Selasa, 2 Disember 2014

Gedung Pakaian Mewah mana satu ni!

saja nak tanya ...dah lama ke buat kerja ni?


ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.

"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.
"Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil.

"Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.
"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.
Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun.
"Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya. (mStar)

Hanya Otak Lembu Yang Dijual!

kepada blogger-blogger yang kekurangan otak..ada pesanan sikit dari pihak penaja...memory boleh beli...berapa gig nak..semua tersedia..yang susahnya nak beli otak..kalau ada pun yang dijual cuma otak lembu!..

apapun nenek ni bijak..bijak sikitlah dari korang (ooopss)..huhu

jangan pandang sebelah mata otak lembu ni..sedap! masak lemak cili padi dengan daun kunyit lagi tau!

Ahad, 30 November 2014

TIADA KATA SECANTIK BAHASA!

hrmmm...cantik jugak makcik ni kan!..
makcik ni dulu duduk kampung jer..nun kat utara Kedah nun..bila dah duduk kat bandar terkena Kejutan Budaya..huhu..jangan marah!

apapun mari kita sama-sama berdoa untuk kebaikan semua..

Khamis, 27 November 2014

Kenali Keturunan Rasulullah s.a.w : Al Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri

Kelahiran
Habib Ali telah dilahirkan di bandar Jeddah Kerajaan Arab Saudi sebelum subuh pada Jumaat 20 Safar 1391 Hijrah (16 April 1971), dari ibu bapa yang kedua-duanya keturunan anak Imam Hussein bin Ali r.a.
Nasab Keturunan
Habib Ali Zain al-Abidin bin Abdul Rahman bin Ali bin Alawi bin Muhammad bin Ali bin Alawi bin Ali bin Alawi bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Maulah anak Arsha putera Muhammad Abdullah al-Tarisi bin Alawi al-Khawas putera Abu Bakar anak Jufri putra Muhammad putera Ali putera Muhammad putera Ahmad al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Sahab Mirbat Muhammad bin Ali Khalil Alawi Qassam anak putera Muhammad putera Alwi putera Ubaidullah Ahmad al-Muhajir ila Allah Isa putera Muhammad al-Naqib bin Ali al -Uraidhi bin Jaafar as-Sidiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abidin putera dari Hussein (cucu Rasulullah s.a.w) anak dari Ali bin Abu Thalib, suami kepada Fatimah al-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w.
Ibunya yang mulia merupakan puteri kepada Marumah, putera Hassan bin Alawi bin Alawi Hassan bin Ali al-Jufri.
Latar Belakang Pendidikan.
Habib Ali Al-Jifri mulai mempelajari ilmu sejak kanak-kanak lagi melalui gurunya yang pertama iaitu ibunya sendiri. Ibunya memberi pengaruh yang besar ke atas diri beliau dan hala tuju yang diambil oleh beliau dari segi  usaha mencapai ilmu pengetahuan dan kerohanian.
Sebagai kesinambungan dalam menerima ilmu, dan istiqamah di atas jalan rohani, beliau telah menerima ilmu dari rantaian yang tidak terhenti dari para ulama, di mana semua jalan kembali kepada Rasulullah s.a.w. Antara guru beliau ialah:
- Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al-Saqqaf, Jeddah
- Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad
- Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Makkah
- Habib Attas Al-Habsyi
- Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-Adani
- Habib Muhammad bin Abdullah Al-Hadar
- Habib Umar bin Hafiz, Yaman-menjadi sahabatnya juga dari 1993 hingga 2003
 Latar Belakang Profesional
  • 1418 Hijrah / 1997- kini: Pensyarah Pelawat (program musim panas) di Dar Al-Mustapha bagi Pengajian Islam di Tarim.
  • 1424 Hijrah / 2003- kini: Ahli Lembaga Pengarah Dar Al-Mustapha Pengajian Islam di Tarim.
  • 1424 Hijrah / 2003- kini: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Akademi Eropah Kebudayaan Islam dan Sains di Brussels, Belgium
  • 1426 Hijrah /2005-kini:  menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Yayasan Tabah.
  • 1428 Hijrah / 2007- kini: ahli Aktif Yayasan Diraja Aal al-Bayt Pemikiran Islam di Amman, Jordan.
  • 1428 Hijrah / 2007- kini: Ketua Setiausaha kepada Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Al-Mahabbah.

Yayasan Tabah yang diasaskan oleh beliau
Pencapaian
Antara pencapaian beliau ialah:
  • Mengasaskan Yayasan Tabah – sebuah organisasi yang menyediakan “pembaharuan wacana Islam kontemporari sesuai dengan keperluan manusia ” melalui 3 bahagian : Penyelidikan, Projek, dan Media.
  • Mengeluarkan satu Pakej Media untuk satu syarahan unik berjudul  ‘Agar Agama Tidak Menjadi Satu Permainan’ yang mana menguruskan beberapa krisis  dan cubaan-cubaan dunia kontemporari yang mana merupakan kesan langdung dari mereka yang mengambil kesempatan terhadap agama untuk mencapai cita-cita mereka yang terhad. Syarahan ini mempunyai analisis dan penjelasan.
  • Menyumbang kepada perumusan Open Letter kepada Pope Benedict XVI selepas syarahan yang menyakitkan hatinya mengenai Islam dan Rasulullah s.a.w. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 38 orang sarjana yang telah menandatangani surat itu yang mana mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan intelektual dalam konteks dialog yang membina.
  • Menyumbang dalam menguruskan projek bersejarah di “A Common Word” satu dokumen ditandatangani oleh 138 orang sarjana muslim, yang mana para sarjana ini mewakili mazhab dan aliran pemikiran serta negara-negara yang berlainan. Dokumen ini telah dihantar kepada Ketua Kristian di seluruh dunia, dan menerima satu tindak balas yang positif dari pihak Kristian.
  • Mengasaskan Syarikat dan Majalah ‘Guidance Media’  di UK.
  • Menyelia penubuhan “Schools and Centre of Learning” dalam dan luar Yaman untuk pembiakan satu kaedah tulen untuk penyebaran pengetahuan, pendidikan dan latihan rohani.
Dakwah: Tanggungjawab yang terus dipikulnya
Aktiviti
Habib Ali Al-Jufri telah memberikan kelas untuk mengajar, membimbing dan memberi nasihat dalam usaha menyedarkan manusia akan tanggungjawab mereka dan untuk mengajak masyarakat kembali pada Allah di banyak negara, dimulai di kota-kota dan desa-desa Yaman pada 1412 H / 1991. Beliau memulai perjalanannya di luar negera pada 1414 H / 1993 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Antara negara-negara yang dikunjungi beliau untuk menyampaikan dakwahnya adalah seperti berikut:
Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Suriah, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan,
Libya, Mesir, Maroko, Mauritania, Kepulauan Komoro dan Djibouti.
Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh dan Sri Lanka.
Afrika: Kenya dan Tanzania.
Eropah: Britania Raya, Jerman, Perancis, Belgia, Belanda, Irlandia, Denmark, Bosnia &
Herzegovina dan Turki.
Amerika Syarikat: 3 perjalanan yang pertama adalah pada tahun 1419 H / 1998, yang kedua
adalah pada 1422 H / 2001 dan yang ketiga pada 1423 H / 2002, disamping
mengunjungi Kanada.
Selain itu, Habib Ali juga terlibat dalam pelbagai persidangan yang diadakan sama ada di negara Timur Tengah mahupun di Eropah. Beliau juga banyak mengendalikan rancangan televisyen berbentuk kerohanian.
Moga Allah merahmati segala usaha beliau.
Hulurkan doa kita moga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada beliau dalam menyampaikan Islam kepada seluruh masyarakat dunia.
 Sumber:
http://www.alhabibali.com/biography/ln/en
Olahan :
Ijlal Mohd Diah,
ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan, UPSI




Kisah menarik tentang beliau

Seorang petugas kebersihan, Pencuci yang bekerja di Tabah Foundation (lembaga dakwah milik Habib Ali Zaenal Abidin Al Jufri di Dubai, UEA) berasa hairan..

Masalahnya adalah, setiap pagi dia melihat tandas-tandas yang ada di pejabat Tabah selalu bersih tanpa diketahui siapa yang membersihkannya.

Lalu dia berfikir,

''Siapa eh yang bersihkan toilet sebersih ni, tak silap aku, belum lagi aku bersihkannya?''

Hingga akhirnya di suatu malam, dia pulang lebih lambat dari biasanya, lalu dia berkeliling di pejabat Tabah.

Sudah tidak ada orang lagi di pejabat itu, tiba-tiba dia mendengar suara dari arah tandas.

Lalu dia mendekat, dia melihat ada seseorang yang sedang membersihkan lantai tandas, dan betapa terkejutnya dia setelah dia mengetahui bahwa ''pembersih tandas'' itu adalah Boss Besar Tabah Foundation.

''Haah.. Habib Ali Al jufri.. ?'

Satu pertanyaannya buat kita, kenapa eh?, apa yang membuatkan Habib Ali bersihkan tandas pejabatnya sendiri ?

Bukankah masih ada perkara lain yang lebih bermanfaat untuk dibuat seperti berdakwah,membaca kitab, dan lain-lain lagi?

Jawabannya mungkin adalah perkara ini yang pernah di lakukan oleh salah seorang gurunya, Al Imam as Syaikh Mutawalli As Sya'rowi (ulama besar mesir di zamannya).

Saat itu pemandunya Syeikh Mutawwali as sya'rawi, tak sengaja melihat Syeikh Sya'rawi, membersihkan tandas-tandas di masjid.

Lalu si pemandu itu bertanya: ''Syaikh, kenapa syeikh bersihkan tandas-tandas ni.?'

Lalu jawab Syeikh Mutawwali as Sya'rawi: ''Tadi, ketika aku melihat orang-orang menangis kerana mendengar ceramahku, aku merasa ada sifat sombong dan ujub di dalam hatiku. Sekarang aku ingin menghinakan diriku (agar aku tak lupa siapa diriku yang hina ini) ''

Kata Al Imam Al Ghazali, semakin tinggi ilmu seseorang, semakin dekat dia kepada Allah, maka akan semakin besar pula sifat tawadhu' dan rendah dirinya.

Mereka para auliya' adalah contoh dari orang-orang yang benar-benar merendah diri kerana Allah, mereka adalah orang-orang yang selalu mementingkan kebersihan ''hati'', tak ada dengki, tak ada benci,dan tak ada iri hati.

imanhakeem: siapa kita dibandingkan beliau..tengah belajar untuk cuba menyucikan hati..cuba sentiasa positif...semoga Allah sentiasa bersama kita..amin

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu