Khamis, 13 Mac 2014

INFO! - Gambar Neil Armstrong dikebumikan di Ohio di bawah Blue Moon (10 GAMBAR)

LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio, 31 ogos yang juga sempena Fenomena "Blue Moon". Keluarga Neil Armstrong mengumumkan bahawa angkasawan terkenal itu akan dikebumikan di dasar lautan. Saksikan lagi gambar-gambar pengebumian di bawah ini....
Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung. - Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls

Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.






Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."
Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama.
Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama. -SH


Rabu, 12 Mac 2014

SUSAH AMEK KOJO NI YO!

jangan sampai ada yang jadi camni..MH tak jugak jumpa..hehe

MH..MH..APA JADI NGAN DUNIA HARI NI...

Letih..letih sebab nak tunggu apa jadi dengan mh370...dah masuk 5 hari ngadap pc..cari maklumat, takut terlepas pandang..memang letih..tidur malam dah kat kul 1 pagi..(macam penting jerkan)..
bila pikir-pikir balik..buat apa jadik bodoh sangat ni..tunggu jelah..buat kerja macam biasa..tapi, tak boleh!..LAMBAT..harap orang buat kerja..memang lambat..nak jugak buat sendiri..hehe
fbi pun dah datang...buat apa kita nak sibuk2
mulai petang ni, dah malas nak follow..lantaklah..dah masuk cerita 2 ekor bomoh (malay n indon)..zaman dah serba canggih ada lagi fahaman cenggini...manusia dalam lubang batu pun boleh dicari..nak guna teropong2 bagai..buat malu bangsa jer..tapi apa nak buat..memang itu bangsaku..(tapi acik dah dikacuk tau)..
kekadang bila pikir balik..kita ni dah biasa didedahkan dengan cerita2 cam havoc..tapi HAMPEH...bak kata pepatah melayu..'biduk berlalu kiambang bertaut' (boleh ker)..mungkin dalam seminggu lagi akan berakhir segalanya..siap semua proses (negaraku akan kembali seperti biasa)..jika berlakulah..

ni yang buat mati semangat nak follow..
ini belum cerita tentang makcikpakcik kat kampung yang cuma duk baca paper (itupun kalau boleh membaca)..silap-silap ada yang tak tahu MH370 tu aperbenda..Untuk tak nak memeningkan kepala lagi acik nak tunggu jer dulu lagi seharidua (sebab dah nak muntah tengok pc)..rileks jap..dengar cerita dari kenkawan dulu..lepas tu baru google balik...



"kembali kepada pencipta..itu hakikatnya...."


















Selasa, 11 Mac 2014

Khas Buat wanita Yang Sedang Bersedih

Wanita Dan Hidayah Dari Allah

Bersedih

Bersedih

Tahukah muslimah semua beza antara fikir dan rasa??

Fikir itu dengan menggunakan akal dan rasa itu melalui hati

~ Nur ~

Seringkali kita mengetahui yang sesuatu perkara itu sememangnya baik untuk kita tetapi mengapa kita masih tidak melakukannya?

Kerana muslimah sekalian, mujahadah itu memerlukan akal untuk kita mengetahui manfaat perkara tersebut dan hati untuk kita merasa kebaikan dari perkara tersebut.

Ya kita sentiasa tahu sesuatu itu baik untuk kita tetapi hakikatnya hati kita gagal untuk merasa.

Dan kerana itulah akhirnya kita cenderung memilih jalan yang salah itu.

Kerana hati ini lebih merasa nikmat dan bahagia kepada perkara yang akhirnya melalaikan kita dan menjauhkan kita kepadaNya.

Bersedih, bersedih dan bersedih

Bersedih

Ketahuilah muslimah,

Hati itu pengawal keseluruhannya. Kerana itu ada istilah mengatakan jika baik hati seseorang itu, insyaalah baiklah keseluruhannya.

Seringkali akal gagal untuk memandu hati. Kerana itu bersihkanlah hati mu. Bila marah berdoalah muga dibersihkan hatimu. Ditenangkan hatimu. Berceritalah kepadaNya.

Nescaya Dia akan menghadiahkan sebuah ketenangan kepada hati milikmu.

Ingatlah muslimah sekalian,

Jika hatimu bersih insyaalah dengan sendirinya rasa keimanan itu akan datang dan hadir dengan sendirinya ke hatimu.

Dan tahukah kamu jika terdetik walau sedetik hatimu untuk berubah, ianya adalah hidayah dari Allah untukmu. Kerana rasa itu milik Allah, dan hanya Dia yang dapat mengilhamkan rasa itu kepada kita.

Cuma mungkin kita diantara sedar atau tidak dengan perkara tersebut.

Dan mungkin kita yang mengeraskan hati dari menuju kepada rasa yang telah diilhamkan itu.

Wahai muslimah,

Sesungguhnya Allah sangat menyintai kaum kita. Diberinya kita dengan perasaan yang halus dan peka. Hati yang lembut dan kerana itulah kaum kita yang majoritinya diilhamkan dengan rasa itu.

Kerana hati yang lembut dan penyayang itu sangat dicintai Allah.

Maka kita harus bersyukur dengan anugerah ini.Dekatilah Dia.  Luahkan kesedihan anda kepadaNya.  Insyaalah satu hari anda akan bahagia..

Wallahualam

Muhasabah Diri...

Kesesatan Kerana Memperkecilkan Solat

Golongan yang memperkecilkan solat adalah golongan yang sesat. Dalam surah Maryam ayat 59 Allah menyatakan, "Maka datanglah selepas mereka pengganti (yang keji) yang mensia-siakan solat mereka serta mengikut hawa nafsu, maka kelak mereka akan menemui kesesatan."

Berhubung dengan ayat ini, sahabat Abdullah bin Abbas berkata, "Maksud 'mensia-siakan solat' bukanlah meninggalkan solat sama sekali, tetapi melewatkannya daripada waktunya." Imam Said bin Al-Musayyab mempunyai pendapat yang sama dengan sahabat ABdullah bin Abbas. Beliau berkata, "Mereka melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar, solat asar dalam waktu maghrib, solat maghrib dalam waktu isya, solat isya ditangguhkn sehingga waktu subuh dan solat subuh dilaksanakan selepas matahari terbit. Sesiapa yang mati dalam keadaan ini tanpa bertaubat, dia akan dihumban masuk ke dalam sebuah lembah yang bernama ghay di dalam neraka dan diberikan makanan yang teramat jijik." Hal ini disebutkan di dalam al-Asas fi al-Tafsir oleh Said Hawa.

Justeru melaksanakan solat fardu dalam waktu yang ditetapkan adalah sebahagian daripada disiplin yang wajib dilaksanakan. Mengikut Bukhari dan Muslim, sahabat Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Nabi, "Apakah amalan yang paling Allah sukai ?" Baginda menjawab, "Solat tepat pada waktunya." Abdullah bin Masud bertanya lagi, "Kemudian apa ?" Baginda menjawab, "Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa." Abdullah bertanya lagi, "Kemudian apa ?" Nabi menjawab, "Jihad kerana agama Allah."

Saintis Temui Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS

Saintis Temui Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS | Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Penempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
rangka-gergasi
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
2
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah ‘super impose’. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Penemuan Arkeologi di Kota Iram
3
Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar yang terkemuka di dunia yang menyatakan “Kota Legenda Arabia yang Hilang Telah Ditemui”, “Kota Legenda Arabia Ditemukan”, “Ubar, Atlantis di Padang Pasir.” Yang membuat penemuan arkeologi ini lebih menarik adalah kenyataan bahawa bandar ini juga disebut dalam Al-Quran. Ramai orang, yang sejak dahulu beranggapan bahawa kaum ‘Ad sebagai-mana diceritakan dalam Al Quran hanyalah sebuah legenda atau beranggapan bahawa lokasi mereka tidak akan pernah ditemui, tidak dapat menyembunyikan kehairanan mereka atas penemuan ini.Penemuan bandar ini, yang hanya disebutkan dalam cerita lisan Suku Badwi, membangkitkan minat dan rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Nicholas Clapp, seorang arkeologi amatur yang menemui kota legenda yang disebutkan dalam Al Quran ini. Sebagai seorang Arabophile dan pembuat filem dokumentari berkualiti, Clapp telah menjumpai sebuah buku yang sangat menarik selama penelitiannya tentang sejarah Arab. Buku ini berjudul Arabia Felix yang ditulis oleh seorang peneliti Inggeris bernama Bertram Thomas pada tahun 1932. Arabia Felix adalah wakil Rom untuk bahagian selatan semenanjung Arabia yang sekarang ini merangkumi Yaman dan sebahagian besar Oman. Bangsa Yunani menyebut daerah ini “Eudaimon Arabia”. Sarjana Arab abad pada pertengahan menyebutnya sebagai “Al-Yaman As-Sa’idah” 20.
Semua nama tersebut bermaksud “Arabia yang Beruntung “, kerana orang-orang yang hidup di daerah tersebut di masa lalu dikenali sebagai orang-orang yang paling beruntung pada zamannya. Jadi apakah yang untung itu?
Keberuntungan mereka sebahagian berkaitan dengan kawasan mereka yang strategik menjadi perantara dalam perdagangan rempah ratus antara India dengan tempat-tempat di utara semenanjung Arab. Di samping itu, orang-orang yang berdiam di daerah ini menghasilkan dan mengedarkan “frankincense” sejenis getah wangi dari pokok langka. Kerana sangat disukai oleh masyarakat kuno, tanaman ini digunakan sebagai dupa dalam berbagai upacara keagamaan. Pada saat itu, tanaman tersebut sekurang-kurangnya sama berharganya dengan emas.
Thomas memaparkan tentang suku-suku yang “beruntung” ini dengan panjang lebar dan menyatakan bahawa ia telah menemui jejak sebuah bandar purba yang dibina oleh salah satu dari suku-suku ini. Itulah bandar yang dikenali suku Badwi dengan sebutan “Ubar”. Pada salah satu perjalanannya ke daerah tersebut, orang-orang Badwi yang hidup di padang pasir itu menunjukkan pusat-pusat usang dan menyatakan bahawa pusat-pusat tersebut mengarah ke bandar kuno Ubar. Thomas, yang sangat berminat dengan perkara ini dan mahu mengkaji lebih dalam lagi.
Clapp, setelah mengkaji tulisan Thomas, yakin akan kewujudan bandar yang hilang tersebut. Tanpa banyak membuang masa, beliau memulakan penelitiannya. Clapp membuktikan kewujudan Ubar dengan dua cara. Pertama, ia menemukan pusat-pusat yang menurut suku Badwi benar-benar ada. Ia meminta NASA (Badan Luar Angkasa Nasional Amerika Syarikat) untuk menyediakan foto satelit daerah tersebut. Selepas rundingan yang panjang, beliau berjaya memujuk pihak yang berkuasa untuk memotret daerah tersebut.
Clapp meneruskan mempelajari pelbagai manuskrip dan peta kuno di perpustakan Huntington di California. Tujuannya adalah untuk menemukan peta dari daerah tesebut. Setelah melalui penelitian singkat, ia menemukannya. Yang ditemuinya adalah sebuah peta yang dilukis oleh Ptolomeus, ahli geografi Yunani-Mesir pada tahun 200 M. Pada peta ini ditunjukkan lokasi sebuah bandar tua yang ditemui di daerah tersebut dan jalan-jalan yang menuju ke kota tersebut.
Sementara itu, beliau menerima khabar bahawa NASA telah melakukan pemotretan. Dalam foto-foto tersebut, beberapa pusat kafilah dapat di lihat, suatu hal yang sulit untuk dicari dengan mata kasar, tetapi boleh dilihat sebagai satu kesatuan dari luar angkasa. Dengan membandingkan foto-foto ini dengan peta tua yang di tangannya, akhirnya Clapp menjumpai kesimpulan yang ia cari: pusat-pusat dalam peta tua sesuai dengan pusat-pusat dalam gambar yang diambil dengan satelit. Tujuan akhir dari jejak-jejak ini adalah sebuah tapak yang luas yang ditengarai dahulunya merupakan sebuah bandar.
Akhirnya, lokasi bandar legenda yang menjadi subjek cerita-cerita lisan suku Badwi dijumpai. Tidak berapa lama kemudian, penggalian bermula dan peninggalan dari sebuah bandar mulai tampak di bawah gurun pasir. Demikianlah, bandar yang hilang ini disebut sebagai “Ubar, Atlantis di Padang Pasir”.
Lalu, apakah yang membuktikan bandar ini sebagai bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran?
Begitu runtuhan-runtuhan mula digali, diketahui bahawa bandar yang hancur ini adalah milik kaum ‘Ad dan berupa tiang-tiang Iram yang disebutkan dalam Al Quran, kerana di antara pelbagai struktur yang di-gali terdapat menara-menara yang secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.
Dr. Zarins, seorang ahli pasukan kajian yang memimpin penggalian mengatakan bahawa kerana menara-menara itu disebut sebagai bentuk khas bandar ‘Ubar, dan kerana Iram disebut mempunyai menara-menara atau tiang-tiang, maka itulah bukti terkuat setakat ini, bahawa tapak yang mereka gali adalah Iram, bandar kaum ‘Ad yang disebutkan dalam Al Quran:
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Ad, (iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (QS. Al-Fajr, 89: 6-8)
4
5
6
7
8
9
sumber: kisahbest.my

Senyum Sedekah Yang Paling Murah

Maniskan Wajah


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?" 

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. 

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu