Ahad, 4 Jun 2017

DETIK-DETIK WAFATNYA SITI KHODIJAH, ISTERI TERCINTA RASULULLAH S.A.W.

Siti Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah. Orang yang pertama kali beriman kepada ALLAH dan kenabian Rasulullah. Orang yang sangat berjasa bagi dakwah Rasulullah dan penyebaran agama Islam.
Hasil carian imej untuk detik wafat siti khadijahSiti Khadijah wafat pada hari ke-11 bulan Ramadlan tahun ke-10 kenabian, tiga tahun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah. Khadijah wafat dalam usia 65 tahun, saat usia Rasulullah sekitar 50 tahun.
*PERMINTAAN TERAKHIR SITI KHODIJAH*
Diriwayatkan, ketika Khadijah sakit menjelang ajal, Khadijah berkata kepada Rasululllah SAW,
Aku memohon maaf kepadamu, Ya Rasulullah, kalau aku sebagai isterimu belum berbakti kepadamu�
Jauh dari itu ya Khadijah. Engkau telah mendukung dakwah Islam sepenuhnya�, jawab Rasulullah
Kemudian Khadijah memanggil Fatimah Azzahra dan berbisik,
Fatimah puteriku, aku yakin ajalku akan segera tiba. Yang aku takutkan adalah siksa kubur. Tolong mintakan kepada ayahmu, aku malu dan takut memintanya sendiri, agar beliau memberikan *serbannya yang biasa untuk menerima wahyu* agar dijadikan kain kafanku�
Mendengar itu Rasulullah berkata,
Wahai Khadijah, ALLAH menitipkan salam kepadamu, dan telah dipersiapkan tempatmu di syurga.�
Ummul mukminin, Siti Khadijah pun kemudian menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan Rasulullah. Didekapnya isteri baginda itu dengan perasaan pilu yang teramat sangat. Tumpahlah air mata mulia baginda dan semua orang yang ada disitu.
*KAIN KAFAN DARI ALLAH*
Saat itu Malaikat Jibril turun dari langit dengan mengucap salam dan membawa lima kain kafan. Rasulullah menjawab salam Jibril dan kemudian bertanya,
Untuk siapakah kain kafan itu, wahai Jibril?�
Kafan ini untuk Khadijah, untuk engkau ya Rasulullah, untuk Fatimah, Ali dan Hasan� jawab Jibril.�Jibril berhenti berkata dan kemudian menangis.
Rasulullah bertanya, �Kenapa, ya Jibril?�
�Cucumu yang satu, Husain tidak memiliki kafan, dia akan dibunuh dan tergeletak tanpa kafan dan tak dimandikan� sahut Jibril.
Rasulullah berkata di dekat jasad Khadijah,
�Wahai Khadijah isteriku sayang, demi ALLAH, aku takkan pernah mendapatkan isteri sepertimu. Pengabdianmu kepada Islam dan diriku sungguh luar biasa. ALLAH maha mengetahui semua amalanmu.
"Semua hartamu engkau hibahkan untuk Islam. Kaum muslimin pun ikut menikmatinya. Semua pakaian kaum muslimin dan pakaianku ini juga darimu.
*"Namun begitu, mengapa permohonan terakhirmu kepadaku hanyalah selembar SERBAN?* �
😭😭😭😭😭😭😭
Tersedu Rasulullah mengenang isterinya semasa hidup.
Seluruh kekayan Khadijah diserahkan kepada Rasulullah untuk perjuangan agama Islam. Dua per tiga kekayaan Kota Makkah adalah milik Khadijah. Tetapi ketika Khadijah hendak menjelang wafat, tidak ada kain kafan yang ditinggalkan buat menutupi jasad Khadijah.
Bahkan pakaian yang digunakan Khadijah ketika itu adalah pakaian yang sudah amat lusuh dengan 83 tampalan yang diantaranya ditampal dengan kulit kayu.
😭😭😭😭😭😭😭
Rasulullah kemudian berdoa kepada ALLAH.
�Ya ALLAH, ya Ilahi Rabbi, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Khadijahku, yang selalu membantuku dalam menegakkan Islam. Mempercayaiku pada saat orang lain menentangku. Menyenangkanku pada saat orang lain menyusahkanku. Menentramkanku pada saat orang lain membuatku gelisah. Oh Khadijahku sayang, kau meninggalkanku sendirian dalam perjuanganku. Siapa lagi yang akan membantuku?�
😭😭😭😭😭😭😭
Tiba-tiba Ali berkata, �Aku, Ya Rasulullah!�
*PENGORBANAN SITI KHADIJAH SEMASA HIDUP*
Dikisahkan, suatu hari ketika Rasulullah pulang dari berdakwah, Beliau masuk ke dalam rumah. Khadijah menyambut, dan hendak berdiri di depan pintu. Ketika Khadijah hendak berdiri, Rasulullah bersabda,
�Wahai Khadijah tetaplah kamu ditempatmu�.
Ketika itu Khadijah sedang menyusui Fatimah yang masih bayi.
Saat itu seluruh kekayaan mereka telah habis. Makananpun seringkali tidak ada. Sehingga ketika Fatimah menyusu, bukan air susu yang keluar akan tetapi darah. Darahlah yang masuk dalam mulut Fatimah r.a.
😭😭😭😭😭😭😭
Kemudian Beliau mengambil Fatimah dari gendongan isterinya lalu diletakkan di tempat tidur. Rasulullah yang lelah setelah pulang berdakwah dan menghadapi segala caci maki dan fitnah manusia itu, lalu berbaring di pangkuan Khadijah.
Rasulullah tertidur. Ketika itulah Khadijah membelai kepala Rasulullah dengan penuh kelembutan dan rasa sayang. Tak terasa air mata Khadijah menetes di pipi Rasulullah. Beliau pun terjaga.
Wahai Khadijah. Mengapa engkau menangis? Adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad?� tanya Rasulullah dengan lembut.
Wahai Khadijah. Dahulu engkau wanita bangsawan, engkau mulia, engkau hartawan. Namun hari ini engkau telah dihina orang. Semua orang telah menjauhi dirimu. Seluruh kekayaanmu habis. Wahai Khadijah, adakah engkau menyesal bersuamikan aku, Muhammad?" lanjut Rasulullah tak kuasa melihat isterinya menangis
Wahai suamiku. Wahai Nabi ALLAH. Bukan itu yang kutangiskan." jawab Khadijah.
😭😭😭😭😭
"Dahulu aku memiliki kemuliaan. Kemuliaan itu telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku adalah bangsawan. Kebangsawanan itu juga aku serahkan untuk Allah dan RasulNya. Dahulu aku memiliki harta kekayaan. Seluruh kekayaan itupun telah aku serahkan untuk Allah dan RasulNya.
"Wahai Rasulullah. Sekarang aku tak punya apa-apa lagi. Tetapi engkau masih terus memperjuangkan agama ini. Wahai Rasulullah. Sekiranya nanti aku mati sedangkan perjuanganmu ini belum selesai, sekiranya engkau hendak menyeberangi sebuah lautan, sekiranya engkau hendak menyebarangi sungai namun engkau tidak memperoleh rakit pun atau pun jambatan.
"Maka galilah lubang kuburku, ambilah tulang belulangku. 
Jadikanlah sebagai jambatan untuk engkau menyeberangi sungai itu supaya engkau boleh berjumpa dengan manusia dan melanjutkan dakwahmu.
"Ingatkan mereka tentang kebesaran Allah. Ingatkan mereka kepada yang hak. Ajak mereka kepada Islam, wahai Rasulullah.
😭😭😭😭😭
Kerana itu, peristiwa wafatnya Siti Khadijah sangat menusuk jiwa Rasulullah. Alangkah sedih dan pilunya perasaan Rasulullah ketika itu kerana dua orang yang dicintainya iaitu isteri baginda Siti Khadijah dan pamannya Abu Thalib telah wafat.
Tahun itu disebut sebagai Aamul Huzni (tahun kesedihan) dalam kehidupan Rasulullah.
Bayangkanlah betapa mulianya hati Siti Khadijah. Ratapilah betapa jauhnya hati kita dari mencontohi Rosulullah s.a.w.

sharing is caring..

Isnin, 8 Mei 2017

SYAFA'AT AL QUR'AN KETIKA BERADA DI ALAM KUBUR

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution
Hasil carian imej untuk syafaat al quran dalam kubur☸ *SYAFA'AT AL QUR'AN KETIKA BERADA DI ALAM KUBUR* ☸
● *Tolong kongsi untuk manfaat bersama*
● *Syafa'at Al-Quran ketika di Alam Kubur.*
● *Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada penolong yang lebih utama darjatnya di sisi Allah swt pada hari Kiamat selain daripada syafa'at Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan juga yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya).*
● *Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahawa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala jenazah. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafannya.*
● *Setelah dikuburkan dan orang ramai mulai meninggalkan kuburannya, maka datanglah dua malaikat. Iaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat berkenaan agar mudah sesi soal jawab dilaksanakan.*
● *Tetapi si tampan itu berkata pada dua malaikat: ”Si mati ini adalah sahabat karibku. Walau dalam keadaan bagaimana sekalipun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan untuk menyoal kepadanya, maka lakukanlah pekerjaan kalian, kerana aku tidak akan pernah berpisah dari orang ini sehinggalah ia dimasukkan ke dalam syurga.”*
● *Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata,”Aku adalah Al Quran kalamullah yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan dan lembut mendayu dayu.*
● *Janganlah engkau khuatir ketika menghadapi pertanyaan dua malaikat Munkar dan Nakir itu, kerana engkau tidak akan pernah mengalami walau sedikit kesulitan.”*
● *Setelah dua malaikat itu selesai tugas menyoal pada si mati itu, maka Al Quran kalamullah itu terus menghamparkan tempat tidur si mati tadi dengan hamparan permadani sutera yang semerbak dengan haruman kasturi yang tersangat harum baunya• ●~dari Mala’il A’la. (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*
● *Allahu Akhbar!.. sering terdapat getaran haru dalam sanubari selepas membaca hadis ini. Getaran penuh pengharapan keredhoan Allah swt bercampur baur kebimbangan lantaran kurang istiqomah dalam menuntut ilmu Al Quran.
sharing is caring..

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu