Isnin, 10 Februari 2014

Kain Pasang Cotton AAA...dan Telekung Cotton Paris/Japan..

Kain Pasang Cotton Bandung Terkini
RM90 (termasuk harga pos)
Beli Banyak (harga boleh runding)
Call : 013-6731970 (su) /016-3015378 (En. Nor)




Telekung Cotton Paris/Japan
RM150 sahaja (termasuk harga pos)
Warna Krim Susu & Putih


Selasa, 4 Februari 2014

Keindahan Kampung Tradisional Jepun Ini Boleh Buat Anda Teruja


Shirakawa-go adalah sebuah desa pergunungan yang terletak di tengah lembah pergunungan Ryohaku, dimana bersempadan dengan Wilayah Ishikawa. Pada zaman dahulu Shirakawa-go merupakan kawasan yang terpencil, kerana lokasinya dikelilingi pergunungan dan sukar untuk sampai. Pada musim sejuk, akses jalan menuju daerah ini tertutup salji dengan ketebalan hingga 5 meter.

Namun kini, akses jalan menjadi lebih mudah dengan dibangunnya jalan tol atau highway yang menghubungkan Shirakawa-go dengan bandar-bandar di sekitarnya. Jalan menuju daerah ini melewati pergunungan, namun jalan tidak dibuat mengitari gunung melainkan dibuat menembusi gunung. Gunung-gunung dipecahkan dan dibuat terowong untuk jalan raya. Di antara pergunungan mengalir sungai Sho yang menuju ke utara bandar Nanto, Wilayah Toyama. Di sepanjang sungai terdapat beberapa kawasan rata, dan penempatan tersebar di sisinya.

Desa Ogimachi adalah desa terbesar di daerah Shirakawa-go dan dengan rumah tradisional paling banyak. Desa bersejarah Shirakawa-go merupakan contoh luar biasa kawasan penempatan manusia yang menyatu dengan alam sekitar. Dahulu Shirakawa-go adalah sebahagian dari wilayah puak Takayama pada awal tarikh Edo, tetapi pada abad ke-17 hingga pemulihan Meiji tahun 1868 kawasan ini berada di bawah kawalan dari Bakufu Edo (pemerintahan tentera).

Shirakawa-go adalah wilayah dengan hujan salji bercurah tinggi pada musim sejuk, dan kerana iklim ini Gassho-zukuri (rumah tradisional) diciptakan. Kampung-kampung dengan rumah bergaya Gassho-zukuri di Jepun saat ini merupakan tapak warisan dunia yang ditetapkan oleh UNESCO. Setelah menjadi tapak warisan dunia UNESCO, daerah ini berkembang sebagai tempat pelancongan popular di Jepun. Dengan meningkatnya para pelancong yang datang ke kampung ini, keadaan perekonomi desa juga meningkat.

Namun keadaan ini membawa kesan sosial seperti penduduk di kampung yang dahulu bekerja di pertanian kini banyak yang beralih untuk membuka kedai-kedai souvenir dan mengendalikan tempat letak. Keadaan ini telah menjadi kebimbangan bahawa perubahan pola masyarakat akan melunturkan pesona kesederhanaan dan tradisi khas Jepun.










Jom Tengok Kilang Memproses Ikan Jerung Di China


Kilang pemprosesan ikan yu di Pu Qi, Zhejiang, China. Kilang yang berada di China selatan ini mampu memproses kira-kira 600 ekor jerung dalam setahun.

Pemprosesan ikan yu untuk dijadikan makanan ini banyak mendapat bantahan dari kalangan pencinta haiwan dari seluruh dunia.




ADUHAI 'GOUT'!

KETAHUI KISAH BENAR PENYAKIT 'GOUT'

Sakit bak di gigit dengan gigi yang sangat tersangat  tajam...
PAGI itu, ibu jari kaki kiri Muazan Zainuddin, 52, terasa berdenyut-denyut dan membengkak. Dia bingkas bangun untuk mengambil ubat bagi meredakan kesakitan yang dialaminya. Malangnya, seluruh tubuh badannya tidak dapat bergerak. Kepalanya terasa pening manakala tengkuknya mengalami kekejangan hampir tiga jam.

Lantas, anak-anaknya bergegas menghubungi ambulans dan menghantarnya ke hospital untuk rawatan lanjut. Di hospital, badan Muazan dimasukkan air bagi meneutralkan paras asid urik yang naik secara mendadak.

Situasi itulah yang kerap dialami Muazan apabila dia diserang gout. Peningkatan asid urik dalam darah telah menyebabkan penyakit gout bertambah kronik. Ibu jari kakinya membengkak kemerah-merahan sehingga dia sukar bergerak. Sakitnya bukan kepalang seperti tapak kaki terpijak jarum.
Pembedahan perlu di lakukan untuk mengeluarkan kristal garam asid urik yang terkumpul pada sendi.
“Gout ini sekali terkena sukar untuk sembuh tetapi kita boleh cegah serangan gout,” ujar Muazan yang menjalani rawatan susulan di hospital setiap bulan. Selain mendapatkan rawatan doktor, dia disarankan mengamalkan diet seimbang dan mengelak daripada makanan yang mengundang gout.

Muazan disahkan menghidap gout pada tahun 1992 selepas pulang dari Jepun. Namun, hari ini dia perlu banyak berpantang dalam pemakanan. Dia perlu mengelak makanan berasaskan kacang, hidupan laut dan daging merah. Setiap hari, dia mendisiplinkan diri menikmati sup sayur dan ikan.

Makanan laut
BOLEH makan tapi jangan terlalu kerap.
Bapa kepada dua orang cahaya mata itu menjelaskan, doktor mengesahkan kandungan asid uriknya terlalu tinggi, gara-gara kerap menikmati hidupan laut sepanjang tiga bulan berkursus di Negara Matahari Terbit itu. Jelas Muazan setiap hari dia cenderung menjamu selera dengan makanan laut seperti salmon, udang dan sotong berbanding ayam dan sayur-sayuran.

Sementara itu, Azlan Bahrum, 27, menyifatkan kesakitan pada ibu jari kaki kanan yang dialaminya tujuh tahun lalu hanya sakit sendi biasa. Apatah lagi, doktor yang memeriksanya menyatakan kesakitan itu berpunca daripada kekurangan kalsium pada tulang.

“Doktor langsung tidak mengesyaki saya menghidap gout memandangkan usia yang masih muda. Saya kerap diberikan suntikan dan ubat tahan sakit apabila mengalami kesakitan terutamanya selepas makan makanan laut.
GOUT sakit bak ditusuk jarum
“Namun, selang setahun barulah saya didiagnosis menghidap gout. Itupun selepas mengalami kecederaan pada tangan akibat jatuh tangga. Selepas insiden itu, tulang buku jari hantu kiri yang terseliuh membengkak dan berdenyut-denyut. Rupa-rupanya, sendi yang lemah menyebabkan asid urik berkumpul,” jelas Azlan yang sudah dua kali menjalani pembedahan mengeluarkan asid urik pada tulang buku jari hantu dan tumit kaki kirinya.

“Gout cukup menyeksakan kerana sendi yang sakit terlalu sensitif dan tidak boleh disentuh walaupun terkena kapas yang lembut,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Justeru bagi memastikan peredaran darah sentiasa berjalan lancar dan mengurangkan serangan gout, setiap hari dia mengamalkan minum air halia yang dicampur bersama lada hitam dan bawang putih serta minum air kosong sebanyak tiga liter sehari.

Azlan juga mengamalkan minuman air herba kemunting Cina.

Gout merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina.

Hormon pelindung

Dalam kebanyakan kes, golongan lelaki lebih cenderung diserang gout berbanding wanita. Wanita dilindungi oleh hormon estrogen yang membantu menstabilkan keseimbangan sistem dalaman badan dan mencegah paras asid urik dalam darah meningkat.

“Bagaimanapun, wanita juga berisiko mengalami penyakit gout selepas menopaus,” manakala gout boleh menyerang individu seawal usia 13 tahun.

Gout berlaku disebabkan gangguan metabolisme asid urik yang tinggi dalam badan sehingga ia menyebabkan berlakunya radang pada sendi. Selain sendi pada ibu jari, gout juga boleh berlaku di telinga, tengkuk, bahu, tulang pinggul mahupun lutut.

Peningkatan asid urik berpunca daripada tiga faktor iaitu pengambilan makanan yang tinggi purina seperti hidupan laut, kekacang dan daging merah. Bahkan, kekurangan air dalam badan boleh meningkatkan paras asid urik dalam darah, sekali gus menyebabkan keadaan pesakit gout lebih buruk.

Masalah buah pinggang
Asid urik yang tidak dikumuhkan dengan baik boleh merosakkan buah pinggang.
Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina.

Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik. Gout bukan saja berlaku dalam kalangan lelaki yang mengalami masalah buah pinggang.

“Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari,” ujar Shahdan mengenai penyakit gout yang turut dialami 8.3 juta penduduk di Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Sementara itu, Perunding Nefrologi, Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Fan Kin Sing menyatakan sesetengah penghidap gout mengambil sikap sambil lewa tentang aspek gaya hidup sihat, pemakanan dan rawatan gout.

Mereka berpendapat gout hanya penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan pengambilan ubat tahan sakit. Sedangkan, serangan gout berkait rapat dengan kesihatan buah pinggang. Kekerapan mengambil ubat tahan sakit mengundang bahaya pada organ tersebut.

“Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesannya, lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang sekali gus membentuk hablur garam.

“Hablur-hablur itulah yang akan merosak dan mengecutkan buah pinggang sehingga seseorang itu mendapat gout, batu karang dan hipertensi.

Bahaya purina
Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan. 
Dalam pada itu, Pakar Pemakanan memberitahu amalan pemakanan yang betul dan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dapat membantu mencegah serangan gout.

Amalan tersebut dapat membantu meneutralkan paras asid urik dan menyingkirkannya daripada badan. Tahap asid urik yang normal dalam darah ialah antara 0.21 hingga 0.42 mmol/L.

“Pesakit gout harus mengelak daripada makan makanan laut seperti kerang, ikan salmon, ikan bilis, udang dan ketam kerana kandungan purinanya tinggi. Purina ialah sejenis protein yang membentuk asid urik hasil proses metabolisme dan berpotensi menyebabkan serangan gout.

“Purina juga terdapat dalam organ-organ dalaman haiwan seperti hati dan hempedal ayam, perut, otak dan usus lembu serta daging kambing. Sebab itu, saya sarankan pesakit sentiasa amalkan diet mengikut panduan piramid makanan,” pesakit tidak di galakkan minum minuman keras kerana ia meningkatkan paras asid urik dalam badan


Ganjaran Untuk Isteri Solehah..


1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
...
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"

*Sumber dari amalan-harian.blogspot.com

Isnin, 3 Februari 2014

Hakikat Sebenar Yang Perlu Kita Tahu..Kenapa Cina Lebih Maju Berbanding Melayu

buku ni nak kena cari....
Oleh:MUHAMMAD AZRI IKHWAN (share)....

Ini bukan post racist.Diulangi sekali lagi, INI BUKAN POST RACIST.Apa yang aku cuba ceritakan disini tidak sesekali menjurus ke arah racisme atau perkauman, kerana aku sendiri adalah orang anti kepada racisme.Apa yang cuba diketengahkan disini adalah satu perkongsian dan kupasan ringkas, yang perlu diketahui oleh orang melayu/bumiputera (bagi tidak mengetahui) tentang mengapa orang cina lebih maju daripada kita.Post ini cuma mengajak untuk kita untuk berfikir dan bermuhasabah diri, serta berhenti menuding jari dan menyalahkan orang lain diatas kekurangan dan kekhilafan diri kita sendiri.


Kenapa orang cina lebih maju daripada orang melayu?Bagaimana kaum yang dianggap pendatang dibumi melayu/bumiputera ini berjaya menguasai ekonomi kita disini?Satu persoalan yang selama ini sebenarnya mempunyai jawapan yang berada benar-benar dihadapan mata kita.
Semoga bermanfaat untuk difikir-fikirkan.Salam Jumaat.
1. Pendidikan. Orang cina sangat mementingkan pendidikan.Seawal usia tadika (4-6 tahun), dikala anak-anak orang melayu sibuk bermain guli, bergelumang dengan lumpur dibawah kolong rumah, melastik burung dan mencuri buah rambutan dikebun Pak Kordi, orang cina sudah mula menghantar anak-anak kecil mereka ke kelas tuisyen.Mereka tidak kisah membelanjakan wang ringgit untuk memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka.Matapelajaran yang paling ditekankan oleh mereka kepada anak-anak mereka adalah, MATEMATIK.Bukan nak kata apa, tapi ini adalah realiti : subjek ini rata-ratanya sangat dibenci oleh anak-anak melayu.Tak dapat dinafikan sesiapa.Tanyakan kepada anak-anak melayu, pasti ramai yang mengiyakannya.Mindsetnya mudah : Matematik + Nombor + Susah = MALAS.Tapi tidak kepada orang cina.Mereka sangat mengutamakan kemahiran dalam subjek matematik, kerana mereka sedar melalui penguasaan subjek inilah mereka akan dapat meneruskan legasi perniagaan mereka kepada anak-anak mereka di masa hadapan.
Mereka sedar dan tahu, mereka adalah ‘kuasa ekonomi’.Matematik adalah kunci untuk meneruskan kesinambungan penguasaan mereka terhadap ekonomi.Orang Melayu, biarlah mereka yang ‘berkhidmat untuk negara’.Perhatikan di jabatan-jabatan awam, bagaimana jurang ras boleh dilihat dengan begitu ketara sekali antara melayu/bumiputera dan orang cina.Mengapa orang cina begitu kurang sekali memasuki perkhidmatan awam? Jawapannya mudah : ‘kuasa’ mereka bukan disitu.Kuasa mereka dibidang ekonomi, dan disitulah punca ‘ong’ sebenarnya datang, bukannya dari bidang ‘yang menurut perintah & berkhidmat untuk negara’.
Perhatikan senarai 10 orang terkaya di Malaysia, siapa yang menguasai senarai itu?Well, semua orang tahu jawapannya bukan.Adakah mereka berkerja di jabatan awam?Jawapannya sudah tentu tidak.Jadi kesimpulannya mudah : bagi orang cina, perkara yang akan mendatangkan kekayaan adalah penguasaan ekonomi, yakni perniagaan, dan bukannya melalui jalan ‘berkhidmat untuk negara’.Bagaimana untuk menggenggam kuasa ekonomi itu dan ilmu apakah yang perlu dipelajari dan dikuasai supaya ia tidak akan terlepas dari tangan mereka?Jawapannya MATEMATIK.Oleh sebab itulah, anak-anak mereka begitu didedahkan dengan ilmu pengiraan matematik diperingkat awal agar legasi penguasaan ekonomi itu akan dapat dijayakan dengan kesinambungan yang berterusan
Aku sendiri mempunyai sedikit pengalaman di zaman sekolah dahulu tentang bagaimana pentingnya pendidikan kepada mereka.Kisahnya, sewaktu tingkatan 2 dulu, aku telah terpilih memasuki kelas ‘A’, yakni kelas pelajar-pelajar pintar.Bangga jugalah kerana terpilih memasuki kelas yang rata-rata pelajar didalamnya adalah terdiri daripada mereka yang bijak dan ber’IQ’ tinggi.(Hns hns hns bangga gua hahaha poyo).Namun apa yang lebih menarik sebenarnya, yang ingin gua kongsikan adalah, pelajar dari kaum apa yang menguasai kelas tersebut.Rata-ratanya (80%) adalah pelajar cina!Believe it or not, hanya aku seorang sahaja pelajar lelaki Islam dari kaum melayu/bumiputera yang berada di dalam kelas itu.Pelajar perempuan ada lah beberapa orang yang muslim melayu/bumiputera, namun pelajar lelaki memang aku seorang saja.(Sian aku kan huhu)
Walaupun kisah itu sudah lama berlalu, namun aku masih dapat mengingatinya dengan jelas.Setelah zaman persekolahan berakhir dan mula memasuki alam dewasa, barulah aku sedar kenapa situasi tersebut berlaku.Semuanya kerana penekanan yang diberikan oleh orang cina terhadap anak-anak mereka tentang pentingnya pendidikan kepada kesinambungan generasi mereka.Jumlah penguasaan majoriti mereka dalam melahirkan anak-anak yang pintar di sekolah sebenarnya menggambarkan situasi sebenar bagaimana mereka dapat menjadi taikun dan kuasa ekonomi di bumi Malaysia ini.Dan rasanya, situasi ini memang berterusan sehingga hari ini, dimana pelajar cina terus menguasai pencapaian akademik di sekolah-sekolah…
Sesuatu yang patut dicontohi dan diaplikasikan oleh ibu bapa melayu/bumiputera jika ingin melihat anak-anak kita bediri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan anak-anak mereka.Penekanan pendidikan perlu diberikan seawal mungkin kepada anak-anak melayu.Minda mereka perlu diasah seawal mungkin agar memberi keutamaan kepada pendidikan, sebagaimana yang dilakukan oleh orang cina tehadap anak-anak mereka.Persoalannya cuma mahu atau tidak saja.
2. Perniagaan
Cara perniagaan orang cina sangat berbeza dengan cara orang melayu.Peniaga cina tidak akan SESEKALI berniaga secara hutang kepada sesiapapun.No cash, no bussiness.Ini adalah perkara benar.Kalau kurang percaya, boleh cuba sendiri.Pergi ke kedai orang cina yang anda kenal dan tanyakan, “Tauke, ini barang boleh hutang ka?”.Sudah tentu jawapan yang akan anda perolehi adalah “Haiya soli a kawan, wa bisnes cuma terima cash only”.Tanyakan soalan yang sama kepada peniaga melayu.Anda masih boleh menemui peniaga melayu yang boleh memberikan hutang kepada anda.Entahlah, mungkin atas dasar sifat orang Melayu itu sendiri, yang mewarisi sifat ‘murah hati’ dalam kehidupan seharian dari generasi terdahulu dan terbawa-bawa dalam perniagaan.Konsep yang sangat salah pada mata peniaga Cina.
Bagi orang cina, bussiness is bussiness.Biar dengan kawan baik sekalipun, mereka tidak akan sesekali membenarkan aktiviti perniagaan secara hutang berlangsung.Tapi anda jangan silap, cara mereka berurusniaga berbeza mengikut ‘jenis’ orang.Bila mereka berurusniaga dengan orang yang bukan cina,(melayu, bumiputera) mereka akan menggunapakai peraturan ‘no hutang, cash only’.Mungkin ada beberapa orang tertentu sahaja dikalangan sahabat melayu mereka yang boleh berurusniaga secara hutang dengan mereka, itupun atas dasar percaya dan mereka benar-benar rapat dengan orang itu.Kalau tidak, jangan harap.Berbeza bila mereka berurusniaga dengan orang mereka sendiri (cina), walaupun orang itu tidak dikenali/rapat, namun sekiranya dia adalah orang cina, maka mereka akan ‘membuka jalan’ kepada orang tersebut selagi dia adalah orang cina.Semua benda boleh runding, asalkan orang itu adalah orang mereka.

Inilah keistimewaan orang cina berbanding melayu.Bukan setakat hutang, pertolongan lain pun boleh diberikan.Untuk pengetahuan anda, bagi yang tidak tahu, (ini aku nak pecah lobang) harga urusniaga antara orang cina dengan orang cina adalah berbeza dengan urusniaga mereka dengan orang melayu.Of course la dalam urusniaga barangan tertentu dan dalam jumlah yang pukal/besar, takkan jual air oren setin nak bagi lain-lain harga plak.Baik tak payah meniaga kalau macam tu.Ok, sebagai contoh, harga jualan umum sebijik tayar di kedai tayar Chong adalah RM100, mungkin harga selepas diskaun adalah RM95, tapi harga untuk orang cina berkemungkinan sekitar RM80-90 sahaja.Itu contoh.Sudah tentu mereka tidak mewar-warkan harga ini kepada umum, cuma dikalangan mereka saja yang tahu.Dan ini adalah benar, kerana aku sendiri selalu menggunakan kawan-kawan cina aku untuk membeli sesuatu barang dengan harga ‘cina sesama cina’.Tak caya, sila buat eksperimen sendiri.
Inilah realitinya.Mereka boleh saling membantu walaupun pada awalnya tidak saling mengenali.’Jambatan tersembunyi’ sebenarnya memang sudah sedia terbina antara mereka, dan mereka akan menggunakannya bila diperlukan.Luaran nampak terpecah, tapi zahirnya mereka sebenarnya bersatu.Jika dibandingkan dengan orang melayu, umpama langit dan bumi.Pergilah si melayu kepada melayu yang telah sedikit berjaya dan punya pengaruh untuk meminta pertolongan.Believe me, amatlah sukar untuk menemui melayu yang mahu membantu melayu sebagaimana orang cina membantu kaum mereka.Perangai PHD (Perasaan Hasad Dengki) yang dimiliki dan tertanam dalam jiwa melayu merupakan satu penyakit yang telah lama menjadi duri dalam daging dikalangan melayu.Pantang berjaya sikit dan mendapat nama dimata mayarakat, mulalah mendabik dada.Sombong tak tentu pasal.Bukannya nak tolong bangsa dia, malahan memperlekeh dan memperkecilkan bangsa sendiri.Malahan ada yang sanggup sampai menjatuhkan dan mencantas bangsa sendiri semata-mata bimbangkan persaingan dan kepentingan periuk nasi tergugat.Ini sangat berbeza dengan orang cina.Orang cina lagi suka semakin ramai orang mereka yang naik dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, kerana itu akan menjadi satu mercu tanda dan penunjuk aras yang rata-rata bangsa mereka adalah orang yang pintar dan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.Patut disokong dan dibantu seboleh yang mungkin…
Disinilah kelemahan melayu yang paling ketara sekali.Memang ada juga dikalangan melayu yang telah berjaya yang mahu membantu bangsanya sendiri, tapi boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang benar-benar serius.Selebihnya hanya umpama melepaskan batuk ditangga.Entah bilalah perangai PHD ni akan hilang dari jiwa orang melayu…
3. Sifat Khianat. Orang cina amat pantang dengan orang yang mengkhianati mereka.Tidak kira dalam hal apa sekalipun, sekali mereka dikhianati, sampai matilah orang itu tidak akan diberikan muka atau dipercayai lagi.Apalagi dalam bidang perniagaan.Sekali tertipu tidak akan ada kedua kalinya.Ini berbeza dengan melayu.Sifat memaafkan sangat diterapkan dalam sanubari orang melayu, kerana ianya sangat dituntut oleh ajaran agama Islam, yang dianuti oleh orang-orang melayu.Memaafkan itu sangat dituntut, malahan ia adalah satu sifat yang amat mulia dalam ajaran mana-manapun agama.
Tapi bagi orang cina, untuk mempercayai semula orang yang pernah mengkhianati mereka adalah satu perkara yang sangat-sangat ‘suwey’ kepada mereka.Disinilah terlihatnya satu lagi kelemahan orang melayu dimata cina.Sifat memaafkan orang melayu dan suka memberi peluang kedua dianggap sebagai sesuatu kesilapan yang tidak patut dilakukan.Untuk apa memberikan peluang kepada orang yang pernah menipu dan mengkhianati kita?Orang putih bilang, “Everybody deserves a second chance”.Believe me, ini tidak terpakai kepada orang cina.Bagi mereka, “once broken, consider sold” lebih terpakai.
Mungkin sudah tiba masa kita orang melayu/bumiputera menggunapakai teori sebegini dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita, apalagi jika terlibat dalam bidang perniagaan dan ingin berjaya seperti mereka.Mencontohi dan belajar sifat-sifat baik yang membuatkan mereka berada berjaya dalam bidang yang mereka ceburi, terutamanya perniagaan.Memang terdapat beberapa sifat-sifat mereka yang tidak patut untuk kita contohi, yakni sifat buruk yang tesembunyi disebalik kejayaan mereka menguasai ekonomi, namun itu tidak akan aku kupas untuk kali ini.Lain kali.Atau mungkin, sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah membaca artikel “The Li Bloodline” untuk pengkisahan yang lebih detail.Mana nak baca tu?Sila google.Artikel yang ditulis oleh Mistisfiles.
Kesimpulan Inilah sedikit sebanyak maklumat yang dapat aku kongsikan.Sebenarnya ada lagi, tapi nanti jadi terlalu panjang la pulak.Ni pun dah cukup panjang.Macamana aku tau semua ini? Sebab aku berkawan dengan mereka.Aku punya ramai kawan orang cina, dan sepanjang pergaulan dan pengamatan aku terhadap mereka, inilah kesimpulan yang aku dapat tentang bagaimana dan mengapa mereka lebih maju daripada orang kita, yakni melayu/bumiputera.
Aku tulis artikel ini bukanlah untuk menyanjung mereka, jauh sekali untuk memperlekehkan orang melayu/bumiputera bangsaku sendiri, tapi untuk membuka mata dan menyedarkan orang kita terutama generasi muda tentang dimana sebenarnya letaknya kesilapan kita selama ini.Berhentilah dari menuding jari dan menyalahkan orang lain, dan bermuhasabahlah dengan diri sendiri tentang bagaimana untuk meletakkan bangsa kita agar dapat berdiri sama tinggi dengan mereka.Buanglah sifat-sifat iri dan PHD yang terdapat dalam diri kita, kerana sifat-sifat inilah yang menyebabkan kita ketinggalan jauh dibelakang mereka.
Believe me, selagi sifat PHD masih meracuni jiwa orang-orang melayu/bumiputera, maka selagi itulah nama orang-orang melayu/bumiputera akan terus tercicir dari senarai ‘manusia paling kaya di Malaysia’.Renung-renungkan.
Wassalam

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI..BOLEH ORDER KALAU NAK..




Buku ini telah diulang cetak sebanyak 5kali!
(sangat laris)

Mikliki sekarang, moga Rezki anda semakin DERAS!

Siapa Perlukan Buku Ini?

- Usahawan
- Guru
- Pekerja Kerajaan
- Pekerja Swasta
- Peladang
- sesiapa saja yang ingin menambah rezeki

Buku ini sudah diulang-cetak sebanyak 6 kali dalam masa kurang daripada setahun sahaja. Buat pengetahuan, buku ini tidak lagi boleh didapati di kedai-kedai buku melainkan daripada pengedar terpilih sahaja.

Dapatkannya sebelum kehabisan stok!

Harga buku: RM18

Pos laju:

RM6 (Semenanjung)
RM9 (Sabah/Sarawak)

InsyaAllah, rezeki anda akan bertambah dengan mengamalkan apa yang diajar dalam buku ini. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada anda. Amin.


Nota Kaki :
kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi 013-6731970  (sekitar Seremban boleh hantar kalau berminat)

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu