Ahad, 14 Disember 2014

Baruku Tahu!..rupernyerrr

harapkan pagar..pagar makan padi...bila disuruh lukis gambar melalui peribahasa tersebut..maka kita pun dengan pantas melukis pagar dan sawah padi..hakikatnya ..bukan pagar..tapi 'pegar'..ni rupanya pegar tu..huhu
ayam 'pegar'
begitulah cikgu-cikgu BM zaman kita dulu mengajar kita kan!
batok

begitu juga dengan peribahasa 'melepaskan batuk di tangga' ..sebenar batuk yang dimaksudkan adalah 'batok' sejenis gayung zaman dahulu yang dibuat dari tempurung..nak salah siapa..dah berpuluh tahun ..guru BM yang dah pencen pun ada yang masih tak tahu!..jangan pula lepas pendedahan ni ..ada anak kita yang dipotong markah karangan sebab ada cikgu kata  'typing error'!

AL-FATIHAH.. Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia.

Seniman legenda filem Melayu, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia


Allahyarham Mustapha Maarof mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu. 
KUALA LUMPUR: Hero legenda filem Melayu era Studio Jalan Ampas dan Cathay Keris, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia pada Isnin di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.

Allahyarham yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8.40 pagi akibat komplikasi masalah paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di Masjid Bandar Baru Sentul sekitar pukul 10.30 pagi dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang bersebelahan pusara isterinya, Roseyatimah.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Allahyarham dimasukkan ke Pusat Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu kerana mengalami kesukaran bernafas sebelum dipindahkan menjalani rawatan di Wangsa Maju.

Dilahirkan pada 1 Januari 1935, hero legenda ini cukup terkenal dengan lakonannya sebagai tunggak utama di dalam filem Bawang Putih Bawang Merah, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Naga Tasik Chini, Detik 12 Malam, Keris Sempena Riau, Sumpah Pontianak dan banyak lagi.

Allahyarham menjejakkan kaki ke Cathay Keris Film di Singapura sekitar tahun 1955 dan kerjaya seninya bermula dengan filem Pendekar Bujang Lapok.

Mustapha mula mencipta nama melalui filem Hang Tuah dan merupakan antara pelakon lelaki  kacak yang menjadi pujaan ramai ketika itu.

Antara yang terbaru, seniman lagenda ini telah membintangi filem 1957 Hati Malaya (2007) dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang pada tahun (2009).

Berasal dari di Kuala Lumpur, Allahyarham Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azahari Maarof pernah menerima Anugerah Veteran dalam Festival Filem Malaysia ke-10 dan Anugerah Tokoh Perfileman Finas 2010.

Isterinya, Allahyarham Roseyatimah telah terlebih dahulu pulang ke rahmatullah pada 14 Disember 1987.

Seniman negara ini meninggalkan tiga anak, menantu dan tujuh cucu


Selasa, 2 Disember 2014

Gedung Pakaian Mewah mana satu ni!

saja nak tanya ...dah lama ke buat kerja ni?


ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.

"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.
"Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil.

"Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.
"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.
Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun.
"Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya. (mStar)

Hanya Otak Lembu Yang Dijual!

kepada blogger-blogger yang kekurangan otak..ada pesanan sikit dari pihak penaja...memory boleh beli...berapa gig nak..semua tersedia..yang susahnya nak beli otak..kalau ada pun yang dijual cuma otak lembu!..

apapun nenek ni bijak..bijak sikitlah dari korang (ooopss)..huhu

jangan pandang sebelah mata otak lembu ni..sedap! masak lemak cili padi dengan daun kunyit lagi tau!

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu