Kadang-kadang Allah baru bagi sikit jer dugaan kita dah berputus asa..itu bagi kitalah yang iman pun tak berapa nak tebal didada..tapi yang dibagi ujian dengan kuasa dan kekuasaan yang takdalah besar mana pun..bukan pun dibagi sebuah kerajaan sebesar Kerajaan Nabi Sulaiman atau sebesar Kerajaan Firaun yang sampai sekarang makan tak habis..hinggakan..jasad pun masih terlihat hingga hari kiamat ...nak bermegah apanya..baru diberi jawatan sebesar hama..dah rasa diri berada di atas singgah sana..'layakkan aku berbicara dengan orang yang tak tahu apa-apa, padahal aku ada segala'..SOMBONG..BONGKAK..ANGKUH..
Siapalah kita ni, manusia biasa..yang bila mati nya kita nanti sama-sama hanya kain putih yang dibalut..dan disimpan di tanah yang sama..tidak disimpan di tanah yang bersalut emas..atau bersalut permata..
'JANGAN TERLALU CEPAT MEMBUANG HAL-HAL YANG PEDAS, CUBALAH SEDIKIT MENAHAN RASA TERSEBUT, BARANGKALI DI BALIK ITU ADA KENIKMATAN YANG TERSEMBUNYI'
Jumaat, 1 Disember 2017
GELAPNYA TITIAN SIRATUL MUSTAKIM
Terdetik hati bila membacanya. Dengar huraian kitab ttg syurga neraka..rupa2nya titian sirat tu sgt gelap.
Sahabat tanya nabi klu gelap mcmna kita nak melintasinya.
Kata nabi...dgn cahaya yg keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pd amalan kita masa di dunia.
Ada org anggotanya bercahaya terang benderang...senanglah dia melintas titian sirat.
Ada orang cahayanya terdpt pada ibu jari kakinya sahaja...maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu.
Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...msa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia stop dulu...begitulah dia sepnjg perjlnannya.
Ya Allah..dgr mcm ni.. kita rasa kita orang yg punyai cahaya yg gilang gemilang... yg sekejap ada sekejap xde...atau yg bercahaya pd hujung kakinya shj??
Takutnyaaa...
Doa Rasulullah memohon cahaya.
Ya Allah,
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku,
Jadikan cahaya di pendengaranku,
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku,
Jadikan cahaya di kananku,
Jadikan cahaya di kiriku,
Jadikan cahaya di depanku,
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat,
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..
Ahli2 syurga adalah orang-orang yang tidak akan berckp perkara-perkara yang lagha
Ahli2 syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati orang lain.
Ahli2 syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca quran dan melafazkan zikir memuji Allah.
Kata nabi saw....Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup....maknanya dia kejap mati ....kejap hidup...begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu.
Tubuh bdn anak Adam dilebarkan oleh Allah di dlm neraka bbrp hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak...
Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.
Bygkan brp lama di neraka kerana kerana dosa2?
Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kpd Allah..doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dlm ketaatan kepada Allah.
Ada yg dibakar hingga tamat tempoh...kemudian bila dah habis tu dia diam di dlm neraka menjadi arang....hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga....
Bayangkan...org bukan islam ni brp lama dia akn tinggal di neraka Allah. Sb itu kadang2 mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah org2 yg bkn islam...
Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah nabi melangkah masuk ke syurga.
Diriwayatkn nabi tunggu sampai org yg terakhir melintas titian sirat....dia berjln dgn lambatnya. Nabi tunggu.
Titian tu gelap sb ia dibentangkn di atas neraka jahannam.
Di hadapan titian sirat itulah syurga. Ada yg berjln selaju angin...ini orang2 yg tidak pernah sakitkan hati orang...sentiasa memberi dpd menerima.
Orang yg terakhir ni...orang yg imannya plg lemah...
Diriwayatkan syurga ni...pinggirnya saja sudah terlalu indah..belum lagi masuk ke dlm nya....ahli syurga ni suara pun sedap bunyinya.
Lps dia melintas titian sirat td...dia melihat sbtg pokok besar yg di bwhnya ada air yg mngalir. Dia minta pd Allah utk duduk di situ...Allah kata duduk lah...
Kemudian di dpn lagi dia tgok ada pokok lain yg lagi indah...dia mintak nk berada di bwh pokok tu....Allah pun izin..
Kemudian dia tgok lagi di hdpnnya pokok yg lagi indah ...yg ada byk lagi kenikmatan...dia pun mintak lagi nk duduk di situ...Allah pun benarkan juga.
Dari situ dia dgr suara2 orang di dlm syurga..suara2 itu begitu merdu....dia minta dgn Allah utk masuk dlm syurga. Allah pun benarkan...
Bila masuk...dia keluar semula....dia tanya Allah...adakah tempat utk dia?
Allah kata...pernah tak dgr masa di dunia dulu org yg plg kaya? Dia kata pernah...Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih2 lagi berbnding kekayaan org yg plg kaya tu.... masyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yg plg last pun diberi nikmat sebegitu besar...apatah lagi org2 yg taat pd Allah.
#sharing is caring
#copypaste
Khamis, 12 Oktober 2017
Kehidupan Selepas Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
sharing is caring..
Rabu, 13 September 2017
CINTA ADAM DAN HAWA
Surga yang Serba Nikmat
Segala kesenangan tersedia di dalamnya. Apa saja yang diinginkan penghuninya,semuanya tersedia tanpa harus bersusah payah dalam berusaha memperolehnya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan damai,menjadi idaman setian insan. Demikianlah menurut riwayat,ketika Allah SWT selesai menciptakan alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya,maka diciptakanNya pula Adam AS sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan oleh Allah SWT di dalam surga(jannah).
Adam AS hidup sebatang kara,tanpa seorang pun teman. Ia berjalan ke kiri dank e kanan,melihat ke langit yang tinggi, ke bumi yang terhampar jauh di seberang, tiada satupun yang dilihatnya dari makhluk sejenisnya kecuali burung-burung yang beterbangan ke sana kemari,berkejaran di angkasa,bernyanyi riang,bersiul-siul memamerkan kemesraan.
Adam AS terpikat melihatnya,merindukan keadaan sebagaimana yang dialami burung-burung ini. Meski demikian,siapa gerangan kawan yang hendak diajak bercengkerama? Ia merasa kesepian dalam kurun waktu yang lama. Ia tinggal di Surga bagai orang yang kebingungan, tiada pasangan yang dapat diajak bercengkerama sebagaimana burung-burung yang disaksikannya.
Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bersantai-santai,berangin-angin di dalam taman surga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh beragam bunga semerbak mewangi,yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang yang desir airnya mengetuk dawai-dawai kerinduan.
Kesepian
Apa saja yang ada di dalam surga semuaya nikmat. Akan tetapi apalah Arti segalanya kalau hati selalu gelisah dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam AS di dalam surga. Ia memerlukan sesuatu,yaitu kawan sesama manusia yang akan mendampinginya dalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala ketika kerinduan menyapa jiwa, ia pun keluar, ke bawah pohon-pohon rindang menghibur diri,mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahutan. Namun aduhai kasihan, bukannya hati menjadi tenteram,malah kian tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi dimana dedaunan bergerak lemah gemulai dan mendesirkan suara sayup-sayup,maka terkesan di hatinya keharuan yang begitu mendalam,dirasakannya sebagai derita batin yang mendalam dibalik nikmatnya anugerah yang diberikan Allah SWT kepadanya.
Meski demikian, agaknya Adam AS terlalu malu untuk mengadukan keadaannya kepada Allah SWT. Meski Adam AS malu untuk mengadu, Allah SWT sendiri MahaTahu serta MahaMelihat apa yang tersembunyi dalam qalbu hambanNya. Oleh karena itu Allah SWT berkehendak mengusir rasa kesepian Adam.
Hawa Diciptakan
Ketika Adam AS sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan teman,sementara ia tengah duduk termangu di atas permadani serba mewah,tiba-tiba rasa kantuk pun datang menghampirinya dan langsung membawanya larut ke alam tidur. Adam AS tertidur nyenyak,tak menyadari segala sesuatu yang ada di sekitarnya. Di saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS untuk mencabut tulang rusuk Adam AS dari lambung sebelah kiri.
Bagai orang yang sedang terbius,Adam AS tak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril AS dan oleh kodrat kuasa Ilahi yang ketika menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata Kun (Jadilah!), maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam AS, sebagai insan kedua penghuni surge dan pelengkap karunia yang dianugerahkan kepada Adam AS yang mendamba seorang pendamping tempat ia bias bersenda gurau,bercengkerama dan bermesraan.
Pertemuan Adam dan Hawa
Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertahtakan emas dan permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan wajah indah seorang lelaki yang terbaring tak jauh di hadapannya. Butir-butir pikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah merupakan arus elektrik yang datang mengetuk qalbu Adam AS yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan dalam gambaran jiwanya seketika itu juga.
Adam terjaga…! Alangkah terkejutnya ketika dilihat dihadapannya telah ada sesama manusia seperti dirinya,hanya berjarak beberapa langkah. Seolah tak percaya pada penglihatannya, ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang telah dilihatnnya. Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu,segera memutar tubuhnya,seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang menatapnya.
Memang Hawa diciptakan dengan bentuk dan rupa yang sempurna. Dihiasi dengan kecantikan,kemanisan,keindahan,kejelitaan,kehalusan,kelembutan,kasih sayang,kesucian,keibuan dan segala sifat kepribadian yang terpuji,disamping bentuk tubuhnya mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya. Ia adalah wanita tecantik yang menghiasi surga, yang kecantikannya itu akan diwariskan secara turun temurun di kemudian hari, dan darinyalah ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang di belakangnya.
Adam AS pun tak kurang gagah dan tampan. Tak didapati cacat pada dirinya, karena ia adalah satu-satunya mahkluk manusia yang diciptakan oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantara. Semua keindahan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Keindahan itu pula lah yang diwariskan turun temurun kepada para lelaki di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada mahklukNya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahwa kelak semua penduduk surga akan dibangkitkan dengan pantulan cahaya rupa Adam AS.
Adam AS bangkit dari pembaringan,memperbaiki duduknya. Ia membuka mata ,memperhatikan dengan pandangan tajam, Ia sadar bahwa orang asing di hadapannya itu bukanlah bayangan selintas pandang,namun benar-benar kenyataan wujud insani yang memiliki bentuk fisik seperti dirinya. Ia yakin tak salah pandang, ia tahu itu adalah manusia seperti dirinya, yang hanya berbeda jenis kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahwa makhluk yang ada di depannya adalah perempuan, ia sadar bahwa itulah jenis makhluk yang dirindukannya. Hatinya gembira,bersyukur ,bertahmid memuji Dzat Maha Pencipta.
Adam Jatuh Hati
Adam AS terpikat pada rupa Hawa yang jelita yang bagaikan kejelitaan seluruh putri singgah di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam surga. Tuhan menanamkan asmara murni dan hasrat manusiawi di hati Adam AS serta menjadikannya orang yang paling asik dilamun cinta,yang tiada duanya dalam sejarah, yaitu kisah cinta dua insan di dalam surga. Adam AS ditakdirkan jatuh cinta kepada gadis yang paling cantik dari semua yang cantik,yang paling jelita dari semua yang jelita, dan yang paling harum dari semua yang harum.
Adam AS dibisiki oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru : “Duhai jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Darimanakah datangmu,dan untuk siapakah engkau berada disini?” Suaranya sopan,lembut,dan penuh kasih sayang.
“Aku Hawa. Aku dari Sang Pencipta!…Aku…aku….,tercipta untukmu!” sambutnya dengan keramahan.
Tiada suara seindah dan semerdu ini walau berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di surga. Aakn tetapi suara Hawa…Tak pernah didengarnya suara sebegitu indah keluar dari bibir mungil si jelita. Suaranya membangkitkan kerinduan,gerakan tubuhnya menimbulkan semangat.
Kata-kata yang paling segar didengar Adam AS ialah saat Hawa mengucapkan terputus-putus “Aku…aku..,tercipta untukmu!”. Kata-kata itu begitu nikmat,menambah kemesraan Adam kepada Hawa. Adam AS sadar bahwa nikmat itu datang dari Tuhan dan cinta pun datang dariNya. Ia tahu bahwa Allah SWT Maha Indah,cinta pada keindahan. Jadi,cinta pada keindahan berarti cinta pula pada Tuhan. Cinta bukanlah dosa tetapi sebuah pengabdian,dengan mengenali cinta,ma’rifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa berarti cinta kepada Sang Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam AS menjemput Hawa dengan berkata :”Kekasihku, kemarilah!” Suaranya halus, penuh kemesraan.
“Aku malu!” balas Hawa seolah menolak. Tangan maupun kepalanya memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh kekaguman. “Kalau engkau yang menginginkan aku,engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagai melodi seolah memberi harapan. Adam tak ragu-ragu, ia mengayun langkah gagah menuju Hawa. Sejak saat itulah menjadi adat bahwa wanita itu didatangi,bukan mendatangi.
Hawa bangkit dari tempat duduknya,menjauh beberapa langkah. Ia sadar bahwa walau dirinya diperintukkan bagi Adam AS,namun harus memenuhi syarat-syarat tertentu. Dalam sanubarinya,ia tak dapat menyangkal bahwa ia pun terpesona dan terpikat pada wajah Adam AS yang begitu tampan. Adam As tak putus asa,ia tahu itu bukan dosa,ia tahu membaca isi hati, ia tahu bukannya Hawa menolak tapi menghindarinya itu memang suatu perbuatan yang wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi.Ia tahu bahwa dibalik “malu” terselip “mau”. Karenanya ia yakin pada dirinya bahwa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.
“Hai Adam…tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam AS tertegun, berbalik ketempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya menjadi tenteram. Kedua insan surga itu sama-sama terdiam seolah menunggu perintah.
Pernihakan Adam dan Hawa
Allah SWT Yang Maha Pengasih, untuk menyempurnakan nikmatNya lahir dan batin kepada kedua hambaNya yang saling mengharapkan itu,segera memerintahkan gadis-gadis bidadari surga untuk menghias dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya aneka perhiasan surga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon Thuba, menjadi saksi atas pernikahan Adan dan Hawa.
Diriwayatkan bahwa pada akad pernikahan itu Allah SWT berfirman,” Segala puji adalah kepunyaanKu,segala kebesaran adalah pakaianKu,segala kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan di bawah kekuasaanKu. Menjadi saksilah kalian wahai para malaikat dan para penghuni langit serta surga bahwa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua makhlukKu dengan mahar,dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!”
Para Malaikat dan Bidadari Berdatangan
Setelah akad nikah selesai,para malaikat dan bidadari berdatangan menaburkan mutiara-mutiara yaqut dan intan permata berkilau kepada kedua mempelai agung tersebut. Setelah upacara akad, Adam AS diantar untuk menemui istrinya di Istana megah yang akan mereka diami. Hawa menuntut haknya, hak yang diisyaratkan Tuhan sejak semula.
“Mana mahar untukku?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan terlebih dahulu. Adam AS bingung seketika, lalu ia sadar bahwa agar bisa menerima maka harus bersedia memberi. Ia insaf bahwa yang demikian itu harus menjadi kaidah pertama dalam pergaulan hidup. Sekarang ia sudah memiliki kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh karenanya Adam AS menyadari bahwa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.
Mahar Pernikahan Adam
Pergaulan hidup adalah persahabatan. Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi pernikahan apabila disertai dengan mahar. Dan kini, apa gerangan bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang dipikirkan Adam AS. Untuk keluar dari keraguan, Adam AS berseru, “Tuhanku! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah,intankah,perak atau permata?”
“Bukan!” jawab Tuhan.
Adam diam menenteramkan jiwanya. Kemudian ia memohon dengan tekun, “Kalau begitu tunjukanlah hambaMu ini jalan keluarnya!”. Allah SWT berfirman, “Mahar Hawa ialah shalawat sepuluh kali atas NabiKu, Nabi yang akan Ku utus, yang akan membawa pernyataan dari sifat-sifatKu, Muhammad, cincin permata dari para Nabi dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”.
Adam AS merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali shalawat atas Nabi Muhammad SAW sebagai mahar bagi istrinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual,karena Nabi Muhammad SAW adalahrahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkan dan menerimanya sebagai mahar.
“Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah,”dan ia boleh menjadi istrimu!”.
Adam AS pun bersyukur lalu masuk menemui istrinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih.
Allah SWT berfirman kepada mereka :
“Hai Adam, diamlah engkau bersama istrimu di dalam surge dan makanlah(serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua inginkan,dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini karena (apabila mendekatinya) kamu berdua termasuk golongan orang-orang yang zalim.”(QS. Al-A’raaf : 19).
“Hai Adam, diamlah engkau bersama istrimu di dalam surge dan makanlah(serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua inginkan,dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini karena (apabila mendekatinya) kamu berdua termasuk golongan orang-orang yang zalim.”(QS. Al-A’raaf : 19).
Dengan pernikahan ini Adam AS tidak lagi merasa kesepian di dalam surge. Inilah kisah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah umat manusia, dan berlangsung di dalam surge yang penuh kenikmatan. Yaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari,Jin dan disaksikan oleh para Malaikat. Peristiwa ini terjadi pada hari Jum’at,entah berapa lama keduanya berdiam di surga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke Bumi. Turun untuk menyebarluaskan keturunan mereka yang akan menyembah Allah SWT dengan janji bahwa surga tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal shaleh.
Firman Allah SWT
“Kami berfirman,turunlah kamu dari surga itu. Kemudian jika datang petunjukKu kepadamu maka barang siapa yang mengikuti petunjukKu,niscaya tidak ada kekuatiran atas mereka,dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS Al-Baqarah : 38)
Langgan:
Catatan (Atom)
MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022
https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu
-
Adapun para wanita dunia…apakah mereka jika masuk surga akan mendapatkan bidadara sebagaimana para lelaki surga mendapatkan para bidadari...
-
A Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Je...
-
Diantara barang-barang peninggalan dari bilik Rasulullah saw yang dibawa dari Madinah Munawwarah ke Turki ialah kotak Fatimah Az-Zahra’ yang...