Sehari 5 kali Solat.
Sebulan 150 kali Solat.
Setahun 1800 kali Solat.
10 Tahun 18,000 Kali Solat.
50 Tahun lebih kurang 90,000 kali Solat.
Jika solat di Masjid Haram mendapat 100,000 kali Solat.
Ibadah Haji - Bonus dan Dividen Pahala di MekahAssalamualaikum,Saudara, kita telahpun teliti bagiamana mengerjakan ibadah umrah dan ibadah haji itu. Kita juga telah maklum beberapa kefadhalan kpd kita dalam mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah sambil kita menunggu tibanya hari Wukuf, iaitu pada 9 Zulhijjah. Jema'ah umrah dan jema'ah haji yg berada di Masjidil Haram berpeluang baik untuk melabur demi kebajikan akhirat mereka kerana dividen akhiratnya amat tinggi. Di bawah ini kita lihat dua potongan hadith yang menyebut tentang kefadhalan amalan atau ibadah yg yg jika kita kerjakan kita dapat ganjaran pahala yg besar: pertama, Antara pelaburan akhirat yg banyak dividennya adalah mengerjakan segala jenis amalan dan ibadah ketika berada di Majidil Haram. Pahala tersebut tidak idapati jika disolatkan di luar Majidil Haram. Kedua, seperti berikut.
Semasa Berada Di Mekah
Apabila sampai ke Mekah dan sebelum masuk ke bilik hotel digalakkan mengerjakan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang), kemudian barulah masuk menginap hotel. Kemudian apakala hendak meninggalkan Mekah, yakni nak balik lakukan Tawaf Wida’ atau Wada’ (Tawaf Selamat Tinggal), kemudian terus meninggalkan Mekah. Sebaik mungkin semasa berada di Mekah, yakni Masjid al-Haram, penuhilah masa berlumba-lumba mencari sebanyak mungkin pahala dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah. Pahala yang didapati kerana mengerjakan ibadah di tanah haram, terutama di Masjid al-Haram disebutkan dalam dua potongan hadith berikut: Diriwayatkan hadith dari Ismail bin Abi Khalid hadith dari Zadan berkata: ‘Jatuh sakit ibnu Abbas (r.a) suatu sakit yang bersangatan, maka memanggil dia akan anak-anaknya maka mengumpulkan mereka sekelian, maka berkata dia: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersadba: ‘Man hajja min makkata masyian hatta yarji’u ila makkata katabaallahu lahu bikulli hatwatin sab’a miati hasanatin mithla hasanatil-harami.’.' [Maksud: Barangsiapa haji dari Mekah ... sehingga keluar ke Mekah ditulis Allah (a.w) baginya dengan tiap-tiap kebaikan (amal makruf) (digandakan sebanyak) 700 kebaikan setiap kebaikan seumpama kebaikan al-Haram.’] Dikatakan (yakni, ditanya oleh) orang: ‘Apa dia kebaikan al-Haram?’ Berkata dia: ‘Bagi setiap kebaikan 100,000 kebaikan’.] [Hadith al-Hakim, di dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik] Gandaan pahala tersebut melibatkan segala amalan dan ibadah yg dikerjakan di dalam Masjidil Haram, antara adalah:
(a) Solat fardu; (b) Solat sunat; (c) Membaca al-Quran; (d) Berzikir dan berwirid; (e) Berdoa, (f) Menolong saudara Islam yg lain.
Setiap pahala amalan dan ibadah yg kita kerajakan digandakan menjadi 100,000 kali pula. Ketetapan hadith di atas itu disebutkan juga dalam hadith berikut. Dirwayatkan hadith dari ‘Atak hadith dari Jabir (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Solatun fil masjidi afdhali min alfi solatin fima siwahu illa masjidil harama wa-solatu fi masjidil harami afdhalu min miatin alfi solatin fima siwahu.' [Maksud: Solat di dalam masjidku (yakni, Masjid Nabawi di Madinah) adalah lebih afdhal dari 1,000 solat di lain-lain masjid kecuali Masjidil Haram, dan solat di dalam Masjidil Haram lebih afdhal dari 100,000 solat di lain-lain masjid.] [Hadith ibnu Majah] Sebagai contoh setiap solat fardu yg dijema'ahkan diberi ganjaran pahala 27 kefadhalan. Apabila disolatkan di dalam Masjidil Haram pula digandakan lagi sebanyak 100,000 gandaan. Jadi 27 x 100,000 =2,700.0 k kali ganda. Kalau membaca hanya 'alif-lam-min' dalam Surah al-Baqarah contohnya,kita mendapat 10 pahala setiap satu huruf. Jadi membaca hanya 3 huruf kita dapat 3 x 10 x 100,000 = 3,000.0k gandaan pahala. Fikirkanlah kalau kita khattam sebuah al-Quran membacanya dalam Masjidil Haram. Kalaulah pula, kita mengamalkan segala amalan atau ibadah itu dgn penuh khusyuk pula dengan penuh kesyukuran dan keinginan yg luhur kerana mencari kurniaan pahala dari Allah (a.w), maka nilai amalan tersebut, dari segi kualitinya dalam konteks keimanan kita, jauh lebih tinggi. Maka pahala jauh lebih tinggi pula di sisi Allah (a.w). Jika begitu, mengapakah kita dapati ramai jema'ah hadiht yg membuag masa tidur di bilik, atau merayau-rayau membelibelah? Mengapakah ramai jema'ah yg bersolat di hotel mereka. Mengapakan ramai jema'ah haji yg bersolat di luar masjid, yg safnya terutus pula. Sudahlah tidak mendapat ganjaran pahala, solat berjema'ahnya pun tidak sah kerana terputus saf dan berjauhan dari saf jema'ah yg lain. Mudah-mudahan, kita diberi petunjuk yg mantap supaya kita sentiasalah berusaha mencari dan mengambil peluang mengumpul sebanyak mungkin dividen akhirat demi kebajikan akhirat kita, insya Allah.
Jazakallahu khairah
sharing is caring..