertinya hati kita sedang sakit.”

Jadi kalau kita bermalas-malasan dalam mendirikan amalan membaca Al Qur’an ini, berjaga-jaga. Barangkali hati sudah beku membatu.

Malam itu aku menyambung tilawah dan tadabburku dengan surah Al Qasas. Surah ini adalah hadiah yang besar buat Allah swt kepadaku malam ini. Terlalu mahal kisah-kisah yang dihidangkan oleh surah ini. Kisah yang tidak mungkin akan luput pengajarannya hingga akhir zaman. Kisah yang terlalu besar implikasinya kepada generasi kemudian. Kisah yang didalamnya terkandung begitu banyak pengorbanan yang menggegarkan.

Kisah Fir’aun dan Nabiullah Musa a.s.

Bismillahi rrahmani rrahim.

(1 ) طسم

Tho Siin Mmiim.

Entah mengapa malam itu terasa sugul sekali. Tiba-tiba saat aku melepaskan nafas setelah membaca 3 huruf ini, dada menjadi berat. Sepertinya lidah ini tidak layak langsung untuk menuturkan ayat yang berikutnya. Kerongkongku bagaikan tersekat. Mataku jadi bergenang. Terasa panas tebing mataku. Aku berhenti seketika. Kususun semula nafasku. Dalam hati, aku merayu kepada Allah swt, ‘Duhai Rabb, izinkanlah diri yang kerdil ini membaca kalam muliaMu…izinkanlah aku mendapat manfaatnya… sekalipun aku sering menzalimi diriku…’

Aku teruskan bacaanku.

تِلكَ ءايٰتُ الكِتٰبِ المُبينِ ﴿٢﴾ نَتلوا عَلَيكَ مِن نَبَإِ موسىٰ وَفِرعَونَ بِالحَقِّ لِقَومٍ يُؤمِنونَ ﴿٣﴾

Ini ayat-ayat Kitab (Al-Qur’an) yang jelas (dari Allah) (2) Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Fir’aun dengan sebenarnya untuk orang-orang yang beriman (3)

Allah….

Baris ketiga surah ini bagaikan menikam hatiku sedalam-dalamnya. Aku ulang sekali lagi kerana pandanganku kabur dek genangan air mata yang menakung di kelopak mataku.

نَتلوا عَلَيكَ مِن نَبَإِ موسىٰ وَفِرعَونَ بِالحَقِّ لِقَومٍ يُؤمِنونَ ﴿٣)

Kami membacakan kepadamu sebahagian dari kisah Musa dan Fir’aun dengan sebenarnya untuk orang-orang yang beriman (3)

Allah….

Tiba-tiba, terasa bagai kosong dunia sekelilingku. Mata yang sudah bergenang tadi menjadi tidak tertahan-tahan lagi. Air mata panas mula mengalir. Butir demi butir. Menitis diatas lembaran Al-Qur’an yang masih ditanganku.

Astaghfirullah. Astaghfirullah…

Layakkah untuk diri ini mendengarkan kisah ini wahai Rabb? Kerana Kau khususkan ceriteraMu buat hamba-hambaMu yang beriman…Dimanakah kedudukanku? Adakah aku dapat memasukkan diriku ke dalam ‘audiens’ yang Engkau maksudkan? Ataukah selama ini, aku cuma bertepuk sebelah tangan? Ya Allah, jadikan aku orang beriman itu ya Allah, yang Kau pilih untuk menjadi pendengar kisah ini. Yang Kau pilih untuk menjadi ‘audiens’Mu.

Dengan penuh rasa hubb (cinta), khauf (takut) dan roja’ (harap), aku meneruskan bacaanku. Moga-moga dapatku rasakan bahawa Allah swt benar-benar menceritakan kisah ini untuk diriku.

