SAIFUL DAHI (gambar sekadar hiasan tiada kena mengana dengan n3) |
[Bernama] Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar) memfailkan saman terhadap ketua pembangkang itu bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya enam tahun lepas.
Saiful, 27, memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, pada 23 Jun lepas melalui Tetuan Zamri Idrus & Co. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan hari ini selepas kes itu disebut untuk pengurusan kes.
Dalam writ samannya, Saiful mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat defendan (Anwar) dan selepas Anwar menuduh laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.
Saiful berkata, perbuatan liwat itu adalah suatu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Anwar perlu membayar ganti rugi kepadanya di atas perbuatan liwat itu dan akibat fitnah yang dilemparkannya berhubung laporan polis itu.
Saiful mendakwa defendan (Anwar) sesungguhnya bertanggungjawab ke atas segala kerosakan dan kehilangan yang dialaminya akibat diliwat oleh defendan.
Mohd Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun, 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, .
Katanya, kandungan laporan polis itu adalah apa yang sebenarnya terjadi dan kejadian liwat itu berlaku tanpa kerelaannya.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Saiful berkata beliau bekerja dengan Anwar pada Mac 2008 sehingga Jun tahun sama pada usia 22 tahun dan beliau sering dibawa Anwar untuk urusan di dalam dan luar negara.
Katanya, beliau dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan mengalami tekanan teruk akibat fitnah dan kejadian liwat itu.
Sehubungan itu, Saiful memohon ganti rugi RM50 juta ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Selepas kes itu disebut hari ini, Peguam Zamri Idrus yang mewakili Saiful memberitahu media kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes 8 Oktober ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Norfauzani Mohd Nordin.
Beliau berkata, mahkamah juga memerintahkan Anwar yang diwakili peguam Shahid Adli memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum 3 September ini.
Pada 7 Mac lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat Saiful selepas membenarkan rayuan pihak pendakwa raya untuk mensabitkan Anwar atas pertuduhan meliwat.
Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari, 2012 yang melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful.
Bagaimanapun Anwar dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok. – Bernama, 13 Ogos, 2014.
imanhakeem: bagi jer 50juta rupiah..sian ..tak cukup2 duit mamat nih! ..umur 27..tuntut 50 juta..kalau menang saman..duk goyang kaki sampai mati!..itupun kalau menang lerrr