Jumaat, 3 Julai 2015

Banyaknya Fadhilat Solat Di Mekah Mendapat Pahala Lebih Daripada Solat 50 Tahun





























Sehari 5 kali Solat.


Sebulan 150 kali Solat.
Setahun 1800 kali Solat.
10 Tahun 18,000 Kali Solat.
50 Tahun lebih kurang 90,000 kali Solat.
Jika solat di Masjid Haram mendapat 100,000 kali Solat.

Ibadah Haji - Bonus dan Dividen Pahala di MekahAssalamualaikum,Saudara, kita telahpun teliti bagiamana mengerjakan ibadah umrah dan ibadah haji itu. Kita juga telah maklum beberapa kefadhalan kpd kita dalam mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sambil kita menunggu tibanya hari Wukuf, iaitu pada 9 Zulhijjah. Jema'ah umrah dan jema'ah haji yg berada di Masjidil Haram berpeluang baik untuk melabur demi kebajikan akhirat mereka kerana dividen akhiratnya amat tinggi. Di bawah ini kita lihat dua potongan hadith yang menyebut tentang kefadhalan amalan atau ibadah yg yg jika kita kerjakan kita dapat ganjaran pahala yg besar: pertama, Antara pelaburan akhirat yg banyak dividennya adalah mengerjakan segala jenis amalan dan ibadah ketika berada di Majidil Haram. Pahala tersebut tidak idapati jika disolatkan di luar Majidil Haram. Kedua, seperti berikut.

Semasa Berada Di Mekah

Apabila sampai ke Mekah dan sebelum masuk ke bilik hotel digalakkan mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang), kemudian barulah masuk menginap hotel. Kemudian apakala hendak meninggalkan Mekah, yakni nak balik lakukan Tawaf Wida’ atau Wada’ (Tawaf Selamat Tinggal), kemudian terus meninggalkan Mekah. Sebaik mungkin semasa berada di Mekah, yakni Masjid al-Haram, penuhilah masa berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin pahala dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah. Pahala yang didapati kerana mengerjakan ibadah di tanah haram, terutama di Masjid al-Haram disebutkan dalam dua potongan hadith berikut: Diriwayatkan hadith dari Ismail bin Abi Khalid hadith dari Zadan berkata: ‘Jatuh sakit ibnu Abbas (r.a) suatu sakit yang bersangatan, maka memanggil dia akan anak-anaknya maka mengumpulkan mereka sekelian, maka berkata dia: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersadba: ‘Man hajja min makkata masyian hatta yarji’u ila makkata katabaallahu lahu bikulli hatwatin sab’a miati hasanatin mithla hasanatil-harami.’.' [Maksud: Barangsiapa haji dari Mekah ... sehingga keluar ke Mekah ditulis Allah (a.w) baginya dengan tiap-tiap kebaikan (amal makruf) (digandakan sebanyak) 700 kebaikan setiap kebaikan seumpama kebaikan al-Haram.’] Dikatakan (yakni, ditanya oleh) orang: ‘Apa dia kebaikan al-Haram?’ Berkata dia: ‘Bagi setiap kebaikan 100,000 kebaikan’.] [Hadith al-Hakim, di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik] Gandaan pahala tersebut melibatkan segala amalan dan ibadah yg dikerjakan di dalam Masjidil Haram, antara adalah:
(a) Solat fardu; (b) Solat sunat; (c) Membaca al-Quran; (d) Berzikir dan berwirid; (e) Berdoa, (f) Menolong saudara Islam yg lain.
Setiap pahala amalan dan ibadah yg kita kerajakan digandakan menjadi 100,000 kali pula. Ketetapan hadith di atas itu disebutkan juga dalam hadith berikut. Dirwayatkan hadith dari ‘Atak hadith dari Jabir (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Solatun fil masjidi afdhali min alfi solatin fima siwahu illa masjidil harama wa-solatu fi masjidil harami afdhalu min miatin alfi solatin fima siwahu.' [Maksud: Solat di dalam masjidku (yakni, Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih afdhal dari 1,000 solat di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram, dan solat di dalam Masjidil Haram lebih afdhal dari 100,000 solat di lain-lain masjid.] [Hadith ibnu Majah] Sebagai contoh setiap solat fardu yg dijema'ahkan diberi ganjaran pahala 27 kefadhalan. Apabila disolatkan di dalam Masjidil Haram pula digandakan lagi sebanyak 100,000 gandaan. Jadi 27 x 100,000 =2,700.0 k kali ganda. Kalau membaca hanya 'alif-lam-min' dalam Surah al-Baqarah contohnya,kita mendapat 10 pahala setiap satu huruf. Jadi membaca hanya 3 huruf kita dapat 3 x 10 x 100,000 = 3,000.0k gandaan pahala. Fikirkanlah kalau kita khattam sebuah al-Quran membacanya dalam Masjidil Haram. Kalaulah pula, kita mengamalkan segala amalan atau ibadah itu dgn penuh khusyuk pula dengan penuh kesyukuran dan keinginan yg luhur kerana mencari kurniaan pahala dari Allah (a.w), maka nilai amalan tersebut, dari segi kualitinya dalam konteks keimanan kita, jauh lebih tinggi. Maka pahala jauh lebih tinggi pula di sisi Allah (a.w). Jika begitu, mengapakah kita dapati ramai jema'ah hadiht yg membuag masa tidur di bilik, atau merayau-rayau membelibelah? Mengapakah ramai jema'ah yg bersolat di hotel mereka. Mengapakan ramai jema'ah haji yg bersolat di luar masjid, yg safnya terutus pula. Sudahlah tidak mendapat ganjaran pahala, solat berjema'ahnya pun tidak sah kerana terputus saf dan berjauhan dari saf jema'ah yg lain. Mudah-mudahan, kita diberi petunjuk yg mantap supaya kita sentiasalah berusaha mencari dan mengambil peluang mengumpul sebanyak mungkin dividen akhirat demi kebajikan akhirat kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah

sharing is caring..

Isnin, 13 April 2015

Jom Ambil Tahu Tentang Sumpah!

Hasil carian imej untuk azazilSaat semua makhluk penghuni surga bersujud menyaksikan keagungan Allah itu, hanya Azazil (bangsa Jin) yang membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah karena merasa dirinya lebih mulia, lebih utama, dan lebih agung dari Adam. Hal itu disebabkan karena setan merasa diciptakan dari unsur api, sedangkan Adam hanyalah dari tanah dan lumpur. Kebanggaan akan asal usul menjadikannya sombong dan merasa enggan untuk bersujud menghormati Adam seperti para makhluk surga yang lain.
Disebabkan oleh kesombongannya itulah, maka Allah menghukum Azazil dengan mengusirnya dari surga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga kiamat kelak, kemudian ia dinamakan Iblis. Disamping itu, ia telah dijamin sebagai penghuni neraka yang abadi.
Azazil dengan sombong menerima hukuman itu dan ia hanya memohon kepada-Nya untuk diberi kehidupan yang kekal hingga kiamat. Allah memperkenankan permohonannya itu. Tanpa mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, Azazil justru mengancam akan menyesatkan Adam sehingga ia terusir dari surga. Ia juga bersumpah akan membujuk anak cucunya dari segala arah untuk meninggalkan jalan yang lurus dan menempuh jalan yang sesat bersamanya. Allah kemudian berfirman bahwa setan tidak akan sanggup menyesatkan hamba-Nya yang beriman dengan sepenuh hati.
imanhakeem : cukuplah zaman budak-budak main sumpah-sumpah ni ekk..

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu