Ahad, 30 November 2014

TIADA KATA SECANTIK BAHASA!

hrmmm...cantik jugak makcik ni kan!..
makcik ni dulu duduk kampung jer..nun kat utara Kedah nun..bila dah duduk kat bandar terkena Kejutan Budaya..huhu..jangan marah!

apapun mari kita sama-sama berdoa untuk kebaikan semua..

Khamis, 27 November 2014

Kenali Keturunan Rasulullah s.a.w : Al Habib Ali Zain Al-Abidin Al-Jifri

Kelahiran
Habib Ali telah dilahirkan di bandar Jeddah Kerajaan Arab Saudi sebelum subuh pada Jumaat 20 Safar 1391 Hijrah (16 April 1971), dari ibu bapa yang kedua-duanya keturunan anak Imam Hussein bin Ali r.a.
Nasab Keturunan
Habib Ali Zain al-Abidin bin Abdul Rahman bin Ali bin Alawi bin Muhammad bin Ali bin Alawi bin Ali bin Alawi bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Maulah anak Arsha putera Muhammad Abdullah al-Tarisi bin Alawi al-Khawas putera Abu Bakar anak Jufri putra Muhammad putera Ali putera Muhammad putera Ahmad al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Sahab Mirbat Muhammad bin Ali Khalil Alawi Qassam anak putera Muhammad putera Alwi putera Ubaidullah Ahmad al-Muhajir ila Allah Isa putera Muhammad al-Naqib bin Ali al -Uraidhi bin Jaafar as-Sidiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-Abidin putera dari Hussein (cucu Rasulullah s.a.w) anak dari Ali bin Abu Thalib, suami kepada Fatimah al-Zahra, puteri Rasulullah s.a.w.
Ibunya yang mulia merupakan puteri kepada Marumah, putera Hassan bin Alawi bin Alawi Hassan bin Ali al-Jufri.
Latar Belakang Pendidikan.
Habib Ali Al-Jifri mulai mempelajari ilmu sejak kanak-kanak lagi melalui gurunya yang pertama iaitu ibunya sendiri. Ibunya memberi pengaruh yang besar ke atas diri beliau dan hala tuju yang diambil oleh beliau dari segi  usaha mencapai ilmu pengetahuan dan kerohanian.
Sebagai kesinambungan dalam menerima ilmu, dan istiqamah di atas jalan rohani, beliau telah menerima ilmu dari rantaian yang tidak terhenti dari para ulama, di mana semua jalan kembali kepada Rasulullah s.a.w. Antara guru beliau ialah:
- Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al-Saqqaf, Jeddah
- Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad
- Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Makkah
- Habib Attas Al-Habsyi
- Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-Adani
- Habib Muhammad bin Abdullah Al-Hadar
- Habib Umar bin Hafiz, Yaman-menjadi sahabatnya juga dari 1993 hingga 2003
 Latar Belakang Profesional
  • 1418 Hijrah / 1997- kini: Pensyarah Pelawat (program musim panas) di Dar Al-Mustapha bagi Pengajian Islam di Tarim.
  • 1424 Hijrah / 2003- kini: Ahli Lembaga Pengarah Dar Al-Mustapha Pengajian Islam di Tarim.
  • 1424 Hijrah / 2003- kini: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Akademi Eropah Kebudayaan Islam dan Sains di Brussels, Belgium
  • 1426 Hijrah /2005-kini:  menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Yayasan Tabah.
  • 1428 Hijrah / 2007- kini: ahli Aktif Yayasan Diraja Aal al-Bayt Pemikiran Islam di Amman, Jordan.
  • 1428 Hijrah / 2007- kini: Ketua Setiausaha kepada Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Al-Mahabbah.

Yayasan Tabah yang diasaskan oleh beliau
Pencapaian
Antara pencapaian beliau ialah:
  • Mengasaskan Yayasan Tabah – sebuah organisasi yang menyediakan “pembaharuan wacana Islam kontemporari sesuai dengan keperluan manusia ” melalui 3 bahagian : Penyelidikan, Projek, dan Media.
  • Mengeluarkan satu Pakej Media untuk satu syarahan unik berjudul  ‘Agar Agama Tidak Menjadi Satu Permainan’ yang mana menguruskan beberapa krisis  dan cubaan-cubaan dunia kontemporari yang mana merupakan kesan langdung dari mereka yang mengambil kesempatan terhadap agama untuk mencapai cita-cita mereka yang terhad. Syarahan ini mempunyai analisis dan penjelasan.
  • Menyumbang kepada perumusan Open Letter kepada Pope Benedict XVI selepas syarahan yang menyakitkan hatinya mengenai Islam dan Rasulullah s.a.w. Beliau juga merupakan salah seorang daripada 38 orang sarjana yang telah menandatangani surat itu yang mana mempunyai gaya bahasa yang tinggi dan intelektual dalam konteks dialog yang membina.
  • Menyumbang dalam menguruskan projek bersejarah di “A Common Word” satu dokumen ditandatangani oleh 138 orang sarjana muslim, yang mana para sarjana ini mewakili mazhab dan aliran pemikiran serta negara-negara yang berlainan. Dokumen ini telah dihantar kepada Ketua Kristian di seluruh dunia, dan menerima satu tindak balas yang positif dari pihak Kristian.
  • Mengasaskan Syarikat dan Majalah ‘Guidance Media’  di UK.
  • Menyelia penubuhan “Schools and Centre of Learning” dalam dan luar Yaman untuk pembiakan satu kaedah tulen untuk penyebaran pengetahuan, pendidikan dan latihan rohani.
Dakwah: Tanggungjawab yang terus dipikulnya
Aktiviti
Habib Ali Al-Jufri telah memberikan kelas untuk mengajar, membimbing dan memberi nasihat dalam usaha menyedarkan manusia akan tanggungjawab mereka dan untuk mengajak masyarakat kembali pada Allah di banyak negara, dimulai di kota-kota dan desa-desa Yaman pada 1412 H / 1991. Beliau memulai perjalanannya di luar negera pada 1414 H / 1993 dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Antara negara-negara yang dikunjungi beliau untuk menyampaikan dakwahnya adalah seperti berikut:
Arab: UAE, Jordan, Bahrain, Arab Saudi, Sudan, Suriah, Oman, Qatar, Kuwait, Lubnan,
Libya, Mesir, Maroko, Mauritania, Kepulauan Komoro dan Djibouti.
Asia: Indonesia, Malaysia, Singapura, India, Bangladesh dan Sri Lanka.
Afrika: Kenya dan Tanzania.
Eropah: Britania Raya, Jerman, Perancis, Belgia, Belanda, Irlandia, Denmark, Bosnia &
Herzegovina dan Turki.
Amerika Syarikat: 3 perjalanan yang pertama adalah pada tahun 1419 H / 1998, yang kedua
adalah pada 1422 H / 2001 dan yang ketiga pada 1423 H / 2002, disamping
mengunjungi Kanada.
Selain itu, Habib Ali juga terlibat dalam pelbagai persidangan yang diadakan sama ada di negara Timur Tengah mahupun di Eropah. Beliau juga banyak mengendalikan rancangan televisyen berbentuk kerohanian.
Moga Allah merahmati segala usaha beliau.
Hulurkan doa kita moga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada beliau dalam menyampaikan Islam kepada seluruh masyarakat dunia.
 Sumber:
http://www.alhabibali.com/biography/ln/en
Olahan :
Ijlal Mohd Diah,
ISM Sains (Matematik) dengan Pendidikan, UPSI




Kisah menarik tentang beliau

Seorang petugas kebersihan, Pencuci yang bekerja di Tabah Foundation (lembaga dakwah milik Habib Ali Zaenal Abidin Al Jufri di Dubai, UEA) berasa hairan..

Masalahnya adalah, setiap pagi dia melihat tandas-tandas yang ada di pejabat Tabah selalu bersih tanpa diketahui siapa yang membersihkannya.

Lalu dia berfikir,

''Siapa eh yang bersihkan toilet sebersih ni, tak silap aku, belum lagi aku bersihkannya?''

Hingga akhirnya di suatu malam, dia pulang lebih lambat dari biasanya, lalu dia berkeliling di pejabat Tabah.

Sudah tidak ada orang lagi di pejabat itu, tiba-tiba dia mendengar suara dari arah tandas.

Lalu dia mendekat, dia melihat ada seseorang yang sedang membersihkan lantai tandas, dan betapa terkejutnya dia setelah dia mengetahui bahwa ''pembersih tandas'' itu adalah Boss Besar Tabah Foundation.

''Haah.. Habib Ali Al jufri.. ?'

Satu pertanyaannya buat kita, kenapa eh?, apa yang membuatkan Habib Ali bersihkan tandas pejabatnya sendiri ?

Bukankah masih ada perkara lain yang lebih bermanfaat untuk dibuat seperti berdakwah,membaca kitab, dan lain-lain lagi?

Jawabannya mungkin adalah perkara ini yang pernah di lakukan oleh salah seorang gurunya, Al Imam as Syaikh Mutawalli As Sya'rowi (ulama besar mesir di zamannya).

Saat itu pemandunya Syeikh Mutawwali as sya'rawi, tak sengaja melihat Syeikh Sya'rawi, membersihkan tandas-tandas di masjid.

Lalu si pemandu itu bertanya: ''Syaikh, kenapa syeikh bersihkan tandas-tandas ni.?'

Lalu jawab Syeikh Mutawwali as Sya'rawi: ''Tadi, ketika aku melihat orang-orang menangis kerana mendengar ceramahku, aku merasa ada sifat sombong dan ujub di dalam hatiku. Sekarang aku ingin menghinakan diriku (agar aku tak lupa siapa diriku yang hina ini) ''

Kata Al Imam Al Ghazali, semakin tinggi ilmu seseorang, semakin dekat dia kepada Allah, maka akan semakin besar pula sifat tawadhu' dan rendah dirinya.

Mereka para auliya' adalah contoh dari orang-orang yang benar-benar merendah diri kerana Allah, mereka adalah orang-orang yang selalu mementingkan kebersihan ''hati'', tak ada dengki, tak ada benci,dan tak ada iri hati.

imanhakeem: siapa kita dibandingkan beliau..tengah belajar untuk cuba menyucikan hati..cuba sentiasa positif...semoga Allah sentiasa bersama kita..amin

Selasa, 25 November 2014

hrmmm..orang melayu perangai YAHUDI..

letih nak melayan....dikelilingi orang macam ni...kena kuatkan iman..macammana nak kenal orang yahudi ni yer..jom baca sikit kisah orang-orang camni..


Pernahkah anda mendengar pendapat bahawa ada kemungkinan melayu adalah lost tribe yang dicari-cari oleh yahudi Zionis? Suku yahudi ke dua belas adalah musuh utama kepada seluruh yahudi yang ada. Mereka akan membunuh semua yahudi yang ada. Demikian menurut kepercayaan yahudi. Justeru itu Melayu menjadi sasaran untuk disesatkan daripada aqidah Islam sepertimana yang berlaku sekarang.

Pendapat seperti itu bukan dibuat oleh calang-calang orang tetapi oleh ilmuan daripada universiti tempatan hasil daripada penyelidikannya bersama-sama ilmuan negara lain seperti Indonesia. (pengkaji dari negara lain gua tak ingat). Antara yang dikaji oleh mereka ialah DNA orang-orang melayu dan dibandingkan dengan DNA yahudi. Dan keputusan ujian DNA itu adalah positif tetapi ditolak dengan alasan kahwin campur yang berlaku di gugusan pulau-pulau melayu.

Terdapat pelbagai sebab untuk menafikan keputusan DNA tersebut dan antaranya adalah untuk menjaga keselamatan orang-orang melayu. Kewujudan melayu yang berperangai saling tak tumpah seperti yahudi itu adalah kesinabungan daripada asal usul mereka sendiri iaitu berdarah yahudi. Sikap suka memutarbelitkan agama Islam, suka membuat fitnah dan mengadu domba adalah perangai yahudi sejak zaman para sahabat sehingga terbunuhnya Hassan dan Hussain cucu kepada Nabi Muhammad SAW dan munculnya fahaman syiah.

Gambar di atas adalah bukti yang menunjukkan bahawa melayu berkemungkinan besar adalah "the 12th lost tribe" atau suku yahudi ke dua belas yang dimaksudkan.Lihat wajahnya saling tak tumpah wajah melayu jawa. Lihat wajah anak kecil itu pula. Tidakkah jelas bahawa banyak sekali ciri-ciri melayunya?

**Topi yang dipakainya adalah topi yahudi ortodox, agak besar sedikit berbanding topi yahudi moden.**

Dipapar di atas adalah gambar seorang yahudi Bnei Menashe dari India yang berpenempatan di Mizoram dan Manipur yang bersempadan dengan Myanmar. Bnei Menashe mendakwa bahawa mereka terdampar di sana apabila nenek moyang melarikan diri dari dihapuskan oleh Asyrian. Di India sebilangan besar mereka telah dikristiankan oleh mubaligh-mubaligh British. Namun begitu mereka masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka termasuk upacara mengorbankan haiwan.

Chief Rabbi Shlomo Amar (Israel) mengiktiraf Bnei menashe sebagai yahudi tetapi mereka perlu menukar agama mereka kepada yahudi untuk pengesahan keyahudian mereka. ~ Gendang Perang

Perangai Yahudi


Dalam Al-quran sedikitnya disebutkan 22 sifat buruk bangsa Yahudi, iaitu:


1. Keras hati dan zalim (Al-Baqarah:75,91,93,120,145,170; An-Nisa:160; Al-Maidah:41)

"Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?" ( 2:75)

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?".(2:91)

Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): "Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)". Mereka menjawab: "Kami dengar, dan kami menderhaka". Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):" Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman".  (2:93)

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(2:120)

"Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim." (2:145) 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)" (2:170) 

 "Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah." (4:160)

"Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.(5:41)

2. Kebanyakan fasik dan sedikit beriman kepada Allah SWT (Ali Imran:110; An-Nisa:55)
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik" (3:110)

"Maka di antara mereka (kaum Yahudi yang dengki itu) ada yang beriman kepada (apa yang telah di kurniakan oleh Allah kepada keluarga Nabi Ibrahim) itu, dan ada pula di antara mereka yang berpaling daripadanya (tidak beriman). Dan cukuplah dengan neraka jahanam yang sentiasa menyala-nyala itu (menjadi tempat seksa mereka)".(4:55)

3. Musuh yang paling bahaya bagi orang-orang Islam (Al-Maidah:82)
"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong" 

4. Amat mengetahui kekuatan dan kelemahan orang-orang Islam seperti mereka mengenal anak mereka sendiri (Al-An’am:20)
"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman." 

5. Mengubah dan memutarbalikkan kebenaran (Al-Baqarah:75,91,101,140,145,211; Ali Imron:71,78; An-Nisa:46; Al-Maidah:41)

"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal ugama mereka telahpun ada sebelum adanya ugama Yahudi atau ugama Kristian itu)?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan".(2:140)

6. Menyembunyikan bukti kebenaran (Al-Baqarah:76,101,120,146; Ali Imron:71)

"Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad s.a.w), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)."(2:101)

"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?"(3:71)

7. Hanya menerima perkara-perkara atau kebenaran yang dapat memenuhi cita rasa atau nafsu mereka (Al-Baqarah:87,101,120,146; Al-Maidah:41)
 "Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya?"(2:87)

8. Ingkar dan tidak dapat menerima keterangan dan kebenaran AlQuran (Al-Baqarah:91,99; Ali Imron:70)

 "Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (Al-Quran), dan tidak ada yang akan mengingkarinya melainkan orang-orang yang fasik." (2:99) 

9. Memekakkan telinga kepada seruan kebenaran, membisukan diri untuk mengucapkan perkara yang benar, membutakan mata terhadap bukti kebenaran dan tidak menggunakan akal untuk menimbangkan kebenaran (Al-Baqarah:171)


"Dan bandingan (orang-orang yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang yang berteriak memanggil binatang yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya."


10. Mencampuradukkan yang benar dan yang salah, yang hak dan yang batil (Ali Imran:71)
"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?"

11. Berpura-pura mendukung orang Islam tetapi apabila ada di belakang orang-orang Islam, mereka mengutuk dengan sekeras-kerasnya (Al-Baqarah:76; Ali Imran:72,119)

"Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"(2:76)

12. Hati meraka sudah tertutup akan Islam kerana dilaknat oleh Allah SWT yang disebabkan oleh kekufuran mereka sendiri (Al-Baqarah:88,120,145,146)

"Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman".(2:88)

13. Kuat berpegang pada rasa kebangsaan mereka dan mengatakan bahwa mereka adalah bangsa yang istimewa yang dipilih oleh Tuhan dan menyakini agama yang selain daripada Yahudi adalah salah (Al-Baqarah:94,111,113,120,135,145; Al-Maidah:18)

 "Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar"."(2:111) 

14. Tidak akan ada kebaikan untuk seluruh manusia jika mereka memimpin (An-Nisa:53)

"Patutkah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (Tidak, bahkan kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kebaikan kepada manusia." 

15. Tidak suka, dengki, iri hati terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:90,105,109,120)
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(2:120)

16. Mencintai kemewahan dan kehidupan dunia, bersifat tamak dan rakus, menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian (Al-Baqarah:90,95,96,212)

"Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya)."(2:212)

17. Berkata bohong, mengingkari janji dan melampaui batas (Al-Baqarah:100,246,249 Ali Imran:183,184; An-Nisa:46)
"Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): "Kami dengar", (sedang mereka berkata dalam hati): "Kami tidak akan menurut". (Mereka juga berkata): "Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk", serta (mereka mengatakan): "Raaeina"; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami", tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).(4:46)

18. Berlindung di balik mulut yang manis dan perkataan yang baik (Al-Baqarah:204,246; Ali Imron:72; An-Nisa:46)

 "Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)"(2:204) 

19. Mengada-ada perkara-perkara dusta dan suka kepada perkara-perkara dusta (Ali Imran:24,94,183,184; Al-Maidah:41)


"Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan."(3:24)

(Jika tidak) maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.(3:94)

20. Berlaku sombong dan memandang rendah terhadap orang-orang Islam (Al-Baqarah:206,212,247)
"Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal"(2:206)

21. Tidak amanah dan memakan hak orang lain dengan cara yang salah (Ali Imran:75,76; At-Taubah:34)

"Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)".(3:75)

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."(9:34)

22. Selalu melakukan kerosakan dan menganjurkan peperangan (Ali Imran:64)

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". 

imanhakeem : ada tak sifat-sifat tersebut ada dalam diri kita..kalau ada...sendiri mau ingat..

Camna Nak Pilih Kawan?

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2014/11/490cc-nasihat_9w2hoz_-_nine_whiskey_two_hotel_oscar_zulu_nasihat_imam_al_ghazali.jpg

Khamis, 20 November 2014

Kecoh Ni Lagi Sorang! Kisah Putra Kandias

Shah Rukh Khan Terima Zakat..huhu

Port Dickson: Seorang pelajar yang namanya sama dengan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan antara 248 pelajar di Negeri Sembilan yang menerima bantuan Lembaga Tabung Haji (TH) menerusi Projek Iqra 2014 peringkat Negeri Sembilan di Auditorium Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson, lapor portal MyMetro hari ini.
ANTARA penerima sumbangan yang hadir menerima bantuan zakat menerusi Projek Iqra 2014 peringkat Negeri Sembilan.

shah rukh khan
Bantuan zakat pendidikan RM500 berupa kelengkapan sekolah dan wang tunai membabitkan jumlah keseluruhan RM124,000 itu disampaikan Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TH, Mohammad Saimi Mat Som.

Shah Rukh Khan Mohamad, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Abd Samad di sini, berkata, bantuan diterima sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibu bapanya.

“Ibu saya bekerja sebagai pembantu restoran di pekan Port Dickson manakala ayah tidak dapat bekerja akibat menderita penyakit saraf. Saya bersyukur dipilih menerima bantuan zakat untuk membeli keperluan sekolah tahun depan,” katanya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik.


Ketika ditanya mengenai keunikan namanya itu, Shah Rukh Khan berkata, nama itu dipilih ibunya, Alona Pelawis, 46, yang sangat meminati filem Hindi dan gaya lakonan bintang Bollywood, iaitu Shah Rukh Khan.

PERILAKU UMAT AKHIR ZAMAN


Rasulullah s.a.w telah bersabda:
            “Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana manusia tidak lagi mengambil-kira apa-apa yang mereka perolehi, apakah rezeki itu daripada sumber yang halal ataupun haram.”
(Bukhari & An-Nasa’i)
 Huraian hadith:
          Zaman sekarang, manusia hanya mementingkan wang ringgit dan pendapatan yang lumayan. Manusia tidak lagi mengambil peduli sama ada cara mereka itu sah atau tidak di sisi Islam. Asalkan dapat makan sudah. Asalkan poket penuh sudah. Sekiranya cara untuk mendapatkan wang/ rezeki itu salah di sisi Islam, maka wang/ rezeki itu turut menjadi haram.
Sabda baginda lagi dalam hadith yang lain:
            “Banyaknya pembohongan, pendeknya waktu, dekatnya jarak antara pasar-pasar.”
(Ibnu Hibban)
Huraian hadith:
          Banyaknya pembohongan membawa maksud dunia sekarang penuh dengan penipuan. Lihat sajalah berita-berita di dada akhbar. Ada bermacam-macam jenis penipuan. Lihat pula di dalam masyarakat sekeliling kita. Ada yang cuba menipu Tuhan, padahal mereka menipu diri sendiri. ‘Pendeknya waktu’ bermaksud masa dirasakan berlalu begitu cepat. Banyak kerja dan tanggungjawab yang tidak dapat kita tunaikan kerana kesuntukan masa. Dekatnya jarak antara pasar-pasar menceritakan betapa banyaknya kompleks membeli-belah yang dibina dan duduk berdekatan pula antara satu sama lain.
Sabda Rasulullah:
            “Akan ada unta untuk syaitan dan rumah untuk syaitan.”
(Abu Daud)
Huraian hadith:
          Unta yang dimaksudkan dalam hadith ini adalah kenderaan, lebih tepat lagi kalau dinisbahkan dengan kereta-kereta. Dewasa ini dapat kita perhatikan memang banyak golongan hartawan dan jutawan yang memiliki lebih daripada sebuah kereta. Malah ada yang memiliki ratusan buah kenderaan sedangkan yang mereka guna untuk sehari-hari mungkin empat  lima buah sahaja. Mereka mengumpul kenderaan sebagai koleksi nafsu semata-mata. Kenderaan yang kosong inilah yang akan didiami oleh syaitan-syaitan. Begitu juga dengan rumah. Rumah mereka ada di seluruh dunia, bukan rumah kecil tetapi banglo mewah. Padahal rumah mereka di luar negara itu hanya dilawati dua atau tiga tahun sekali sahaja. Jadi, inilah rumah-rumah untuk syaitan. Alangkah baiknya kalau kenderaan dan rumah yang berlebihan ini dihadiahkan kepada orang-orang miskin.
          “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin-pemimpin yang bodoh (jahil), banyaknya bilangan anggota polis, penjualan jawatan, darah tidak dihargai lagi, pemutusan silaturrahim, orang-orang mabuk yang menjadikan Al Quran sebagai alat nyanyian (seruling) di mana mereka mendahulukan seseorang antara mereka untuk menjadi imam untuk melagukannya walaupun orang itu adalah yang paling sedikit ilmunya.”
(Ahmad & Thabrani)
Sabda baginda s.a.w:
          “Sungguh hebat dia, memang jarang ada orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalam dadanya tidak ada iman sedikitpun walaupun sebesar biji.”
(Bukhari, Muslim dll)

ini hakikatnya kita..semua akan 'MATI'
sharing is caring..

sumber : https://alexanderwathern.wordpress.com

Huraian hadith:

  Menurut Rasulullah, pada akhir zaman ini manusia (yang kebanyakannya jahil) akan menyanjung dan mengangkat orang yang tidak beriman. Orang ini pula akan dikatakan hebat, memang susah hendak dicari ganti, dialah satu-satunya yang mampu buat itu ini dan sebagainya. Padahal dalam jiwanya dia tidak beriman.

        

Selasa, 11 November 2014

BAJU PUTERI RASULULLAH FATIMAH AZ-ZAHRA'

Diantara barang-barang peninggalan dari bilik Rasulullah saw yang dibawa dari Madinah Munawwarah ke Turki ialah kotak Fatimah Az-Zahra’ yang beliau sendiri gunakan. Di dalamnya terdapat beberapa barang-barang peribadi Fatimah diantaranya baju, jubah, perkakas, beberapa pakaian baliau. Kesemua barang-barang tersebut kini dipamirkan di bahagian “Barang-barang dari Tanah Suci” di Museum Istana Tub Kabi di Istanbul. Ini adalah baju Fatimah Az-Zahra’ seperti yang disandarkan kepadanya. Adapun tulisan-tulisan dan gambar-gambar yang dilukis di baju tersebut pada asalnya tidak ada di zaman Fatimah ra, akan tetapi dimasukkan pada masa selepas beliau. (Terjemah Ustaz Halim http://www.inijalanku.wordpress.com/).

imanhakeem : betapa kita yang sentiasa merasa tak pernah cukup..baik dari pakaian, makanan serba-serbi tentang kehidupan..

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu