Khamis, 4 September 2014

Jom Lihat "Dunia Fantasi kini menjadi realiti"

Perkampungan The Hobbit di New Zealand

Filem trilogi Lord of the Rings dan yang terbaru filem The Hobbits telah menjadikan nama masyarakat kerdil fantasi ini disayangi di serata dunia. Paling popular ialah Frodo dan Sam. Badan yang kecil, berambut kerinting, tapak kaki besar dan yang utamanya semangat perjuangan yang kental, adalah ciri-ciri istimewa makhluk Hobbit.
Di Matamata, kawasan yang terletak nun di Kepulauan Utara New Zealand, terbinanya perkampungan fiksyen masyarakat Hobbit yang dipanggil Hobbiton. Tempat yang pada asalnya menjadi lokasi perfileman, kini dikekalkan dan dipromosikan menjadi salah satu daya tarikan pelancongan utama di negara burung Kiwi ini.
Setibanya di kawasan Hobbiton ini, pancaindera anda akan disambut dengan permandangan kawasan padang menghijau dan beralun yang begitu mendamaikan. Tersergam indah beberapa rumah kecil mirip rumah tradisional Inggeris, didiami oleh masyarakat Hobbit ini. Setiap rumah dilengkapi dengan perabot-perabot kayu yang sangat unik rekabentuk ukirannya. Kepada sesiapa yang bercuti ke New Zealand bolehlah pergi melawat ke dunia fantasi ini.....




SOLAT SELEPAS HAID - KESILAPAN WANITA!!

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini... Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; "adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: "alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

sumber..
sharing is caring...

Selasa, 2 September 2014

Jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!

A

Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga.

Kemajuan di dalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya.

Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda:

 وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى
“Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” (HR. Muslim no. 287)

Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara.

Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra).

Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut.

Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat.

Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km!

Isnin, 1 September 2014

Ayat-ayat Hitam Dalam Kitab Talmud Yahudi

Talmud merupakan kitab suci kumpulan Zionis-Yahudi di seluruh dunia. Seluruh tindak-tanduk Zionis-Israel merujuk pada ayat-ayat Talmudisme. Bahkan Texe Marrs, penyiasat bebas Amerika yang telah meneroka keturunan Bush selama enam tahun dan membuktikan bahawa keluarga Bush, termasuk Presiden AS George W. Bush, merupakan sebuah keluarga yang sangat rajin mempelajari Talmud. 

"Legasi Bush adalah Yahudi dan mereka menjadikan Talmud sebagai kitab sucinya. Adalah satu kesalahan yang besar jika ada yang menyangka mereka merupakan keluarga Kristiani. Mereka memperkudakan kekristianan untuk menipu warga Kristian dunia. Padahal, mereka merupakan keluarga Talmudis yang taat, "demikian Texe Marrs. 

Kita tentu sudah banyak mendengar tentang Talmud. Namun belum banyak yang mengetahui kandungan ayat-ayatnya. Berikut dipaparkan sejumlah ayat-ayat Talmud yang menjadi dasar segala tindak-tanduk kaum Zionis terhadap orang-orang bukan Yahudi (Ghoyim atau Gentilles), dan darinya anda akan "memahami" mengapa kaum Zionis selalu mahu menang, selalu mengkhianati perjanjian, dan sebagainya. Inilah ayat-ayat suci mereka: 

"Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang bukan Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang." (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a) 

"Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi." (Midrasch Talpioth 225) 

"Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi harus ditekan sekecil mungkin." (Zohar II, 4b) 

"Orang-orang bukan Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit." (Orach Chaiim 57, 6a) 

"Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang bukan Yahudi." (Talmud IV / 8 / 4a) 

"Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) berkumpul, mereka akan menjadi pangeran raja-raja." (Sanhedrin 104a) 

"Terhadap seorang bukan Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Boleh dijatuhkan hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lain iaitu isteri seorang Yahudi. Isteri bukan Yahudi tidak termasuk. "(Talmud IV / 4 / 52b) 

"Tidak ada isteri bagi bukan Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya." (Talmud IV / 4/81 dan 82ab) 

"Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipu daya orang-orang bukan Yahudi." (Zohar I, 168a) 

"Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagikan keuntungannya." (Choschen Ham 183, 7) 

"Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang bukan Yahudi, jika mereka perlu membayar wang untuk itu." (Abhodah Zarah 2a T) 

"Tanah orang bukan Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya." (Babba Bathra 54b) 

"Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan." (Babha Kama 113a) 

"Pemilikan orang bukan Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, bererti telah memilikinya. "(Talmud IV / 3 / 54b) 

"Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya." (Talmud IV / 1 / 113b) 

"Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang bukan Yahudi." (Talmud IV / 2 / 70b) 

"Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) muncul, semuanya akan menjadi orang suruhan Yahudi." (Erubin 43b) 

Inilah sebahagian kecil dari ayat-ayat hitam Talmud. Inilah landasan ideologi kaum Zionis dalam hidupnya. Setiap hari Sabtu yang dianggap suci (Shabbath), mereka Talmud sepanjang hari dan mengkaji ayat-ayat di atas. Mereka menganggap Yahudi sebagai bangsa yang satu-satunya berhak disebut manusia. Sedangkan bangsa di luar Yahudi mereka anggap sebagai binatang, termasuk orang-orang liberalis yang malah melayani kepentingan kaum Zionis.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber eramuslim.com

Jom Lihat 5 Kanak-kanak Islam Yang Ajaib Pernah Mengemparkan Dunia!

5 Kanak-kanak Islam Yang Ajaib Pernah Mengemparkan Dunia | Setiap ibu bapa dalam dunia ni sudah semestinya mengimpikan anak yang sihat tubuh badan, anak yang mampu menjadi anak soleh/solehah, dan anak yang baik-baik belaka. Perkara ini sememangnya tidak mustahil kerana terdapat surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh dibaca oleh ibu bapa semasa anak dalam kandungan dan juga ketika ini terdapat teori-teori tentang amalan untuk ibu mengandung bagi mendapatkan anak yang baik.
Allah S.W.T memang berkuasa keatas manusia bahkan seluruh makhluk dan hidupan dibumi ini. Ini terbukti apabila lima kanak-kanak yang genius ini berjaya menggemparkan dunia. Siapakah diri mereka sebenarnya? Untuk itu, mari kita lihat senarai lima anak kecil beragama Islam yang sangat genius dan ajaib hingga menggemparkan dunia.
Berikut 5 Anak Ajaib Islam Yang Mengemparkan Dunia:
1. Akrit Jaswal
Akrit Jaswal yang mempunyai IQ 146 (manusia terpintar di India) sejak berusia 7 tahun ia sudah mampu melakukan operasi pembedahan secara otodidak
2. Sayyid Muhammad Husein Tabataba’i
Sayyid Muhammad Hussein Tabataba’i seorang kanak-kanak yang sudah berjaya menghafal surat-surat dalam Al-Qur’an dan mampu menafsirkannya. Beliau juga telah menerima gelaran Doktor di usia tujuh tahun di Hijaz Collage Islamic University di UK.
3. Abdurrahman Farih
kanak2islam
Di bumi Aljazair, ada anak genius yang berusia tiga tahun bernama Abdurrahman Farih mampu menghafal Al Quran hanya mendengar orang lain membaca Al Quran sejak ia masih di dalam kandungan ibunya.
4. Ali Yakubov
Di Rusia kemunculan ayat-ayat ‘Al Quran” di sekitar tubuh bayi yang berusia sembilan bulan bernama Ali Yakubov, telah membuat 2000 orang Muslim dari kawasan utara Rusia mendatangi untuk melihatnya.
5. Syarifuddin Khalifah
Syarifuddin Khalifah, seorang anak ajaib, lahir di Arusha, di bahagian utara Tanzania (sebuah negara di Afrika Timur) pada usia satu setengah tahun sudah mampu menghafal Al-Quran dan juga mampu mendirikan solat lima waktu. Apa yang lebih mengejutkan apabila dia bukanlah seorang anak dari ibubapa yang beragama Islam. Beliau telah mengislamkan lebih dari ribuan orang. Subhanallah!

Rabu, 27 Ogos 2014

Keturunan Nabi Nuh AS melahirkan keturunan asli Melayu


Salasilah Bani Jawi, dimana keturunan Nabi Nuh AS melahirkan keturunan asli Melayu yakni Bani Jawi. Keturunan yang asli ini yakni Bani Jawi telah bersemenda dengan keturunan dari Nabi Ibrahim AS dan akhirnya menyebar luas lalu menjadi bangsa Melayu moden seperti yang dilihat pada hari ini. Admin memaksudkan keturunan asli Bani Jawi yang berasal daripada keturunan Nabi Nuh AS itu adalah rumpun Melayu Polinesia yang terdiri daripada suku-suku kaum Melayu Proto, Orang Asli, Orang Laut dan lain-lain suku-suku kaum asli yang lain baik di Nusantara, Formosa, Madagaskar dan Kepulauan Pasifik. Setelah berlalunya ribuan tahun lamanya, kaum asli keturunan Nabi Nuh AS telah banyak bersemenda dengan keturunan Nabi Ibrahim AS seperti kaum Kambujadesa yang menggunakan bahasa Sanskrit.

Kaum Kambujadesa ini ada yang telah datang ke Nusantara lalu bersemenda dengan keturunan asli Melayu disini lalu melahirkan bangsa Melayu moden hari ini. Perkahwinan antara Nabi Ibrahim AS dengan Keturah adalah seorang Melayu asli dari Nusantara ketika ekspedisi dakwah Nabi Ibrahim ke rantau ini. Oleh itu, kita sebagai bangsa Melayu moden pada hari ini adalah keturunan dari bangsa Mala, kita membawa darah keturunan Nabi Nuh AS, darah Keturah dan darah ayahanda kita yakni Nabi Ibrahim AS.

Dan, pada zaman sekarang, persemendaah dengan keturunan Rasulullah SAW juga telah pun berlaku dan menjadikan kita bangsa Melayu adalah bangsa yang telah banyak bercampur aduk darahnya. Jadi, tak hairanlah kalau kita perhatikan bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang mudah menerima agama Islam kerana asal usul kita mula-mula dulu dari agama Islam Nabi Nuh AS, Nabi Ibrahim AS, kemudian bertukar agama menjadi Hindu dan Buddha (dimana amalan agama Hindu dan Buddha di alam Melayu sangat berbeza dengan amalan Hindu dan Buddha di India dan China pada suatu ketika dahulu).

Kemudian, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah tiba dan umat Melayu beramai-ramai memeluknya secara berperingkat. Dari rajah ini jelaslah sudah, bahawa di tanah ini dahulu kosong tidak ada penghuni. Keturunan Nabi Nuh AS datang dan memakmurkannya, semakin hari semakin besar dan maju. Kerajaan demi kerajaan mula terbentuk. Kemudian, hubungan antarabangsa berkembang pesat. Disebabkan perhubungan yang pesat, datanglah pelbagai bangsa-bangsa dari seluruh dunia berdagang disini. Lalu, bersemenda dengan orang-orang tempatan. Kemudian, ajaran tempatan yang pada mulanya mentauhidkan yang Esa berubah sedikit demi sedikit dengan memasukkan elemen-elemen luar.

Lama-kelamaan, berubahlah ajaran tauhid kepada ajaran polytheisme. Ribuan tahun sudah berlalu, bangsa Melayu semakin gah dan gagah dengan empayar Sriwijaya, Langkasuka dan Majapahit. Kemudian, dilanggar penjajah selama 400 tahun lebih. Akhirnya, dapat memerintah sendiri tanah yang diwarisi oleh nenek moyang. Sebagai sebuah bangsa yang berdaulat. Kenang-kenangan zaman kegemilangan nenek moyang hanya tersemat di hati pada anak-anak Melayu yang terpilih, yang faham dan mengerti jerih perih nenek moyang zaman lampau dahulu kala dalam membangunkan tanah yang diwarisi ini. Mungkin, dengan izin Allah SWT, bangsa yang pernah gah ini akan kembali memimpin dunia dan menamatkan hegemoni kezaliman yang dicipta oleh saudara tirinya, Bani Israel.

sumber...

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu