Selasa, 11 Februari 2014

Jalan-jalan Bandung...

Dah sampai Bandung kena pegi Kawah Putih..kalau tak rugi tau!




Nak Tengok Kawah Putih..Kalau nak pergi kena bangun awal sikit..bawak baju sejuk tebal2..sejuk sampai  tulang..



Dah sudah kat cni kita pegi beli strawberry farm kejap..beli sekilo baru 20 hinggit..siap makan dengan jus free..dah sudah petik pegi bayar..yang dalam perut tak payah bayar..jom tengok...

Jus pree...
hrmmmm...


lepas tu boleh singgah kat tasik ..tasik Situ Patengan (boleh beli ole-ole) buahan murah2


memang indah...
 singgah ke Ladang Tea..kalau nak tengok macam Cameron..tapi jarak lebih dekat..tepi jalan besar..



last kita terus ke shopping barang kulit (pure - boleh suruh bakar kat situ, kalau tak caye)






harga jangan risaulah..tak habis seratus pun..dapat 4 pasang lagi..hehe..bau kulit jangan cakaplah..

oklah..nanti kalau sempat pegi tempat jeans murah pulak  TOKO 3 (boleh google)....sambung..dah malas nak tepek..ngeeee

Isnin, 10 Februari 2014

Jom Melancong Ke Bandung/Jakarta




Sesiapa yang berminat untuk melancong ..kita berjalan dengan berkongsi-kongsi..kongsi segalanya..mudah..murah..lagi jimat...disamping membuat pahala sedekah  ..hehe
hrmmm..camna caranya..jommmm

cantik tak?









percaya tak tiket naik cablecar 10rb=3rm




menarik TMI jakarta..3 hari 2 malam pun tak cukup di sini sahaja..boleh bermalam..ada Villa(boleh duduk 21orang)

jom tengok tempat perabis duit pulak..kat jakarta jugak






hrmmm...x larat nak tepek..korang boleh tengok kat google imej k...belum tunjuk apa ada di bandung..nanti kita sambung..

Ps: Kalau berminat nak melancong dengan harga rendah dan serendah-rendahnya...call jer nanti kita bincang..sewa bus ke sana..hehe

Kain Pasang Cotton AAA...dan Telekung Cotton Paris/Japan..

Kain Pasang Cotton Bandung Terkini
RM90 (termasuk harga pos)
Beli Banyak (harga boleh runding)
Call : 013-6731970 (su) /016-3015378 (En. Nor)




Telekung Cotton Paris/Japan
RM150 sahaja (termasuk harga pos)
Warna Krim Susu & Putih


Selasa, 4 Februari 2014

Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja


Shirakawa-go adalah sebuah desa pergunungan yang terletak di tengah lembah pergunungan Ryohaku, dimana bersempadan dengan Wilayah Ishikawa. Pada zaman dahulu Shirakawa-go merupakan kawasan yang terpencil, kerana lokasinya dikelilingi pergunungan dan sukar untuk sampai. Pada musim sejuk, akses jalan menuju daerah ini tertutup salji dengan ketebalan hingga 5 meter.

Namun kini, akses jalan menjadi lebih mudah dengan dibangunnya jalan tol atau highway yang menghubungkan Shirakawa-go dengan bandar-bandar di sekitarnya. Jalan menuju daerah ini melewati pergunungan, namun jalan tidak dibuat mengitari gunung melainkan dibuat menembusi gunung. Gunung-gunung dipecahkan dan dibuat terowong untuk jalan raya. Di antara pergunungan mengalir sungai Sho yang menuju ke utara bandar Nanto, Wilayah Toyama. Di sepanjang sungai terdapat beberapa kawasan rata, dan penempatan tersebar di sisinya.

Desa Ogimachi adalah desa terbesar di daerah Shirakawa-go dan dengan rumah tradisional paling banyak. Desa bersejarah Shirakawa-go merupakan contoh luar biasa kawasan penempatan manusia yang menyatu dengan alam sekitar. Dahulu Shirakawa-go adalah sebahagian dari wilayah puak Takayama pada awal tarikh Edo, tetapi pada abad ke-17 hingga pemulihan Meiji tahun 1868 kawasan ini berada di bawah kawalan dari Bakufu Edo (pemerintahan tentera).

Shirakawa-go adalah wilayah dengan hujan salji bercurah tinggi pada musim sejuk, dan kerana iklim ini Gassho-zukuri (rumah tradisional) diciptakan. Kampung-kampung dengan rumah bergaya Gassho-zukuri di Jepun saat ini merupakan tapak warisan dunia yang ditetapkan oleh UNESCO. Setelah menjadi tapak warisan dunia UNESCO, daerah ini berkembang sebagai tempat pelancongan popular di Jepun. Dengan meningkatnya para pelancong yang datang ke kampung ini, keadaan perekonomi desa juga meningkat.

Namun keadaan ini membawa kesan sosial seperti penduduk di kampung yang dahulu bekerja di pertanian kini banyak yang beralih untuk membuka kedai-kedai souvenir dan mengendalikan tempat letak. Keadaan ini telah menjadi kebimbangan bahawa perubahan pola masyarakat akan melunturkan pesona kesederhanaan dan tradisi khas Jepun.










Jom Tengok Kilang Memproses Ikan Jerung Di China


Kilang pemprosesan ikan yu di Pu Qi, Zhejiang, China. Kilang yang berada di China selatan ini mampu memproses kira-kira 600 ekor jerung dalam setahun.

Pemprosesan ikan yu untuk dijadikan makanan ini banyak mendapat bantahan dari kalangan pencinta haiwan dari seluruh dunia.




MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu