Rabu, 29 Januari 2014

JOMMMM...CUCI-CUCI MATE ....

Cool – Antara 10 Tempat Eksotik & Menarik Di Dunia

Di dunia ini, terlalu banyak tempat eksotik. Ada antaranya sudah kita ketahui dan ada pula yang belum. Dan pada post ini, kami kongsikan antara 10 tempat eksotik yang ada kat dunia ni yang mana kesemuanya tidak pernah pun kami ketahui (dan mungkin anda juga).. Cekidaut~
1. Wisteria Tunnel (Terowong Wisteria)
Wisteria Tunnel
Terowong Wisteria terletak di Kawachi Fuji Gardens di Kitakyushu, Jepun. Apa yang menarik dengan terowong ini ialah adanya pokok-pokok bunga berlainan warna yang tergantung dan kelihatan seperti sebuah taman.
2. Cinque Terre, Italy
Cinque Terre italy
Cinque Terre adalah sebahagian daripada pantai di rantau Liguria Itali. Teres yang dibina di atas landskap lasak menjadi tarikan pelancongan yang sangat popular.
3. Hotel La Montaña Mágica
Hotel La Montana Magica
Seperti berada di alam fantasi. Hotel La Montaña Mágica adalah sebuah hotel yang berbentuk seperti gunung yang mengalirkan air dari atas. Senang cakap, air terjun. Hotel La Montaña Mágica terletak di Huilo Huilo, sebuah rizab swasta di rantau Los Rios, Chile.
4. The Crooked Forest
The Crooked Forest
Crooked Forest ini terletak betul-betul di luar Nowe Czarnowo, Barat Pomerania, Poland. Mengandungi kira-kira 400 pokok pain dengan batang yang bengkok. Pokok-pokok tersebut telah ditanam sekitar tahun 1939. Sehingga kini, bagaimana pokok-pokok tersebut berbentuk sedemikian rupa masih tidak diketahui.
5. Tunnel Of Love (Terowong Cinta)
Tunnel Of Love
Terowong yang dikelilingi dengan pokok gergasi ini terletak di Kleven, Ukraine dan suatu ketika dahulu ianya adalah sebuah terowong kereta api. Kenapa dipanggil terowong cinta? Ianya hanyalah gelaran yang diberi oleh penduduk tempatan kerana ianya tempat yang popular dilawati oleh pasangan yang sedang bercinta dan juga suami isteri.
6. Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs
Blue Lagoon Hot Springs ini terletak di Iceland dan ianya adalah buatan manusia. Walau bagaimanapun, air dipanaskan secara semulajadi oleh aktiviti gunung berapi di pulau itu. Menurut penduduk sekitar, Blue Lagoon Hot Springs akan kelihatan amat indah pada musim bersalji, dan airnya juga masih terasa hangat.
7. Ice Canyon
ice canyon
Ice Canyon yang terletak di Greenland ini terbentuk oleh Meltwater dan ianya sedalam 150 kaki (45 meter).
8. Ball Pyramid
Ball Pyramid
Ball Pyramid adalah tindanan laut tertinggi di dunia. Ia adalah tinggalan gunung berapi yang terbentuk kira-kira 7 juta tahun lalu. Ketinggian Ball Pyramid ini adalah 562 meter dan terletak di tenggara pulau Lord Howe di Lautan Pasifik.
9. The Great Barrier Reef
The Great Barrier Reef
Merupakan sistem terumbu karang yang terbesar di dunia. Ia terletak di Laut Karang, di luar pantai Queensland, Australia. Jangan tidak tahu, anda boleh melihat The Great Barrier Reef ini dari angkasa lepas kerana ianya begitu besar. Tempat ini adalah destinasi yang sangat popular bagi kaki skuba.
10. Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park
Plitvice Lakes National Park adalah taman negara yang tertua di Eropah Tenggara dan merupakan taman terbesar di Croatia. Taman ini dipenuhi dengan pemandangan hijau yang indah dan air terjun yang menakjubkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
- See more at: http://zonbebas.com/antara-10-tempat-eksotik-menarik-di-dunia/#sthash.7YW06n0t.dpuf

cerita dulu-dulu..

pelita ni kalau angin kuat pun tak padam
dolu-dolu..masa kecik-kecik..mengaji kat rumah ..mak ayah ajar..ajak kawan-kawan nakkan semangat mengaji..tapi memang seronok..yang peliknya tu waktu maghrib jer dah bekumpul ramai-ramai nak start mengaji..masing-masing berebut..siapa nak dulu..

kawan-kawan yang datang bawak lampu suluh dari rumah..takut balik lewat sangat..nanti gelap..mengaji sampai khatam..ada pulak pertandingan musabaqah kampung..terpilih..boleh pulak duduk atas pentas..mengaji depan orang ramai..(padahal mengaji tak handal mana pun..hehe)..dapat hadiah sejadah..itu dulu....
tak ada letrik...bawak pelita

sekarang...anak-anak pukul tujuh duk adap maharaja lawak..ketawa berdekah-dekah waktu maghrib..azan pun dah tak berapa dengar asyik duk layan maharaja lawak..dah tak ingat yang Maha Esa..nak didik anak sekarang dah tak macam mak ayah didik dulu..sekali cakap dah kecut perut..satu mak ayah tanya..sepuluh anak menjawab..bukan sebab pandai sangat menjawab soalan tapi banyak songehnya..
dah tak wujud di zaman ni..kalau ada pun cikgu 'bm' ajar..
 salah siapa???


Selasa, 28 Januari 2014

Kepada Segelintir Cikgu-Cikgu Sekalian...


jangan duk ralit facebook pulak..hehe

entah apa yang dimenungkan..

Tugas guru adalah mendidik anak bangsa..jangan jadikan ianya sebagai beban dalam kehidupan cikgu-cikgu..jangan mudah ambil mudah..paksa murid melakukan sesuatu yang tak mampu murid lakukan..

anak takut ke sekolah (menangis kat tepi pagar, takut cikgu marah)..cikgu tak habis-habis dengan sikap mengugut murid..cikgu-cikgu mungkin tak tahu masalah keluarga murid..pernah tak cikgu terpikir bahawa anak murid cikgu-cikgu nak ke sekolah, ibu ayah tercari-cari duit dipoket buat belanja hari-hari..pernah tak cikgu-cikgu terpikir bahawa anak-anak murid cikgu ada masalah di rumah..cikgu datang ke sekolah beri bebanan lagi pada murid-murid..kesianlah sikit pada budak-budak tu (segelintir) cikgu-cikgu sekalian..(tak boleh sebut semua nanti kena marah..)

di Malaysia ke ni?

cikgu-cikgu dah sah-sah ada gaji tiap-tiap bulan....ibu ayah nak sarapan pagi pun jenuh berpikir nak pegi beli makan minum..entah anak-anak tu dah bersarapan ke belum jarang sangat cikgu-cikgu nak ambil tahu..(masuk kelas tanya kerja rumah dibagi dah siap atau tidak)....tolonglah....jangan bagi bebanan pada murid-murid cikgu....anak-anak menangis sebelum nak ke sekolah mengingatkan ugutan cikgu-cikgu..nak itu...nak ini..murid-murid zaman sekarang lebih takut dengan cikgu-cikgu dari ibu ayah..ada anak lebih derhaka dengan ibu ayah demi nak menjaga hati cikgu..

sempurnalah seorang anak dari keluarga yang senang lenang..

ps..mewakili hati ibu ayah yang lain  (frust tengok sesetengah perangai cikgu, bergaya mewah dengan gaji yang dapat tiap-tiap bulan (tak ada niat nak jaki pun)..tapi sikap dengan anak murid?????)..jangan pikir semua manusia sama di dunia ni..ada bahagian masing-masing..

Selasa, 21 Januari 2014

RENUNGAN BERSAMA

Renungan Buat Kita.
1. Meninggalkan sholat = Ular Saqar sedang menunggu.
2. Melewat-lewatkan sholat = Neraka WAIL sedang
menganga.
3. Meringan-ringankan syariat = Mendapat pandangan
murka Al-Jabbar.
4. Mengumpat peribadi orang = Gunting neraka sedang diasah.
5. Menyebarkan gossip atau fitnah = Duri-duri menanti
anda di taman neraka.
6. Tidak menjaga pergaulan = Libasan api neraka
dijanjikan.
7. Tidak berakhlak dengan manusia = Kemurkaan Allah bersama mu..
8. Menyakiti hati orang dengan lisan = Masuklah mana-
mana pintu neraka.
9. Meringankan amanah = Angkatlah seberkas kayu dari
neraka.
10. Bersangka buruk = Amalan baik diambil orang.
Buat Renungan bersama Mudah-mudahan kita dilindungi
oleh Allah dari termasuk Golongan org-org yg di sebut
diatas.. InsyaAllah....

MEH! CUTI MATA DI BULAN RAMADHAN 2022

https://www.saudagaremas.com/site/2402/charm-sepatu