'JANGAN TERLALU CEPAT MEMBUANG HAL-HAL YANG PEDAS, CUBALAH SEDIKIT MENAHAN RASA TERSEBUT, BARANGKALI DI BALIK ITU ADA KENIKMATAN YANG TERSEMBUNYI'
Isnin, 26 Ogos 2013
PATUTLAH RASA MACAM TAK CUKUP MASA...
Dari Abu Hurairah ra, katanya:Rasulullah Shallalahu 'Alaihi wa Sallam bersabda: "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak terjadi gempa bumi. " (Shahih Bukhari, Kitab Al-Fitan 13: 81-82).
"Sebelum terjadinya hari kiamat akan terdapat kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun gempa bumi. " ( Musnad Imam Ahmad 4: 104 dengan catatan pinggir Muntakhab Al-Kanz. Al-Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Ahmad, Thabrani, Al-Bazzar, dan Abu Ya'ladan perawi-perawinya adalah perawi-perawi kepercayaan " Kitab Majma'uz Zawaid 7: 306 ).
SETIAP tahun sejak abad ke-20 hingga ke-21, bumi tidak pernah tenteram daripada gegaran gempa. Berdasarkan laporan geologi dunia dan tahun 1923 hingga sekarang, sudah lebih 40 kali gempa terkuat menggegarkan permukaan planet. Apa yang menggerunkan setiap kali bencana alam itu berlaku ia bukan hanya boleh menghacurkan sebuah kota dan mengorbankan banyak nyawa dalam sekelip mata, tetapi sesuatu yang paling dahsyat daripada itu.
Analisis terbaru yang dijalankan oleh saintis menunjukkan kejadian gempa terkuat sejak beberapa tahun lalu telah menganjakkan paksi bumi sehingga menyebabkan momentum putaran planet mi berubah daripada kelazimannaya.Kesan perubahan itu bukanlah saja telah memendekkan ternpoh masa 24 jam sehari, tetapi turut menyebabkan hari menjadi lebih singkat.
Dari Ibnu Mas''ud r.a, Rasulullah bersabda: ''Menjelangnya kedatangan hari kiamat, akan terjadinya perubahan bentuk muka, tanah runtuh dan kerusuhan"
( Sunan Ibnu Majah )
Fenomena anomali ini telah berjaya dikesan oleh seorang saintis NASA,Richard Gross, seawal kejadian gempa bumi paling dahsyat melanda Aceh dan Sumatera Utara di Indonesia pada 26 Disember 2004. Gempa berukuran 9.1 pada skala Richter itu didapati telah mengakibatkan paksi bumi berganjak sekitar tujuh sentimeter dan hari pula menjadi lebih pendek sekitar 6.8 mikro saat.
Pemerhatiannya sejurus gempa bumi kuat berukuran 8.8 skala Richter yang berlaku di Chili pada 27 Febr uani 2010 turut menunjukkan perkara sama. Akibat bencana ngeni itu, paksi bumi bergerak sebanyak lapan sentimeter dan kedudukan asal dan per ubahan tersebut telah memendekkan hari sebanyak 1.26 mikro saat.
Begitu juga ketika gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala Richter yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011. Gegaran terbesar yang pernah menggoncangkan Jepun dan merupakan gempa terkuat kelima dunia sejak tahun 1900 itu didapati turut mempercepatkan pusingan harian bumi sebanyak 1.6 mikro saat.
Pada hari kejadian sebahagian daripada tanah juga dilihat bergerak hampir 2.5 meter dan menganjakkan bumi daripada titik paksi sekurang- kurangnya lapan hingga sepuluh sentimeter ke timur. Persoalannya, bagaimana gempa boleh mengubah kedudukan paksi bumi sehingga men yebabkan han menjadi lebih singkat?
Menurut Pensyarah di Jabatan Geologi dan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Mustaffa Kamal Shuib, gempa adalah gegaran yang terjadi di permukaan Bumi akibat pelepasan tenaga dan dalam bumi. Ia berlaku disebabkan oleh pergerakan lempeng-lempeng bumi.Tenaga yang terhasil kemudian dipancarkan ke segala arah berupa gelombang gempa sehingga efeknya dapat dirasakan sampai ke permukaan bumi.
Dalam kejadian gempa di Indonesia, Chili dan Jepun, pelepasan tenaga dan dalam bumi telah menyebabkan gempa tujahan rnega iaitu satu plat tektonik ditujah ke bawah hingga membenamkan plat yang lain dan satu plat tektonik pula bergerak ke atas. Keadaan plat yang tidak rata tel ah menjadikan kerak bumi tidak seimbang.
Ketidakseimbangan mi menyebabkan putaran bumi kelihatan berat sebelah atau melenggok. Pada ketika inilah paksi bumi yang berkeadaan sedikit condong iaitu bersudut 23.5° berganjak dan titik sebenar. Keadaan ini sekali gus menjejaskan putaran bumi.
Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa tempoh putaran bumi pada paksinya selama 24 jam sehari sudah berkurangan akibat gempa yang kuat. Apakah ini bermakna panjang ini selama 24 jam semakin pendek? Tambah membimbangkan, ramalan saintis mengatakan bahawa gempa kuat akan berlaku Iebih kerap pada masa depan. Sekiranya jangkaan para ilmuwan Barat ini benar, apakah setiap kali bencana itu terjadi, panjang hari dan masa semakin hari menjadi singkat dan lebih pendek?
“Perubahan masa tidak hanya disebabkan gempa kerana fenomena ini terjadi sepanjang masa”- Profesor Madya Mustaffa Kamal Shuib.
Berdasarkan teori, pergeseran lempeng akan mempercepatkan putaran bumi. Jadi secara pninsipnya, setiap kali gempa kuat dan gegaran susulan terjadi walaupun berukuran lebih kecil pastinya akan meninggalkan kesan pada putaran bumi sehingga memendekkan. Bagaimanapun, perubahan masa dan hari akibat gempa sebenarnya tidak dapat dirasai kerana pengurangan yang berlaku terlalu kecil laitu dalam jumlah mikro saat daripada sejuta saat.
Dan perubahan masa ini, kata Profesor Madya Mustaffa, tidak hanya disebabkan gempa kerana fenomena seumpama itu terjadi sepanjang masa. Perubahan arus lautan dan arah selatan ke utara misalnya, akan men yebabkan air laut di selatan menjadi kurang, berbanding jumlah jasad air yang banyak di bawa ke utara. Ketidakseimbangan berat ini juga member I kesan kepada perubahan pada paksi bumi dan fenomena ini bukanlah satu perkara baru.
Masa menjadi singkat & pendek.
Imam an-Nawawi رحمه الله berkata: "Maksud "masa menjadi singkat" ialah tiada keberkatan pada masa itu sehingga dirasakan masa yang dipergunakan 1 hari itu umpama 1 saat."
Namun demikian,jika hari ini paksi berganjak, akan ada satu fenomena lain pula yang merubah dan membalikkan semula paksi bumi ke tempat asalnya. Kejadian gempa bumi misalnya, tidak berlaku setempat. Bencana itu terjadi di merata dunia dan semua mi akan mengimbangi antara satu sama lain.
Bagaimanapun,jika malapetaka ini berlaku secara serentak atau selang sehari, maka paksi bumi boleh berubah dengan ketara. Ketika itu, putaran bumi juga akan menjadi semakin cepat lalu menyebabkan hari dan masa menjadi pendek dalam lenggak masa berubah dalam jumlah yang banyak. Pada ketika itu, kita akan dapat merasa betapa pendeknya jarak waktu dan cepatnya masa berlalu pergi.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a, ia berkata : Rasulullah saw bersabda ,
" Pada akhir umat ini akan terjadi tanah runtuh, perubahan bentuk muka, dan rusuhan"
Aisyah berkata: saya bertanya," wahai rasulullah, apakah kami akan binasa padahal dikalangan kami masih ada orang-orang soleh"
Baginda menjawab " Ya, apabila keburukan telah bermaharajalela"
( Artirmidzi, Kitab All-itan, disahihkan oleh Al-Albani )
Dalam riwayat lain ada menyebut tentang kaum zindiq dan qadariyah akan ditimpa perubahan bentuk rupa dan kerusuhan. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari ibnu umar R.A, dia berkata;
" Saya pernah mendengar Rasulullah bersabda :"Sesungguhnya akan terjadinya perubahan bentuk muka dan kerusuhan pada umatku, iaitu pada kaum Zindiq dan Qadariyah"
( Musnad Imam Ahmad, no 6028 dengan tahkiq Ahmad syakir, dia berkata Isnadnya sahih )
Didalam riwayat Tirmidzi ada disebutkan :
" Pada umat ini akan terjadinya tanah runtuh, perubahan bentuk muka, kerusuhan iaitu pada kaum Qadariyah"
( At-Tirmidzi )
Ahad, 25 Ogos 2013
Bercakap Dengan Mayat Musyrikin
ALLAH SWT mengirimkan seribu bala tentera dari kalangan malaikat, bukanlah untuk menghancurkan tentera musyrikin Makkah pimpinan Abu Jahal. Kalau atas tujuan tersebut, tidak perlu Allah SWT menghantar seribu malaikat, sebaliknya dengan satu malaikat sahajapun sudah cukup.
Sejarah mencatatkan hanya kira-kira tujuh puluh orang saja tentera musyrikin Quraisy yang terkorban, di samping sejumlah itu juga yang tertawan oleh tentera Islam pimpinan Nabi s.a.w..
Tentulah tidak padan jika seribu bala tentera malaikat yang membantu tentera muslimin di medan Badar, hanya berjaya menumpaskan tujuh puluh orang sahaja serta memberkas tujuh puluh yang lain. Jika ikut lojik akal, semestinya semua tentera musyrikin terbunuh.
Justeru itu Allah SWT menegaskan tujuan utama penghantaran seribu malaikat itu sebagaimana yang ditegaskan oleh firman-Nya yang bermaksud:
"Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bantuan bala tentera malaikat itu) melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanya dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Anfal ayat 10).
Amat jelas firman Allah SWT itu, bahawa pengiriman seribu tentera malaikat ialah dengan maksud: Pertama; sebagai khabar gembira (busyro).
Dalam diri manusia, Tuhan kurniakan pelbagai perasaan, antaranya ialah perasaan gembira dan perasaan dukacita. Sememangnya manusia itu suka kepada sesuatu yang menggembirakan hati, mereka tidak suka dengan perkara-perka yang mendukacitakan.
Justeru itu sifat orang mukmin ialah suka mendatangkan perasaan gembira kepada orang lain, sifat demikian yang menyebabkan orang lain suka bermasyarakat dengan orang mukmin, kerana mereka tidak suka melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan rasa dukacita dan meyusahkan orang lain.
Allah SWT datangkan seribu malaikat, dengan tujuan semata-mata untuk mendatangkan rasa gembira kepada Nabi s.a.w. dan kaum muslimin di medan Badar. Dengan bantuan seribu malaikat itu, pasti akan melenyapkan rasa cemas dan rasa gementar yang mungkin terbit di dalam hati, ketika menghadapi peperangan pertama itu. Apatah lagi dalam saat-saat menghadapi cabaran yang sengit, terpaksa berdepan dengan musuh tiga kali ganda, sama ada dari segi jumlah mahupun dari sudut persiapan perang.
Tujuan kedua Allah SWT kirim seribu malaikat ialah untuk memberikan rasa ketenangan di dalam hati Nabi s.a.w. serta kaum muslimin di dalam perang Badar. Apabila hati tenang akan memudahkan tugas mengatur strategi peperangan, seterusnya berdepan dengan musuh di medan perang.
Tetapi jika hati kaum muslimin dilanda resah gelisah dan penuh debar ketika menghadapi musuh yang besar, keadaan resah itulah yang menjadi sebahagian dari halangan untuk menghadapi cabaran yang hebat itu.
Melalui ayat 10 surah al-Anfal itu Allah SWT menyampaikan mesej penting bahawa kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah jua. Ini bermakna bahawa kemenangan kaum muslimin di medan Badar, bukan disebabkan bantuan dari para malaikat, sebaliknya ia datangnya dari Allah SWT sendiri. Jika ditakdirkan kemenangan berpihak kepada tentera muslimin yang kecil jumlahnya itu, pasti bahawa seribu tentera musyrikin tidak upaya mengatasinya.
'Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana' dengan Kebijaksanaan Alla SWT, yang memberikan kemenangan di medan Badar, kepada Nabi-Nya dan kaum muslimin yang berjuang menentang musuh Allah SWT dengan ikhlas dan penuh kesabaran.
Seperkara lagi yang patut direnung dan diambil iktibar ialah kehidupan alam barzah khususnya yang membabitkan tentera musyrikin yang terkorban di medan Badar.
Sesungguhnya kematian itu hanyalah suatu perpindahan, roh yang dulunya ditempatkan oleh Allah SWT di dalam jasad manusia. Terpaksa berpisah dari jasad disebabkan kematian. Namun pada hakikatnya roh itu terus hidup hingga ke hari qiamat kekal buat selamanya. Sekalipun akhirnya mereka ditakdirkan tercampak di dalam api neraka sepanjang zaman, roh terus hidup dalam api neraka yang menyala. Apatah lagi mereka yang dimasukkan ke dalam syurga, kekallah mereka untuk menikmati kehidupan dan kebahagiaan yang abadi tanpa penghujung.
Pada pandangan orang awam bahawa mati itu adalah mati, tetapi di sisi Islam mati adalah suatu kehidupan, iaitu kehidupan selepas ajal. Ataupun kehidupan setelah melalui tempoh tertentu di muka dunia, kehidupan yang sesuai dengan alam benda yang bersifat sementara.
Selepas ajal, manusia menempuh kehidupan fasa berikutnya, disebut sebagai kehidupan barzah atau kehidupan alam kubur. Kehidupan barzah adalah kehidupan roh, keadaannya amat berbeza dengan kehidupan alam jasad.
Imam Al-Ghazali membuat perbandingan tentang kehidupan roh selepas ajal, ibarat kehidupan di alam mimpi. Dalam kehidupan mimpi manusia melalui pelbagai pengalaman suka duka, masam manis dan pahit getir. Merasa bahagia dengan kehidupan yang senang, merasa derita dengan kesengsaraan. Tetapi yang merasainya hanya roh, sedangkan jasad dalam keadaannya yang sedia ada.
Kehidupan alam barzah adalah merupakan pengalaman khusus yang hanya dilalui oleh roh, keadaan jasad yang telah terpisah dari roh ibarat sangkar yang telah ditinggalkan oleh penghuninya. Jasad kehilangan fungsinya, namun roh terus hidup buat selamanya.
Peristiwa di Badar menjadi dalil tentang kehidupan roh di alam barzah, dimana mayat kuffar musyrikin telah dicampakkan ke dalam sebuah telaga yang tidak digunakan lagi. Ketika itu Nabi s.a.w. berdiri dipinggir lubang telaga tersebut, lalu Nabi bercakap dengan mayat musyrikin yang sedang bergelimpangan di dalam perigi dengan sabdanya yang bermaksud:
"Adakah kamu telah menemui kebenaran apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu?"
Saidina Umar yang mendengar Nabi s.a.w. bercakap di pinggir telaga, lalu bertanya kepada Nabi: "Adakah Nabi sedang bercakap dengan orang yang telah mati?" Nabi memperakui apa yang ditanya oleh Saidina Umar Al-Khattab, malah Nabi menegaskan bahawa telinga orang yang hidup tidak semestinya lebih terang pendengarannya dari mereka yang telah mati. Ini bermakna bahawa orang-orang musyrikin yang dihumban di dalam lubang perigi buta itu tetap mendengar, tetapi yang mnedengar bukan telinga yang melekat pada jasad yang telah menjadi mayat, sebaliknya yang mendengar ialah rohnya.
Tiada siapa yang tahu hakikat bagaimana Nabi s.a.w. bercakap dengan mayat-mayat tentera musyrikin itu. Bagaimanapun Nabi s.a.w. menegaskan bahawa roh-roh orang yang mati sentiasa berlegar di sekeliling jasad mereka, mendengar segala kata-kata yang ditujukan kepadanya.
Wallahu'alam....
[Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat]
Bagaimana Untuk Kita Sabar Dalam Menempuh Ujian Kehidupan..
Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)
Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” (Surah AlMulk : Ayat 2)
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)
Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang-orang yang sabar menghadapi ujianNya. FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Surah Aali Imran : Ayat 146)
Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)
Koleksi hadith-hadith
- Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ (Hadith riwayat Imam Tirmizi)
- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” (Hadith riwayat Imam Tirmizi)
- Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” (Hadis riwayat Imam Bukhari)
- Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. (Hadith riwayat Muslim)
- “Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” (Hadith riwayat Muslim)
- “Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” (Hadis riwayat Thabrani)
- “Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
- “Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
- “Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)
- “Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” (Hadith riwayat Bukhari)
- Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”
Kata-kata Sahabat
Ali r.a. berkata: "Orang yang tidak memutuskan harapan orang dari rahmat Allah s.w.t. dan tidak mengamankan orang dari balasan (hukuman) Allah s.w.t. dan yang tidak mempropagandakan maksiat kepada orang-orang dan tidak berani menyatakan orang maksiat itu dalam neraka, sehingga Tuhan sendiri yang memutuskan.
Dan orang yang terbaik amalnya janganlah merasa aman dari pembalasan Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Fala ya'manu makrallahi illal qaumul khaasiruun." (Yang bermaksud): "Tidak akan merasa aman dari hukuman Allah kecuali orang yang rugi."
Juga orang yang sejahat-jahat manusia jangan putus harapan dari rahmat Allah s.w.t. sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Innahu laa yai'asu min rauhillahi illal qaumul kaafiruun." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya tidak patah harapan dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir."
Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: " Tiap orang (beriman) yang dipenjara oleh raja dengan penganiayaan sehingga mati dalam penjara, maka dia mati syahid dan bila dia dipukul sehingga mati maka dia mati syahid."
Abul Laits berkata: "Seorang tidak akan dapat mencapai tingkat orang-orang yang baik kecuali dengan sabar atas penderitaan kesukaran dan gangguan, dan Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. bersabar sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sabarlah sebagaimana telah sabar para rasul-rasul yang bersemangat besar."
Jenis-jenis kesabaran
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, “Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah S.w.t, sabar dari melakukan maksiat, dan sabar terhadap ujian Allah.”
Kategori ujian berbeza pada manusia
Sabda Nabi Muhammad S.a.w, Ertinya : “Sesungguhnya seorang mukmin tercipta dalam keadaan Mufattan (penuh cubaan), Tawwab (senang bertaubat), dan Nassaa’ (suka lupa), (tetapi) apabila diingatkan ia segera ingat”. (Silsilah Hadits Shahih No. 2276).
Manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan di muka bumi ini. Ada yang diuji dengan ujian yang ringan dan ada yang diuji dengan ujian yang berat. Ada yang sabar menempuh ujian dan ada yang gagal mengawal emosinya lantas kecundang di dalam ujian tersebut. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Ini kerana manusia mempunyai pemikiran yang kompleks dan tidak sama 100% antara satu sama lain. Sedikit sebanyak akan berbeza juga di mana-mana.
Firman Allah yang bermaksud; “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)
Ujian yang kita terima bergantung kepada tahap pemikiran dan keupayaan kita. Allah tidak membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita jika kita sertai dengan keimanan yang jitu kepadaNya. Iman yang lemah boleh menyebabkan ujian yang ringan pun terasa berat. Keyakinan yang jitu kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan terserlah lah kesabaran yang tinggi terhadap segala ujianNya insyaAllah. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu tidak terlepas dari ujian dan cubaan, semakin tinggi iman kita maka semakin kuat kita akan diuji. Dan manusia yang paling tinggi dan kuat ujiannya adalah para nabi dan Nabi Muhammad S.a.w adalah yang paling tinggi diuji. Oleh kerana itulah kita sebagai umat Islam dianjurkan agar sentiasa berdoa agar kita menerima ujian setakat yang termampu oleh kita.
“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” (Hadith riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w sejak dari kecil dijaga dari melakukan dosa, dipelihara oleh Allah dari bermain-main seperti kanak-kanak lain, mempunyai sifat amanah yang tiada tolok bandingnya, dan segala sifat yang baik ada pada nabi. Mahupun baginda tiada dosa, baginda masih tetap diuji dengan tahap ujian tertinggi. Sejak dari kecil nabi diuji dengan kematian orang-orang yang baginda sayang, dari emaknya, bapa saudaranya, datuknya hinggalah ke zaman baginda sudah dewasa dengan kematian anak-anaknya yang masih kecil belaka dan diikuti dengan kematian isteri tercintanya Khadijah dan sebagainya. Ujian-ujian yang baginda terima semasa menyebarkan risalah Islam pun dasyat, dengan tentangan, hinaan, serangan-serangan dari orang-orang yang kufur dan sebagainya. Inilah pengajaran yang dapat kita ambil untuk semakin sabar dalam menghadapi ujian. Nabi yang tidak melakukan dosa walau sedikit pun diuji dengan ujian berat, apatah lagi kita yang selalu melakukan dosa sama ada kita sedar atau tidak, yang kalau dikumpul-kumpulkan ntah tinggi mana dah dosa kita ni. Jika kita muhasabah diri kita ini, amat patutlah kita dibalas dengan diberi ujian-ujian yang berat kerana kita pun sudah mendapat terlalu banyak nikmat dari Allah S.w.t. Dan jika kita yakin begitu, insyaAllah kita akan dapat sabar menempuh ujian dari Allah.
“Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” , pepatah ini boleh kita guna pakai untuk mengetahui betapa Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang beriman padaNya. Untuk meningkatkan lagi keimanan pada Dia, seorang mukmin itu akan diberi kesusahan sama ada kesusahan dari segi mental mahupun fizikal. Dengan kesusahan itu lah manusia itu akan dapat merasa bahawa diri ini terlalu lemah dan perlu bergantung hanya pada Allah zat yang Maha Berkuasa. Jika manusia itu sentiasa dibuai dengan kemewahan dan tidak merasa kesusahan, nescaya manusia itu tidak akan ada sifat kasihan belas, memahami keadaaan orang-orang yang susah, sayang-menyayang antara satu sama lain, berusaha untuk menyelesaikan masalah orang, merasa tidak perlu bergantung pada Allah dan sebagainya. Hanya orang yang pernah melalui kesusahan yang faham erti kesusahan. Hanya orang yang lemah merasai erti kelemahan.
Nabi ada menganjurkan agar umatnya bergaul dengan orang-orang miskin dan orang-orang susah. Dia sendiri pun biasa bergaul dengan orang-orang miskin dan susah walaupun dia seorang nabi yang dipandang mulia dan seorang pemerintah yang agung. Bergaul dengan orang-orang miskin dan susah akan membuatkan kita merasa betapa kita sudah mendapat banyak nikmat, memahami hati orang-orang miskin, tidak terlalu mengejar dunia, tidak hasad dengki dengan orang lain kerana sentiasa merasa diri ini cukup dan sebagainya. Hanya dengan kita melihat ke bawah barulah kita dapat merasa ketenangan yang sebenar. Kerana jika kita hanya bergaul dengan orang-orang kaya, mewah dan berpangkat, boleh menjadikan kita merasa iri hati, hasad dengki, ingin mengejar cita-cita menjadi kaya, hingga menyebabkan tiada ketenangan dalam diri. Ini bukanlah bermakna kita tidak boleh berkawan langsung dengan orang-orang kaya, tetapi jangan semata-mata berkawan dengan orang kaya. Perbanyakkanlah pergaulan dengan orang-orang miskin dan susah, insyaAllah kita akan merasa serba cukup (qana’ah).
Manusia mendapat kesusahan dan kemiskinan di dunia bukanlah bermakna Allah tidak sayang pada manusia itu. Semua itu adalah ujian Allah untuk menguji keimanan manusia. Maksud hadits, “Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran dan kemiskinan.” (Riwayat Abdullah bin Umar).
Nabi Sulaiman a.s pun yang walaupun dianugerahkan kepadanya sebuah kerajaan yang amat besar dan harta melimpah ruah, tetapi dia hanya berlagak sebagai seorang miskin. Rakyat-rakyatnya diberi makan makanan yang enak-enak tetapi dia hanya makan roti kering sentiasa, masyaAllah. Itu lah contoh yang amat bagus yang perlu diikut oleh seorang yang bergelar pemimpin. Bukan seperti manusia pada hari ini yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin, sedangkan tanggungjawab seorang pemimpin sangatlah berat untuk dipertanggungkan di akhirat nanti. Para sahabat nabi dalu takut dan berebut-rebut untuk tidak menjadi pemimpin, tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin.
Adalah Nabi Sulaiman bin Daud a.s apabila di pagi hari, dia memerhatikan muka orang-orang kaya dan orang-orang berpangkat. Kemudian dia datang kepada orang-orang miskin, lalu duduk bersama mereka dan mengatakan, “orang miskin bersama orang-orang miskin”. (Ihya’ Ulumiddin)
Nabi Isa a.s adalah satu contoh manusia yang paling zuhud pada dunia, begitulah pada Saidina Umar alKhattab r.a yang hanya berpakaian yang bertampung tetapi bersih walaupun dia menjadi seorang pemerintah. Tiada apa untuk dilagakkan di dunia ini kerana manusia hanyalah sebatang tubuh yang sentiasa membawa najis. Kenapa manusia sentiasa membawa najis? Kerana di dalam tubuh manusia ada mengandungi najis yang sentiasa perlu dibuang. Tengoklah di rumah-rumah kita, rumah siapa yang tidak mempunyai tandas? Sehinggakan istana raja yang begitu indah pun mempunyai tandas. Sebab itulah Allah berfirman yang bermaksud “Dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang menipu”. Jika kita sudah yakin bahawa kesenangan hidup di dunia ini hanya satu tipu daya, maka insyaAllah hati kita akan bertambah cekal dan sabar untuk menghadapi apa-apa musibah yang bakal mendatang. Setiap penyakit yang kita terima itu adalah penghapus dosa, setiap ujian yang kita terima adalah penghapus dosa di samping Allah mahu mengangkat darjat kita pada pandangan penduduk langit dan Allah sudah menyediakan kehidupan yang bahagia yang kekal abadi untuk kita di akhirat nanti. Itulah syurga Allah yang hanya disediakan bagi orang-orang yang disayangi oleh Allah. Oleh itu sama-sama lah kita bersabar dalam menempuh apa sahaja ujian dari Allah. “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”.
Sudah menjadi tabiat manusia yang lemah imannya, jika sekiranya dia diberikan kesenangan, dia merasakan yang Allah telah memuliakan dia di dunia ini, manakala jika dia diberikan kesusahan dan kesakitan, dia merasakan bahawa Allah telah menghinanya dan wujud rasa tidak bersyukur di hati mereka, na’uzubillah.
Firman Allah yang bermaksud, “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin, dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.” (Surah Al Fajr : Ayat 15-20)
Sama-samalah kita menganggap bahawa ujian dan cubaan dari Allah adalah bekal tambahan bagi kita sebagai persediaan untuk menuju ke negeri abadi nanti. Dan dengan ujian dapat mengajar kita sifat ingin sentiasa bertaubat dan kembali pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika kita sentiasa bertaubat maka akan terzahir lah sifat Allah Al Ghaffur (Yang Maha Pengampun). Jika kita tidak istighfar dan bertaubat maka tiada apa dan sebab untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun banyaknya itu. Sabda nabi yang bermaksud, “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang bertaubat”.
Syair Imam Syafie berkenaan sabar
Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap
(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)
Penutup
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Khamis, 22 Ogos 2013
Bahaya Radioaktif Al-Quran mendahului zaman
Dan Allah telah jadikan untuk kamu apa-apa dari dzilaalan yang telah Dia ciptakan. Dan Dia jadikan untuk kamu (bahan-bahan) dari bukit-bukau sebagai (bahan-bahan) penutupan (perlindungan dan keselamatan) , dan Dia jadikan untuk kamu pakaian untuk memelihara dari kepanasan (tenaga getaran) dan pakaian untuk memelihara(melindung) dari tenaga kekuasaan yang sangat hebat kamu (seperti pencemaran radiasi yang dilakukan oleh manusia), demikian itu Dia telah sempurnakan nikmatNya ke atas kamu semoga kamu menyerah diri (sentiasa menjadi selamat). An-Nahla 16:81
Secara ringkasnya ayat 16:81 ini adalah satu ayat saintifik, yang mengandungi ilmu yang tinggi lagi hebat. Ianya juga ayat hukum dan perundangan iaitu keperluan umat Islam menyediakan pakaian atau sistem pertahanan sel-sel badan dan otak.
Ianya harus dikaji dan difahami dengan ayat 16:48 dan ayat 51:1-11. Ianya menjelaskan tentang bahaya dari pencemaran kuasa getaran (string vibration) seperti “ionization” dan kuasa radiasi seperti pancaran radioaktif dan gelombang elektromagnetik. Manusia tidak boleh menuduh Allah SWT zalim (kerana tidak memberi ilmu) sekiranya tubuh-badan dan minda mereka rosak disebabkan kesan dan impak pencemaran radiasi.
Dalam ayat ini Allah SWT membuktikan kepada manusia bahawa kitab Al-Quran adalah kitab yang mendahului zaman, kitab yang mengajar umat Islam perkara-perkara ghaib yang tidak dapat difahami oleh manusia yang hidup pada zaman Nabi SAW.
*Sumber dari kajian-quran.blogspot.com (Quran Menjelaskan Sistem Pertahanan Badan dan Minda)
Rabu, 21 Ogos 2013
10 SEBAB DOA TERHIJAB
“Wahai Ibrahim Adham, kami telah
berdoa kepada Allah, tetapi tidak
diperkenankanNya lagi. Beritahulah
kami apakah sebabnya?” Ibrahim Adham
menjawab, terhijabnya doa disebabkan
10 perkara..”
1) Kamu mengenali Allah tetapi
tidak menunaikan hakNya (perintahNya).
2) Kamu membaca al-Quran tetapi
tidak beramal dengannya.
3) Kamu mendakwa iblis itu musuh
kamu tetapi kamu menurut hasutannya.
4) Kamu mendakwa mencintai
Rasulullah tetapi kamu meninggalkan
amalan dan sunnahnya.
5) Kamu mendakwa mencintai syurga
tetapi kamu tidak beramal untuk
mendapatkannya.
6) Kamu mendakwa membenci neraka
tetapi kamu tidak meninggalkan
perbuatan dosa.
7) Kamu mendakwa mati itu benar
tetapi kamu tidak bersedia untuk
menghadapinya.
8) Kamu sibuk menceritakan
keaiban orang lain tetapi kamu lupa
keaiban diri sendiri.
9) Kamu makan rezeki Allah tapi
kamu tidak mensyukurinya.
10) Kamu mengebumikan jenazah
saudaramu tetapi kamu lupa mengambil
ikhtibar daripadanya.
nauzubillah… mohonlah doa dengan sebaiknya… moga Dia menjawab segala permintaan kita insyaAllah..
DETIK KEPERGIAN RASULULLAH S.A.W
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan selepas waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji Wida’. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. dan demikian juga apa yang terlarang oleh-Nya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Setelah malaikat Jibril pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Madinah. Rasulullah s.a.w. lalu mengumpulkan para sahabat baginda, dan menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril. Apabila para sahabat r.a. mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya. Abu Bakar r.a. pulang ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain. Maka berkumpullah para sahabat r.a. di depan rumah Abu Bakar r.a. dan bertanya: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna.”
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat r.a. maka Abu Bakar r.a. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri Rasulullah menjadi janda.” Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang kejadian yang mereka saksikan itu.
Berkata salah seorang dari para sahabat r.a., “Ya Rasulullah, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar dan kami dapati ramai orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.
Sebaik Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a., Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata, “Ya Rasulullah, Abu Bakar mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.”
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula mengeletar seluruh tubuhnya, para sahabat yang lain pula menangis sekuat yang mereka mampu. Sehinggakan gunung-ganang, semua malaikat yang ada di langit, cacing-cacing, semua binatang baik yang ada di darat maupun yang ada di laut semua menangis. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat r.a. satu demi satu dan berwasiat pada mereka.
Pada satu hari, baginda s.a.w. menyuruh Bilal r.a. azan untuk mengerjakan solat. Para Muhajirin dan Ansar pun berkumpullah di masjid Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solah dua rakaat bersama semua yang hadir. Setelah selesai solat, baginda s.a.w. bangun dan naik ke atas mimbar dan berkata: “Alhamdulillah, wahai para muslimin. Sesungguhnya aku adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang ke jalan Allah dengan izin-Nya. Dan aku ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu, kalau ada sesiapa ada hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi aku sebelum aku dituntut di hari Qiamat.”
Rasulullah s.a.w. berkata sebanyak tiga kali, lalu bangunlah seorang lelaki bernama ‘Ukasyah bin Muhshan dan berkata: “Demi ayahku dan ibuku ya Rasulullah, kalau kamu tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali sudah tentu aku tidak mahu mengemukakan ini.”
Lalu ‘Ukasyah r.a. berkata lagi: “Sesungguhnya dalam perang Badar aku bersamamu ya Rasulullah. Pada masa itu aku mengikuti unta kamu dari belakang. Setelah dekat, akupun tuun menghampiri kamu dengan tujuan supaya aku dapat mencium paha kamu, tetapi kamu telah mengambil tongkat dan memukul unta kamu untuk berjalan cepat, yang mana pada masa itu akupun kamu pukul pada tulang rusukku. Aku hendak tanya samada kamu sengaja memukul aku atau hendak memukul unta tersebut.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal r.a. keluar dari masjid menuju ke rumah Fatimah r.a. sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk dibalas [di qishash].”
Setelah Bilal r.a. sampai di rumah Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Bilal r.a. menjawab: “Aku Bilal, aku telah diperintahkan oleh Rasulullah untuk mengambil tongkat baginda. “Kemudian Fatimah r.a. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal r.a.: “Wahai Fatimah, Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fatimah r.a. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah?” Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fatimah r.a. Setelah Fatimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal r.a. pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah r.a.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah”. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan r.a. dan Husin r.a. bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah, kamu qishashlah kami sama jika kamu ingin menqishash Rasulullah” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah aku kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah r.a. berkata: “Ya Rasulullah, anda telah memukul aku sewaktu aku tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah r.a. melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Aku tebus kamu dengan jiwa ku ya Rasulullah, siapakah yang sanggup memukul kamu. Aku melakukan begini adalah sebab aku ingin menyentuh badan kamu yang dimuliakan oleh Allah S.W.T. dengan badan ku. Dan Allah S.W.T. menjaga aku dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah di dalam syurga.”
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Ketika ajal Rasulullah s.a.w. sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah r.a. Kemudian baginda s.a.w. memandang kami sambil berlinangan air mata dan bersabda: “Marhaban bikum, semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah S.W.T. menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah S.W.T.”
Allah S.W.T. berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”
Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal kamu ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah S.W.T., ke Sidratul Muntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arasy.”
Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan kamu ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih.”
Kami bertanya: “Siapakah yang akan mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah s.a.w. pun turut menangis. Kemudian baginda s.a.w. bersabda: “Tenanglah, semoga Allah S.W.T. mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Izrail berserta bala tenteranya. Kemudian masuklah kamu dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”
Setelah itu para sahabat r.a. menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah kamu adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila kamu sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. pun bermula. Dalam bulan Safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat r.a. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w. kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Lalu dijawab oleh Fatimah r.a., “Rasulullah masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fatimah r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal r.a. pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah. Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”
Setelah Bilal r.a. sampai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar r.a. tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. pesankan kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah s.a.w. yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat r.a. dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; “Wahai Fatimah apakah yang telah berlaku?.” Siti Fatimah r.a. menjawab: “Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah tidak ada bersama mereka.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas r.a., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. melihat kepada orang ramai dan berkhutbah: “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah S.W.T., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah S.W.T. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Dengan suara terbatas Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.” Pesanan ringkas itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah s.a.w. yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar r.a. menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar r.a. dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman r.a. menghela nafas panjang dan Ali r.a. menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah s.a.w. akan meninggalkan kita semua.” Keluh hati semua sahabat r.a. kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. Tatkala Ali r.a. dan Fadhal r.a. dengan cergas menangkap Rasulullah s.a.w. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar, kalau mampu, seluruh sahabat r.a. yang hadir pasti akan menahan detik-detik dari terus berlalu.
Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah baginda. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah s.a.w. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah s.a.w. sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Kemudian Allah S.W.T. mewahyukan kepada malaikat lzrail, “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaKu.”
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai seorang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah r.a. tidak mengizinkannya masuk, “Wahai Abdullah (Hamba Allah), maaflah, ayahku sedang sakit,” kata Fatimah r.a. yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian Fatimah r.a. kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata. Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengari oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. bertanya pada Fatimah r.a., “Siapakah itu wahai anakku?”
Fatimah r.a. menjawab: “Seorang lelaki memanggil ayahanda, saya katakan kepadanya yang ayahanda dalam keadaan sakit. Ia memanggil dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah s.a.w. lantas berkata; “Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fatimah r.a., “Tidak ayahanda.”
“Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah r.a. tidak dapat menahan air matanya lagi. Setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan bermula, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Fatimah r.a. maka Baginda SAWpun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan daku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan aku adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau dikau izinkan, kalau dikau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Rasulullah s.a.w. bertanya: “Wahai Malaikulmaut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Aku tinggalkan ia di langit dunia?” Jawab malaikat Izrail. Baru sahaja malaikat Izrail selesai bicara, tiba-tiba malaikat Jibril datang dan duduk di samping Rasulullah s.a.w. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?” Jibril menjawab: “Ya, wahai kekasih Allah.”
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku di sisi Allah S.W.T.” Berkata malaikat Jibril, “Sesungguhnya semua pintu langit telah di buka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu di langit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.”
Berkata Jibril: “Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum dikau masuk terlebih dahulu, dan Aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu malaikat lzrail pun memulai tugasnya. Perlahan ruh Rasulullah s.a.w. ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Apabila ruh baginda s.a.w. sampai ke pusat, dengan perlahan Rasulullah s.a.w. mengaduh “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Fatimah r.a. terpejam, Ali r.a. yang di sampingnya menunduk semakin mendalam dan Jibril mengalihkan pandangannya dari Rasulullah s.a.w. Melihatkan telatah Jibril itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?”
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. merintih kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali r.a. segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah sholat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat r.a. saling berpelukan. Fatimah r.a. menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali r.a. kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w. yang mulai kebiruan. Ali r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengan Rasulullah berkata: “Umatku, umatku.” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. wafat pada hari Isnin 13 Rabiul Awal.
Berkata Anas r.a.: “Ketika aku lalu di depan pintu Aishah, ku dengar dia sedang menangis sambil mengatakan: “Wahai orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang yang keluar dari dunia dari perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’iir”
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah S.W.T. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”
KE MANA ROH SELEPAS MATI
Kedudukan roh berbeda selepas keluar dari badan
Banyak berita yang mutawatir menceritakan apa yang dilakukan oleh roh selepas keluar dari badannya, yang mana tidak boleh dilakukan semasa roh berada dalam badan, umpamanya, ia dapat mengalahkan bilangan tentera yang banyak hanya dengan seorang atau dua dengan bilangan yang kecil, Nabi s.a.w. bersama Abu Bakar dan Umar melihat dalam mimpi yang mana roh-roh mereka telah mengalahkan roh askar-askar yang kufur dan zalim, roh orang yang beriman yang lemah dapat mengalahkan bilangan musuh yang banyak walaupun bilangan mereka amat kecil.
Dan yang lebih menakjubkan bahawa roh-roh orang yang beriman berkasih-sayang berkenalan dan bertemu antara mereka sedangkan mereka berada dalam jarak yang amat jauh, mereka sama-sama bersedih dan bertegur-sapa, mereka kenal antara satu sama lain seolah-olah dia berada disinya dan semacam keluarganya.
Telah berkata Abdullah ibnu Amrin: Roh-roh orang yang beriman bertemu sesama mereka dalam jarak satu hari perjalanan, sedangkan mereka sebelum ini belum pernah bertemu, kata-kata ini adalah berasal dari dari Nabi s.a.w..
Kata Ikrimah dan Mujahid: Semasa manusia tidur adalah menjadi sebab membolehkan roh mereka keluar sedangkan tempat asalnya tetap di badan, roh mereka telah pergi dan sampai kesuatu tempat yang diizinkan oleh Allah, apabila roh itu kembali kedalam badannya dia akan jaga, ini adalah umpama sinaran matahari yang sampai kebumi sedangkan matahari tetap berada dilangit yang tinggi dimana sinarannya tetap berhubung denganya.
Telah berkata Abu Abdullah bin Mandah yang beritanya dari setengah ahli ilmu dengan katanya: Bahawa roh akan keluar menerusi lubang hidungnya di mana tempat asalnya ialah dalam badannya, jika roh itu keluar keseluruhannya pasti dia mati, umpama lampu akan padam apinya jika dipisahkan dengan sumbunya, tempat asal api adalah dari sumbunya, kalau dinyalakan akan terang benderang rumah itu, maka demikian
juga roh akan keluar dari lubang hidungnya dan akan menjelajah hingga kelangit dan berjalan merata negeri dan bertemu dengan roh-roh simati.
Apabila malaikat yang menjaga roh memperlihatkan kepada sesaorang hamba Allah dalam mimpinya, jika orang tersebut hidupnya beriman dan beramal saleh dia tidak akan melihat perkara yang buruk semasa roh terpisah dengan badan semasa tidurnya, kerana dia telah terdidik dengan akhlak yang baik semasa sedar. sebaliknya dia akan melihat sesuatu yang baik sesuai dengan didikan jiwanya semasa sedar menurut akhlak mulia yang telah kurniakan Allah kepadanya.
Tetapi jika sesaorang itu sentiasa meringan-ringankan perintah Allah dimana dia sentiasa gemar kepada perkara yang buruk dan melihat serta beramal dengannya, bila diperliahatkan kepadanya perkara baik dan buruk atau gambaran-gambaran dari syaitan, dia akan melihat semua perkara tersebut dalam mimpinya, namun begitu bila jaga dia tidak dapat menghuraikan apa yang diperlihatkan dalam mimpi kerana ia bercampur antara benar dan batal.
Bahan pengajaran Kitab al-Roh oleh ibnu Qaiyyim halaman 270.
Pengajian Mengenai al-Roh dalam Kitab al-Roh
Pasal
Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Berhimpun Di Bumi Yang Diwarisi Oleh Hamba Nya Yang Salihin.
Pandangan yang mengatakan bahawa roh mereka berada di bumi berdasarkan Firman Allah Ta’ala; ( ولقد كتبنا في الزبور من بعد الذكر أن الأرض يرثها عبادي الصالحون ); maksudnya; “Sesungguhnya Kami telah catat di dalam kitab Zabur sesudah pengajaran bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba Ku yang saleh”. Al- Anbiyak : 105.
Orang ramai berbeza pendapat mengenai bumi tersebut, menurut pendapat Said Bin Jubair daripada Ibnu Abas; bumi yang dimaksudkan disini ialah Syurga, ini adalah pendapat kebanyakan ahli tafsir.
Menurut pandangan lain dari Ibnu Abas; Dunia yang dibentangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah kata-kata yang betul, kerana ada persamaan dengan firman Allah dalam surah al-Nur ayat 55;
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka:
Dalam hadis Nabi s.a.w. baginda bersabda; (زويت لي الأرض مشارقها ومغاربها وسيبلغ ملك أمتي ما زويت لي منها ) bererti; “ Diwariskan bumi ini kepadaku timur dan barat, dan kekuasan umat ku akan sampai kepada bumi yang telah diberikan warisan kekuasaannya kepadaku”.
Menurut pendapat sebahagian ahli tafsir; yang dimaksudkan bumi disini ialah Baitul Maqdis.
Pendapat Yang Mengatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Illiyin.
Adapun pendapat yang mengatakan bahawa roh orang yang beriman berada di Illiyin di langit ketujuh, dan roh orang kafir berada di Sijjin dibumi yang ketujuh, ini adalah pandangan dari golongan ulamak salaf dan khalaf, mereka berdasarkan kata Nabi s.a.w. ( اللهم الرفيق الأعلى); “Ya Allah Tuhanku, aku pilih al-Rafiq al-A’ala”.
Sebelum ini Abu Hurairah telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi; ( ان الميت اذا خرجت روحه عرج بها الى السماء حتى ينتهى بها الى السماء السابعة التي فيها اتله عز وجل ); “Apabila roh keluar dari badannya dibawa naik keatas hingga kelangit ketujuh yang pada nya Allah Azjwajalla”.
Abu Musa telah berkata; “Sesungguhnya roh dibawa naik hingga ke Arasy”.
Abu Khuzaifah telah berkata; “Bahawa roh ditahan disisi Tuhanya”.
Kata Abdullah bin Umar; “Roh–roh berada disisi Allah”.
Sebuah hadis Nabi menyatakan; ( ان أرواح الشهداء تأوي الى قناديل تحت العرش); “Sesungguhnya roh para syuhadak ditempatkan dilampu-lampu di Arasy”.
Al-Barrak bin al-‘Azib pernah menyatakan; roh akan dibawa naik dari selapis langit kelangit yang lain dan diarak oleh malaikat-malaikat yang hampir dengan Allah sehingga kelangit yang ketujuh, dan dalam lafaz yang lain; sehingga kelangit yang ketujuh padanya Allah Azzawajalla.
Beberapa pendapat di atas tidaklah memastikan bahawa roh menetap disana, malah roh dibawa naik selepas kematiannya untuk menerima perintah Allah, dicatatkan sama ada mereka di Illiyin atau di Sijjin, kemudian akan dikembalikan kekuburnya untuk disoal, tidak dikembalikan kesana lagi, roh orang yang beriman ditempatkan di Illiyin berdasarkan pahala amalan mereka, begitu juga roh orang kafir ditempatkan di Sijjin berdasarkan amalan dosa mereka.
Pasal;
Pendapat Yang Mengatakan Roh Orang Yang Beriman Dihimpun Diperigi Zamzam.
Adapun pendapat demikian tidak ada dalilnya dari al-Quran dan al-Sunnah, tidak boleh berpegang dengan pendapat ini, tidak ada kata-kata dari sahabat Nabi s.a.w. yang boleh dipercayaai, ini adalah tidak saheh, kerana perigi Zamzam tidak muat untuk dihimpunkan roh orang yang beriman, pandangan ini adalah bercanggah dengan sunah yang saheh menyatakan bahawa roh orang yang beriman berupa burung yang berterbangan dipohon-pohon syurga.
Kata-kata ini adalah sebatil-batil dakwaan dan seburuk-buruknya, malah lebih buruk lagi berbanding dengan pandangan yang menyatakan roh berada di Jabiyah sedangkan Jabiyah suatu tempat yang luas dan lapang berbanding dengan perigi Zamzam.
Pasal;
Pendapat Yang Menyatakan Bahawa Roh Orang Yang Beriman Berada Di Barzakh Dan Bergerak Dengan Bebas Kemana Dikehendakinya.
Adapun pendapat yang menyatakan demikian adalah diriwayatkan oleh Salman al-Farisi. Al-Barzakh ialah suatu tempat yang terdinding antara dua alam, Salman bermaksud Barzakh berada di antara dunia dan akhirat yang bebas untuk roh bergerak kemana sahaja dikehendakinya, pandangan ini kuat, kerana roh telah terpisah dari dunia dan belum lagi masuk kealam akhirat.
Roh orang yang beriman berada di alam barzakh yang luas sedang menerima berbagai ni’mat dan kesenangan. Manakala roh orang kafir pula berada di alam barzakh yang sempit dalam keadaan susah dan azab.
Firman Allah Ta’ala; ( ومن ورائهم برزح الى يوم يبعثون ) ”Dan dihadapan mereka terdapat alam Barzakh iaitu dinding yang membatasi hingga kehari mereka dibangkitkan”. Al-Mukminun:100.
Pasal:
Pendapat Yang Mengatakan Roh Orang Yang Beriman Disebelah Kanan Adam Manakala Roh Orang Kafir Disebelah Kirinya.
Kata-kata ini telah disokong dengan hadis yang saheh, iaitu hadis mengenai peristiwa Israk, kerana Nabi s.a.w. telah diperlihatkan hal demikian, kata-kata ini tidak semestinya roh-roh tersebut berada dekat dengan Adam malah kemunkinan amat jauh dipihak kanannya dan juga dipihak atasnya sedangkan roh orang kafir disebelah kirinya dalam jurang dan tertahan disana.
Kata Abu Muhammad bin Hazm, bahawa Barzakh yang diperlihatakan kepada Nabi sa.w. dimalam Israk terletak dilangit dunia. Alam itu berbeza dengan alam kita walau pun dibawah langit tetapi tidak dapati padanya air, tanah, api dan udara.
Ada pandangan lain yang mengatakan bahawa roh syuhadak sahaja yang akan dimasukkan kedalam syurga, kerana al-Quran dan al-Hadith menyatakan demikiian, Firman Allah: bermaksud; (Dan janganlah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hidup dan menerima rezeki dari Tuhan mereka. Mereka gembira dengan kurniaan Allah ). QS.Ali –Imran: 167-170.
Hadith lain daripada Sa’id al-Khudri, bererti (Roh syuhadak bebas pergi balik kemudian mereka menetap di lampu-lampu yang tergantung di Arasy, Allah berfirman kepada mereka: Adakah kamu tahu kemuliaan yang lebih baik dari apa yang Aku berikan kepada kamu?, lalu mereka menjawab; tidak, Cuma kami ingin agar dikembalikan kedalam jasad supaya dapat kami berjuang sekali lagi kejalan Allah). Riwayat Hannad dari Ismail bin al Mukhtar dari ‘Atiah.
Hadith Ibnu Abbas menyatakan, sabda Rasul Allah bemaksud: ( Apabila saudara-saudara kamu terkurban dalam peperangan Uhud, Allah masukkan roh mereka kedalam burung-burng hijau yang bekeliaran disungai-sungai syurga, makan buah-buahan syurga, kemudian mereka pulang kelampu-lampu yang tergantung dinaungan Arsasy, apabila mereka merasai keenakan makanan dan minuman lalu mereka berkata; siapakah yang dapat menyampaikan berita kepada rakan-rakan kami bahawa kami sekarang hidup dalam syurga dan mendapat rezeki dari Tuhan, agar mereka tidak merasa berat untuk berjuang dan tidak lari dari mati syahid. Maka Allah berfirman: (Kami akan sampaikan berita kamu kepada mereka, maka Allah turunkan ayat bermaksud: (Dan jangan kamu menyangka bahawa orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati malah mereka hiidup disisi Tuhan mereka dan mendapat rezeki daripada Nya). QS.Ali Imran 169.
Hadith lain dari al-A’amasy daripada Abdullah bin Murrah, dari Masruq katanya; Abdullah bin Ma’ud telah ditanya mengenai ayat; (Dan jangalah kamu menyangka bahawa orang-orang yang terbunuh pada jalan Allah mati malah mereka hidup dan mendapat rezeki dari Tuhan mereka) Ali Imran:169. Jawabnya memang kami telah Tanya Nabi s.a.w. lalu Baginda menjawab; (Roh orang-orang yang mati syahid berada didalam perut burung hijau yang berlegar didalam syurga kemana sahaja mereka ingin, kemudin kembali menetap dilampu-lampu, maka Allah menjelma kepada mereka seraya bertanya; (Adakah kamu ingin sesuatu yan lain; mereka menjawab; apakah ada yang lagi yang kami inginkan, sedangkan kami telah bersiar-siar dalam syurga menurut kehenddak kami, Allah terus bertanya mereka hingga tiga kali. Bila mereka terus ditanya juga lalu mereka berkata; Wahai Tuhan, kami ingin supaya pulangkan roh kami kedalam jasad supaya kami dapat berjuang kejalan Mu sekali lagi, bila mereka tidak ada soalan lain mereka tidak ditanya lagi. Hadis Muslim dalam sahehnya.
Bukhari meriwayatkan hadith dari Anas; bahawa Ummu Rabi’ binti al-Barrak iaitu ibu kepada Harisah bin Suraqah telah berjumpa dengan Nabi s.a.w. lalu bertanya; (Hai Nabi Allah, beritahu kepada saya berita Harisah – yang terbunuh dalam peperangan Badar terkena panahan sesat,- kalau dia berada didalam syurga saya akan sabar, kalau tidak saya akan menangis besungguh-sungguh, jawab Baginda; Wahai Ibu Harisah sesungguhnya disana beberapa syurga dan anak puan berada dalam syurga Firdaus yang tinggi).
Menurut Ibnu Abbas; Roh orang yang mati syahid berada di dalam perut burung hijau yang bergantung di buah-buahan syurga, demikian juga pandangan Qatadah katanya; telah sampai berita kepadaku bahawa roh orang yang mati syahid berada didalam badan burung yang berwarna puteh yang sedang memakan buah-buahan syurga.
Menurut Ibnu Umar; semua hadith yang telah disebut sebelum ini jelas menyatakan bahawaa roh orang yang mati syahid sahaja berada didalam syurga, ada hadith yang menyatakan roh mereka disebut sebagai burung, ada yang menyatakan roh mereka berada didalam perut burung dan ada yang menyatakan roh mereka seperti burung berwarna hijau. Pendapat yang mengatakan roh syuhadak seperti burung hijau berdasarkan hadith riwayat Ka’ab bin Malik, bermaksud; (Roh orang beriman seperti burung, tidak menyatakan dalam perut burung ).
Dari Masruq dari Abdullah mengatakan roh mereka seperti burung hijau. Dan dalam Saheh Muslim; Roh Syuhadak berada di dlam perut burung hijau. Kata Ibnu Umar; berdasarkan kepada semua ulasan ini seolah-olah Rasul Allah s.a.w.mengatakan; (Sesungguhnya roh orang yang mati syahid berterbangan bergantung pada pokok-pokok dalam syurga.)
Sumber pengajian;
Ibnu al-Qaiyum, al-Roh, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan 6, t 2005, hal 255
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran
Langgan:
Catatan (Atom)
MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022
https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu
-
Adapun para wanita dunia…apakah mereka jika masuk surga akan mendapatkan bidadara sebagaimana para lelaki surga mendapatkan para bidadari...
-
Diantara barang-barang peninggalan dari bilik Rasulullah saw yang dibawa dari Madinah Munawwarah ke Turki ialah kotak Fatimah Az-Zahra’ yang...
-
A Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King A bdul Aziz Je...