Baris demi baris, ayat demi ayat, akhirnya aku tiba di bahagian kisah dilemma ibu nabi Musa a.s tatkala Musa a.s dilahirkan dalam suasana yang menggentarkan. Fir’aun yang hakikatnya ketakutan dan kerisauan bagaikan menggila di serata negeri. Bayi-bayi lelaki dibunuh dengan kejam dan ngeri. Kegemilangan kerajaannya terbina diatas darah bayi-bayi yang tidak bersalah. Allah swt menceritakan dengan jelas dalam surah ini,

إِنَّ فِرعَونَ عَلا فِى الأَرضِ وَجَعَلَ أَهلَها شِيَعًا يَستَضعِفُ طائِفَةً مِنهُم يُذَبِّحُ أَبناءَهُم وَيَستَحيۦ نِساءَهُم ۚ إِنَّهُ كانَ مِنَ المُفسِدينَ ﴿٤﴾

Sungguh, Fir’aun telah berbuat sewenang-wenang di bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dia menindas segolongan dari mereka (Bani Israil) dan membiarkan hidup anak perempuan mereka. Sungguh, dia (Fir’aun) termasuk orang yang berbuat (kerusakan) (4)

Ibu manalah yang tidak gusar memikirkan keselamatan bayi lelakinya tatkala jiran tetangganya ramai yang sudah dirampas dan dibunuh bayi lelaki mereka. Tidak mampu dibayangi oleh kita, betapa besar ujian Allah keatas ibu nabi Musa as. Hari ini, ibu-ibu yang mengandung pasti mengira-ngira detik kelahiran anak mereka dan membayangkan yang indah-indah tatkala bayi telah dilahirkan nanti. Tapi ibu nabi Musa as dibayangi dan diburu ketakutan dan kerisauan. Bimbang dan susah hati, kalau bayinya lelaki, pasti kelak akan dibunuh.

Taqdir Allah swt mengatasi segalanya. Lahirlah Musa as dalam keadaan kesihatan yang baik dan sempurna. Bertambahlah gusar sang ibu, memikirkan nasib bayinya yang tercinta.

Lalu Allah swt yang terus menerus mendengar suara hati Ibu Musa mengilhamkan kepadanya jalan keluar.

وَأَوحَينا إِلىٰ أُمِّ موسىٰ أَن أَرضِعيهِ ۖ فَإِذا خِفتِ عَلَيهِ فَأَلقيهِ فِى اليَمِّ وَلا تَخافى وَلا تَحزَنى ۖ إِنّا رادّوهُ إِلَيكِ وَجاعِلوهُ مِنَ المُرسَلينَ ﴿٧﴾

Dan kami ilhamkan kepada ibunya Musa, “Susuilah dia (Musa), dan apabila engkau khawatir terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan (pula) bersedih hati, sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya salah seorang Rasul.” (7)

Allah…

Bayangkan. Bukanlah Allah swt mewahyukan kepada wanita ini bahawa Allah swt akan menyelamatkan bayinya dengan tiba-tiba di dalam rumah mereka.Sebaliknya, Musa a.s perlu dibawa keluar dari rumah, perlu dihanyutkan pula ke sungai yang luas. Sudahlah tentera fir’aun yang kejam sedang berkeliaran memburu mangsa. Bagaimana kalau ketika sedang membawa Musa ke sungai, mereka terserempak dengan tentera Fir’aun? Bagaimana pula kalau tentera Fir’aun menjumpai Musa a.s di tebing sungai dimana dia dihanyutkan?

Bayangkan betapa besar dilemma sang ibu ini. Betapa besar imannya kepada Allah. Bukan kecil ujian Allah keatasnya. Bayi yang baru sahaja dilahirkan, perlu dihanyutkan di sungai yang terdedah, bukan sahaja kepada tentera Firaun, malah terdedah juga kepada binatang-binatang buas disana.

Ibu Musa menggagahkan jua hatinya. Bayi comelnya dilepaskan ke sungai dengan hati yang berkecamuk. Tidaklah diketahuinya nasib dirinya, mahupun nasib bayinya. Dia Cuma berserah bulat-bulat kepada Allah swt, Tuhan Yang Maha Berkuasa. KepadaNyalah disandarkan segala harapan dan tawakkalnya. Dari jauh, sayup-sayup, jasad Musa hilang dari pandangannya. Arus begitu deras menolak bayi itu jauh dari ibunya. Hatinya yang tadi sudah yakin dengan pertolongan Allah tiba-tiba kembali gusar. Kerisauan seolah-olahnya kembali segar. Allah swt menceritakan hakikat ini dalam ayat ke-10 surah ini. Allah jualah yang meneguhkan hati wanita tabah ini sehinggakan dia mampu bertahan dan bersabar.

Dan atas berkat keberanian, ketabahan, kesabaran dan besarnya tawakkal ibu Musa, Allah swt tidak menyia-nyiakan harapannya. Akhirnya Nabi Musa a.s dikembalikan oleh Allah swt kepada ibunya dalam keadaan yang baik-baik sahaja, bahkan kini bayi itu sudah diambil sebagai anak angkat pula oleh kerabat diraja fir’aun. Padahal, seketika tadi, orang yang paling ingin dihindari oleh ibu Musa adalah Fir’aun durjana itu.

فَرَدَدنٰهُ إِلىٰ أُمِّهِ كَى تَقَرَّ عَينُها وَلا تَحزَنَ وَلِتَعلَمَ أَنَّ وَعدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَعلَمونَ ﴿١٣﴾

“Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (13)

Betapa indahnya hakikat disebalik kisah ini. Saratnya kandungan surah ini, tidak lain melainkan sebagai tatapan dan muhasabah orang-orang yang beriman.

Tidaklah terbayang oleh kita bagaimana keadaan Ibu Musa ketika itu, betapa berkecamuk fikirannya, betapa susah hatinya memikirkan Musa yang hanyut di Sungai Nil.

Tetapi, Allah swt sebenarnya Cuma mahu melihat secebis keyakinan. Allah swt Cuma mahu mengajar sedikit sabar. Allah sekadar mahu melihat kekuatan dan ketabahan yang sebentar Cuma, sebelum Dia mendatangkan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Tidaklah tergambar oleh kita apa yang bakal berlaku seandainya Ibu Musa tidak memberanikan dirinya menghanyutkan Musa di Nil, tidak menetapkan hatinya dan mengikuti ilham dari Allah dan tidak sanggup berpisah sebentar dengan Musa. Bisa jadi bayi kesayangannya tidak lagi kembali kepadanya. Tetapi kerana dia tabahkan dan kuatkan juga hatinya, dan terbinalah sudah kualiti yang ingin Allah bina dalam dirinya melalui ujian itu, Allah pun mengembalikan bayinya agar dia kembali senang hati.



Demikianlah juga ujian-ujian yang mendekati kita. Ada orang diuji dakwahnya dengan tohmahan-tohmahan nista dari orang-orang yang diseru. Ada orang yang diuji dengan keluarga yang menghalang dirinya mengamalkan Islam secara syumul. Ada orang yang diuji dengan hambatan dosa-dosa silam yang membelenggu. Ada orang yang diuji dengan kekurangan masa dan kemampuan ilmu.

Kesemua ujian-ujian ini, wahai saudaraku, tidaklah lain melainkan sebentar Cuma, sehinggalah pertolongan Allah swt yang benar-benar menyenangkan datang menjelma. Pertolongan Allah swt kadangkala datang tanpa disedari. Ia datang dalam bentuk kekuatan. Ia datang dalam bentuk kewangan. Ia datang dalam bentuk sokongan dari rakan-rakan. Ia datang dalam bentuk kelapangan dan kesihatan. Boleh jadi ia tidak kelihatan seperti menyelesaikan isu, tetapi hakikatnya, itulah yang kita perlu.

Malam itu aku menangisi Qasasku. Terasa malu untuk menutup lembaran suci ini. Tetapi ada tanggungjawab besar yang menanti diri. Masih banyak hakikat Al-Qur’an ini yang belum dihayati padahal tidak ada rujukan atau petunjuk yang lebih menenangkan hati orang-orang yang bertaqwa melainkan AlQuran. Kata Allah swt,

الم ﴿١﴾ ذٰلِكَ الكِتٰبُ لا رَيبَ ۛ فيهِ ۛ هُدًى لِلمُتَّقينَ ﴿٢﴾

“Alif Lam Mim (1) Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa (2)”

(Surah Al-Baqarah)

Andai matahari masih bersinar esok hari, moga-moga ada ruang untuk hamba ini memperbaiki diri.

Selasa, 30 Julai 2013

10 Perkara wajib direnung apabila tiba musibah

10 HAL YANG HENDAKNYA DIRENUNGKAN JIKA DITIMPA MASALAH DAN UJIAN..1. Yakinlah bahwa selain Kitapun juga diuji...Ada yang diuji dengan kemiskinan..
Ada yang diuji dengan harta..jabatan dan kekuasaan…
Ada yang diuji dengan istri yang berakhlak buruk..
Ada wanita yang diuji dengan suami bejat…
Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat…
Dan terlalu banyak model ujian yang menimpa manusia...
Sebagaimana manusia-manusia yang lain yang juga ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam..2. Sabarlah dengan ujian yang sedang kita hadapi..Alhamdulillah kita masih bisa memikulnya...
Bisa jadi jika kita diuji dengan ujian yang lain..maka kita tidak akan mampu menghadapinya...
Yakinlah bahwa tidaklah Allah menguji kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi oleh seorang hamba..3.Terkadang syaitan membisikkan pada kita bahwa ujian yang kita hadapi sangatlah berat..dan tidak mungkin untuk kita pikul…
Maka ingatlah bahwa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang Kita hadapi..
4. Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran..maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan derajat..??

5. Bahkan bisa jadi Allah menghendaki kita untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di surga..yang tidak mungkin kita peroleh dengan hanya sekedar amalan-amalan shaleh kita...
Amalan shaleh kita tidak cukup untuk menaikan kita ke tempat tinggi tersebut..
kita tidak akan mampu untuk sampai ke tempat tinggi tersebut kecuali dengan menjalani ujian-ujian yang tidak henti-hentinya untuk mengangkat derajat kita..

6. Ingatlah…Dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwa kita ini sangatlah lemah dan selalu butuh kepada Allah Yang Maha Kuasa...

Kadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam shalat…
Kita baru bisa merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…
Kita baru bisa merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa..

7. Ingatlah…dengan ujian atau musibah yang menimpa kita..terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita...
Karena tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan..kadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahwa diri kita hebat selalu beruntung..

Jangan sampai kita salah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan Allah kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya sang hamba dengan musibah.. Bahkan perkaranya justru sebaliknya...
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda..

“Jika Allah mencintai sebuah kaum..maka Allah akan menguji mereka” ..(Dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 146)

8. Berhusnudzonlah kepada Allah..
Yakinlah bahwa dibalik ujian dan musibah yang menimpamu..ada kebaikan dan hikmah..
Justru jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tidak menimpamu..maka akan lebih buruk kondisi kita...
Allah berfirman :

“Dan boleh jadi kalian membeci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian”..
(QS Al-Baqoroh : 216)

9. Bahkan bisa jadi musibah atau ujian yang kita benci itu mendatangkan banyak kebaikan...
Allah berfirman:

“Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”.. (QS An-Nisaa : 19)

10. Ingatlah bahwa tidak ada istrirahat total…kegembiraaan total…Kecuali di akhirat kelak...
Selama kita masih hidup di dunia..maka siap-siaplah dengan ujian yang menghadang...
Bersabarlah…tegarlah…demi meraih ketentaraman dan kebahagiaan abadi kelak di surga...
Ada orang awam yang berkata..

“Kalau mau hidup di dunia harus siap diuji..kalau tidak mau diuji ya…jangan hidup di dunia..!!”

Isnin, 29 Julai 2013

DUNIA AKHIR ZAMAN : SUAMI TAAT PADA ISTERI TANDA AKHIR ZAMAN

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "jika harta rampasan perang diambil sebagai kekuasaan, amanat sebagai rampasan, zakat sebagai hutang, belajar bukan ilmu agama, suami taat kepada isterinya dan derhaka kepada ibunya, menghina temannya dan merendahkan bapanya, munculnya suara suara (ceramah) di masjid-masjid, orang fasik menjadi tuan, orang hina menjadi pemimpin, orang yang mulia kerana ditakuti kejahatannya, munculnya para wanita yang suka bersolek dan alat-alat muzik serta khamar (arak) dimimum, umat sekarang melaknat generasi sebelumnya, maka pada saat itu berhati-hatilah dengan angin merah, gempa , penenggelaman, penghapusan, dan pemuntahan itulah tanda-tanda yang berturut-turut, seperti peraturan keadaan yang terputus, lalu diikuti yang lainnya. "(HR Tirmidzi) Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah saw. Bersabda, "Akan datang kepada manusia suatu zaman, orang bersabar atas agamanya seperti orang yang memegang bara api." (HR Tirmidzi) Hadis di atas menunjukkan apa yang akan diperlihatkan dari sebagai ujian, musibah dan kesempitan kepada kaum muslimin sehingga mereka menyembunyikan agama atau meninggalkannya. Mungkin juga boleh kita katakan bahawa sekarang ini ramai kaum muslimin yang kembali pada agama mereka untuk menjalankan pelbagai kewajiban dan sunahnya, seolah-olah mereka asing terhadap agama yang mulia ini. Dan, itulah Islam yang merupakan benteng dari setiap masyarakat yang sesat. Setiap kali cubaan dan musibah bertambah, manusia semakin jauh dan hati menjadi ingkar, pedoman manusia hanya untuk dunia dan sedikit sekali dari mereka yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya. Dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. bahawa Rasulullah SAW. Ditanya tentang kiamat. Lalu, beliau bersabda, "Ilmunya hanya ada pada Tuhanku. Waktunya tidak jelas kerana hanya Dia yang mengetahuinya. Akan tetapi, aku beritahukan kepada kalian tanda-tanda yang akan berlaku menjelang kiamat itu. Sungguh, menjelang kiamat nanti akan berlaku berbagai fitnah dan haraj. "Mereka berkata," Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui fitnahnya. Lalu, apa haraj itu? "Beliau menjawab dengan lafaz orang Habsyi," Pembunuhan dan keingkaran yang akan menjumpai manusia. Seseorang tidak tahu mengapa ia membunuh orang lain. "(HR Ahmad) Saya membayangkan bahawa turunnya hadis ini disebabkan oleh terjadinya banyak kebodohan dan keingkaran yang menyelimuti hati sebahagian kaum muslimin, lemahnya tali persaudaraan di atas kemasalahan bersama, tidak terdapat lagi orang yang mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya serta tidak ada lagi ukhuwah islamiah. Keingkaran seperti ini akan terus bertambah setiap kali kita makin dekat dengan kiamat. Sekarang ini sebahagian besar dari kita memandang tanda-tanda tersebut dengan pandangan luaran sahaja. Bahkan, telah ada perkataan-perkataan dari orang yang menandakan keingkaran tersebut seperti perkataan sebahagian manusia, "Kesibukan adalah kesibukan, Perniagaan adalah perniagaan, bekerja adalah bekerja dan dalam bekerja tidak ada rahmat dan cinta." Semoga Allah SWT mengampuni kita dan tidak memurkai kita. Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب
AL-FATIHAH BUAT ARWAH ADIK TERSAYANG NOR SHUHADAH BIN HAMZAH (27 TAHUN) YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 9 JULAI 2013 (SELASA) ..SEMOGA ROH ARWAH DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG BERIMAN..KEMBALI ARWAH KE PANGKUAN ILAHI DI BULAN RAMADHAN...

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu